Pages

Friday, March 20, 2015

oh, mewangilah draf-draf yang membusuk!

bismillah

"NOTHING STINKS LIKE A PILE OF UNPUBLISHED WRITING" - SYLVIA PLATH

ah, bagaimanakah agaknya untuk saya 'mewangikan' semula kesemua draf-draf yang terkumpul sekian lama? kisah-kisah yang tak tercerita, dan hal-hal indah yang tak tertulis? maka, eloklah saya nomborkan sahaja kesemuanya.

(i)

ah, berulang kali saya katakan, betapa saya cinta akan deep conversation dengan kawan-kawan-yang-kita-suka. entah, kadangnya ia cuma seputar perbualan biasa yang tidak membawa tindakan apa-apa, sekadar 'hmm', 'aha!, 'kan'?, 'macam mana?', 'huh', dan sebagainya tetapi minda saya terasa bercambah, dan terpaling penting, jiwa saya begitu terisi, puas dan penuh!

kami seolah-olah bertukar-tukar buah fikiran tentang filem, tentang buku, tentang orang-orang yang memberi inspirasi (jeff goins, seth godin, anne lamott, jon acuff, austin kleon, sarah kay, bahkan sampai kepada buya hamka, ustaz salim a fillah, ustaz hasrizal abdul jamil, ustaz zahiruddin zabidi, tuan zabidi mohamed, dan orang-orang lain yang tidak tersebut), bahkan tentang hidup keseluruhannya!

satu hal yang 'kami' temukan, kebanyakan daripada orang-orang sukses ini, menemukan passion masing-masing bukan di awal usia, tetapi di tengah-tengah perjalanan hidup. ada yang bermula dengan begini dan begini, tetapi berakhir dengan begitu dan begitu. untuk sesetengah orang, ia seakan puzzle, begitu rahsia dan tersembunyi.

adakalanya, macam tidak kenal dengan diri sendiri; potensi, kecenderungan, minat, kekuatan, kelemahan, bahkan seringkali pula bersoal jawab; untuk apa, ke mana, dan kekeliruan demi kekeliruan lain, hinggalah Allah temukan dengan laluan yang sebenar-benarnya. fuh, sukar betul untuk saya ceritakan di sini.

nah, cukuplah saya simpulkan dengan kata-kata sarah kay dari redefining success;

"i did not have any clue as to what my definition of success was. i could make something up, based on what i had heard or read. i could say, "i'll know i'm a success when i publish a book," or "when i become poet laureate," or "when i perform at the white house," but that would have just been because they sounded impressive and gave me an answer for "what are you aiming for next?" truthfully, i was not sure what i was looking for."
   
terima kasih Allah untuk kawan-kawan-yang-kita-suka! moga Allah temukan jalan-jalan yang indah untuk kita.

ii)

antara watak yang diceritakan di dalam novel One Hundred Names, saya paling gemar watak Eva Wu, pemilik sebuah syarikat perkhidmatan yang diberi nama 'Dedicated'. pendek kata, dia adalah seorang gift-shopper, dan kerjanya adalah me-rekemen-kan hadiah untuk kliennya yang sedang mencarikan apa-apa barang yang 'sesuai' untuk diberi kepada saudara/rakan/taulan mereka yang terdekat.

uniknya, kata Eva, "i like to spend time with the person so that i can really get a sense of what is is that their heart truly desires. i can't shop for someone i don't know or else how is it personal shopping?" fuh! maka, dia akan terlebih dahulu berkenalan dengan orang-orang ini, untuk tahu lebih dalam apa minat mereka, keperluan, kecenderungan dan sebagainya, sebelum me-rekemen-kan bentuk hadiah-hadiah tertentu.

maka, perbincangan sedemikianlah yang biasanya hangat terjadi di dalam opis ini, saban kali menjelangnya hari lahir antara kami, sesama opismet (haha!). kami macam Eva Wu, yang cuba menyiasat dan menyelidik, dan bermulalah sesi ta'aruf untuk yang ke sekian kali, pergh! tapi sungguh, saya suka ini.

