Pages

Wednesday, December 31, 2014

rantings akhir Disember-lah (kot?).

bismillah

hampir lebih dari seminggu bercuti di rumah baru-baru ini, membuka sangat banyak ruang muhasabah untuk diri saya sendiri. serasa lama sudah tidak berlama-lamaan sebegini di rumah, menghirup angin di tempat sendiri, ahhhhhh! sememangnya tidak dinafikan, antara solusi terbaik dalam merendah atau menunduk jiwa, adalah berdampingan dengan keluarga, lebih-lebih lagi dengan orang tua. ia terlalu banyak mengajar saya, sungguh! bukan, sungguh-sungguh!

saya rasa 'lost', kosong! saya seperti sungguh kaku, tidak tahu berbuat apa-apa. ilmu, sijil, kemahiran, atau apa-apa sahaja yang dipelajari di luar rumah (di kotaraya ini), lebih-lebih lagi taraf pendidikan (meski tidak dinafi kepentingannya), tetaplah 'siapa kita' yang sebenar-benarnya yang menjadi nilai utama.

di kampung, atau dalam kalangan orang kebanyakan, hakikatnya kita tidak akan bercerita buku-buku apa yang kita baca, idea-idea apa yang kita rencana, gagasan-gagasan apa yang kita bina, pertubuhan-pertubuhan apa yang kita ikuti, apatah lagi mencanang apa-apa yang kita rasa hebat di mata kita. semuanya bagai terkunci, kerana ada yang akan lebih memikat hati. sekalipun kita berbuih dan berhabuk bercakap tentangnya; percayalah, sama ada orang diam tidak mempeduli, atau mereka cuma diam kerana tidak mengerti.

usahkan memiliki apa-apa, ada sesuatu yang lebih awal berbicara dan sampai ke hati. semisal halus dan santun budi bicara, atau pada perbuatan menziarah, berkunjung, dan bertegur sapa. urut picit kaki yang mungkin lenguh kerana dimamah usia. cekatan meracik bawang, menggaul rempah atau menguli tepung di dapur. mencium tangan, tersenyum mesra atau semudah pertanyaan 'apa khabar?'. rancak berbual tanpa harus berfikir untuk berkata-kata tentang apa, dan hal-hal lain yang tidak tersebut. sungguh, ia tidak semudah kita menghafal teori-teori itu untuk 'menjadi' kesemua ini, lebih-lebih lagi untuk anak-anak muda yang tidak terbiasa. akhlak tidak terbentuk dalam sehari dua, ia semulajadi terbentuk dalam diri menjadi peribadi yang tidak dapat dibuat-buat. kita tidak akan mampu menipu, kawan.

entah, itu lebih memikat hati saya saat melihatnya lebih mampu membahagiakan hati orang tua, atau menarik senyum ceria pada wajah kanak-kanak. oh Tuhan, betapa melangitnya cemburu saya! semudah dia menjadi dirinya sendiri, berbanding mengangkat sijil-sijil agung atau mengheboh pekerjaan-pekerjaan hebat di mata orang lain, cuma sesederhana itu.

oh, alangkah kalau saya mampu seperti dia!

mungkin kerana ini buya hamka pernah berpesan dengan tutur kata hikmahnya;

"buku adalah sahabat yang karib, tetapi harus kita hati-hati. mentang-mentang bersahabat karib dengan buku, janganlah diputuskan persahabatan dan pergaulan dengan manusia. banyak ulat buku yang putus pertaliannya dengan manusia, hanya fikirannya yang menerawang, tetapi beku bila bergaul. lidahnya beku, kerana buku! - ajaib!

peribadi, hlmn. 74

ajaib kawan, ajaib!
terima kasih, buya.

2 comments:

Jamilah Mohd Norddin said...

untungnya bercuti lama. :) Patutlah sepi blog ini...

Umairah. said...

jamilah;
ihiks, alhamdulillah. umy habiskan cuti tahunan. ingat mulanya tinggal 2 hari, sekali bos habaq ada 7 hari lagi. haa, mana tak terkezut keriangan. terus habiskan kesemuanya, campur dengan krismas sekali, ehehehe XD

alhamdulillah, lamanya tak balik rumah lelama camtu.

jamilah sihat? :)