Pages

Friday, August 21, 2015

antara hal-hal 'mencuba' untuk 'menjadi';

bismillah
 
"write what disturbs you, what you fear, what you have not been willing to speak about. be willing to be split open."

- natalie goldberg
 
saya tidak tahu dari mana harus saya menulis, dengan cerita apa dan bagaimana. nah, fikiran-fikiran kusut yang terbelenggu hinggalah diluruskan semula;


i.

saya percaya bahawa 'amal' punya suara tersendiri. kita tidak akan mampu 'bercakap', kalau tidak terlebih dahulu berbuat. ia bagai tersekat, bahkan terseksa dalam batin sendiri. sekurang-kurangnya, itulah yang saya belajar dari 'struggle harian' hati saya sendiri, bahawa mampukanlah diri berbuat terlebih dahulu untuk 'bercakap' sebebasnya. 
 
malah, kita tidak perlu tunggu; ia akan bersuara sendiri meski tanpa kita menyediakan mulut. namun jika cuma mampu setapak, perlahan-lahanlah berjalan, asalkan tidak berhenti daripada terus usaha berbuat!
 

 ii.
 
kita selalu belajar dari kelebihan dan kekurangan orang lain. melihatkan orang lain, bagaikan tertayang satu demi satu lemah kuat, terpeta aib dan masalah yang ada dalam diri kita sendiri. sungguh!
 
bahawa aku ini begini dan begitu, maka aku perlu menjadi seperti begini dan begitu agar lebih baik di masa hadapan. satu hal yang terpenting dalam proses pembelajaran ini, 'struggle harian' terbesar bagi saya, bukanlah ketidaksanggupan orang lain untuk bersabar dengan keterlambatan saya, tetapi terlebih;
 
"APAKAH SAYA SANGGUP 'BERSABAR' DENGAN 'KESABARAN' ORANG LAIN TERHADAP SAYA?"

 
bukankah adakalanya, kita sahaja yang tidak sanggup melihat orang lain terlalu 'sabar' dengan kita? hmm.
 
iii.
 
"if I ever let you down, it's not because I don't love you. it's because I don't love myself."
 
mungkin sebab itulah, dulu saya pernah menuliskan begini; "kita tidak akan mampu mencintai orang lain dengan sebebasnya, jika kita tidak terlebih dulu sepenuhnya menerima dan mencintai diri sendiri", dan sebab itulah mungkin terwujud kepercayaan dalam diri saya sendiri bahawa orang yang 'cukup' sahaja yang akan selalu mampu 'mencukupkan'.
 
 
 
 
maka belajarlah untuk mencintai, meski sekurang-kurangnya harus belajar mencintai diri sendiri.
 
iv.
 
saya 'adore' dengan ketidaksempurnaan orang lain, tetapi mampu 'menampakkan' kesempurnaannya. semisal esok mesti hantarkan resume lengkap bergambar passport? nah, apa susah? kita boleh fotokan gambar sendiri, bukan? semisal membeli jeans labuh dan hari ini mahu segera dipakai? nah, apa susah? kita boleh terus gunting sendiri, lipat dan iron untuk sementara bukan? semisal hari ini tidak punya apa-apa untuk sarapan? nah, apa susah? kita masih ada roti, bukan? bakar, sapu marjerin, dan letaklah gula.
 
"jika di saat itu, kita cuma mampu 'membumi', usahlah terlalu 'melangit'," demikian begitulah seseorang pernah berpesan kepada saya.
 
v.
 
ah, saya suka perwatakan Jane Hawking yang satu ini. seseorang yang belajar seni dan sastera bahkan hidup dalam dunia 'emosi', tetapi harus belajar untuk bersinergi dalam intelektualiti seorang ahli fizik, Stephen Hawking.
 
serius, saya suka!
 
"i had been taught from an early age to use the language precisely, with appreciation for its clarity and its richness..."
travelling to infinity, pg. 80



maka, marilah kita (saya) menjadi lebih berani untuk menemukan antara hal-hal yang baru dalam hidup. siapa tahu, boleh jadi itulah 'passion' yang dicari-cari? paling penting;
 
JANGAN TAKUT UNTUK MENCUBA.
 
sekianlah, hal-hal mudah yang begitu sukar (err takut?) untuk ditulis, hmm.