Pages

Monday, December 6, 2010

Bebas.




Rasa sedih yang amat.


Ya, saya tahu. Sangat tahu. Cuma, bila akal bukan lagi pada pertimbangan yang sewajarnya, dan hati terlalu terikut-ikut dengan emosi, inilah yang jadi. Sedih yang entah apa-apa. 


Fuuuh.


Inilah bahananya kalau mencintai untuk memiliki. Tadi, baru sembang dengan Fatin bab ini. Bila rasa semuanya kita ada, semuanya milik kita, tanpa sedar kita sudah mula "curang" dengan cinta dan tanggungjawab pada yang selayaknya. Pada yang Maha Mencintai. Pada Yang Maha Memiliki.


Allahhu Allah.


Entahlah. Entahlah sama ada anda merasai apa yang saya rasa. Memahami apa yang cuba saya fahamkan. Isy, sangat bukan mudah rupanya berkongsi sebuah rasa dalam bentuk perkataan. Lisan apatah lagi.


Kalau mencintai sesuatu, hakikatnya kita kena bebaskan cinta itu. Bebas sebebasnya. Bukan ikut belenggu nafsu atau aturan sendiri. Wajib ikut cara Dia. Rentak Dia.


Andailah cinta pada amanah dan tanggungjawab seharusnya mendahului, maka cinta yang lain haruslah dilepaskan perlahan-lahan. Bebaskan dari diri, jangan dibiarkan akal dan hati dibelenggu dengan segala rasa tersebut.


Sangat berbeza mencintai dan memiliki. Andai Allah tarik sekalipun, bila-bila masa, kalau niat kita hanya untuk mencintai keranaNya, apapun jua halangannya, pasti ada redha. Ada yakin. Ada percaya.


Jauh tidak semestinya jauh. Dekat tidak semestinya dekat. Jauh, tapi hati kita tentu dekat. Bila kita sama-sama mencintaiNya, Dia akan mencintai kita. Rasa cinta kita itu pasti ditambah-tambahkan lagi, biar melimpah-limpah. Hanya perlu ada keyakinan bahawa Dia pemegang dan pemilik hati.


Maafkan aku wahai Pemilik Cinta, andai aku terlanjur mencintai.


Dalam tanpa sedar. Hermmm.


Salam hijrah. Inzar buat diri.


Selamat tinggal cinta hati.


Allah Maha Tahu.


Senyum! :)


Akak sayang semua.


Doakan akak selamat okeyp!


Dan..


Sekarang..


FOKUS.



No comments: