Pages

Tuesday, October 6, 2015

sekilas When September Ends;

bismillah

(i)

dua tiga hari lepas, saya dan Faaizz asyik bercerita tentang When September Ends. nah, ini bukan lagu nyanyian Green Day. tetapi, satu acara Bibliophilia: When September Ends yang menghimpunkan pembaca-pembaca di seluruh negara untuk berdiskusi tentang buku-buku.

akibat hal-hal yang tidak dapat dielakkan, maka kami 'meraikan' acara ini di bilik bacaan (merangkap bilik solat, bilik lepak, bilik menonton, dan bilik menghimpun barang-barang) sahaja, berbanding menyertainya di tempat-tempat lain.




saya pilih Habibie & Ainun, walaupun bacaan saya tidak sampai pun separuh! (hihi) spesifiknya, saya cuma pilih halaman-halaman awal untuk dikongsi.

"lepas isteri dia meninggal, habibie sakit teruk. cuba teka apa yang doktor cadangkan untuk sihat?"

sebagaimana Manguel pernah membacakan untuk Borges, maka saya pun tidak terkecuali cuba-cuba membacakannya! ya, walaupun sedikit dan sekejap, tetapi inilah seperenggan yang paling menarik hati saya.

nah;
 
 
 
itulah sebab agaknya, menulis selalu menjadi terapi terbaik untuk saya. selain menjelaskan akal fikiran dan perasaan, dengan menulis juga, saya seakan-akan 'berdiri' sebagai seorang perempuan yang saya idolakan; menjadi saya dan memiliki saya, -sepenuhnya!
 
fuh, macam (ii);
 
pertama kali kenal dia, sewaktu dia bermain-main dengan kawan-kawannya di persekitaran rumah kecil kami.
 
"ini rumah saya dulu," katanya. kini, rumahnya betul-betul sahaja di belakang rumah kami, dengan ruang yang lebih besar.

"adik nama apa?"
"syahira."
 
kali kedua dan ketiga, kami menghulurkan dia dan kawan-kawannya coklat. jujur, saya terpikat pada keletahnya yang lincah dan bertenaga, selain berani dan ramah. kami pernah 'berangan', ingin memanfaatkan ruang bacaan kami yang kecil dan kontot itu untuk Syahira dan kawan-kawannya ini. semisal, belajar mengaji dengan Ustazah (Umairah), kononnya (haha!). tetapi aduhai, ternyata berkata-kata sememangnya lebih mudah berbanding melaksana!
 
menemuinya kali seterusnya, Syahira memanjat tembok dengan adik-beradik lelakinya yang lain. tiada apa-apa, sekadar untuk menonton sembilan ekor lembu yang bakal ditumbangkan pada hari itu.
 



kenalkan, -Syahira; jiran kenit kami.
 


 
jujur, antara cabaran bagi saya ialah menjadi tetangga yang baik; sama ada kita tidak lagi hidup dalam suasana 'kejiranan' yang ramah-tamah, suka bertegur-sapa, saling mengambil tahu dan peduli, atau cabaran hidup masa kini yang menuntut kesibukan dan merampas masa-masa kita secara maksimum! maka, kita tiada peluang lagi berbuat sedemikian, hmm.
 
secara automatisnya, kian runtunlah sensitiviti kejiranan. hah, topik ini seakan-akan terlalu idealistik untuk ditulis, dibincang dan diidam; tidak seperti zaman kita dulu di zaman anak-anak, saat jiran di sebelah rumah begitu mengenali jiran yang nun jauh di sana. tidak terkecuali,  diri saya sendiri.
 
berfikir dan bercerita tentang ini, membuatkan saya teringat-ingat buku Saksikan Bahwa Aku Seorang Muslim, tulisan Ustaz Salim A. Fillah. saya suka sekali bagaimana beliau dan isterinya begitu prihatin akan soal ini dan saya terfikir-fikir sendiri, entahkan bagaimana untuk memulakan, merencanakan dan mewujudkan personaliti, sikap serta nilai se-rahmah itu!
 
oh!
 



"TETAPI CINTA SELALU PUNYA CARA UNTUK TAHU TENTANG EHWAL KECINTAANNYA."

oh, bukankah begitu manis dan indah?
 

No comments: