Pages

Thursday, February 28, 2013

BERCAKAP DALAM JASAD.

bismillah

sayang, ketahuilah.

menjadi murabbi perlu keikhlasan dan kejernihan hati. 

pertama, ikhlas – bersungguh-sungguh menawarkan ‘pentarbiyahan’ pada mereka yang mahu, dan pada mereka yang perlu. mengajak untuk bergabung, demi sama-sama membentuk peribadi Muslim (muwassofat tarbiyah), dan bersama memperjuangkannya, hingga cita-cita dan impian (maratibul 'amal) kita tercapai.

yakni, bermula dengan pentarbiyahan batu-bata individu Muslim, baitul Muslim, mujtama’ Muslim, hingga tertubuhnya daulah Islamiyyah, hingga membawa kepada ustaziatul ‘alam. 

"muncul fasa kenabian di tengah kamu selama masa yang Allah kehendaki, kemudian Allah mencabutnya ketika Allah mengkehendakinya. 
kemudian muncul fasa kekhalifahan mengikut manhaj (sistem) kenabian selama masa yang Allah kehendaki, kemudian Allah mencabutnya ketika Allah mengkehendakinya. 
kemudian muncul fasa raja-raja yang menggigit selama masa yang Allah kehendaki, kemudian Allah mencabutnya ketika Allah mengkehendakinya. 
kemudian muncul fasa penguasa-penguasa yang memaksakan kehendak selama masa yang Allah kehendaki, kemudian Allah mencabutnya ketika Allah mengkehendakinya. 
kemudian muncul fasa kekhalifahan mengikut manhaj (sistem) kenabian. kemudian Nabi S.A.W diam" 
(hr ahmad dan al-baihaqi dalam miskatul mashabih dari nu'man bin basyir)

dan akhirnya, kita menjadi golongan yang diredhai Allah, dan kita pun redha padaNya. 

"baldatun thoyyibatun, wa rabbun ghofuur"
"negeri yang baik, sedang Tuhanmu Maha Pengampun" 
(saba’ : 15) 

--

bukankah tujuan kita di bumi ini hanya itu; hamba Allah, dan khalifah? dan suatu saat nanti, segala kelelahan dan kepahitan bermujahadah tertelan dengan manisnya Syurga. 

"dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan (kebajikan dan kejahatan). tetapi dia tidak menempuh jalan yang mendaki lagi dan sukar? dan tahukah kamu apakah jalan yang mendaki dan sukar itu? iaitu melepaskan perbudakan (hamba sahaya), atau memberi makan pada hari terjadi kelaparan, (kepada) anak yatim yang ada hubungan kerabat, atau orang miskin yang sangat fakir. kemudian dia termasuk orang-orang yang beriman, dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang. mereka (orang-orang yang beriman dan saling berpesan itu) adalah golongan kanan" 
(al-balad : 10-18) 

dan bukankah itu yang paling kita mahukan? syurga Allah, dan keredhaanNya? 

--

namun, untuk mendapatkan ikhlas, sayang; hatimu perlu bersih. hatimu terikat dengan rabbaniyyah; persih dan tulus. hingga kata-kata yang lancar dari bibirmu cuma berupa pedoman dan nasihat tarbawi dengan sepenuh-penuh hangat kasih dan cinta, bukan bebanan atau cuma sekadar mengugur kewajipan, atau apa-apa yang terkait dengan ‘melepas’ tanggungjawab. tiada terbeban, tiada dibeban, tapi semulajadi yang tumbuh dari kekukuhan dan geloranya iman!

tapi demi keikhlasan itu, hubungan dengan Allah harus baik, dan keimanan tertancap dengan sangat dalam dan utuh. hingga kakimu, matamu, hatimu, bicaramu menjadi ‘langkah-langkah’ Allah. ‘amaliyyah bathiniyyah perlu bersih. tak boleh ada yang selainNya. tak boleh ada ‘penyembahan’ selainnya. 

dan, ujian-ujian inilah yang sedang berat membebanimu, sayang. kerehatan, kelapangan, dan kecintaanmu pada dunia, hingga melambatkan pentarbiyahanmu, dan memperlahankan momentum imanmu. 

--
"geram, bukan? pada kecintaan yang tak terkekang, padahal itulah musuh senyap? padanlah, Syurga itu manis, kerana mujahadahnya sangat pahit!"

hmm.

--

"allahhumma a'inni 'ala dzikrika, wa syukrika, wa husni 'ibaadatik"

"ya Allah, bantulah aku dalam mengingatiMu, mensyukuriMu, dan memperelokkan ibadahku kepadaMu"



______
ps: untuk diri, diri, diri, diri sendiri yang selalu bergolak dan berbolak-balik jiwanya, kabut dan terkadang terhilang arah tuju dan matlamat hakiki hidupnya; mati (husnul khatimah), redha Allah, dan Syurga.

Thursday, February 21, 2013

07:10.

bismillah

itu cara aku memberitahu diri sendiri dengan paling jujur. itu cara aku berdialog dengan diri sendiri, antara pergolakan jiwa dan persoalan-persoalan, meski punya, atau tanpa jawapan. 

itu cara aku menyongsong gagah, keluar dari tubuh. dengan sukarela, mahupun terpaksa. itu cara aku membangunkan jiwa goyang aku sendiri, dan dengan cuba untuk berani, mempamer cacat rabaknya pada sejuta manusia. 

itu cara aku mengaut kesemuanya dari kantung mata, menuraskannya dari lubuk jiwa, dan dengan sengaja, cuba dengan cermat, membubuhnya di sini. 

itu cara aku melukiskan apa adanya dalam kalut, tenang, sederhana, apa yang di dalam ini, untuk bersemuka dengan dunia luar, dan menyatakan; 

"kawan, aku ada.
di sini, dalam huruf-hurufku". 

--
ps: alangkah kalau pena aku itu, selalu adalah pena muharrik, dan pena da'ie. hmm

himm / februari.rabiulakhir

Friday, February 15, 2013

disentap Rabiulakhir.

bismillah

"semakin orang mensia-siakan umur, semakin panjang deretan dosa-dosanya"

"macam kisah Nabi Yusuf a.s. coba bayangkan dilempar ke sumur oleh saudara sendiri, apa yang akan dirasakan? terlalu fikir kekecewaan dek diperlakukan saudara sendiri, atau memeta fikir untuk keluar dari sumur tersebut? kadang, kita terlalu berfikir apa yang orang kata, hingga terlupa apa hakikatnya yang harus kita lakukan!"

"hidup ini sedia berputar; atas bawah. yang pentingnya, istiqamah dengan amal-amal soleh!"

"yang soleh-soleh sendiri, semua bisa. yang sulit, adalah soleh berjemaah (dakwah!)"

"dalam hal amal, tak boleh diukur yang pertama atau yang terakhir. kerana yang terakhir itu, terkadang lebih faham dan lebih faqih!"

perkongsian ikhwah indonesia
rabiulakhir / 1434 h.

--

bila Allah menyuntikkan hikmah, tiap tutur kata 
berbuah, berbisa; menyembuh deria jiwa
yang sedang sungguh rawan, terbinasa.
soalnya, bila mau terkebal sendiri, haa?

hmm
:'(


sejuta denyut di hati Maria.

bismillah

"..lagi-lagi wahai para lelaki, tampang anda tak begitu berharga. akhlaq fahri yang luar biasa itulah yang menderapkan sejuta denyut cinta di hati maria. 

adakah kau dapati dalam riwayat Rasulullah memberi perhatian khusus dan care yang indah pada golongan wanita yang belum menikah? tidak. sama sekali. 

karena setitik perhatian, senyum tulus, dan akhlaq yang baik tertuju pada hati seorang wanita, tampaknya sama seperti hunjaman wajah cantik ke retina mata dan bebayang tubuh indah ke imajinasi lelaki. 

laki-laki dan perempuan, masing-masing memiliki titik lemah di mana ujian akan datang.."

-saksikan bahwa aku seorang muslim, hlmn. 233

--

"..jangan terlalu cepat menaruh kepercayaan atau menyatakan perasaan kepada perempuan Ham. kalau ada satu saja nasihat yang dapat Ham pakai daripada Kila, ambillah nasihat ini. berhati-hatilah dengan perasaan perempuan. Ham mungkin tidak sedar siapakah yang terguris dengan ucapan dan tindakan Ham yang terburu-buru.."

-memeluk gerhana, hlmn. 308

--

setuju.

lelaki, perlu ada 'had' bila memberi, kecuali pada yang betul, dan halal terkasihi. tapi, perempuan pun, usah terlalu mudah menaruh hati. atau dalam bahasa kasarnya, err

"jangan ter-cepat perasan?', mungkin? 


hmm.

--

jiwa-jiwa terpilih.


jiwa utuh
februari 10

perempuanku,
tetaplah di situ,
dengan jiwa yang utuh

semudah kau tangiskan
pada yang sedang derita

semudah kau senyumkan
pada yang sedang bahagia

semudah kau teguhkan
pada yang sedang longlai

semudah kau kutip kalah
demi kalah, dan lontarkan
dirimu yang bangkit, berani

semudah kau menjadi 
diri kau sendiri
dengan jiwamu yang utuh.

--

jiwa terbang
februari 13

padahal, mudah saja untuk 'terbang' ke langit.
tinggalkan, lepaskan, bebaskan segala yang membeban diri.
itu semua yang buat kau bebal, untuk tetap mendiam bumi. 

yang aku nampak, struggle kita bukan untuk terbang,
struggle kita untuk melepaskan! kau sanggup?

--

jiwa yakin
disember 31

sebenarnya, kalau sepengetahuan
pada tindakan terdasar dengan keyakinan,
kata-kata orang lain, takkan langsung
pun boleh buat apa-apa.

sungguh!

--

jiwa lelap
disember 4

kadang-kadang kita cuma mau
pejam, dan duduk dalam mimpi
dan tak mau membangunkannya

..kenapa?

--

dan jiwa-jiwa yang lain, cukuplah kita-kita saja yang ulangtulis, dan kita-kita saja yang tatapbaca. sebab kata orang-orang, bahaya bila berkongsi jiwa-jiwa. lebih-lebih, di alam maya, hmm?

himm; vi.

Butterworth dan Nasi Goreng Cinta.

bismillah



mungkin.

mungkin tak akan pernah ada lagi yang sudi memicit-micit cili hijau, mengepal nasi putih, mencuit garam halus, membubuh bilis, memukul telur, meracik bawang, dan mengadun kesemuanya, tulus buat kita yang itu;

yang sedang rancak di dalam bas memicit-micit telefon bimbitnya:

"adik, ada nasik dak kat rumah? akak lapaq sangat nie. dah masuk angin. balik nanti, akak nak makan tau"
--

penang sentral, butterworth; 
satu malam, dalam kereta:

"ummi dah bawak bekal kat akak. ayaq pun ummi bawak sekali. kesian, lapaq sangat"


mungkin. mungkin tak akan pernah ada lagi yang menuang kasih sekilat dia.

ya, mungkin ada. kalau yang ada itu, sudi mengandungkan, melahirkan, menyusukan, membesarkan, menyekolahkan, mendewasakan kita, buat kali kedua.

ada?

--

aduhai, anak mana yang tak bergoncang jiwa?
mau terembes setitik dua.

tak akan pernah sama seribu satu entri cenderajiwa, 
dengan pekat malam, dan sebekal nasi goreng cinta.

Ummi, Akak cinta Ummi kerana Allah.
Selamat Hari Lahir, Ummiku Sayang!

"buatmu Syurga, buatmu Syurga, buatmu Syurga"
ameen, ameen, ameen.

ditulis; februari tujuhbelas 2013 m. rabiulakhir 1413 h

______
ps: itu satu-satunya adik lelaki saya. 19 tahun. kelebihan: manis, cerdik matematik, pandai buat cikencop, buat bising, buat stegrem dan pertonton gambar kakak (tanpa izin) dan ya, romantik juga. ;D

Tuesday, February 12, 2013

23:30.

bismillah

Taha, antara surah yang mampu membuat bibir senyum, dan mata menangis serentak. juga, (mashaAllah!) antara surah yang paling saya suka.

senyum pada kelucuan Nabi Musa A.S yang berhelah, mahu berlama-lamaan ketika bercakap dengan Allah S.W.T. dan, menangis bila merefleks sejauh mana diri telah merasakan manisnya, berbual-bual dengan Allah S.W.T.? 

"dan apakah yang ada di tangan kananmu, wahai Musa" (Taha : 17)
"dia Musa berkata, "ini adalah tongkatku". (Taha : 18)

tidak terhenti di situ, Nabi Musa A.S perpanjangkan lagi ceritanya; "..aku bertumpu padanya, dan aku merontokkan (daun-daun) dengannya untuk (makanan) kambingku, dan bagiku masih ada manfaat yang lain". (Taha : 18)

manis dan indahnya, kalau sering-sering bercerita dan bermanja pada yang selalu mendengarkan kita, Allah S.W.T.

subhanallah, bukankah Maha Samii' -nya Allah? 

