Pages

Sunday, November 16, 2014

Sabtu dan duit, duit, duit.

Bismillah

Kata Dian Nafi;
"Menulis memang bukan mengeluarkan, tetapi aktivitas membobol berbagai sekat dalam diri dengan di luar dirinya, dengan apa yang menggelisahkannya sehingga mencapai kemapanan rasa untuk digelisahkan kembali."

Ah, bagaimana untuk saya keluarkan kesemua kegelisahan saya ini melalui kata-kata? Ia tampak lebih selesa dan tenang berada di dalam, walhal kegelisahan saya sudah mampu untuk membakar seluruh hati dan jiwa saya.

Sebagaimana tajamnya kata David Ramirez, "I could start fires with what I feel for you."  Ok, tipu.

Nah, inilah kegelisahan pertama.

"Okay, sekarang cuba check whatsapp masing-masing dan listkan lima orang kawan yang sangat kerap kita hubungi. Boleh jadi, hampir setiap hari." 

Saya cuba untuk senaraikan, tetapi hampa. Ya, memang ada kawan-kawan yang kita kerap hubungi, namun tidaklah hampir setiap hari. Kalau ya pun, kebiasaannya cuma perbincangan di dalam group

"Okay, kalau sudah senaraikan lima orang tadi, cuba tengok pula dua puluh kawan teratas yang kerap kita hubungi. Kemudian, dua pulih lima yang teratas pula."

Untuk menyenaraikan kesemuanya, prosesnya terasa makin payah.  

"Susah, bukan? Kita ini sebenarnya, hanya ada beberapa orang teman paling rapat. Hanya berapa kerat sahaja kawan yang betul-betul kawan. Ada orang yang sebenarnya, tidak pernah kisah pun sama ada kita jemput dia atau tidak ke majlis perkahwinan kita. Kita yang susah-susah fikir, mahu jemput sipolan ini dan sipolan itu dan sebagainya, hingga akhirnya membebankan diri sendiri, sebab menelan belanja yang tinggi, melebihi kadar kemampuan."

Ini antara 'dialog' paling menarik yang Pakdi (Suzardi Maulan) kongsikan dalam Bengkel Intensif 'Fulus Oh Fulus' di Wisma Sejarah semalam. Pertama kali juga saya merasakan, program bertema perkahwinan yang jumlah bilangan peserta perempuannya seimbang dengan jumlah peserta lelaki. Menakjubkan! Barangkali bersebabkan ia menjurus kepada hal-hal teknikal, khususnya melibatkan pengurusan harta dan kewangan. 

Jujur, saya tidak merasakan program sebegini cuma wajar dihadiri orang-orang yang sedang dalam persiapan menuju walimah, namun sangat bagus untuk sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahui lebih tentang pengurusan kewangan. Lebih-lebih lagi, teruntuk saya yang tidak pernah berminat langsung berfikir tentang isu-isu 'teknikal' sebegini. Serius!


Antara hal-hal yang saya rasa menarik dan cukup 'mindblowing' ialah tentang;

1. Pemilihan bakal suami atau isteri - sekufu dari sudut harta

Bukanlah bermaksud status atau gaji mesti setara, namun lebih kepada kefahaman yang sama tentang pengurusan harta dan kewangan. Masing-masing tahu dan faham kepentingan menyimpan wang, kesediaan untuk menganggung kesusahan atau kesenangan bersama, kerelaan untuk mengorbankan kehendak atau keinginan dan sebagainya, termasuklah kefahaman yang cukup tentang peranan masing-masing; suami yang mencarikan dan memberikan sejumlah wang dan isteri yang menguruskan wang dan menentukan belanja harian. 

Inilah kelemahan saya yang paling nyata.

contoh belanja bulanan Fazlina

Melalui contoh belanja yang Pakdi kongsikan semalam, belanja Fazlina untuk pembelian buku cuma RM300 setahun? Seriuskah? Ini bermakna RM25 untuk sebulan? Oh, mampukah saya? Ahhh, kita cut dinner!

2. Kahwin: antara adat, syariat atau trend?

"Siapa ingat, tahun bila MyVi kuning ni femes?" - Pakdi

Ada yang jawab tahun sekian dan sekian. Hakikatnya, hal-hal yang 'trendy' ini, cuma hanya akan diingat ketika waktu itu sahaja, dan bukan berterusan.

Antara persoalan lain yang Pakdi timbulkan dan saya rasa menarik untuk sama-sama difikirkan ialah;
- Berapa kerap kita akan membelek semula album perkahwinan sesudah berkahwin?

- Berapa ramai antara kita yang akan terus makan telur yang diterima sebagai goodies di majlis-majlis perkahwinan? 

- Adakah kita antara orang yang akan menyimpan dan mengumpul kesemua potpuri/pewangi yang diterima sebagai goodies dari majlis perkahwinan?

- Adakah orang masih sebut-sebut tentang baju yang dipakai pengantin setahun yang lepas? Adakah majlis setahun yang lepas masih disebut dan dikenang orang lain hingga sekarang?

- Adakah kita lebih memilih hantaran/allowance dari suami yang berbentuk banyak dan 'hangus' sekaligus, ataupun dalam jumlah yang sedikit, tetapi jangka hayatnya adalah sepanjang hidup, misalnya perlindungan takaful? 

- Apakah keperluan untuk mempersiapkan kenduri yang grand? Tujuan?

- Adakah kita bersedia menjadi raja sehari di majlis perkahwinan, tetapi hamba seumur hidup (dengan bebanan hutang, terutamanya hutang pembiayaan peribadi khusus untuk majlis perkahwinan)?

3. Penyimpanan wang teknik surah Yusuf - bermula sesudah mendapat gaji pertama.

i.    FASA 1

"Dia Yusuf berkata, "Agar kamu bercucuk tanam tujuh tahun (berturut-turut) sebagaimana biasa; kemudian apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan di tangkainya kecuali sedikit untuk kamu makan." (Yusuf: 47)

Zaman senang (kerja sungguh-sungguh, dapat gaji simpan dahulu dan tukar kepada aset). Inilah fasa buat-buat miskin, gunakan wang untuk keperluan sahaja. Paling penting, jangan kisah apa orang kata walaupun terpaksa guna kereta buruk, meskipun mampu untuk guna yang lebih mewah.
 
ii. FASA 2

"Kemudian setelah itu akan datang tujuh (tahun) yang sangat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari apa (bibit gandum) yang kamu simpan." (Yusuf: 48)

Zaman sesak (simpanan atau aset dapat membantu kita)

iii. FASA 3

"Setelah itu akan datang tahun, di mana manusia diberi hujan (dengan cukup) dan pada masa itu mereka memeras (anggur)." (Yusuf: 49)

Zaman senang balik, baki simpanan aset / aset diguna untuk melabur
 

4. Kepentingan mencatat setiap perbelanjaan harian, termasuklah perbelanjaan yang kecil (snek, teh, dan sebagainya).

Kadang-kadang, kebocoran duit adalah disebabkan hal-hal belanja yang kecil. Selain buku, saya merasakan portion belanja saya yang terbesar adalah ini (haha). Twiggies, Revive, Magnum dan lain-lain.

Sebulan: RM 345.00 | Setahun: RM 4140.00

 5. Teknik-teknik menyimpan wang
i. Tabung keluarga - simpanan setiap bulan
ii. Kempen hijau - kumpul dan simpan RM5 sahaja (Saya tengah praktis yang ini, hihi)
iii. Simpan di tempat yang susah dikeluarkan
iv. Buku simpanan - diberi pada orang-orang tertentu yang tidak boleh kita 'control' (mak ayah)

6. Pengenalan kepada proses pembelian rumah dan penggunaan istilah bank 

Penting untuk mengambil tahu, supaya tidak mudah ditipu dan tertipu, hmm. 



7. Fakta tentang punca utama perceraian adalah kewangan, berdasarkan kajian Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM). 


Rancanglah perbelanjaan dan penyimpanan wang anda. Ah, itulah take-home-message paling 'umppph' yang saya dapatkan semalam. Antara lainnya juga, "You don't need to have a big wedding to have a memorable wedding."

Terpenting, bagaimana untuk menjemput barokah hingga para tetamu yang berkunjung terasa tenang, gembira, meski cukup sederhana? Oh, entahlah. Hal-hal semisteri dan seseni ini, tidak lain cuma Allah sahajalah yang paling mengetahui. Apa lagi, kalau bukan doa sahajalah yang menjadi penghubung antara hamba dan Tuhan, langit dan bumi?

Hmm.


Nah, inilah kegelisahan kedua.

Juga tentang graduan, kerja, gaji, duit, hutang, dan hal-hal seputarnya.


Sempat juga menyelitkan diri ke Buku Jalanan UIA semalam, dalam acara Tayangan & Diskusi Filem: Jalan Pintas. Sambutannya tampak kurang menggalakkan, tetapi terlihat kesungguhan tim ini. Sayangnya, bersebabkan masalah teknikal, tidak mampu berlamaan-lamaan di situ.

Maka, tidak sempatlah untuk mendengar kesemua diskusi (teknikaliti, tema, kupasan mesej filem), sebab faktor masa yang tidak mengizinkan. 

Tidak mahir saya untuk berkongsi tentang ini, cukuplah memetik kata Fadli al-Akiti;
"Aku sudah lama tidak dituang dengan filem-filem tidak senang duduk, kerana filem-filem jenis ini (seperti di atas) selalunya mengganggu aku, buat aku depress, buat aku down (dan aku selalu sahaja mengelak). Filem ini berjaya melakukan itu. Ini kekuatan Ayam Fared dan Nam Ron."



Cukuplah, menggelisahkan!

4 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum kakak.

amboi, Magnum tu tamau kalah. yela, dh bekerjaya ;p

oh sy juga sedang mengamalkan tabung keluarga dan kempen hijau!
cuma kadang tu mengelat dan berkira2 supaya tidak menerima pulangan hijau. lulz.

Umairah. said...

waalaikummussalam alyaa

magnum tu hahahaharuslah. akak pulak terbalik dengan alyaa. mata macam bersinar-sinar, bibir macam tersengih-sengih bila nampak cashier pegang duit hijau sebab nak tazzabar nak masuk tabung.

hahaha XD

Unknown said...

tunggulah; bila dah bekerjaya nanti insyaAllah nak tukar warna tabungan. kekeke. skrg masih mengharap duit jatuh ke riba lagi. huahuahua

alahai rindunya menulis. hmmm

Anis said...

Ehh mcm mana boleh missed entri ni :D

Kak, anis sukaaa persoalan2 sblm walimah tu ohmaiiii. Waktu akak pegi kursus ni, mungkin sama waktu anis pergi daurah BM. Pergh. Mmg tertukar persepsi sikit. Rasalah nasihat demi nasihat muwajih termasuk ustzh maznah utk mensederhanakan walimah :) barakah yg dicari.

Jzkk kakak utk tips2 berguna lg bermanfaat ini ;)