Pages

Tuesday, July 2, 2013

ketika harus memilih;

bismillah
 
berkongsi kata-kata kak liyana, yang dipetik dari imam muda asyraf, sewaktu teenace baru-baru ini;
"sebenarnya, tiap-tiap hari kita perlu solat istikharah. sebab setiap hari, hakikatnya kita perlu memilih. memilih perkataan, memilih perbuatan, memilih buku, memilih pemberian, memilih permintaan, memilih makanan, memilih itu dan ini. moga istikharah kita yang setiap hari itu, Allah perkenan mengurniakan hidayahnya, dan sentiasa melorongkan kita pada pilihan-pilihan yang benar".
 
subhanallah!
 
perkongsian yang sederhana, tapi sangat bermakna.

--

kata sheikh omar suleiman dalam video ini, memetik kata-kata ibnu qayyim al-jauzi;
"malaikat diciptakan dengan tujuan, tapi tanpa nafsu. haiwan pula dijadikan bernafsu, tapi tanpa tujuan. manusia pula diciptakan dengan kedua-duanya; iaitu dengan tujuan, dan disertai dengan hawa nafsu. jika ‘tujuan’nya lebih kuat berbanding nafsu, maka dia menghampiri status malaikat. namun, jika ‘nafsunya’ lebih kuat berbanding ‘tujuan’nya, maka dia menghampiri status ‘haiwan’".
 
Allahhu!

manusia sentiasa diberi pilihan; sama ada lebih cenderung memilih ‘tujuan’ penciptaannya, atau ‘nafsu’nya. pilihan menjadi hamba Allah, atau hamba nafsu?

Allah, sertakanlah kami dalam golongan ini;
 
"..tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan dan kedurhakaan. mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus sebagai kurnia dan nikmat dari Allah. dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.." (al-hujurat : 7-8)

ameen.


No comments: