Pages

Sunday, June 30, 2013

Jerebu Bulan Juni;

 
terjumpa soalan provokasi, yang terjawab jiwa rendah
hari kelima, kopi pertama
warna dakwah
tempat escape paling nyaman
sini, lagi
writing-block; inspiree: rosemarie urquico
melayan kantuk
bosan
keluar rumah, bau asap
ummi
mencerah jiwa!
 
 
--
bekerja vs belajar

dan aku semakin mengerti.

dua minggu bekerja, suasana belajar dan bekerja ketara berbeza.

paling ketaranya, belajar sebenarnya lebih bebas. hari-hari kita adalah hari yang baru. ke kelas yang sama, kedudukannya mungkin berbeza. waktu yang sama, yang kita jumpa di laluan, adalah orang-orang yang berbeza. ustaz ustazah yang sama, nasihat, tunjuk ajar, malah kata-kata mereka sehari-harian berbeza-beza.

perbezaan ini sebenarnya yang mewarna-warnikan hari-hari. tanpa sedar, dari kesedihan, kegagalan, dan perjalanan sehari-hari itu sebenarnya yang menyumbang inspirasi, ilham, pengalaman, hingga menjadikan hidup ini terasa, sangatlah indah!

rasakan, dan nikmatkan momennya!

..walaupun mungkin, andalah itu yang kini sedang tersedu-sedan di pojok adm lr9, tepi masjid, dalam tandas, sepanjang laluan tasik Maryam, dan paling biasa, tepi tingkap dalam bilik.

bertabahlah, oh!

ps: pun, boleh ponteng juga sekali-sekala. kerja mana boleh ponteng. err
 --
axion
 
waktu tengah mencuci pinggan di dapur, tanya kak umi;
 
"awak suka bersihkan kotoran dulu, atau terus sabun atas kotoran?"
"erm, bersihkan dulu"
"macam hati kan? bila kotoran dah tanggal, baru senang nak cuci".
 
bersihkan hati,
bersihkan hati,
bersihkan hati.
 
ahlan Julai,
Ramadhan, bulan suci.
 

Wednesday, June 26, 2013

di sebalik kata-kata yang tertinggal;

kita lebih memilih untuk jauh, dan tersekat-sekat. terlalu matematik, sedang emosi tak butuh pengiraan. terlalu saintifik sedang jiwa tak perlu eksperimen!

atau sebenarnya kita tak mau menulis kerana kita takut? takut rasa-rasa hati terbaca, dengan satu-satu, tanpa tertinggal?

ataukah sebenarnya, kita sedang takut menjadi manusia jujur? kalaulah dia tau, dewasa sebenarnya ‘makin’ rancak mengajarnya berdusta!

ah, penafian! (baca: denial)

--

“your task is not to seek for love, but merely to seek and find all the barriers within yourself that you have built against it” – rumi

Monday, June 24, 2013

"Exhale & Breathe".





“..cause lately I have been tired and uninspired"
~quoted.


Sunday, June 23, 2013

#Memoar(1)

bismillah

kata murabbi satu ketika dulu, ada masanya, kita merancang, kita memilih, dan kita membuat keputusan. tapi, ada masanya, laluan hidup kita ‘lepaskan’, sebagaimana perjalanan unta hijrah Rasulullah S.A.W, yang Baginda ‘lepaskan’ ke mana saja ia mahu berhenti.

kata murabbi (ii), kalau kita ada diari, kita mungkin tak pernah menduga, kita yang di halaman 50 dulu, adalah kita yang di halaman 100 sekarang.

kata murabbi (iii), "Allah tak akan bagi benda yang 'best' itu di dunia, sebab Allah cuma sediakan semua yang best-best di Syurga!"
 
 


untuk diari hari ini;

kesederhanaan sering mengajar aku untuk menutup ruang-ruang nafsu yang tak perlu. dan mereka sesungguhnya ‘sedang’ mengajar, cukuplah yang kita punya, adalah yang Allah mahu.
 
Rabbi, sahhil li kulla khayr,
ameen!
 
______
#memoar(i) / ayyamulbidh
_syaaban.1434h
 

Tuesday, June 18, 2013

cerita-cerita tertangguh;

bismillah
 
(i)


sumaiyyah, uiam


 
hadis ini, sepertinya benar-benar termaknakan, pada hidup yang hampir empat tahun di uia, bumi kecintaan!;
"empat perkara yang membawa kebahagiaan kepada manusia, iaitu (memiliki) perempuan (isteri) yang solehah, rumah yang bagus (luas), jiran yang baik, dan kenderaan yang bagus."  
(hadis riwayat ibnu hibban)
 
bermula dari yang bawah;
 
kenderaan yang baik, dan rumah yang bagus merangkap ekonomi individu Muslim. sesak, sempit tak punya wang, hidup agak 'susah' sebenarnya. serius, mampu merenggut senyum-senyum riang di kampus.
 
jiran yang baik (termasuklah teman sebilik, compartment berbeza  ataupun bilik bersebelahan, mahupun bilik-bilik yang berdekatan), sangat mempengaruhi 'mood' pagi, petang, malam, selain corak pemikiran, ketenangan hati dan jiwa, tumbesaran rohani, sikap dan tindakan, dan sebagainya.

ustaz emran dalam satu daurah dulu pernah cakap; "bila kita sering-sering bangun malam, atau menghidupkan hari dengan al-Quran, tempias kebaikannya bukan cuma pada kita, tapi juga pada jiran-jiran".

subhanallah.
 
isteri? tahun-tahun akan datang (insyaAllah), kalau diberi keizinan dan peluang, saya akan kembali pada entri ini, dan mengulasnya semula.

buat masa ini, cukuplah saya berkongsi satu kata-kata, waktu tengah sedu-sedan tak tertahan, kata bekas jiran saya;
"kakak, no worries insyaAllah Allah will give all your best friends back in a form of one guy; - your husband!"
oh, bahagia!

dia jiran yang sangat baik, bukan?

Allah yubarik 'alaik!
 
(ii)

"sesungguhnya mereka (apa yang kamu sembah) itu musuhku, lain halnya Tuhan seluruh alam; (iaitu) yang telah menciptakanku maka Dia yang memberi petunjuk kepadaku, dan yang memberi makan dan minum kepadaku, dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku, dan yang akan mematikan aku, kemudian akan menghidupkan aku (kembali), dan yang sangat kuinginkan akan mengampuni kesalahanku pada hari kiamat"
(as-syu'ara' : 77-82)
 
ini antara kata-kata yang sebenarnya paling banyak bertanya pada diri; "di mana aku meletakkan kebersamaan Allah dalam setiap perbuatanku?"
 
bagaimana mungkin lahirnya Ismail A.S, anak yang berulang-ulang kali diuji 'tercerai-cerai' ikatan secara fizikal, tapi tetap juga memuliakan ayahnya Ibrahim A.S di kedudukan tertinggi setelah Allah S.W.T?

tidak lain tidak bukan, kekuatan cinta dan kebersamaannya dengan Allah yang langsung memurnikan semua perasaan, hingga yang ada semuanya yang benar-benar sahaja!

keyakinannya, ketulusannya, kepercayaannya dan optimisnya menyerahkan seluruh hidupnya hanya kepada yang satu; Allah S.W.T, benar-benar Allah kabulkan, subhanallah!
 
selamat hari lahir dan selamat hari bapa Walid; 12 Jun 2013.
moga ikatan cinta kita, sentiasa terhubung dengan yang di langit!

(iii)

profesi sebagai 'pelajar kampus', buat masa ini dengan izinNya (insyaAllah) telah berganti. doakan profesi ini masih selayaknya benar-benar seorang individu Muslim yang menghidupkan kebersamaan Allah dalam tugas-tugasnya.

masih tetap juga 'belajar', cuma di sini skopnya lebih luas; sekolah kehidupan. semudah, seringkas, serendah apapun, syaratnya bila ada keberkatan, pasti beriringan dengan ketenangan jiwa.

paling penting, mudah-mudahan 'ia' dan 'mereka' sudi memberikan 'nilai', dan 'harga', yang bukan cuma pada diri sendiri, Allahhu!

Allah, mudahkanlah.

(iv)

"ramadhan tiba, ramadhan tiba" - opick


selamat semuanya, kawan-kawan.

ps: lamanya tak update. entri ini terasa sangatlah 'kering'. doakan saya istiqamah, kawan-kawan!
 
 

Thursday, June 6, 2013

cerita-cerita kompleks;

bismillah

"i like you. i like you. i like you. i like you. i like you. i like you. i like you. i like you. i like you. i like you. i like you. i like you. i like you. i like you. i like you. i like you. i like you .i like you .i like you. i like you. i like you. i like you. i like you. i like you. i like you. i like you. i like you. i like you. i like you. i like you. i like you. i like you. i like you. i like you. i like you. i like you. i like you"
 
"no.."
 
"i love you".
"simplicities are enormously complex. consider the sentence; "i love you"  ― richard o moore, writing the silence
sekompleks membaca teks naqad;
 
 
ergh!
 
sekompleks memahami isra' mikraj Rasulullah dalam satu malam, dari sudut pandang logik akal. tapi, al-mu'minun sepenuh-penuhnya yakin dan percaya pada 'kun fayakun' Allah SWT.

bila Dia berkata "ya", apa yang mustahil? cuma saja, tawakkal kita (-aku) saja yang terkadang masih relatif, Allahhu!
 
salam 27 Rejab, kawan-kawan.
 
ps: doakan 'kun fa yakun' -Nya, mentakdirkan perjalanan kertas akhir saya esok hari, mudah dan bahagia! oh, ameen :)
 

Wednesday, June 5, 2013

ekstraordinari.

 
 
"the simple things are also the most extraordinary things, and only the wise can see them."
 
― paulo coelho, the alchemist


_____
ps: nah, simplicity yang lagi ekstraordinari :)

Saturday, June 1, 2013

Semesra Air dan Tanah.

bismillah
 
dalam banyak-banyak baris doa yang Imam bacakan tadi, yang paling menyentuh pada aku, yang ini;
"..Allah, mesrakanlah mereka sepertimana Kau mesrakan air dan tanah.."
subhaanallah!
 
namun, yang lebih terngiang-ngiang saat ini, kata-kata seorang ustaz di ikim.fm yang (kebetulan) pun rancak bercerita tentang "Keluarga dalam Islam", sepanjang perjalanan tadi.
 
kata ustaz;
"suami kita, isteri kita, anak-anak kita bukan 'milik' kita. tapi 'milik' umat".
sebelum beliau bacakan ayat ini;
"kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)"
(al-imran : 110)
 subhaanallah!
 
--
 
intan & hafeez
 
"Allah, mesrakanlah mereka semesra air dan tanah,
yang kebaikannya membumi buat umat seluruhnya!"
 
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

ameen
 
selamat, kawan.
20130601/1130-