antara kelima-lima Love Languages yang disebutkan Gary Chapman di dalam bukunya, teruntuk seorang saya, 'Gifts' jatuh tempat kedua selepas 'Words Of Affirmation'. entahlah, mungkinlah bersebabkan saya ini adalah seorang  'logophile'; a lover of words! namun, apresiasi dan penghargaan saya terlebih-lebih kepada kesungguhan pemberi untuk mengenali saya, berbanding bentuk hadiah itu sendiri. tidaklah penting hadiah itu saya suka atau tidak, kalau barang itu adalah apa yang saya perlu, apalah salahnya? semisal, dia tahu saya tidak suka membaca tentang politik, maka dia membelikan saya buku bergenre politik kerana tahunya dia bahawa saya perlu pada bacaan politik. kompleks bukan? hah!

apapun, saya suka saja diberi apa-apa, asalkan namanya hadiah. hahaha. siapalah yang tidak suka, kalau Rasulullah S.A.W sendiri menyebutkan, "tahaddhu tahaabbu?" teruntuk ini terima kasih kawan-kawan-yang-kita-suka, untuk hadiah besday tiga bulan lalu (ihiks) berupa sebuah bagpack yang sangat smart, mashaAllah!

tahukah kalian, betapa tanjat ittew? perbincangan kalian di hangout tentu cukup hot dan rancak, bukan? lulz. percayalah, ini bukan sesi menayangkan harta, tetapi cuma hati yang merendah sedang memperbesar pemberian yang cukup berharga!

jazakumullahhu khairan katheera. moga Allah membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran di sisi-Nya!

(iii)

maka, kepulangan saya ke Penang beberapa hari yang lalu (alhamdulillah), sempat terisi dengan bacaan baru, Merantau Ke Deli, karya Buya Hamka. ampunkan saya, kerana saya tidak boleh duduk diam, kalau tidak berkongsi hal-hal indah yang saya temukan di sepanjang pembacaan kali ini.

kebetulan, sewaktu menyinggah di Kedai Buku Satu Malaysia di Puduraya, saya juga terbelek buku ini, The Kindness Miracle, tulisan Puan Jamilah Samian. hah, bersungguh-sungguh saya cerita pada Kak Una tentang diagram yang saya temukan dalam buku ini;

TKM, pg. 25

ya, ya, saya tahu. jemu bukan asyik bercerita panjang tentang kawin-kawin ini? nah, cukuplah diagram ini saya simpulkan dengan kata-kata Buya Hamka yang sempat saya highlightkan dari novelnya;

MKD, hlmn. 29

entah, saya suka apabila Buya sebutkan, "MENEMPUH HIDUP"; ia cukup 'dalam' dan 'bermakna', berkait sekali dengan diagram tersebut. sebagaimana yang Islam ajarkan sendiri, saat mula berkurangnya 'mawaddah' inilah, barangkali saatnya ia membutuhkan pula 'mercy', ataupun 'rahmah' sebagai ganti. ahhhh, indahnya Islam! (ar-Ruum: 21)

(iv)

maka semalam terjadilah candle light dinner  movie night 'berlaukkan' spageti dan jus epal bercampur (err, daun saderi?) bersama-sama seangkatan opismet yang saya cintai kerana-Nya. percayalah, ini baru kali pertama terjadi dengan perancangan yang tidak semena-mena, (dan mungkin akan terjadi lagi selepas ini, heh). oh, kami tonton The Imitation Game! 

cerita yang baik (err, sekurang-kurangnya bagi saya-lah), ia akan membuat kita asyik bercakap tentangnya sesudah menonton. lebih-lebih lagi, tentang babak-babak tertentu yang mengujakan!

ah, ia tentang mesej dan komunikasi, tentang mesin dan manusia, tentang kuasa dan perang, tentang passion dan confidence, tentang ego dan khianat, tentang identiti yang celaru. ah, pendek kata, ia adalah tentang riwayat hidup seorang Alan Turing. entah, tidak mahir saya untuk bercakap hal-hal berkaitan sinematografi, melainkan cuma ingin berkongsi lines yang saya suka!

nah, seorang 'logophile' pun, kan? saya suka babak ini, sewaktu Joan Clarke berkata-kata;


"so what? i had my suspicions. i always did. but we're not like other people. we love each other in our own way, and we can have the life together that we want. you won't be the perfect husband? i can promise you i harboured no intention of being the perfect wife. i'll not be fixing your lamb all day, while you come home from the office, will I? i'll work. you'll work. and we'll have each other's company. we'll have each other's minds. sounds like a better marriage than most. because i care for you. and you care for me. and we understand one another more than anyone else ever has."
- joan clarke 

bukan, bukan. saya bukan mahu menekankan perihal perhubungan istimewanya dengan Alan Turing. pedulikanlah sepersis apapun ia, kerana Alan Turing ini hakikatnya adalah seorang homoseksual. tetapi (hah!) sebenar-benarnya, saya adore lakonan Keira Knightley dari Pride & Prejudice lagi sewaktu dia menjadi Lizzie. perwatakannya di dalam filem ini pun lebih kurang sama; seorang perempuan yang bijak dan indipenden dalam mengendalikan hidupnya sendiri. beliau bebas daripada terhimpit dengan keadaan budaya masyarakat yang menolak status perempuan yang berintelek.

sekian, satu mesej daripada banyak-banyak mesej yang tercerna daripada movie night semalam. selebihnya, silalah tonton sendiri.

(v)

cukuplah sudah draf-draf membusuk yang telah dilicinkan dari otak. ampunkan kekompleksan kepala saya yang kini telah mula meringan. nah, rumit bukan entri ini? untuk pengakhirannya, terpaksalah saya bersetuju dengan ini juga;

"CREATIVE MINDS ARE RARELY TIDY." - ANON

oh, bukankah? hahahahahaahaha, sekian.

Wednesday, March 4, 2015

26 tahun dan saatnya kita mendewasa!

bismillah
 
waktu berborak dengan seorang kawan melalui whatsapp, saya terpaksa akur memang dia nan seorang ini jenis kawan yang saya jarang sekali contact, tapi kalau sesekali kami berhubung, selalu saja ada antena terhubung antara saya dan dia, persis Keenan dan Kugy dalam novel Perahu Kertas, tulisan Dee. chup, saya Kugy! mahu atau tak mahu, terpaksalah dia jadi Keenan. cumanya, Keenan versi perempuanlah, kah!
 
entahlah, adakala saya suka hubungan yang semacam ini. saya atau dia tidak merasa saling terpaksa. masing-masing seolah-olah ada kesefahaman tersendiri. kami bebas, walaupun tentu saja ada hal-hal yang berbeza. 'diam tidak bermakna tidak peduli', sekurang-kurangnya itulah yang saya cuba maknakan dari perhubungan kami ini, ahah! 
 
uniknya, kadangnya perbualan kami akan terhenti tiba-tiba tanpa 'salam' atau 'kbai', atau 'wallahhua'lam' dan tergantung begitu saja. sama ada dia tidak merespon, atau saya yang tidak membalas. namun serasa saya, masing-masing slumber, cool, rileks dan tenang saja serta tidak begitu kisah, hinggalah tercetus pula topik yang baru di lain waktu.
 
agak lama sudah dia tidak menulis blog, dan ini entri cinta khas untuk dia agar kembali menulis. dulu, dua kali dia menuliskan 'Surat Untuk Bunga', tanpa saya merespon 'Surat Untuk Daun', haha. nah, kali ini terpaksalah saya keluarkan kata-kata Mik Everett;
 
"if a writer falls in love with you, you can never die!"
 
hah, terima kasih Mik Everett kerana menyedarkan saya bahawa mungkinlah 'saya' saja sedang 'mati' dalam 'blog' hidupnya; - tertunggu-tunggu dan ternanti-nanti. sedangkan 'dia' kini sedang 'hidup' dalam entri saya; atau barangkali saya harus dahulukan 'faham' dan 'pemaknaan' saya; bahawa kini adalah saat tesisnya untuk menjadi antara cinta-cintanya yang terkedepan? hmm, baiklah.
 
cukuplah, sedikit pengenalan tentang 'Keenan' saya, lulz.
 
maka apa yang kami borakkan hari itu, cuma sembang-sembang biasa. entah, dengan kawan-kawan-yang-kita-suka ini, selalu saja ada deep conversation bercampur joke yang tak tersengaja. saya sungguh-sungguh suka ini! tanpa berkata tentang sesiapa, kami berborak tentang famili, perasaan, gadis, dan hal-hal yang berlaku seputar hidup.
 
ah, malas sekali saya untuk menyalin kesemuanya. cukup sajalah, terakam dan terabadi di sini. untung saja, dalam sibuknya menulis tesis, ada satu dua komen masuk dalam kantung entri ini, heh. itupun, kalau saya beruntunglah.
 
 


dia antara orang yang selalu membangkitkan apa yang ada dalam diri saya, tapi tak terkeluar dengan kata-kata. dia macam, "mengenalmu, aku membacaku". ahah, begitulah! kau dah kenapa manis berdiabetis sangat entri malam ini?
 
dia membuatkan saya teringatkan satu entri yang pernah saya tulis, tentang -getting married. tentang mereka yang kenal saya luar dan dalam. tentang famili, dan saya secara peribadi.
 
sungguhlah, di sana, kita tak membuka cerita perihal kampus, hobi kegemaran; buku, kopi, aktiviti indie, dan sebagainya lagi, tapi kehidupan keseluruhannya.
 
famili paling banyak mengenalkan saya dengan diri saya sendiri. tertayang jujur, cermin yang sesungguhnya; baik buruk, tinggi rendah, ego sombong, kalut tenang, pandai jahil saya. jujur, setiap kali menjejak ke rumah, ada saja perihal atau perkara yang membuat saya tertampar, terduduk, terjatuh dan kesemuanya, hingga merekalah jua yang 'mengangkat' saya semula.
 
ya Allah, peliharalah mereka.
ameen.
 
terima kasih, 'Keenan'! moga tesismu dipermudah.
 

refleks untuk saya nan seorang, fuh.

bismillah

saya selalu bimbang andai langkah-langkah, jalan-jalan atau keputusan-keputusan saya tersalah. saya bimbang kata-kata saya akan menyakiti hati orang lain. saya bimbang perbuatan dan kelakuan saya tidak disenangi. saya bimbang sikap dan peribadi saya sendiri disalahfahami, meskipun saya cukup arif dan tahu, dengan apa yang pernah saya terbaca, tentang sesuatu yang dituturkan oleh Imam as-Syafii;

"hal yang paling mustahil adalah memenangi dan memenuhi hati dan kehendak semua manusia."
 
hal-hal kebimbangan ini yang akan membuat jiwa saya terus jadi risau, sesak, takut, sedih dan keliru. akhirnya, saya terlebih-lebih memikirkan dan memfokuskan pada hal-hal yang tidak pasti dan tidak perlu. ah, buang masa!

sehinggalah entahkan peristiwa apa yang terjadi, membuatkan kebelakangan ini, saya seakan ter-latih untuk mulai percaya dengan sesungguhnya, pada kekuatan niat yang baik.

mulakanlah apa saja dengan niat yang baik; Allah tahu niat yang baik, Allah tahu kita sedang berusaha untuk berniatkan hal yang baik. Allah tahu kita sedang mencuba untuk jadi orang yang baik. jadi, bukankah dengan besar serta luas rahmat-Nya, Allah tidak akan pernah mensia-siakan niat-niat yang baik, hal-hal yang baik, dan orang-orang yang baik?

pertama-tamanya cukuplah berniat dengan niat yang baik, meski dengan seribu satu 'kejahilan'; langkah mungkin akan tersalah, tindakan mungkin akan tersilap, cara mungkin akan tersasar dan sebagainya, tetap ada Allah yang akan meluruskan dan membenarkan, hingga kesemuanya itu baik lambat atau cepat, akan all is well.

tidak dapat tidak, 'TAQWA'-lah yang akan mendorong jiwa agar sering dalam keadaan 'terjaga' dan 'tersedar'. terpaling penting, suatu peringatan untuk saya sendiri, agar tetaplah menjaga 'kebersamaan' dengan Allah, setiap dan sepanjang masa, hmm.  
 
"JAGALAH ALLAH, MAKA ALLAH AKAN MENJAGAMU."
 
selalu!
 

Monday, March 2, 2015

dan saatnya terangkat ke langit-langit;

bismillah

"saya tak tahulah akak, saya boleh dapat atau tak tempat praktikal tu. kadang, macam mustahil je."   
luahnya pada saya semalam, sewaktu kami sedang duduk-duduk berdua.

"erm, dah mintak dengan Allah? doalah. tak ada yang mustahil bagi Allah, tau?"
 
saya senyum dan mula bercerita padanya tentang peristiwa yang terjadi pada saya beberapa minggu lepas.
 
entah, peristiwa yang mendobrak hati jiwa serta langsung benar-benar mengubah persepsi dan sikap saya tentang sesuatu. tentang hakikat doa dan tawakal, meski berulang kali sudah saya diberi taujihat tentang ini. namun, 'ibrahnya tidak sama seperti apa yang saya alami sendiri.
 
ajaib dan aneh, kata orang, atau sebenarnya saya saja yang jenis terlalu 'memperbesar' setiap littlethings dalam hidup, hmm? entahlah.
 
bersebabkan kecuaian saya sendiri, suatu hari saya tertinggal spek di dalam bas persiaran yang tidak jadi saya naiki, atas sebab-sebab yang tidak mampu dielakkan. hari itu, dunia saya terasa kabur sahaja. walaupun (ya!), saya memang jenis yang pakai-tanggal-pakai-tanggal spek ini, namun tetaplah hati saya meresah, malahan berulang kali mengutuk kecuaian diri sendiri. spek itu, sungguhlah 'sesuatu' bagi saya! namun, hah apakan daya, halnya sudah terjadi.
 
keesokan paginya, sesampainya di terminal bas yang sama, saya ke kaunter semula, dan bertanyakan kemungkinan sama ada saya boleh mendapatkan spek saya semula di mana-mana.

"ni bas persiaran dik. bas ni memang takda kaunter khas."
"plat bas 7776 ni, ada tiga buah dik. susah tu nak cari."
 
kata-kata petugas kaunter saat itu, membuat saya percaya dan redha, bahawa mahu atau tidak, saya terpaksa membeli spek yang baru. pagi itu, sesudah mendapatkan plat nombor bas yang akan saya naiki, dan sementara menunggu di platform, terlintas di hati saya untuk berjalan-jalan di sekitar, sekadar meninjau-ninjau kalau-kalau ada lagi bas yang semalam. meski saat itu, hati saya bulat dan tekad mengatakan adalah mustahil untuk saya menjumpai spek saya semula.
 
"eh, 7776?"
 
meluru saya mendapatkan driver bas di situ, dan meminta izinnya sama ada saya boleh memeriksa kalau-kalau itulah basnya, dan mungkin spek saya masih ada di situ. dia cuma angguk. bersungguh-sungguh saya cari di setiap ceruk seat atas dan bawah, namun 'hmm, mungkin ni bas lain'.

hampa.

"erm, tak ada. thank you uncle." saya senyum. 
"bas ni dah sampai ke johor sana. itupun dah banyak kali orang kemas dan cuci. susahlah nak jumpa!" 
"oh okay. its okay uncle."
 
elok sahaja saya menapak untuk turun dari bas tersebut, uncle tersebut meraba-raba di bahagian depan bas, dan mengangkat sesuatu.
 
"haa, yang ini, bukan?" memandang objek kecil di tangan uncle, terkelu saya, tidak terkata apa-apa. melopong saya di situ.
 
