Pages

Tuesday, January 27, 2015

sebab kita semua pernah ribut, bukankah?

bismillah

"cinta yang benar, patut buat awak tenang..." filzah direnungnya dalam-dalam. berkerut-kerut dahinya cuba menjelaskan. tegas, namun masih juga dengan suara yang bernada perlahan.
 
"tenang? maksud awak?" kali ini, kata-katanya mati. dia mengambil nafas dalam-dalam, dan menghembusnya semula. kipas syiling kedengaran berkeriat-keriut. suasana malam terasa makin sayu dan malap dengan cuma pancaran kuning dari cahaya lampu yang berbalam. usai isyak, masing-masing ke bilik, menyiapkan tugasan lainnya. ada yang menyambung bacaan al-quran, ada yang bergegas ke mesyuarat, ada yang kembali mengadap komputer riba, dan sebagainya.
 
tertinggal cuma sepasang belangkas di ruang sederhana besar yang sengaja dibuat ruang solat. ah, dia suka ruang kecil itu berbanding bilik-bilik lain. tertampal di pintu, "UNTUK -DIA SAHAJA", bermakna ruang ini terkhusus cuma untuk solat, zikrullah, muhasabah, membaca bahan agama, bukan untuk tidur, rehat, sembang kosong dan sebagainya. indah tersusun di situ, rak kayu separas kepala yang termuat kitab-kitab tafsir dan hadis. selebihnya, termuat al-quran yang bermacam-macam warna, beberapa naskhah al-mathurat, dan buku-buku agama. pada dinding pula, tergantung bingkai tulisan khat yang tertulis ayat al-quran, hadiah dari zahra khas buatnya. kata zahra dulu, itu ayat kegemarannya, dari surah al-baqarah ayat ke-45. sengaja digantungnya di situ, dibuat penguat semangat setiap kali solatnya rasa kosong.
 
'betul zahra, solat akan terasa berat, melainkan kalau kita ini benar-benar orang yang khusyuk.' bisiknya, kemudian kembali mengalihkan fokusnya ke arah filzah.
 
"jujur fil, saya lebih suka lihat awak yang dulu." masih selamba dan relaks. filzah makin serabut; dia bukan datang untuk dilabel dengan perkataan-perkataan yang menyakitkan. emosinya cuba dikawal, sebaiknya. filzah cukup degil dan ego, namun telah sebati menjadi salah satu prinsipnya; syarat mendengarkan nasihat adalah menerima bulat-bulat dengan hati yang cukup jujur dan lapang, meski bertentangan dengan kehendak hatinya. sifat nasihat harus begitu, sesekali ia harus menyentak, menyentap, dan menyakitkan bukan semata ikut kesedapan hati si penerimanya.
 
"maaf, fil..." melihatkan wajah filzah yang serba gelisah, dia turut menghiba. "tak apa, teruskan." akur filzah.
 
"saya suka lihat awak yang dulu. awak yang sakit, tapi tenang. tapi sekarang, saya lihat awak macam tenang, tapi sebenarnya, hmm..'sakit'?" dia menuturkannya semula satu-persatu.

"macam mana awak tahu, saya sakit?" filzah telan liur.

"orang yang sakit, petandanya banyak, fil. kalau iman masih ada, awak sendiri dapat rasa. quran awak, macam mana fil? qiyam awak? puasa awak? sibuk awak? fokus dan khusyuk awak? bahan bacaan awak? hubungan awak dengan manusia? semuanya akan tentukan sama ada awak tengah sakit atau tak."

filzah diam, meraba-raba amalan hariannya yang kian cacat dan lompong. tahajudnya masih, cuma entah kenapa dia rasa gelap. malam-malam yang cuma terisi dengan kantuk tanpa doa yang sebenar-benar khusyuk, sekadar pelepas tanggungjawab atau kpi harian. sepi-sepi yang tidak menikmatkan seperti dulu. ah, berat!

"saya suka awak yang dulu..." sekali lagi, suara itu kedengaran.

"tapi dulu, saya tak pernah pun kuat!" jerit filzah sekuatnya.

"siapa kata, awak 'pernah' kuat? tapi masih, saya suka awak yang dulu; awak yang lemah berdepan diri sendiri. tapi, setiap kali awak lemah, saat itulah saya lihat awak pegang al-Quran, membacanya bertalu-talu, meneriak, menangis, meronta diam-diam sendiri, mohon Dia saja bagi kekuatan. saya suka awak yang lemah itu, yang sujud tak putus-putus setiap kali merasa diri kalah. saya suka awak yang lemah itu, sebab saat awak lemahlah saya nampak mulut awak berbuih penuh dengan doa, setiap saat fil! setiap saat dengan hati yang mengharap sungguh-sungguh!"

"tapi saya..." filzah membuntangkan matanya.

"no matter how busy a person's day maybe, if they really care, they'll always find time for you. samalah juga halnya; kalau urusan dengan Allah antara prioriti awak, masa bukan masalahnya! He wants our precious time, not our spare time, fil.."

pecahlah tangis, merambu-rambu di satu sudut.

"dulu awak kosong, tapi penuh. hari ini awak penuh, tapi kosong. pada apa, dan pada siapa awak meletakkan cinta yang pertama? pada apa atau siapa, bukan masalahnya fil. cukuplah jadikan cinta pada apa saja itu, benar! luruskan yang bengkok, betulkan yang khilaf.  jangan lupa yang di atas."

filzah tersentak, tiada siapa-siapa di sisinya. cuma filzah, dia, bunyi kipas siling yang masih berkeriat-keriut, dan sekeping hati yang meribut!


jom isu #35

"to empty the heart does not mean to not love. on the contrary, true love, as God intented it, is purest when it is not based on a false attachment. the process of first emptying the heart can be found in the beginning half of the shahada (declaration of faith)."
 
― yasmin mogahed, reclaim your heart

hati-hati, hati.

_______
ps: jemput baca, sepotong hati untuk dia, jom isu #35: #jesuisihsan. tak ada kena mengena dengan entri ini, serius! hahah, try la baca, try la, try la la la~

 

No comments: