Pages

Friday, March 29, 2013

09:46.

bismillah

buku boleh jadi antara objek paling fleksibel. 

fleksibel untuk dibawa jalan-jalan, dijadi peneman lelap sampai pagi. dibaca kerana bosan menunggu orang, bas, atau giliran. dibuat hadiah hari lahir, hari tunang, hari kahwin. dijadikan alat pencetus bual-bual ringan mahupun serius, atau boleh jadi juga alat 'cover' sewaktu bersendirian (sekurang-kurangnya, ada juga kawan), atau waktu-waktu mahu diam-sediamnya.

atau mungkin, peneman waktu lelah, sempit, tertekan, dan mahukan 'sesuatu' yang boleh menyentak minda dan menyapu semua galau, resah, gelisah, tanpa sedikit pun menyentuhnya. siapa lagi, kalau bukan buku?

atau dia yang boleh mengatakan "kau cantik", "kau pandai", "kau hebat", "kau mampu", "kau stail", "kau salah", "kau ego", "kau sombong", "kau jahat" dalam diam dan senyap, tapi jujur-sejujurnya terdengar.

tapi, dalam banyak-banyak fleksibiliti buku, aku paling suka yang ini;

momen bila kita sepahkan buku merata-rata (gara-gara belum habis baca, tapi ada saja orang ganggu, orang panggil, dan sebagainya); di ruang tamu, di depan tivi, di atas meja, di dalam bilik, di tepi katil, di atas sofa, dan di mana-mana saja. dan secara tak tersengajakan, orang-orang yang sedang bosan pun pegang, belek, dan baca, kemudian esok-esoknya;

"..best la buku akak tu..

diselang tambah;

..ammar (refer pada seorang lelaki) patut baca"

kata ummi di suatu hari. kemudiannya, lebih kurang sepuluh minit juga bercerita seputar isi yang sudah terbaca. perasaannya; like a boss. weehu! (alhamdulillah)

______
ps: sepah-sepahkanlah buku anda. untung-untung, menjadi objek dakwah. ameen! :)

Friday, March 22, 2013

cairlah macam aiskrim!

bismillahhirmahmanirrahim



kelas yang paling nikmat sem ini, dan memang disengajakan diambil pada semester akhir ialah, subjek tahfiz quran. cuma juzuk satu yang wajib dihafal sebagai syarat untuk pelajar jurusan agama sebelum tamat pengajian. 

selain subjek wajib, ustaz yang sangat supportive, dan kelebihan-kelebihan menghafal al-Quran, serta kembali mengulang tata makhraj, ghunnah, panjang pendek, qolqolah, dan semuanya, antara yang ternikmat adalah; 

dikeranakan senggang waktu hafal dan waktu tasmi’ hanya cuma dua kali kelas dalam satu minggu, sungguhlah amat agak ‘goyang’ dan ‘rapuh’ untuk seorang yang agak terbata-bata.

maka, ‘hafal’ itulah yang akan mendesah ruang fikir hari-hari, setiap waktu. terlebih, ditokok dengan wujudnya perasaan cemas melampau, hingga tergagap-gagap dan seringkali terlupa sewaktu tasmi’. down juga, kadang-kadang.

namun, bila setiap hari kepala mengulang hal yang sama, mendengarkan hal yang sama, membicarakan hal yang sama, mengingatkan hal yang sama, sampai-sampai dia (harapnya) jadi keutamaan dan kecintaan, tanpa sedar. 

bukankah sangat indah bila hati dan akal sedang berusaha mengekang hal-hal kecintaan yang lain, dan terfokus; penuh dan sungguh, pada hal yang memang selayaknya dicintai?

oh, bangunlah cinta! 

kawan-kawan, mohon doakan saya sabar dan istiqamah.
walau percubaannya, cumalah juzuk satu.

ameen :)

"when a temptation come, take the Quran and memorized one ayah" - nouman ali khan

_____
ps:

adik-adik (uia) yang belum ambil skill, akak suggest daftar special tahfiz.
terima kasih uia, sebab wajibkan subjek ini :)

Thursday, March 21, 2013

23:49.

bismillah

--

taip bismillah.
sandar tubuh,
dongak kepala,
tengok kipas,
angkat tangan
kerut dahi,
dan, hmm hmm?

"apa aku nak tulis?"

pendek kata, serius.
menulis bukan bakat,
menulis; latihan, kawan!

latihan!

ps: hmm, lamanya tak buat latihan sungguh-sungguh.

Saturday, March 2, 2013

"most of the time, beauty lies in the simplest of things" — winna efendi












"close your eyes, fall in love, stay there" -rumi

#UIAbest

LABUH.

APRIL LIMA BELAS; 2012, GOMBAK.
11:33 : akak blik bila ni? bli makanan tak? i takde tdg nak trun  
11:49 : syirah ambklah tudung akak yg mana2. ada tdg yg kecik dlm almari. kaler hijau coklat brcorak2. akak mgkn blk lmbt lg  
11:50 : ya. yala  
12:38 : dah beli makanan?  
12:39 : dah  
12:39 : ok, alhamdulillah. sapa yg bli?  
12:40 : saya la. pkai tdg lbuh awak tu 

amboi, sarkastik.

dan ketika itu, rupa-rupanya dia sempat mms Ummi, bergaya dengan 'tudung labuhnya', ditambah caption comel, "cantik tak?"

cis.

--

setenang pagi 1997, sewaktu aku memilihkan 'insyirah' untuk Ummi, dan hingga ke hari ini; antara kami berlima, dia memang yang paling 'insyirah' (baca: kool).

nah, ulangpapar;



ps: sorrylah terlambat post. tak post nanti, cakap akak tak adil pulak. hehu :)