Pages

Saturday, May 12, 2012

kuiz #1 (jawapan)





---

1. siapakah antara Nabi yang dakwahnya paling lama?
-nuh a.s

2. apakah yang diminta oleh Asiah (isteri Firaun) kepada Allah s.w.t., sebelum beliau dibunuh?
-rumah di syurga (at-tahrim: 11)

3. apakah kisah terbaik dan terindah yang diceritakan oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran?
-kisah nabi yusuf (yusuf: 3)

4. dalam surah Al-Kahfi, telah diceritakan tentang permusafiran Nabi Khidir dan Nabi Musa A.S. apakah tiga perkara yang dilakukan oleh Nabi Khidir yang menggugat kesabaran Nabi Musa A.S, dan mengapa?

tiga perkara; (al-kahfi)
(i) membocorkan perahu (al-kahf: 71)
(ii)membunuh seorang anak (al-kahf: 74)
(iii) membetulkan dinding rumah (al-kahf: 77)

sebab;
(i) raja yang akan merampas bahtera (al-kahf: 79)
(ii) khuatir mendorong orang tuanya pada kekafiran (al-kahf: 80)
(iii) ada harta benda kepunyaan anak yatim (al-kahf: 82)

5.siapakah nama perempuan terbaik di muka bumi?

6. namakan Nabi dan kaum, yang Allah telah timpakan bencana angin yang kencang kepada kaumnya?
-kaum 'ad, nabi hud (al-ahqaf: 21-25)

7. namakan salah seorang sahabat yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. untuk dipulaukan kerana ketidakhadirannya ke medan perang Tabuk?
ka'ab bin malik

8. namakan Nabi dan kaumnya yang Allah telah hidangkan dengan makanan dari Syurga?
kaum nabi isa a.s (al-maidah: 114-115)

9. namakan isteri Nabi, yang Allah telah sampaikan salam kepadanya melalui malaikat Jibril A.S?
-khadijah r.a

diriwayatkan dalam hadis sahih, dari abu hurairah r.a, dia berkata, "jibril datang kepada nabi muhammad s.a.w. lalu berkata: wahai Rasulullah, ini khadijah telah datang membawa sebuah wadah berisi kuah, makanan atau minuman. apabila dia datang kepadamu, sampaikan kepadanya salam dari Tuhannya dan beritahukan kepadanya tentang sebuah rumah di syurga (terbuat) dari mutiara yang tiada suara ribut di dalamnya dan tiada kepayahan."

10. namakan kaum yang telah membina rumah-rumah dengan gunung?
-kaum tsamud, nabi soleh (as-syu'ara: 149)


_____
ps: salah silap mohon dibetulkan
moga bermanfaat.

wallahhua'lam. :)

3 comments:

Unknown said...

Walau saya xjwb tpi yg sbnrnye 2 je yg sy tau n betul.hikhik.
No 7 n 9
No 7 sbb gi teater hr tu
No 9 tu sy bca buku khadijah.
Ohhh~
Best sgt buku tu.berangan je nk jdi istri sehebat khadijah.<3
^^

Ainum Lathifah said...

xleh A+ lagi ni. hihi.

buat la lagi kak :D

Umairah. said...

alyaa:
:)
i'Allah, masa akan mendidik alya & akak lagi. amin3.

ainum:
:))

tq & tahniah ainum sudi mjwb.
i'Allah, akan menyusul yg seterusnya.