Pages

Tuesday, February 17, 2015

"you got all the world in here." - mom

bismillah


(i)

saya suka dalam pertemuan beberapa minggu yang lepas, dr. har berkongsi tentang 'meraikan kepelbagaian'. tentang kita, hakikatnya bukan saja meraikan kepelbagaian dari sudut agama, organisasi dan sebagainya, tapi kepelbagaian dari sudut latar belakang, umur, jantina dan sebagainya. kepelbagaian ini akan wujudkan beberapa reaksi dalam masyarakat, antaranya ialah; (i) total rejection, (ii) tolerate: raikan kepelbagaian sebagai peluang, dan bukan masalah. untuk ini, sangat perlu untuk kita ada kemahiran menangani kepelbagaian, lebih kreatif dan inovatif lebih-lebih lagi dari sudut pemikiran, hmm.

kata-katanya buat saya terlalu banyak berfikir, berfikir, dan berfikir. sungguh, orang-orang sebegini selalu pekat dengan idea, dan pemikiran yang luar biasa. saya suka apabila ia disadur kemas dengan lisan yang petah, dan bahasa yang tersusun, sesuai dengan pengalaman dan pemaknaan yang dalam. semacam menikmati ais krim untuk setiap jilatan, kata-katanya berlemak, bahkan nikmat dan menikmatkan. oh, lazat!

seringkali, saya di dalam apa-apa wacana ataupun diskusi ilmiah, ada sahaja idea dan pandangan yang tersekat, tidak mampu terlontar dengan baik dan saksama, hinggakan ia cuma berlegar-legar di ruang fikiran. adakalanya, saya mengalami masalah dalam menjelaskan sesuatu; apa yang saya rasa dan apa yang saya fikir. setiap kali orang lain meluahkan, barulah saya akan terfikir, "ahhh, inilah yang aku tak faham tadi. ahhh, inilah yang aku rasa tadi, " sekian, dan sekian.

entahkan, inilah yang ustaz hasrizal sebutkan; bahawa ketidakmampuan untuk melontarkan idea dan pemikiran, adalah bersebabkan kurangnya kosa kata dalam fikiran, hingga ia tidak mampu dilisankan dengan baik. oh, sayang! lebih malang lagi, apabila otak tidak mampu menjana idea dan pandangan sendiri yang lebih baik; tidak kritis, bak kata orang. punca paling ampuh, tidak banyak membaca. 

fuh!

(ii)




menonton gifted hands: the ben carson story baru-baru ini, benar-benar menginspirasikan, hah! melihatkan bennie yang dibesarkan oleh ibu yang tidah tahu membaca dan menulis, bahkan dianggap bodoh dan dungu di dalam kelas, hinggalah kepada peristiwa demi peristiwa yang membuatkan 'membaca' menjadi kebolehan dan kemampuannya yang utama. fuh! antara babak yang saya paling suka, adalah yang ini;

bennie: well, i don't know how.
mom: we're just gonna have to use to use our imagination.
bennie: i don't get one!
mom: of course you do, everybody got an imagination.
bennie: not me...
mom: of course, you do! listen to me, if i say, 'once upon a time, there was a little blue mouse', don't you see a little blue mouse?
bennie: no!
mom: bennie..
bennie: mom, my brain's too dumb...
mom: boy, your brain ain't dumb!
bennie: it is mom!
mom: you got all the world in here.



saya suka bagaimana bennie 'melihat' dunianya dengan pembacaan yang maksimum. dunianya seakan menjadi lebih luas dan terbuka! dia bebas dengan sesungguhnya. apa saja yang tidak diketahuinya, akan dicari dari buku-buku. ini langsung membuatkan kefahaman dan pemaknaannya dalam sesuatu bidang ilmu bertambah.

teringat saya pada salah seorang figur yang pernah saya temuramah dulu, bagi mengisi satu kolum dalam majalah jom! morgan, seorang revert, begitu 'memaknai' al-quran (meski waktu itu, beliau belum pun memeluk Islam) dengan pembacaannya yang meluas. sejarah, matematik, sains, dan 'dunia' ada di dalam otaknya. beliau sangat suka membaca! katanya, "saya takjub, sebab saya merasakan al-quran ada semua yang saya baca dan tahu. zaman arab jahili, misalnya."

saya akur, pembacaan saya agak kurang kebelakangan ini, hmm. melalui usrah semalam, salah seorang ukhti ada berkongsi, dia memegang pada satu prinsip dalam hidupnya: SPICES; (s)piritual, (p)hysical, (i)ntellect, (c)ash flowing, (e)motion, s(ocial). kalau dia mampu seimbang untuk kesemua ini, maka pertumbuhannya akan menjadi lebih baik. entah, saya sangat terkesan pada unsur spiritual dan intellectual semalam, fuh!

mr. darcy dalam pride and prejudice pun pernah mensyaratkan bahawa teman wanitanya mestilah, "and of course she must improve her mind with extensive reading." oh, saya sangat suka melihat orang yang fokus, dan saya sangat benci tidak suka pada distraksi saya sendiri, lagi-lagi sewaktu membaca.




ah, suatu nikmat yang sesungguhnya jika teman yang membuat saya langsung terlupa pada media sosial, gajet, dan sebagainya adalah -BUKU, lebih-lebih lagi al-Quran.

rindunya membaca, rindunya menghafal dengan sesungguhnya; oh Allah!

1 comment:

Anonymous said...

Umairah.

jamilah;
yang rinduuuu umy ni macam mana pulak? hehe :p