Pages

Wednesday, January 18, 2012

jatuh cinta sekali lagi.

bismillah.

satu hari, mungkin. mungkin kau akan mempersoalkan cinta pertamaku. 

dan aku akan membalasmu dengan pertanyaan.

"cinta pertama dari jenis yang mana? nafsu atau Allah? kalau nafsu, cinta aku terbahagi-bahagi banyaknya. kalau kerana Allah, selain dirimu, sesungguhnya pernah ada yang lain."

cemburumu takkan mematikan cintaku. dan aku akan terus jatuh cinta, tanpa pernah henti. cuma sikit atau banyak, terukur pada sedalam mana imanku pada Allah.

dia mengajar aku tentang cinta. bahawa cinta itu harus diupayakan. kita yang mencari dan membinanya, bukan diam sendiri-sendiri tak mempedulikan, tertunggu-tunggu terbitnya sendiri ke hati. menunggu cinta itu, aku perlu bungkuskan dalam doa saban hari. walau tak setangkas yang lain, dia tak pernah putus asa menyapa, dan menyambut aku hari demi hari. walau kelibat aku sekali sekala, dan gerak aku lambat-lambat dan payah. oh Tuhan, payah sekali!

dia mengajarku bahawa tiada redha dalam kelemahan. kerana Allah ciptakan manusia itu sebaik-baik ciptaan. dia percaya bahawa akal, hati dan jasad manusia itu bisa bergerak tanpa batas asalkan ada mahu, azam, dan usaha. kelemahan dan keaiban dikurangkan, potensi dan kelebihan dicambah-cambahkankan demi agama. hanya agama.


ah, dan mahukah kau tahu? jahitan pada langsir, cadar, sarung kusyen, bantal di rumah kita bermula dari jelujur, sembat, silang pangkah senget dan hodoh, yang tak pernah aku mahir dan err..tak pernah aku minat juga! 

dan dia takkan pernah mematikan semangatku. dia akan terus bersabar, belajar bersamaku. menegurku, membimbingku, mencintaiku sepenuh hatinya. dia akan meletakkan dirinya di tempatku, menunjukkan aku ke jalan yang benar. 

paling mengesankan, dia bawa aku kepada cinta pertama. dia mengajarku tentang hidup yang Allah redha. dia tak pernah cemburu, kalau aku ada cinta yang lain. kata dia, kita saling mencintai di atas jalan ini. malah dia mendidik aku teknik memikat hati, bercinta, dan mengekalkan cinta! malah dia mengajar aku supaya mencari dan membentuk cinta! bukankah dia unik? 

katanya, dia mahu aku ada di Syurga. bersamanya dengan yang lain, memetik buah-buah manis dari amal-amal di dunia. 

dia hanya aku mahu jadi baik. perempuan yang baik pada pandangan Allah. lebih baik dari hari ke hari. dia selalu mengulang-ulang kata Hasan Al-Banna: 

"Islam ialah sistem yang syamil merangkumi seluruh aspek kehidupan. Islam adalah negara dan watan atau pemerintahan dan ummat, akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan, kebudayaan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman, material dan harta benda atau usaha dan kekayaan, jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah, sebagaimana ia juga adalah aqidah yang benar dan ibadah yang sah."

dia sangat mengharapkan dalam diriku, ada kesemua itu! dan dia mendidikku ke arah itu, tanpa pernah jemu. membentuk peribadiku, menyampaikan ilmu, menggalakkan pembacaan, mengasah kemahiran, dan lain-lain. dia mahu aku mencintai, dan mengamalkan Islam secara total. dan menunjukkan hal yang sama pada yang lain. hanya itu.

dan bila kau tanyakan siapa, aku pasti diam, senyum, dan membalasmu jujur dan yakin: 

"akhawat."

dan aku, pasti akan jatuh cinta;
sekali lagi.

_____
"ah, dan mahukah kau tahu? jahitan pada langsir, cadar, sarung kusyen, bantal di rumah kita bermula dari jelujur, sembat, silang pangkah senget dan hodoh, yang tak pernah aku mahir dan err..tak pernah aku minat juga!" -harapnya dialog nie jadi kenyataan. amin.

Allah, aku mahu belajar dan jadi lebih baik. hmm T.T

No comments: