Pages

Tuesday, October 28, 2014

"I never had a single argument with my wife, but we had lots of debates." - Mr. X

bismillah



serasa saya, bulan-bulan kebelakangan ini, saya seperti sedang benar-benar 'dibasuh', diajar dan dididik untuk disagree; sama ada saya yang tidak bersetuju dengan orang lain, ataupun orang lain yang tidak bersetuju dengan saya. namun, masing-masing mampu saling menghormati dan mencintai antara satu sama lain.

wajar sekali, adanya ketidaksefahaman antara kedua pihak, bersebabkan kita manusia dijadikan Allah berbeza-beza. ada yang cukup tertutup, ada yang terbuka, ada yang jumud, ada yang lembut, ada yang tegas, ada yang feelingless, ada yang sensitif, ada yang begini dan begitu. kesemuanya bersebabkan ilmu, pengalaman, pendidikan, taraf hidup dan sebagainya. maka, memaksakan orang lain untuk berfikir, bertindak bahkan membuat pilihan seperti kita adalah sesuatu yang paling mustahil. 

bukankah dalam menentukan hukuman buat para tawanan Badar, Umar R.A dan Abu Bakar R.A juga berselisih pendapat? bahkan, termasuklah dalam menetapkan hukuman buat golongan riddah (murtad), sesudah kewafatan Rasulullah. sedangkan keduanya, paling terhampir dengan Baginda S.A.W. malahan, keimanan keduanya sangat tidak diragui.

sejujurnya dahulu, saya seringkali berasa pedih, sedih, terluka, hilang keyakinan apabila pendapat tidak diraikan. saya cenderung berkawan dengan orang-orang yang sependapat cara, pegangan dan prinsip. namun entah, makin berkawan dengan orang-orang yang tidak sealiran dengan kita, adakalanya menemukan kita dengan kejelasan. ia akan selalu membuatkan kita berfikir dan bertanya kembali, apakah kita sedang di jalan yang benar? apakah kita sedang melakukan sesuatu yang benar? apakah yang kita sedang tuju ini benar dan sebagainya, hingga semulajadinya ia akan membuatkan kita melalui proses pencarian, dalam apa urusan sekalipun.

saya seperti mahu mengangguk penuh dengan tulisan ini, memetik semula kata-kata Redza Minhat dalam sebuah acara Borak Buku;

"maka, bagaimana berkompromi dengan idea-idea luar tanpa mengurangi dan menggoyah prinsip, ialah dengan 'the ability to reason'".  - bro faaizz

entahkan saya yang tersalah memahami konteks sebenarnya atau bagaimana, namun pembaca bebas meletakkan kefahamannya sesuai dengan apa yang dialami dan dirasai bukan? ahah!


 

sementalahan mendatangi Heroes sebelum ini juga begitu. bro kashmiri juga mengingatkan hal yang sama, usah cuma berkawan dengan orang-orang yang berpakaian seperti kita, bercakap seperti kita, atau mereka yang cuma membenarkan setiap patah perkataan kita. ia akan selalu membawa kita mengenal diri sendiri dengan lebih dalam dan dekat, bahkan mempersoalkan hal-hal yang tidak pernah kita temukan sebelum ini; lebih terbuka dan lebih jelas dengan apa yang kita mahu dan cari.

saya sedang belajar untuk berkompromi. saya sedang belajar untuk bertenang dan berlapang dada. saya sedang belajar untuk lebih positif dan terbuka. saya sedang belajar untuk menerima dan merendahkan hati, bahawa ada masa-masanya saya akan dilukai dan terluka. pahit dan sakit. saya sedang belajar mencelikkan diri bahawa ada masa-masanya saya akan tidak disukai, tidak disenangi, dan barangkali dibenci. ini semua bukan cuma bersebabkan khilaf atau salah diri atau dia atau sesiapa, namun hanya  kerana manusia sememangnya berbeza! 

terima kasih untuk manusia yang tidak mudah-mudah bersetuju dengan saya, bahkan menegur dan menasihati saya dengan caranya tersendiri. terima kasih untuk orang-orang yang tidak takut untuk berbeza dengan saya, malahan tidak putus-putus memperjuangkan prinsip dan pegangannya. 

terima kasih Allah, untuk semuanya!

redhailah perbezaan, raikanlah persamaan, tuaikanlah cinta, mudah-mudahan rahmah Allah memayungi kita, selalu dan sentiasa!

 "I was a very rich man. Not with money, but with love. I never had a single argument with my wife, but we had lots of debates." - Mr. X

 ps: kenapa rasa #lulz sangat tulisan ini? ah, "promote what you love instead of bashing what you hate!" :)

4 comments:

Unknown said...

baiklah. saya ingin menjadi orang yang tidak bersependapat dengan akak pula lepas ni XP

Umairah. said...

alyaa;

alyaaaaaaaaaaaaaaaa! rindunyew ittew kat awaaa. eh bukan, komen awaaa.

lamanya awaaa taaa berkunjung ke sini, sobs. almaklumlah, manakan sama zaman bujang dan zaman isteri. LULZ.

ah, ternyata kita sudah lama berbeza, tidak sealiran lagi.

kbai.


Anonymous said...

Salam.

Saya selalu tertanya-tanya; bagaimana sesuatu yang hanya dengan ijab dan qabul semasa pernikahan oleh si suami itu boleh menghalalkan segalanya.

Boleh saudari berikan analoginya?

Kerana terdapat dari kalangan mereka yang menghafal lafaz akad tersebut. Makanya, di situ, apa benar ikhlasnya ataupun sekadar mahukan sah di depan imam sahaja?

Dan bagaimana segampang lafaz cerai itu bisa dilafazkan suami setelah beria menghafal akad tersebut untuk memperisterikan wanita pilihannya?

Apa benar wanita itu murah untuk dibeli? Bila dimahukan, nikah. Bila tidak diperlukan, cerai.

Umairah. said...

anon;

insyaAllah, lelaki yang baik tak akan pernah mengecewakan. dia akan tahu menghormati wanita di sisinya, bahkan jelas di mana letak duduknya, perjanjian yang berat, serta amanah yang akan dipikulnya

:)

wallahhua'lam