--

kalimah yang Allah gunakan dalam Taha, sangat lembut, manis, dan indah. antaranya, kalimah "taqarra- تقرّ" atau kata akarnya "qarra = قرّ" yang terjemahan secara harfi -nya membawa makna "menyejukkan". 

"فرجعناك إلى أمك كي تقر عينها ولا تحزن" 
"dan Kami kembalikanmu pada ibumu agar sejuk matanya (senang/lapang hatinya) dan tidak bersedih"
(Taha : 40) 

subanallah, bukankah Maha Lathiif -nya Allah?

--

"وأمر أهلك بالصلاة واصطبر عليها"
(Taha : 132)

antara lainnya juga, bila Allah gunakan kalimah "اصطبر" yang kata akarnya "صبر". sepengetahuan saya yang sangat sedikit (kalau tersalah, mohon betulkan), kalimah "اصطبر" membawa maksud gandaan pada makna "sabar".

kalau ditadabbur mengikut kefahaman yang paling cetek, seperti terlalu mafhumnya Allah pada keterbatasan hati dan jiwa kita yang sentiasa perlu motivasi, perlu semangat dan sokongan. hingga Allah tekankan, perintahkan, ingatkan kita lagi dan lagi, supaya sentiasa "sabar atas sabar" dalam menunaikan ibadah, terutamanya solat.

harus mujahadah. harus jiddiyah. harus berusaha untuk kerahkan seluruh tenaga untuk dirikan solat yang sempurna; ketepatan waktu, kebersihan jasad dan jiwa, kesediaan akal dan roh, thoma'ninah, tertib, fokus dan khusyuk.

subhanallah, bukankah Maha 'Aleem -nya Allah?

--

ya Allah, didiklah hati kami untuk sentiasa mengenal-Mu,
sampai jatuh, lagi dan lagi, mencintai-Mu.

ameen.



_____
فلا فرق في المعنى بين "اصبر" و"اصطبر" في أصل المعنى فمعناهما الأمر بالصبر، ولكن اصطبر أوكد في المعنى

"tiada perbezaan makna antara "اصطبر" dan "اصبر". maknanya, adalah perintah untuk sabar. tetapi, "اصطبر" menguatkan lagi makna sabar".

sumber: islamweb

Sunday, February 10, 2013

"merah jambulah hatimu, sayang!"

bismillah

saya rasa macam mahu bercakap macam-macam.
..dengan adik.

tapi, dia sibuk sangat siapkan *abm.
cikgu sekarang, banyak kerja.

ummi pun, walid pun.

--

semalam, (hoyeah!) alhamdulillah.
saya sudah mula shopping buku.


travelog, dakwah, haraki, sirah, sejarah, baitul muslim, novel, dan..
"nah, hadiah untuk adik. buat pendamai, pembelai dan pengelus jiwa!"

buat simpan dalam handbag, baca dan tatap waktu-waktu senggang,
menjadi Cikgu Bio yang bergaya, stail, macho, coolio dengan al-Quran!

duhai, merah jambulah hatimu dengan al-Quran, sayang!
ameen.

--

buku ustaz zaharuddin best, mashaAllah. inspiratif untuk yang baru menjejak alam kampus, mahupun yang sudah berjinak-jinak mengintai alam kerjaya!

saya sarankan kawan-kawan membeli-belah juga di kedai buku satu malaysia. harga jauh lebih murah berbanding biasa. maka, penggunaan baucer akan jadi lebih ekonomik (ecehs!). insyaAllah.

perang-perang yang benar
harga asal : rm 55 rm 46.75 
perempuan nan bercinta
harga asal : rm 35 rm 29.75 
diari musafir: jangan berhenti berlari
harga asal : rm 35 rm 29.75

kedai ini di puduraya, kl.

selamat membeli belah!
moga terbangunlah jiwa, dan terhiduplah minda kita!

--

pejam, celik, pejam, celik,
saya tiba-tiba berada di Penang.

eh?
hehew.


______
* abm : alat bantu mengajar

:sharing is loving:
:)

Wednesday, February 6, 2013

secawan kopi masin.

dan kini, tak ada lagi sapaan mesra persis "good morning, wifey", "take care lovey", atau "love you, _____" (hanya kita saja yang tahu)". 

tak ada lagi, risik khabar berita-berita pagi, sembang-sembang ringan, cerita-cerita masa depan, impian-impian yang kita lakarkan pada awan, pada langit, pada hujan, pada angin, pada sticky note, pada planner, pada diari. 

tak terdengar lagi, bicara buku, bicara ekonomi, bicara siasah, bicara ilmunnafs, bicara puisi, terlebih-lebih bicara hati ke hati.

dan tak ada lagi harum aroma adabi yang saban kau hirup, dari secawan kopi yang selalu menggugah semangat pagi. 

tak ada lagi.

fuuu, dan satu hal yang tak pernah kau tahu, dan baru aku tahu;
"kopi pun boleh rasa masin, -sebenarnya".

tssssk.
boleh tahan juga penangan angin hujan petang gombak.

______
ps: hai rumet(s) lama ._.

soalan - soalan awal sem.

antara soalan di awal-awal sem ini, yang maha kerapnya tertimbul adalah;

(i) untuk pemberontakan demi pemberontakan yang berlaku dalam jiwa setiap hari, Allah, di kedudukan mana aku meletakkanMu? 
(ii) untuk detik demi detik, yang berjalan setiap hari, apa nilai-nilai yang bercambah, untuk sebetulnya aku lulus mendapatkan ijazah? pada kertas, atau pada diri?

payah betul mahu menghadamcernakan (i) kebersamaan Allah dan (ii) nilai diri, pada setiap amal.

hmm.

--
dan yang ke-(iii);
"akak final year? umur berapa?"

sem ini, entah.
terasa betul ketuaan kesenioran itu.


Tuesday, February 5, 2013

23:48

bismillah

organ yang paling merdeka adalah hati. 

Allah letakkannya, sempurna di dalam, tanpa terlihat apa-apa atau siapa-siapa. malah, untuk dihakimi oleh penglihatan kasar kita sendiri pun, jauh sekali, tak termampu. tak mampu macam kita belek wajah kita, macam kita pegang mata, kita cuit hidung, kita sentuh bibir, untuk diri menghakimi "ini hodoh" atau "ini cantik". 

merdekanya hati, bila yang didengar cuma Dia.
merdekanya hati, bila yang dilihat cuma Dia. 

ruang-ruang senggang atau pertapaan dan muhasabah dalam bersamaNya, cuma itulah yang menemukan kita dengan jatuh bangun, busuk wangi, atau kelam cerahnya hati. tapi, masih juga Dia sajalah yang mengetahui rahsia, malah rahsia dalam rahsia, yang lebih tersembunyi. (Taha : 7)

kalau yang dilihat dan didengar cuma Dia,
kenapa dibiar yang lain jadi hakimnya?

pimpinkan hati, dan papahlah jiwa,
agar tak sering terjatuh,
dikeranakan insan.

bangkitlah, hati
bangkitlah, jiwa
menggagah cuma, 
ke pelukan Tuhan.

"dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman" – (ali- 'imran : 139)

______
ps: siapa-siapa pun, boleh jadi baik, malah lebih baik! :)

Friday, February 1, 2013

00:00.



bismillah

dalam hidup, kawan lama akan berganti kawan baru. anak-anak pun tak akan kekal bersama ayah ibu. sampai masa, bersuami, beristeri, beranak-pinak. sampai masa, dia pun akan ditinggalkan dan meninggalkan.

kata seorang kawan, atas kesengajaan, Allah didik kita begitu. akhir-akhirnya, kata dia lagi, kita memang akan bersendiri.

--

mengadap tivi pagi tadi, dalam slot 'bagaimana mendidik anak mencintai nabi', kata ustazah isfadiah;

"bila berdikari, akan timbul rasa manisnya mencintai Allah. sebab, kebergantungan kita pada Allah, lebih tinggi berbanding manusia".

--

selamat kembali berdikari; menemukan pengalaman-pengalaman baru, ujian-ujian dan halangan-halangan baru, semangat dan iltizam baru, bulan baru, hari baru, sem baru!

moga, atas segala 'kesengajaan' dalam takdir dan pilihan Allah ini, akan sentiasa dicukupkan dengan cintaNya yang lebih manis!


_____
ps: hai rumets baru :D