Pages

Thursday, October 1, 2015

Oktober, Cinta & Cinta-Cinta (Euw!)

bismillah

"television, radio, and all the sources of amusement and information that surround us in our daily lives are also artificial props. they can give us the impression that our minds are active, because we are required to react to stimuli from the outside."

- mortimer j. adler, how to read a book: the classic guide to intelligent reading 
 
kita selalu tahu, apa kita mahu jadi dari filem-filem yang kita tonton, buku-buku yang kita baca, cerita-cerita yang kita dengar, termasuklah salah silap kita dahulu kala dan sebagainya.
 
mungkin bersebabkan itu agaknya, novel dan puisi tidak terkecuali menjadi bahan bacaan saya. malah, kata ofismate baru-baru ini, "filem adalah 'passion' umy!"
 
oh tidak! saya tidak merasakan minat ini tiba-tiba terwujud selepas saya mengahwini penggemar filem. tetapi mengimbau semula zaman matrikulasi dahulu kala (eceh), tidakkah saya pernah membentangkan salah satu tugasan bagi subjek intro to mass communication, dengan melakonkan satu filem pendek bersama kawan-kawan-yang-kita-suka? oh Mira, awak tidak lupa bukan, tentang ini? zaman-zaman kita begitu asyik bercerita tentang filem-filem yang kita suka berserta skrip-skripnya dengan panjang lebar? hmm.
 
entah, saya suka watak dan perwatakan. saya suka jalan cerita. saya suka kata-kata. saya suka pergerakan, emosi, struggle atau cabaran. saya suka manusia sebetulnya. manusia akan memanusiakan saya; menunjukkan saya apa yang saya mahu jadi dan apa yang saya tidak mahu jadi, dengan caranya yang tersendiri. setiap orang yang saya temukan baik atau buruk, ada 'sesuatu' untuk ditawarkan, sedar atau tidak, cepat atau lambat.
 
kata-kata ini terasa begitu tepat mengenai saya;
 
"I DIDN'T ALWAYS KNOW WHAT I WANTED TO DO, BUT I KNEW THE KIND OF WOMAN I WANTED TO BE."  
- DIANE VON FURSTENBERG

ada figura tertentu yang mahu saya jadi, meski (belum jadi) dan sedang dibina untuk men-jadi; baik membesar sebagai seorang anak, kakak sulung, kawan, atau mendewasa sebagai kak ipar, isteri, menantu dan ibu secara spesifiknya.
 
menyemangati kata-kata Dr. Maszlee Malik sewaktu Multaqa Ulama' Pelapis IKRAM (MUPI) dulu, "jadilah apa-apa yang mahu kamu jadi. baik seperti Sheikh Nouman Ali Khan, atau Ustadzah Yasmin Mogahed atau Hamka atau siapa-siapa sahaja."
 
entah, kata-kata beliau sehingga ke hari ini, saya ingat dan pegang sebagai inspirasi. ah, mungkinlah sebab sebelum ini saya seringkali mendefinisikan 'hebat' itu cuma pada personaliti tertentu; semisal mampu berkata-kata di khalayak, mempunyai pengaruh yang luas, seseorang yang berani ke hadapan dan sebagainya. walhal, setiap orang mampu memberi dengan kapasiti dan personaliti tersendiri yang dia punya; malah menebarkan aura dan pesona kebaikan secaa tidak tersengaja, hingga orang lain pun terinspirasi untuk menjadi lebih baik; fuh, cuma sesederhana itu!
 
ia semacam satu babak yang pernah saya tonton dalam Boyhood (2014). seorang wanita telah 'mengubah' seorang pekerja yang membetulkan paip rumahnya, menjadi seseorang yang lebih berkerjaya.

apa yang wanita ini lakukan, tidak lebih dari sekadar memberikan kata-kata galakan, semangat dan inspirasi. tersedar saya, bahawa kadang-kadang, cuma itu sahaja yang kita perlukan; kepercayaan.


 
MOM: hey, you know, you're smart. you should be in school.

WORKER: i like school, i need school, but it's hard. i work all day...

MOM: go to night school. at community college. it's -- it's pretty affordable.


 
ERNESTO: hi guys. i'm ernesto, how are you? (to mom) uh, you probably don't remember me, but i worked on your septic line years ago.  
MOM: oh, yeah.

ERNESTO: believe it or not, you changed my life. yeah, you told me that day that i was smart and that i should go to school. i took your advice! i signed up for english classes and then a year later i went to community college and i got my associates degree. and i'm working on my bachelors now at texas state. and i'm also one of the managers here.

MOM: that's great.

ERNESTO: uh, it's good to see you. because i really wanted a chance to thank you for that. gracias. it really meant a lot to me. don't worry about lunch. it's on me. it's the least i can do.

MOM: thanks.

tidak sebesar mana, tidak seluas mana, tidak setinggi mana, tetapi kita selalu mampu menawarkan apa-apa sahaja yang kita ada. meski dari kebaikan seorang makcik yang menyapu sampah di koridor, di setiap pagi! pagi saya terasa tenang dan bahagia dengan walau menerima cuma seulas senyumannya!

ya! saya selalu tahu, ada banyak sahaja harapan dan keinginan orang lain yang belum tertunai dari seorang saya. ada yang mahu saya menjadi begini dan begitu, ada yang ingin saya seperti ini dan seperti itu.

namun, keterbatasan kita sebagai manusia ialah kita tidak selalu tahu apa yang orang lain mahu dan perlu. kita tidak selalu mampu memuaskan keinginan, kehendak dan harapan orang lain pada kita. kita tidak selalu arif tentang prioriti, emosi, sikap, tabiat dan perangai orang lain. mungkin inilah yang saya sedang belajar bahawa apa sahaja kelebihan, kita hargai dan apa sahaja kekurangan kita redhai dan fahami.

teruntuk seorang saya, apa yang paling saya perlukan, selain sokongan dan kepercayaan, mungkinlah DOA yang setulusnya dan seikhlasnya untuk menjadi apa yang Allah mahu; apa yang anda mahu, dan apa yang saya mahu.




nah, bagi doa-doa yang terhijab, terima kasih Cinta dan Cinta-Cinta!

No comments: