Pages

Friday, September 30, 2011

Simpan, buat yang halal.



Air tasik beralun seperti jatuh renik-renik hujan. Walhal hari masih terlalu cerah, terik dan terasa bahangnya. Muncul seekor, dua ekor, dan yang ketiga anak ikan melibas-libas ekor kiri kanan. Tahulah kami makhluk itulah punca air jadi berpusar-pusar. Hingga kami sangkakan hari hujan, meski matahari masih merembang kuat. 


"Bukan hujan rupanya." Dia senyum.


"Kecewakah?" Aku bertanya, dan dia menggeleng.


"Panas pun nikmat anugerah Allah juga, Kak. Selimut saya, kering!" Dia tergelak pula. 


"Kalaulah hati kita, boleh terasa dosa pahala, macam Kakak perasan pusaran air tadi. Nikmat juga, kan Kak?" Dia menyambung lagi.


"Awak, Kakak bukan ahlul lughah. Janganlah berbahasa." Aku berbasa-basi. Dia menyeringai.


"Tapi, kenapa? Hati problemkah?" Tukas aku, tertanya-tanya.

"Sikitlah, Kak." Pendek. 

Derap kaki masih melangkah. Kembang kelopak kiambang sesekali terusik. Gara-gara pasangan ikan uda dan dara asyik bercak-cak. Macam Jamal Abdillah dan Ogy Ahmad Daud menyanyi lagu "Sandarkan Pada Kenangan". Pergh! 

Hah, mungkinkah?
Spontan, aku tersengih. Ada-ada saja.

"Kakak tahu, antara perubahan saya yang paling besar sejak mengenali tarbiyah?" Dia serius benar. Mataku menenung tar dalam-dalam. Cuba menghayati.

"Hubungan saya dengan lelaki. Tarbiyah mengajar saya malu. Entah, mungkin kerana aktiviti-aktiviti kita, meski ada brothers, tapi selalunya berasingan. Kalaupun bercampur, brothers di depan, dan sisters di belakang. Malah, untuk bercakap sesama kita ada pengantara orang tua, makcik atau pakcik yang lebih dewasa. Untuk mengenal, apatah lagi. Mustahil." Dia diam sejenak, mengambil nafas.

"Saya tak rasa itu buat-buat atau pura-pura. Saya dapat rasakan, itu tindakan spontan. Akhlak tak boleh pura-pura kan, Kak?" Aku mengangguk.

"Alhamdulillah." Aku menyungging senyum. Lagi sekali.

"Tapi, Kak.. buat benda baik itu mudah. Tapi istiqamah dengan benda baik bukan mudah." Penyataannya aku faham. Dia alami konflik jiwa. Atau mungkin, sejarah berulang?

"Puncanya?"

"Saya rasa.. society. Eh, tak. Saya sendiri yang tak mampu kawal. Tak jaga taqwa. Saya kembali saya yang dulu. Saya ada rasa happy kalau lelaki menegur saya. Bercakap dengan saya. Bergurau dengan saya. Hati saya sakit kan, Kak?"

Sedikitpun aku tak terkejut.

"Itu normal. Awak pun tahu, positif negatif tak pernah menolak." Hujung kening diangkat. Dia diam. 

"Apa saya perlu buat, Kak?" 

Sesampai di pondok kayu berhampiran Bangunan Education, aku berhenti. Sebotol air mineral dikeluarkan,  lalu diminum. Dia melabuhkan punggung, duduk bersebelahan.

"Perasaan "berdosa" itu, nikmat. Sebahagian dari anugerah juga. Lagi nikmat, kalau kita sedar yang perbuatan kita itu satu dosa. Dan, mengubahnya!

Kita pernah mengalami keadaan tanpa bersua dan bercakap dengan lelaki, melainkan dalam keadaan terpaksa, terdesak, atau punya hajat yang penting. Kita terdidik dengan agak lama.

Dan keadaan tiba-tiba berubah. Setelah lama dalam keadaan "terjaga", tanpa diduga kita dapat peluang untuk bercakap, bersembang, bergurau. Dan, kita rasa "happy". Seronok!

Erm, cuba kaitkan situasi ini dengan situasi masa hadapan. 

Kita tak pernah bercakap, bergurau, berbaik-baik, bertanya khabar dan sebagainya dengan lelaki ajnabi. Kita terjaga. Tapi, satu hari, Allah hadiahkan pemuda beriman, jadi yang halal. Bukankah akan datang happy itu juga? Tapi, Kakak yakin perasaan itu tentunya lebih nikmat! Lebih dari happy yang ktia rasa awal-awal tadi. 

Sebab.. adanya redha Allah.

--

Anggaplah happy itu macam serbuk-serbuk dalam sekarung guni besar. Kalau kita gunakan serbuk-serbuk itu sekarang, rasa happy kita akan berkurang.

Mungkin yang tersisa hanya sedikit, untuk diguna pada masa hadapan. Sayanglah!

Pendek kata, Allah akan bagi nikmat yang sama. Tapi, sebab kita pernah guna nikmat tu sebelum masanya, maka pada masa hadapan nikmat tu dah berkurang. 

Macam juga dengan orang yang berehat-rehat di dunia. Kerehatan dia di akhirat kelak, pasti berkurang!

Allahhu Allah.

Ya Allah, peliharalah hati, hati, hati, hati, hati. Bolak-balik yang kadangkala iman cetek ini tak mampu mengawalnya. Kuatkanlah, teguhkanlah! T.T

Amin.




6 comments:

nusrah said...

"Perasaan "berdosa" itu, nikmat. Sebahagian dari anugerah juga. Lagi nikmat, kalau kita sedar yang perbuatan kita itu satu dosa. Dan, mengubahnya! " ;'(

Umy....tersangatlah rindu kat awak..doakan saya kuat juga.

Umairah. said...

nusraaaah!

missing u too.

jom datang uia sabtu depan. habiburrahman, fatimah syarha, helvy, asma nadia ada di uia. lebih kurang mcm seminar penulisan kreatif. start lepas zohor.

bleh je singgah bilik umy dulu. :)
bestnya kalau dpt jumpa. kalau nak, umy bleh tlg regiskan.

btw, bleh emel umy no fon nusrah tak? hehe. senang nak roger2 nanti. atau directly PM kat goodreads pun okayy jugak. :)

nusrah said...

nak pergiiiiiiii..dah lama usha poster tu kat fb..ad mmber post.
tapi next week ad kenduri kat rumah...uhhhuuukkk..

klu ada lagi yg macam ni nti, umy cakap dgn nusrah kay..seriously dah lama ngidam nak pergi.. -.-'

oh, no fon sy dah personal msg kat goodreads.. ;)

heart you fillah <3

Umairah. said...

i'Allah akan ada peluang yg lain lagi. amin3.

nanti umy mc. syukran! xD
wa ana kaman~

Jamilah Mohd Norddin said...

umy, tajuk entri ini ingatkan saya dengan tajuk buku fatin.

Umairah. said...

jamilah;
hehe. kebetulan, mashaAllah.

entri lama nie. nampaknya ada orang rindu umy sangat nie, ahah ;P