Pages

Tuesday, November 23, 2010

Memoir.

Tak dapat nyenyak pun walaupun sepicing. Mungkin penangan kopi. Mungkin juga sebab perut meragam lapar, minta diisi. Ummi ajak makan sekali tadi, cepat sangat menggeleng. Sebabnya, rasa macam penuh lagi. Pisang goreng pun masih tak terhadam sepenuhnya.

Lapar memang lapar. Tapi, malas pulak rasanya nak turun bawah. Kalau hanya semata-mata nak mencedok periuk nasi, lebih baik tahan sajalah sampai esok pagi. Fuuu.

Bukankah kalau perut lapar, nafsu kenyang? Heh.

Jadi, duduklah di sini bertemankan cahaya laptop. Kembali melayan beratus emel dulu kala. Kalau ikutkan rasa hati, memang nak delete semua emel yang langsung tak ada prinsip. Malu yang tersangat-sangat.

Waktu-waktu zaman jahiliyah. Tapi, fikir-fikirkan balik, hakikatnya zaman jahiliyah itulah turning point.

Dan.. tiba-tiba rasa sayang pulak kalau delete. Hilanglah segala kenangan nanti.

Apapun yang jadi, hakikatnya masa lampaulah yang akan menentukan sejauh mana aku sekarang. Tahap demi tahap. Dan juga, bila dikenangkan masa-masa jahiliyah yang entah apa-apa itu, mula timbul rasa syukur di hati, dengan apa yang telah dikecap saat ini.

Waktu ini. Hahhh..

Awak, awak ingat lagi tak? Awak pernah cakap yang masa adalah rawatan. Dan kita akan semakin sembuh dengan kefahaman. Awak juga cakap, tin yang kosong tak mampu memberi apa-apa. Melainkan bunyi yang kuat semata-mata. 

Awak kata, mungkin penghijrahan diri, perubahan ke arah yang lebih baik, kefahaman tentang matlamat hidup, matlamat jangka masa panjang, dan mujahadah itu terlalu berat untuk dipikul. Tapi, awak ingatkan saya balik tentang rasa syukur. Walaupun masa itu, sebenarnya saya pun tak faham sangat apa yang awak cakap.

Syukur yang tak semua orang mampu buat. 

Syukur kerana kita dijadikan sebagai manusia. Bukan monyet yang ada akal tapi tak tahu guna. Kita terpilih menjadi manusia, dipilih sebagai Muslim, diberi kefahaman, dan diberikan kesedaran untuk sentiasa berjaga-jaga.

Allah memang Maha Penyayang kan? 

Kalau tak reti nak bersyukur jugak-jugak, tak tahulah. Terima kasih, awak yang jauh. Kita sama-sama belajar mencari dewasa. Moga kekal seiring sejalan hingga ke Syurga. Amin.

Hermm. Mohon Allah selalu jaga hati. :'(


_____
bisik dalam gelap.
2.06 am.
bilik.

No comments: