Pages

Wednesday, October 28, 2015

KAU YANG UNGGUL DI MATAKU;

bismillah

pernah sekali, saya adakan 'Kelas Tudung' di rumah. "ini shawl, ini tudung. ini pashmina, ini sekian dan sekian." sewaktu berkenduri-kendara di Bagan Serai pula, sempat kami mengadakan 'sesi ujian' untuk menentukan sama ada dia lulus atau gagal. 

saat itu, dia pula yang tunjuk pada saya, "ini shawl, kan? ini tudung, kan?" dan saya mengangguk-angguk saja. untuk seorang lelaki yang tidak punya adik-beradik perempuan, ya kini saya boleh katakan, Faaizz sudah lulus sepenuhnya membezakan shawl dan tudung, haha! saya menghormati kesemuanya, dan saya tiada masalah dengan mana-mana pilihan, namun teruntuk saya, entah kenapa tetaplah tudung cotton biasa yang menjadi pilihan utama di hati. "there's a lot of beauty in ordinary things," oh bukankah? kah! betapa tidak inteleknya perbualan kami.
 
menghadiri Konvensyen Maqasid Syariah (KMS) di IDCC Shah Alam baru-baru ini, saya duduk bersebelahan seorang Makcik, bekas pensyarah di salah sebuah Kolej Matrikulasi. Rokiah, namanya kalau tidak saya tersalah. di sela-sela masa yang ada, kami saling bertaaruf dan bertukar cerita. jujur, saya lebih senang mungkin, bercerita satu sama satu, tidak dalam kelompok yang terlalu ramai. saya jadi terlebih ramah, jika saya dan dia sahaja di situ, meski perkenalan antara kami baru sahaja berputik. 

juga merupakan antara keindahan bagi saya; menemukan orang-orang baru yang tidak kekok dan lokek bercerita! lebih-lebih lagi, jika begitu membukit pengalamannya.

"lepas bersara ni, Makcik buat apa sekarang? ada buat bisnes ke?"

"adalah sikit-sikit. frozen food, tapi banyaknya Makcik makan sendiri (tergelak). Makcik suka menjahit. adalah juga buat jualan tudung. cuma kalau jual tudung ni, upah orang jahit lebih baik. ada saja fesyen baru naik, jadi kena cepat. tak sempat yang lama habis, ada pulak yang baru. penat!"

semalam pula, sempat saya berkongsi satu video di ruangan Facebook saya sendiri, tentang bagaimana media sosial telah 'memanipulasi' makna kecantikan pada diri seorang wanita. hari ini, membaca ulasan Abu Ilkiya di Facebooknya, membuatkan saya merasakan pandangannya cukup berisi dan berhikmah. 

untuk hal-hal yang kita suka, kita seakan-akan 'dipaksa' dan 'terpaksa' berkongsi dengan orang lain.  nah, katanya;




ya, mungkin tidak adil untuk saya bersetuju sepenuhnya dengan pendapat di atas, kerana fesyen bukanlah minat dan bidang utama saya. minat dan kecenderungan kita, berbeza bukan? saya begitu maklum, pastinya kita akan selalu menangisi, membela, malah bersikap defensif terhadap hal-hal yang kita sukai atau cintai.

saya juga bersetuju dengan Kak Jannah, katanya lambakan bisnes sebegini bagus apabila semakin ramai wanita yang mula memilih untuk berbaju longgar dan berhijab. ya, terutamanya untuk mereka yang suka akan fesyen yang cantik dan indah sebegini. tetapi apabila itu yang menjadi keutamaannya, sebaliknya pula yang terjadi. 

terpaksa saya akur dan akui, ia sememangnya anggun bagi saya. namun, sesekali saya rasa 'semak' dengan fenomena ini. kalau tidakpun untuk orang lain, hakikatnya ia pernah tertempias pada diri saya sendiri; masa, tenaga, wang ringgit, khasnya 'pandangan' atau 'nilaian' serta bagaimana saya 'melihat' diri saya sendiri di mata orang lain. 

bukankah jika kita dikagumi dan dicintai kerana hal-hal yang bersifat kebendaan dan materialis, maka itu sudah mampu menentukan posisi dan nilai diri kita sedikit sebanyak? ia seperti yang dilaung-laungkan Charles Augustin Sinte-Beuve;

"TELL ME WHO ADMIRES YOU AND LOVES YOU, AND I WILL TELL YOU WHO YOU ARE!"

wow! bersebabkan ini mungkin, saya begitu kagum melihatkan perempuan yang mampu 'wujud' dengan personalitinya yang tersendiri. dia terlebih dahulu 'berdiri' sebagai dia, dan bukan pada apa-apa yang ada pada tubuhnya.

untuk orang-orang yang pernah saya temukan ini, sejujurnya itulah aura terunggul bagi seorang saya!


No comments: