Pages

Wednesday, July 15, 2015

di sebalik kata-kata yang tertinggal (x);

 
 
 
semalam, aku cuba untuk letakkan engkau dalam satu-satu kata untuk menerangkan engkau. aku pilih beberapa, terbiasa terletak dalam rangkap puisi-puisi cinta.
 
cukuplah hujan, awan, bulan; kata-kata yang aku gemar. lalu, aku terfikir-fikir semula, bahawa tiada sepatah pun paling tepat atau sempurna mengena dengan engkau. 
 
tersedar aku, selama ini engkau cuma menjadi engkau; yang bukan hujan; bukan awan; bukan bulan; bukan satu-satu kata yang konkrit, jitu, tepat atau tuntas dalam kamus aku. bahkan, nil; kosong dan tiada yang menyamai engkau! 
 
engkau cuma menjadi engkau; menjelma hujan saat bumi kontang kekeringan; merubah awan saat terik mohon teduhan, menjadi bulan saat malam butuh lindungan;
 
ENGKAU CUMA MENJADI ENGKAU;
SAAT AKU (-SEBETULNYA) MENJADI AKU.
 

6 comments:

Anonymous said...

tika itu,setiap malam aku mengintai dan menanti entri terbarumu
setelah lama aku berhenti
aku terasa sepi
oh akak,bila lah kita boleh berjumpa..lagi?

Umairah. said...

:)
terima kasih, dik.
aishah ke ni? hihi.

Anonymous said...

aishah?siapakah dia?

Anonymous said...

hahahaha..osemnya akak sorang ni..memang senang cam ea..T_T

Umairah. said...

senang je, hihi :P
akak ada sixth sense, heh.

Anonymous said...

Hmmmmmmmm