Pages

Friday, September 12, 2014

September di KLCC dan sebuah 'Kurnia'-wan;


bismillah

i.

pernah dengar ini? ketika Anne Lamotte menuliskan tentang ini;

"becoming a writer can also profoundly change your life as a reader. one reads with deeper appreciation and concerntration, knowing now how hard writing is, especially how hard it is to make it look effortless.
you begin to read with a writer's eyes. you focus in a new way. you study how someone portrays his or her version of things in a way that is new and bold and original.
you notice how a writer paints in a mesmerizing character or era for you, without your having the sense of being given a whole lot of information, and when you realize how artfully this has happened, you may actually PUT THE BOOK DOWN FOR A MOMENT AND SAVOR IT, JUST TASTE IT."

nah, ini sebenarnya reviu ringkas tentang buku 'Hujan Matahari', karya Kurniawan Gunadi. 

saya belumpun menghabiskannya, tetapi untuk sehelai dua cuma yang terbaca, saya benar-benar "...put the book down for a moment and savor it, and just taste it!"
 
ia seolah-olah bercerita kepada saya, bahawa saya sebenarnya masih terlalu malu untuk menuturkan sejujurnya tentang cinta dan kehidupan. tidak! sebenarnya, saya masih takut untuk dilabelkan romantis, melankolis dan jaguh kepada terma-terma seangkatannya. bukan sahaja dari orang lain, bahkan dari diri sendiri saya belumpun merdeka. 

ketika menuliskan tentang itu, setiap kali padam tulis saya, pasti ada sahaja bahagian yang saya sembunyikan; meraikan ‘kemungkinan’ apa yang orang paling mahukan, dan mengenepikan apa sebenar-benarnya yang saya rasakan. ketika menuliskan tentang itu, setiap kali ulang tulis saya, pasti ada sahaja sisi-sisi yang saya tolak atau buang; cuba-cuba menjadi ‘kemungkinan’ apa yang orang inginkan, dan membungkus hapus sebenar-benar diri saya, khususnya jiwa dan perasaan. 

tetapi, tidak untuk penulis ini. apabila membacanya, saya seperti yang Anne Lamotte katakan sebelumnya, "…you study how someone portrays his or her version of things in a way that is new and bold and original."

dia seperti menuliskan kesemuanya, tanpa malu-malu atau takut-takut. dia menuliskan serba-serbi hidupnya tentang resah harapnya, gelisah takutnya, kasih cintanya, tanpa bertopengkan apa-apa.

kerana itu mungkin, maksudnya begitu sampai sebab sejatinya, manusia memang merasakan kesemua itu, sama ada menafikan atau menidakkan. 

rawaknya, antara yang awal saya ter-baca adalah yang ini;


ada rasa pada kata-kata, hlmn. 193

hah!

sesungguhnya saya mengenal kalian, melalui itu. 

hinggakan sebagaimana Kurniawan menuliskan, "sampai pada suatu hari kita pertama bertemu, kita seolah-olah telah saling mengenal lama sekali."
 

#teamchampak; September di KLCC | kredit: nadiarusli

oh, terima kasih kalian kerana menulis!


ii. 

"tidak perlu malu untuk 10 pilihan kita adalah buku populis dan biasa-biasa. jika hidayah Allah boleh datang melalui iktibar seekor nyamuk, kenapa perlu malu kalau buku yang mengundang perubahan diri kita adalah buku yang kaum intelektual cebikkan bibir mereka?

"sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana setiap sesuatu itu ada hikmahnya)..." (al-Baqarah: 26)

dalam masa yang sama juga, tidak salah juga untuk kesedaran dicetuskan oleh pembacaan buku-buku yang tinggi. titik utamanya adalah pada memuliakan kebenaran, yang boleh berada di mana-mana sahaja."
- muarrikhun

wallahhua'lam.

2 comments:

gone said...

alahhh, kak umai ni.. being a romantis bukannya teruk atau berdosa punnn..


slalunya org jeles ja tu sbb tu mahu 'perlekehkan' atau buat 'sangkaan' bukan-bukan..

don't hide what's good & so sweet, ever, tauuu..! :'D

uhibbukifillah <3

Umairah. said...

fyumie;
hahaha XD
baiklah :P