bismillah
kl sentral, september, 17 |
sewaktu menunggu di stesen kl sentral, terlihat saya akan gelagat dua anak beranak ini. wallahhi, antara yang membuatkan saya tersenyum sendiri ialah apabila si ayah bersungguh-sungguh berkali-kali menuding jarinya ke garis-garis kuning, seolah-olah memberitahu si kecil itu dan ini; tentang pantang larang di terminal, dan sebagainya.
ah, ternyata bahagia itu cukup sederhana.
sewaktu menunggu seseorang di uiam, terlihat saya akan si kecil ini. dia menghampiri saya, membawakan beberapa helai kertas yang termuat penuh iklan-iklan produk. saya mengambilnya, dan membuatkannya kapal kertas, topi kertas, dan sebagainya. anehnya, dia bermain sambil ketawa dengan bersungguh-sungguh!
ah, ternyata bahagia itu cukup sederhana.
hanya kalau hati kita mahu, kawan!
seriang dan sebahagia ini;
seriang dan sebahagia ini;
komrad tok rahamah, penang
______
2 comments:
"ternyata bahagia itu cukup sederhana. Hanya kalau kita mahu, kawan!"
Jazakillah khair umay, this entry just make my day.
Kita boleh belajar erti bahagia itu dari pemberi contoh paling suci, kanak kanak.
Post a Comment