"oh ya Allah, itu spek saya! thank you uncle. thank you so much!" berkali-kali saya ucapkan terima kasih.
 
pagi itu, sebelum berangkat ke KL, Umi rangkul bahu saya, dan peluk saya kejap-kejap. saya katakan pada Umi, "Umi tau, akak doa sungguh-sungguh semalam."
 
"ya Allah, terharunya Umi."
 
kata Umi, itu kuasa doa. terharu dengan Maha Baiknya Allah, dan terharu dengan Maha Kuasanya Allah. suatu muhasabah untuk saya, supaya jangan pernah meremehkan doa meskipun untuk hal-hal yang kecil, apatah lagi yang besar. sekalipun bukan dari tangan kita, mungkin sahaja hajat, keinginan, atau urusan kita dipermudah bersebabkan tangan-tangan orang lain yang mendoakan. tetaplah, ia masih sebuah doa.
 
apa sahaja yang terlintas, apa sahaja yang menjadi kehendak, lancarkan saja mulut untuk berdoa. sejak peristiwa itu, benar-benar saya merasakan 'perbualan' saya dengan Dia, tidak sebatas sesudah solat, atau ketika bersimpuh untuk berdoa, tetapi ia terasa lebih kerap dan panjang. pada bila-bila masa sahaja, hati terasa mahu berdoa; basuh baju, kemas bilik, baca buku, masuk ofis, teringat kawan, baca blog, kagum, sedih, prasangka, marah dengan sesiapa, mula usrah, malas bekerja, dan sebagainya.


imam al-ghazali
 
namun, saya masih berlatih dengan sesungguhnya. adakalanya, saya seperti mulai faham akan kata-kata Umar R.A yang ini; "sesungguhnya obsesi aku bukan pada terkabulnya doa, kerana aku tahu Allah akan memakbulkan. namun, obsesi aku ialah pada keinginanku untuk menuturkan doa."
 
teringatkan kata-kata Umar R.A, saya mula bertanya tentang 'obsesi' saya sendiri, dan ternyata ini yang paling sukar; apakah saya akan terus semangat berdoa seperti ketika pertama kali menuturkannya? apakah saya akan terus khusyuk berdoa? apakah saya akan terus menikmatkan doa? apakah saya akan terus yakin dan percaya dengan doa? apakah saya akan terus istiqamah berdoa? 
 
inilah juga mujahadah yang sebenar. saat hati terasa cukup mendekat dan menghampir dengan Allah, doa terasa meluncur laju di lidah macam air, fokus, tenang, bahkan khusyuk. ada masa dan ketikanya, begitu sayu sampai boleh menitis air mata kerana nikmatnya rasa menghamba pada Allah. tauhid dan kebergantungan yang sesungguhnya; bahawa pada Allah itu, ada semuanya dan tidak ada pada sesiapapun. kepercayaan yang paling utuh, dan ampuh! namun saat-saat lalai, leka, dan alpa, perasaannya tidak senikmat itu. mulut terasa berbuih, namun kata-kata tidak termaknakan sedikit pun di hati. sekadar melintas lalu, dan pergi, atau cuma sekadar menggugurkan kewajipan untuk berdoa.
 
oh Allah.
 
perasaan-perasaan bercampur-aduk ini kerapkali saya alami, hinggalah saya membaca sebahagian daripada puisi Jalaluddin Rumi. katanya;

 
"jika engkau belum mampu berdoa dengan khusyuk, maka tetaplah persembahkan doamu yang kering, munafik dan tanpa keyakinan; kerana Tuhan, dengan rahmat-Nya akan tetap menerima mata wang palsumu!"  
- jalaluddin ar-rumi
 
hmm?
 
teruntuk hal apapun, kecil atau besar, semiskin apapun nilai sebuah doa, atau sehina apapun para pendoa, tuturkanlah sebebasnya; itulah ketundukan dan obsesi yang sesungguhnya!
 
Dia dengar.
bukan, Maha Dengar.