Pages

Thursday, July 23, 2015

tentang Perempuan dan hal-hal lain;

bismillah
 
saya pernah dahulu berangan-angan mahu menuliskan buku bertajuk Perempuan. entah, pertama-tamanya mungkin saya terlalu gemar akan perkataannya. kedua, itu subjek yang termudah untuk saya tulis sebab terdekat dan terhampir dengan jiwa. itulah satu-satunya hal yang paling saya mahir pun, berbanding hal-hal yang besar semisal politik dan ekonomi.
 
cita-cita ini malah saya pernah kongsikan dengan Tiya, merangkap 'circle' saya yang sama-sama kompleks; berlagak cool, cukup reserved dan 'bajet' deep (haha!). dia memang kerapkali mengingatkan saya tentang buku bertajuk 'Perempuan' yang belum wujud ini pun, saat-saat perbualan 'deep' kami menerusi Whatsapp.
 
"umy tulislah buku. umy tulislah buku. umy tulislah buku pasal perempuan kompleks"

hah, begitulah seorang Tiya yang saya rindui, hiks.
 
kebelakangan, perkataan 'Perempuan' ini termuncul sekali lagi. kali ini, bukan Tiya yang ingatkan, sebab Tiya kini sudah bergelar Mak Ngah dengan kemunculan anak saudara yang comel bernama Amnan. alahai, sebut sahaja namanya sudah halus kedengaran.
 
kali ini, dia pula yang mengingatkan saya di suatu hari apabila topik 'Perempuan' dibual-bualkan semula. entah, tahu-tahu sahaja dia menggunakan perkataan yang saya gemar ini dalam satu emel, demi membalas emel panjang saya setahun yang lalu; termuat tentang saya (harapan, kelemahan, kekurangan dan sebagainya). pendek kata, keseluruhannya tentang saya yang saya mahu dia tahu dan saya rasa dia perlu tahu.
 
sebahagian daripada perenggan balasnya tertulis ini;  

"sewaktu di awal taaruf dulu, sebelum mengambil keputusan ini, saya tersedar bahawa sebuah definisi tentang perempuan telah saya jumpai dalam setiap perkongsian awak selama ini. terima kasih kerana menulis sejak 6 tahun yang lepas."  
(10 September 2014)
 
maka, di suatu hari saya bertanyakan dia semula tentang 'definisi' perempuan yang pernah dia maksudkan dalam emel yang dulu. kalau dulu, jangankan berani bertanya, ber-whatsapp pun guna bahasa melayu tinggi, hmm.
 
selama tempoh ini, ada dua definisi yang saya (baru) temukan. saya mahu mulakan dengan definisi yang kedua; saya baru tahu bahawa dia pernah sungguh-sungguh mendoakan bakal menemukan perempuan yang tidak gemar langsung akan kpop. ah, kau akan ketawa mendengarkan alasan-alasan di sebalik penyataan ini, dan cukuplah didiamkan sahaja oleh perempuan yang telah sukses ditemukannya itu, hmm.
 
penyataaannya yang pertama inilah terpaling unik dan janggal sekali kedengaran, dan saya sungguh-sungguh jatuh cinta mendengarkan ini. dia ingin sungguh perempuan yang sebetulnya memahami perempuan, kerana dia tidak pernah sesekali mengenal figur dan jelas tentang sifat bahkan naluri perempuan.
 
ah, teruntuk seorang jaka yang tidak pernah tertonjol sisi halusnya sebelum ini, jenis yang pada pandangan saya tampak slumber, cool dan rileks saja, (entah) saya merasakan takrifan ini sungguh luar biasa dan mendewasa! sekurang-kurangnya itulah perasaan saya saat pertama kali mendengarkan definisi yang ini, hmm. ia macam wow! sikit.
 
tak, ini bukan tentang dia sebetulnya.
 
sekurang-kurangnya, saya belajar bahawa orang yang punya definisinya tersendiri tentang sesuatu selalu mengujakan. unik dan luar biasa, bagi saya. definisi inilah yang akan jadi kayu ukur untuk setiap keputusan, pilihan, dan kecenderungannya dalam apa-apa hal sekalipun.
 
tidak dapat tidak, orang yang punya definisi tersendiri pastinya telah terlebih awal maklum dan kenal dirinya, sebelum kenal orang lain, meski dengan atau tanpa sedar. tentang apa yang dia mahu, tentang apa yang dia perlu, tentang ketidaksukaannya, tentang kesukaannya dan sebagainya.

ia juga pastinya lebih berani, lebih yakin, lebih teguh dan kalaupun sedikit tersasar ia akan tetap tenang menemukan jalannya semula. hmm.

"ORANG YANG BERANI TIDAK PERNAH MERASA KESAL KERANA MEMILIH."  
- MENANTI, SUTUNG UMAR RS.
 
teruntuk hal-hal apapun, moga semakin mengenal diri kita, semakin benar definisi kita, semakin tepat pilihan kita, dan semakin terarah hidup kita!
 
Allah, luruskanlah.


_____
ps: "always revisit the reason why you do the things that you do; the reason with which you live your life. it is surprisingly easy to forget, and easier to lose sight of what's more important." - aiman azlan
 
 

No comments: