Pages

Saturday, November 30, 2013

tenang saja, kawan!

bismillah
tenang saja kawan, bukankah laut yang terbelah, cuma sebatang tongkat Musa A.S? (as-Syu'ara': 63) tenang saja kawan, bukankah sopak yang terhapus, cuma hentakan sepasang kaki Ayyub A.S? (Saad: 42-43) tenang saja kawan, bukankah pohon kurma yang tergoncang, cuma sebatang tubuh lemah Maryam? (Maryam: 25)

tenang saja kawan.
tenang saja!

bila Allah (memang) berkehendak,
yang mustahil, 'kan 'kun fa yakun'!
:)
____
"maka ber-sabar-lah kamu, sesungguhnya janji Allah itu benar, dan mohonlah ampun (istighfar) untuk dosamu dan ber-tasbih-lah seraya memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang" (ghafir: 55)

Friday, November 29, 2013

cerita mimpi-mimpi besar untuk jiwa 'rapuh', tapi 'tangguh';

satu hari dari hari-hari yang indah

bismillah
(i) 
"kapasitas pertama yang harus kita miliki adalah naratif intelijen. makanya, para pemimpin itu kalau mahu punya naratif intelijen; dia harus seorang penulis, dan dia harus seorang orator. mutlak, tidak boleh tidak. jadi, salah satu training penting buat antum di sini adalah public speaking dan menulis. itu maharat 'aqliyyah (kemahiran akal)" 
— anis matta 

 (ii)
"the fastest way to fail: wait to be good enough or popular enough or just plain ENOUGH; before you start." — jeff goins
maka, dengan serendah-rendah hati, ini karya sulung (ehems, nantikan) — cacat, rabak, tidak sempurna, namun bukankah seorang bayi sentiasa bermula dengan langkah setapak, sebelum bertatih, berjalan dan berlari?
dan, kami memilih untuk mula menapak bersama-sama! (amal jama'ie :D)

 (iii)
 "it takes a lot of courage to show your dreams to someone else."  ― erma bombeck
dan ini, antara mimpi-mimpi besar kami; seorang Hamzah Abdul Muthalib, atau seorang Zaid bin Tsabit.
Allah, permudahkanlah.

_____
 *tangguh

Thursday, November 28, 2013

laksana mimpi 'Umar dan 'Umair;

bismillah

dalam ucap tutur kita, ada Syurga. dalam doa kita, ada Syurga. bahkan kadangkala dalam bait puisi kita, ada Jannah, ada Syurgaloka. dan hari ini aku bertanya, apa cuma dalam doa aku sekadar lintas tutur? atau benar-benar aku memaknakan dan membayangkannya? 

sebagaimana isra' mikraj Rasulullah yang menemukan bidadari 'Umar yang unik, jauh berbeza dari yang lainnya; berwajah hitam manis, matanya bundar beralis biru di atas, merah di bawah, yang bersendirian sedang tersipu-sipu malu. 

bila ditanya kepada Jibril A.S, "siapakah dia?", maka dijawabnya, "itulah bidadari 'Umar R.A. sedari di dunia, 'Umar telah membayangkan untuk memiliki bidadari sedemikian rupa, maka disebabkan hatinya selalu menurut kemahuan dan kehendak Allah, maka hari ini Allah menuntaskan mimpi dan impiannya!"

atau seperti Anas bin Nadhar R.A yang sudah tercium bau syurga di balik Jabal Uhud? atau seperti Ukasyah R.A yang beria-ria mendapatkan doa Nabi, kerana tak tertahan, tiada sabar mengharapkan imbalan; antara 70,000 orang yang masuk ke Syurga tanpa hisab? atau seperti permintaan tulus Rabi'ah bin Ka'ab Al-Aslami R.A kepada Rasulullah, yang cuma mahu di samping Baginda di Syurga kelak? atau seperti Umair al-Hammam yang bertanyakan Baginda, apakah beliau termasuk dalam golongan Syurga yang luasnya langit dan bumi? di saat Rasulullah mengatakan ya, segera kurma yang di dalam mulutnya dibuang dengan satu lontaran kata yang menggugah; "untuk hidup hanya semata ingin menghabiskan kurma ini, rasanya terlalu lama!", maka dia bertempur dahsyat, lalu syahid di medan Badar.

atau seperti akh Iman, sewaktu menuturkan;

 "salam akhi. dengan lafaz bismillah arrahman arrahiim, ana terima tawaran anta untuk bersama-sama jemaah dan untuk all out untuk dakwah dan tarbiyyah. jzkk akhi kerana bagi peluang ni pada ana. ana bagitau sekarang sebab takut nanti lambat-lambat, terlupa.."
- akh iman syafiq

dan di hari sesudahnya, dia bertemu Rabb-nya dalam keadaan cintanya cuma tertancap pada satu hal yang paling indah dan terindah, tiada yang kedua atau ketiga!

Allahhu!

mereka membayangkan Syurga itu begitu dekat, dan hampir. mereka membayangkan keindahan-keindahan Syurga, hingga mendorong lebih dalam beramal.

indahnya andai kita seperti yang diungkapkan guru Ibn Qayyim;
"Maha Suci Allah yang telah memperlihatkan Syurga kepada hamba-Nya sebelum ia bertemu dengan-Nya. Allah yang telah membukakan pintu Syurga untuk orang-orang seperti itu di dunia sebagai tempat beramal. Allah telah mendatangkan pada mereka roh Syurga, semerbak wangi Syurga, yang mampu membangkitkan lagi kekuatan mereka untuk mencarinya dan mendorong mereka untuk berlumba-lumba mencapainya" 
(al-Waabl ash-Shaib, Ibnu Qayyim)

Allah, pimpinlah kami untuk mengimpikan, mengangan-angankan, mengharapkan, mencita-citakan cuma Syurga-Mu, agar niat dan amal kami selalu yang paling ter-ikhlas, dan ter-arah.

Allah, kami menginginkan-Mu.
hanya -Kamu!

ameen. 

24: JATUH, BANGUN, GANTI

bismillah

di sepanjang usia hampir angka dua empat, sedar aku, Dia cuma mengajarkan aku dua hal tentang cinta; sama ada yang pertama, -jatuh cinta atau yang kedua, -bangun cinta. 

namun, di hampir usia penghujung dua tiga, dia menitipkan satu hal lagi tentangnya, yakni; meng-ganti-kan cinta!

duhai Yang Maha Memiliki,
sebaik-baik tempat, pengurnia cinta,
gantikanlah yang terbaik dari yang terbaik, 
terpilih dari yang terpilih,
sampai Syurga!


اللهم إني أسألك حبك و حب من يحبك والعمل الذي يبلغني حبك
اللهم اجعل حبك أحب إلي من نفسي، وأهلي، ومن الماء البارد


allahumma inni as'aluka hubbaka wa hubba man yuhibbuka wal-'amalalladzi yuballighuni hubbaka. allahummaj'al hubbaka ahabba ilayya min nafsi, wa ahli, wa minal-ma'il-baridi

ameen
  

____
| nov. 28 / hq

Wednesday, November 27, 2013

di sebalik kata-kata yang tertinggal (iii);

aku mahu menulis, sebagaimana Andrew Wyeth melukis. lukisannya cuma seputar menyuarakan lukanya, tetapi yang menontonnya seperti menyentuh luka sendiri.

"i get letters from people about my work. the thing that pleases me most is that my work touches their feelings. in fact, they don't talk about the paintings. they end up telling me the story of their life or how their father died."
― andrew wyeth

dia berjaya membuatkan mata-mata yang memerhati tak sedikitpun bertanya tentang “APA?” dan “MENGAPA?” dalam lukisannya. bahkan, mempersoal tentang yang lebih jauh dari itu! malah yang diperhitungkan bukan tentang hidup pelukis atau apa-apa yang dilukiskan, tetapi tentang kisah hidupnya sendiri.

aku mahu bercerita tentang yang hampir dan dekat, tetapi jatuh-nya panjang dan jauh. bukan cuma-cuma tentang kesedihan aku, kelukaan aku, keterujaan aku atau kecintaan aku, kerana aku mahu membuatkan pembaca selalu merasakan; -ADA.

bahawa dia –ADA dalam tulisan-tulisan aku.

tanpa sedikitpun mengenengahkan hidup aku, tetapi kisah dia yang sesungguhnya!

jadi, sepertinya satu kegagalan bagi aku, apabila pembaca lebih bertanyakan tentang ‘-aku’, berbanding dirinya. bertanya tentang apa sebenarnya yang mahu aku sampaikan; maksud, jalan cerita, kenapa, mengapa, siapa, apa, berbanding bertanya tentang apa yang dia mahu dengar, mahu tahu, mahu rasa tentang dirinya.

SEBAB, ter-untuk aku, bagi aku, serasa aku;

“selain meng-ekspresi, menulis sepertinya lebih indah apabila capaiannya sampai untuk meng-inspirasi!”.

oh, alangkah!

macam kata Otai;

“description begins in the writer’s imagination, but should finish in the reader’s.” ― stephen king, on writing

bila aku akan membuatmu tidak mempersoal lagi tentang aku,
tetapi lebih bertanya tentang kamu?
 

Tuesday, November 26, 2013

ada apa pada sekeping kartu walimah?

 
one hundred names, pg. 123


bismillah

saya cuba mahu menjadi Eva Wu dalam novel One Hundred Names karya Cecelia Ahern. seorang gift shopper, yang membantu kliennya membelikan hadiah untuk yang tersayang. hadiah yang dipilih bukan calang-calang, bahkan sangat dekat di hati penerima. hubungan yang retak akan tersambung, benci bertukar sayang, sepi rasa penuh, kosong rasa sempurna, hilang rasa ada, dan rasa-rasa lain yang tak tergambar. 

ha, begitu termaknakan! magis dan seni. kreatif sungguh Cecelia Ahern dalam memaknakan sebuah pemberian. 

bukankah sabda Nabi S.A.W juga pernah menuturkan, "tahaddhu tahaabbu - saling memberi hadiahlah kalian, nescaya kalian saling mencintai."

subhanallah!

oh, kalian-kalian yang telah menebarkan cinta seluas-luasnya, untuk makhluk Allah yang satu ini;

(terima kasih untuk sepasang kurung pasak merah hati, sejambak bunga merah-merah ros, sejambak kuning-kuning melati, sebatang coklat, sebutir keronsang hijau, sebuah piring hiasan, kad ucapan, sebuah buku; 'surat-surat untuk Kaherah', sms ringkas nan indah. tidak terlupa tangan-tangan mesra yang tolong memperbetul mortal board yang senget, memperbaiki robe yang tanpa kancing, dan tidak jemu mengetik flash kamera yang berulang kali!)

terima kasih, Cinta. hanya Allah sajalah yang memeluk doa, terangkum memanjat langit saban hari. ameen, dengan izin-Nya, bertemu di Syurga!
 
kembali kepada cerita Eva, dia akan mendekati penerima-penerima hadiah ini untuk mengetahui kesukaan, kecintaan, bahkan keinginan mereka yang tak terpenuh. malah, hadiah-hadiahnya boleh jadi bukan dalam bentuk benda-benda yang harus dibeli dengan wang ringgit. boleh saja hadiahnya berbentuk bingkai gambar, sebatang pohon renek, rantai kunci (baca: key-chain), atau ah, mungkin saja sepasang kaos putih tertulis; "marry me?"

ehems!

dan untuk hadiah yang satu ini, al-hasil permintaan dari seorang Cinta (jauh di mata, dekat di hati), saya masih tertanya-tanya tentang kata-kata yang boleh termuat dalam satu kad kecil, yang tertuju untuk sekalian tetamu, bahkan akan memperindah hari kedua mempelai?

ah, serius sukar.

kata-kata cinta bagaimana harus saya tulis?
saya (serius) butuh pengalaman! :P

ps: hari minggu ini berderet-deret walimah. ampun yang tak sempat bertandang, selamat buat yang telah mengundang. 

ps (ii): nah, untuk yang single, artikel ini mengetuk minda. suka idea ini (brilliant!);
"let’s consider this idea: if a God-conscious person takes a class in college, yet they do not do any of the coursework or they do not do well on their exams, will they miraculously get a good grade in the class simply because they pray five times a day? unlikely. then how much more true is this in a marriage!" 

"baraka Allahu lakuma wa baraka 'alaikuma
wa jam'a baina kuma fil khayr"


Monday, November 25, 2013

..hanya kerana sesungguhnya aku sangat mencintai Allah dan Rasul-Nya!

bismillah

kita semua ada struggle masing-masing.

bila faham macam ini, kita tak akan ada masa untuk mencela kekurangan orang lain, malah lebih cuba dan usaha untuk menata kekurangan dan kelemahan diri sendiri. 

struggle untuk kualitikan solat yang lima; ketepatan waktu, kebersihan, thoma'ninah, khusyuk, fokus, penghayatan makna, dan lain-lain. dan kalau dimuhasabahkan, memang betullah, kita yang dalam solat, benar-benar adalah yang di luar solat. hmm. 

struggle untuk menjaga percakapan, dalam dan luaran. struggle untuk lebih menjaga hubungan lelaki dan perempuan. struggle untuk menjadi murabbi yang bersungguh-sungguh. struggle untuk menjadi seorang da'ie. struggle untuk menjadi anak, dan kakak yang baik. struggle untuk menjadi pelajar yang itqan, menjaga waktu, fokus dalam studi, dan lain-lain.

struggle untuk selalu baca al-Quran, struggle untuk membiasakan bangun malam, struggle untuk bangun awal pagi, struggle untuk melatih diri dan keterikatannya dengan saum isnin khamis, struggle untuk berukhwah, struggle untuk lebih berdikari, struggle untuk tingkatkan tsaqofah, dan ilmu agama.

strugge untuk mencintai Allah, mencintai Nabi, mencintai makhluk, dan mencintai diri sendiri. banyakkan struggle kita?

hanya Allah sahaja yang tahu maha payah, maha sukar dan maha mahunya kita untuk struggle!

Allah tahu,
Maha Tahu!

moga kita seperti 'Abdullah, yang berkali-kali mabuk menemui Rasulullah S.A.W, berkali-kali memohonkan keampunan, berkali-kali dihukum sebatan, tetapi apabila salah seorang sahabat mencelanya, Rasulullah menepisnya, dengan jawapan yang penuh tulus; "jangan! sesungguhnya dia sangat mencintai Allah dan Rasul-Nya!"

dan bukankah kita juga adalah 'Abdullah (hamba Allah), bahkan juga sangat mencintai Allah dan Rasul-Nya? moga struggle (jihad) kita ini (meski banyak atau sedikit, laju atau perlahan) dibayar Syurga!

:)

how is she different (ii)?

bismillah
"sesungguhnya kesempurnaan seorang wanita dan keunggulannya apabila dia mampu menjadi pemudi yang suci dan memelihara maruah diri, memiliki akal yang cerdik dan matang, emosi yang sihat dan stabil, mempunyai cita-cita dan matlamat yang tinggi, sihat jasmani dan rohani, menjadi isteri yang ikhlas, jujur dan setia, yang memenuhi ruang-ruang kosong di dalam hati suaminya, tempat suaminya menikmati ketenangan jiwa sepenuh-penuhnya, mengatur urusan kehidupan rumahtangganya, ibu yang solehah dan bertaqwa yang dapat mempersembahkan kepada umat manusia rijal yang unggul lagi hebat. itulah al-kamal (kesempurnaan) wanita yang sahih. jika ditemui jalan untuk mendapatkannya, maka sesungguhnya kita telah menemui semua kebaikan seluruhnya."
: asy-syahid hasan al-banna:
--

sedangkan memohon Syurga saja, Rasulullah menyeru kita memilih yang tertinggi (al-Firdaus), apakan pula cita-cita dunia; menjadi 'bagian yang dicemburu para bidadari Syurga?

ayuh perempuanku, bercita-citalah!
Allahhu Rabbi, permudahkanlah.

Thursday, November 21, 2013

"if you can't do great things, do small things in a great way!" - Napoleon Hill



bismillah

ada masanya, saya merasakan saya tidak sebetulnya melakukan yang terbaik. tidak selayaknya untuk berdiri di atas pentas, dan menerima segulung ijazah. tidak selayaknya dipandang dari jauh, oleh Ummi dan Walid. tidak selayaknya memakai jubah biru keramat, mengalirkan segenap 'bangga' dan 'puas' untuk jerih perih pahit manis ketawa sedih dan semuanya! 

suatu hari, usai memulangkan robe, dan menyudahkan urusan pembayaran fotografi dan sebagainya, tanya seorang Ukhti; "apa perasaan Umy selepas konvo?"

jujurnya, saya tidak 'gembira' sepenuhnya. atau mungkin, saya saja manusia yang hatinya tidak terbina dengan rasa syukur mendalam, astaghfirullah!

tetapi, kata-katanya sesudah itu menyuburkan harapan, cita-cita, dan semangat;

"..tapi akak still rasa UIA masih milik akak. sampailah seluruhnya menerima tarbiyah!"

subhanallah!

cita-cita, impian, mimpi, selalu membuatkan orang 'memiliki' sesuatu, baik kecil mahupun besar. meskipun, hanya Allah dan dia saja yang tahu. dan dari dia, saya sesungguhnya belajar;

"orang yang berjiwa kecil, fikirannya akan tertumpu pada masalah diri sendiri. orang yang jiwanya sederhana, akan tertumpu pada hal-hal diri sendiri dan masyarakat. tapi, orang yang jiwanya besar, fikirannya akan menumpu pada hal-hal dan isu-isu ummah".

saya harap, ini bukan satu bentuk 'eskapism' atau 'pujukan manja' pada diri, sebab hakikatnya kalau nyata dia benar-benar seorang Muslim, harusnya dia cemerlang semua aspek; dunia dan akhirat, 'dean' dan deen. 

moga-moga ini adalah 'ibrah (pengajaran) di satu takah daripada takah-takah akan datang, untuk lebih 'aslih nafsak, wad'u ghairak'; perbaiki diri, diri, diri dalam segenap aspek, dan tidak lupa sama-sama menyeru orang lain.

"itqan, rangkul-lah aku yang rapuh
dengan sendimu yang kukuh!"

ya Allah, aku sedang belajar.

______
ps: adik-adik tersayang, terus semangat! :)

Wednesday, November 20, 2013

dari Cinta, untuk Cinta, dengan Cinta;

bismillah

ada orang-orang yang hebat di sisi Rasul. kacak, tampan, berani, gagah; mengungguli kriteria prajurit, pahlawan, dan seumpamanya. namun, ada yang bertubuh kecil, hitam legam, berambut keriting, tidak gagah, malah ada yang sering merendah diri dengan rupanya yang maklum dalam masyarakat; jelek dan hodoh. 

namun, yang membuatkan mereka tetap nampak 'gagah', adalah kepahlawanan dalam diri. menggunakan segenap potensi dan kelebihan tersendiri untuk meraih cinta di mata Allah. bukankah Dia saja yang telah menciptakan kita dengan kedua 'tangan-Nya' (Saad: 75), membentuk dengan segenap cinta, dan menyuburkan 'roh-Nya' ke dalam tubuh kita (al-Hijr: 29)? bukankah kita yang dibangga-banggakan, disebut-sebutkan di hadapan para makhluk yang sedikit pun tidak pernah lalai bersujud dan menyembah? (al-Baqarah: 30)

kerana berprestasi di mata Allah, tidak pernah memerlukan satu prasyarat atau kelebihan tertentu. kerana berprestasi di mata Allah, tidak pernah memerlukan satu titik atau parameter untuk mengatakan kita layak atau tidak. kerana berprestasi di mata Allah, tidak pernah memerlukan jelitawan atau karyawan ternama. 

kalaulah ada, mengapa Bilal bin Rabah, dalam kekurangan fizikalnya, mampu meraih dua terompah di Syurga, hanya semata wudhu', dan dua rakaat solat sesudahnya? kalaulah ada, mengapa Abdullah seorang yang ceria, kelakar, dan teruji dengan arak, berulang mabuk, berulang taubat, namun dipertahankan 'kemuliannya' di hadapan sahabat, saat Baginda S.A.W mengatakan; 
*(i)
" لا تلعنوه فإنه يحب الله ورسوله" 
"jangan mengejinya, kerana sesungguhnya dia sangat mencintai Allah dan Rasul-Nya!"

kalaulah ada, mengapa Zahir, pemuda yang sering diejek rupanya, dengan segenap rasa rendah diri yang teramat, dipegang bahunya oleh Sang Rasul, dan dikatakan padanya; 

*(ii)
"ولكنك عند الله ربيح"
"tetapi, kau di sisi Allah, sangat menguntungkan!" 

sudut kemampuan dan ketidakmampuan, yang menghukumnya adalah Allah. malahan diri sendiri sekalipun tidak akan mampu mengukur keterbatasan, atau kemampuan hinggalah berusaha mencubanya sekeras-keras daya, hingga infiniti, titik maksimum. tinggalkan Allah sahaja yang menilai kesemuanya! 

kata Anis Matta dalam salah satu bukunya, "Model Manusia Muslim";
"jadi, orang yang memiliki kualitas A, jangan diberi tugas B. jika kita memiliki kualitas B, yang akan dipertanggungjawabkan kepada Allah adalah apakah kita benar-benar mencapai kualitas B itu dengan baik?"

mencuba, mencuba, mencuba
lagi dan lagi
kerana mencintai-Mu, harus menjadi -AKU.

cukuplah memulakan dengan satu kata;
"Allah, aku sangat mencintai-Mu!"  
"Islam memuliakan semua posisi. kalau tak memungkinkan menjadi karang yang kokoh di dasar lautan, menjadi rumput nan lemah lembut yang tak goyah dipukul ribut pun tetap agung nilainya. demi Allah, tidak ada halangan menjadi mulia dengan alasan posisi yang tak memadai." 

- saksikan bahwa aku seorang muslim, salim a. fillah

Allah mencintai-mu,
selamat mencintai-Nya!

_____
*i sahih bukhari
*ii kitab mu'jamul kabir; at-thobrani

Saturday, November 16, 2013

Friday, November 15, 2013

#rantings Jumaat;




--
"a believing female is focus. she is focus upon the goal that she has, which is to earn Jannah"

"whatever she does, she asked herself, will this please my Maker? will this be something that will earn the pleasure of my Maker?"

"when a sister believes that Allah loves her, she's different!"

T.T

khutbah cinta, teruntuk perempuan-perempuan Syurga sekalian;



Sunday, November 10, 2013

"KOSONG"

bismillah

saya sangat suka perasaan 'kosong'. 

perasaan sewaktu 'melepaskan' dan 'menyerahkan' kesemuanya kepada Allah, tanpa apa-apa lagi kudrat, kebergantungan atau 'ber-tawakal' pada usaha dan keupayaan sendiri.

sepertinya, dalam banyak-banyak hal, titik kemenangan selalu tiba pada waktu 'kosong' itu; sewaktu penyerahan kita total kepada Allah. tiada lagi risau, resah, bimbang, ragu pada takdir dan rencana Allah. semacam 'kosong' hati ibu semasa melepaskan Musa A.S ke sungai. semacam 'kosong' Yusuf A.S sewaktu melaung 'ma'adzallah' ketika berdepan dengan fitnah isteri al-Aziz. semacam 'kosong' hati tentera Muslimin di medan al-Ahzab. lalu Allah datangkan 'kemenangan demi kemenangan' atas kepasrahan yang total tadi. 

magis dan tak terduga! indah dan manis!

sebab perasaan 'kosong' ini, buat saya rasa tenang. tak kalut, atau tertunggu-tunggu. tak resah, atau sibuk memikirkan. tak risau, atau tertanya-tanya. sebab, bila terlalu berkehendakkan sesuatu, 'barang' atau 'orang', 'sesuatu', atau 'seseorang', cenderung kita mungkin memilih dengan cara yang salah, bukan dengan laluan yang Allah redha. 

tak lain tak bukan, sebabnya adalah adakalanya kita (hmm, saya) terlalu ingin 'cepat', tidak sabar, dan tergesa-gesa berkehendakkan hasil. atau lebih tepatnya, saya seolah-olah merasakan 'usaha' saya itulah yang akan mendatangkan dan membuahkan hasil, melebihi rencana dan takdir Allah.

astaghfirullah.

sebaliknya, makin kita 'usaha' dengan 'cara' kita, makin kita meletakkan kebergantungan pada diri sendiri, hakikatnya kita akan makin risau dan takut. harapan dan ekspektasi yang melampau, mungkin akan membuatkan kita sangat kecewa, kalau berakhir dengan sesuatu yang bukan kita inginkan. 

jujur, saya pernah. dan, setiap hari masih 'struggle', untuk ke-kompleks-an diri sendiri. kadang-kadang menang, dan kadang-kadang kalah. kadang-kadang laju, dan kadang-kadang lambat. kadang-kadang kuat, dan kadang-kadang jatuh, rebah.

tapi tolong Allah, biar aku berkali-kali kalah dalam pertempuran, tapi jangan 'kalah' (baca: berhenti) dalam peperangan (mujahadah).  

"dan barangsiapa berserah diri kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada buhul (tali) yang kukuh. hanya kepada Allah kesudahan segala urusan"
(luqman: 22)

Allah, mudahkanlah.
ameen. 

--
"i have go beyond
jealousy or doubting
in anything, in anyone
if it's pure, it will remain
if it otherwise, it will break" 
- anis

Friday, November 8, 2013

how i met myself (iii);

(i) hah-ha! (you've been called 'too intense')
"do you have a penchant for philosophical conversations and a love of thought-provoking books and movies? if so, you’re a textbook introvert.

“introverts like to jump into the deep end,” says Dembling."

source
 ii) art-is
"maybe writing is a bit more personal to me, compared to talking. i’m in my own world when i write. i’m in my invisible bubble. i’m alone. i’m free. i’m naked. i’m fearless." 
- wnrdy 
iii) “what on earth could be more luxurious than a sofa, a book, and a cup of coffee?” – anthony trollope
 
"many people read books to finish them. this is not always necessary. you can and should read books or articles just to read them — to glean new ideas, learn new words, and fall back in love with writing." 

- jeff goins
iv. 03:03, tiga cawan, dan 'takdeeeee ideaaaa';

Thursday, November 7, 2013

di sebalik kata-kata yang tertinggal (ii)

bismillah

teruntuk penulis (asalkan yang menulis, yang gemar menulis, tidak kiralah mahsyuk tak mahsyuk, terkenal atau marhaen, indie atau mainstream), kalau seminggu tak menulis, hakikatnya dia pasti ada ‘pergelutan’ dengan dirinya sendiri.

sebab menulis hakikatnya adalah keberanian. meski dia lantang mempamer seluruh kelemahan, kelelahan, ketidakupayaan, tetapi dia hero!

“jangan diam,” kata Usman Awang; kerana seseorang hanya layak digelar penulis apabila dia berani menyatakan sikap.

maka selama tempoh tujuh hari dia tak menulis, adalah ketakutan baginya. ketakutan untuk menyatakan seluruh sikap sebenarnya. lemah dia, takut dia, sedih dia, kecewa dia, marah dia, kecewa dia, cemburu dia, geram dia, lelah dia. dan semua sikap-sikap yang dia cuba-cuba sembunyikan.

hanya sebab kalau dia menulis, huruf-hurufnya akan bersuara. dan seminggu yang itu, dia tak mahu menjadi Anais Nin atau Henry Miller;


semuanya akan terpamer jujur, mahu atau tidak mahu. atau mungkin yang terutama, dia takut untuk menulis dengan ‘cinta’, dan ‘bercinta’ dengan tulisan lagi.

sebab baginya, Usman Awang mungkin tertinggal satu lagi makna;

menulis,
selain berani,
-adalah cinta!

dan, dia tak mahu bercinta
(lagi),

sebelum 'membaca' jeff goins;
"you need to start telling the truth. when we tell our truth, we tap into a part of the unconscious self that we’re afraid of, the part people need. you may think of this as your soul; whatever the name, it’s what creates the kind of connection people need, the kind that changes lives."
hah!

--