Pages

Monday, January 28, 2013

23:11.

bismillah

pada cemburu yang tak tertata, marah yang tak semena, nafsu yang tak lena, hasad yang tak kena, muram durja, benci, cinta, takut, berani mahupun hammasah dan semua ini;

Allah, tolong menangkan jiwa raga dari rasa-rasa yang sia-sia.

macam ghirah (cemburu) Sa'ad bin Ubadah jika mengetahui isterinya bersama lelaki ajnabi. macam marah Abu Bakar As-Siddiq pada golongan riddah. macam muram durja, tangis hiba golongan yang tak punya unta ke medan Tabuk. macam takut 'Umar Al-Khattab jika amanah dan janji tak tertunai.

macam rasa seorang hamba yang sebenar-benarnya hamba, untuk Tuhannya; pemilik jiwanya, semata-mata.

jadikan aku, ya Allah
antara 'ar-roosyidah'.


"MERDEKA JIWA"








al-fath
"apabila tentera islam memasuki sesuatu negara, maka itu tidak dinamakan dengan penaklukan atau penjajahan. sebaliknya dipanggil al-fath iaitu pembukaan seperti fath al-makkah yang bermaksud pembukaan makkah.  
maka gerakan umat islam pada zaman kegemilangannya apabila memasuki sesebuah wilayah dinamakan al-futuhat al-islamiyyah iaitu pembukaan islami. 
ini bermaksud kedatangan umat islam kepada sesuatu wilayah atau negara bertujuan memberikan kemerdekaan jiwa daripada penindasan, kehinaan, dan kekejaman kepada satu sistem yang adil, yang berteraskan akidah benar."  
- mengemudi bahtera perubahan minda, dr maza, hlmn. 176
-- 
maratibul 'amal 
"kita akan menempa diri, sehingga setiap kita menjadi seorang muslim sejati. kita akan membina rumah tangga-rumah tangga kaum muslimin menuju terbangunnya rumah tangga islami. 
setelah itu, kita akan menempa bangsa kita menjadi bangsa yang muslim, tertegak di dalamnya kehidupan masyarakat yang islami. kita akan meniti langkah-langkah yang sudah pasti dari awal hingga akhir perjalanan. 
kita akan mencapai sasaran yang telah Allah gariskan bagi kita, bukan yang kita paksakan untuk diri kita. Allah tidak menghendaki kecuali menyempurnakan cahayaNya, meski orang-orang kafir tidak menyukainya." 
- rpim i, hasan al-banna, hlmn. 135
pics: #omarseries

Friday, January 25, 2013

HERO.

bismillah

TAK KENAL, MAKA TAK CINTA

orang selalu cakap, "tak kenal, maka tak cinta".

bagaimana agaknya untuk mengadakan cinta, kalau kita belum mula berusaha untuk mengenal? dan bagaimana agaknya, untuk menumbuhkan cinta pada yang belum cinta, kalau kita sendiri belum merasakan cinta?

hmm.

KRITIS KREATIF

waktu seminar penulisan (serumpun ii) yang dulu, banyak perkongsian ustaz salim a.fillah yang buat saya terfikir-fikir.

salah satunya, waktu beliau bercerita tentang buku cerita yang beliau akan bacakan pada anak-anak sebelum tidur. antaranya, cerita-cerita dongeng yang klisenya akan berakhir dengan; "dan mereka pun, hidup bahagia selama-lamanya". 

menariknya, ustaz salim akan akhirkan kisah-kisah yang beliau bacakan, dengan menggantikan; "dan mereka pun hidup bahagia selama-selamanya. bersabar bila ditimpa ujian, dan bersyukur bila dikurniakan nikmat". sebab kata beliau, mana ada hidup yang sempurna tanpa ujian. ini barulah namanya realiti kehidupan!

hmm.

HERO

sebut tentang cinta, tentang adik-adik ataupun (bakal) anak-anak, tentang membaca, tentang sirah, tentang Rabiulawwal, tentang program realiti tivi yang beraneka ragam, tentang pengalaman menonton  #omarseries di waktu cuti, selain membaca buku sirah, perasaannya bermacam-macam.

banyak yang baru tahu, banyak yang belum tahu, banyak yang belum berbuat, banyak yang belum selesai. banyak yang belum kukuh dan utuh untuk satu saat nanti, 'dia', 'dia', 'dia' akan berkata pada satu dunia yang 'mencabar' iman dan fitrahnya; "hero saya Khalid Al-Walid. hero saya, Umar Al-Khattab". bukan Kpop, bukan Hollywood, bukan Bollywood, bukan Ultraman, bukan Spiderman, bukan Superman.

tapi, bagaimana agaknya kalau 'madrasah' -nya sendiri belum terbina, sebetulnya kenal, dan belum sesungguhnya cinta?

hmm.
Allahhu Musta'an!

ps: "but time growing old teaches all things" -aeschylus
:)!

Wednesday, January 23, 2013

09:06.

bismillah

antara cabaran terbesar berada di zon luar lingkungan tarbiyah adalah, menyeimbangkan amal diri di mana-mana pun. bab muwassofat tarbiyah. bab taqwa. bab tarbiyah dzatiyah. bab mujahadah. bab akhlak. bab mutabaah ibadah. antara lain yang terpenting, dakwah bil haal. 

tapi kalau diri sendiri masih tak tersibghah dengan muwassofat, dan roh atau peribadi da'i, maka yang akan terdahulu tertonjol, adalah sisa jahiliyah yang masih berbekas, sama saja saatnya menerima tarbiyah atau tidak. kosong, tanpa makna.

sebab, bukankah tubuh itu bertindak, dari apa yang hati rasa, akal fikir, jiwa percaya, dan diri itu pegang? seperti mafhum kata imam hasan al-basri, iman itu tidak boleh mendiam dalam tubuh. sampai satu saat, ia akan menggelegak, meletup, dan teralir pada seluruh tubuh, hingga tergeraklah anggota-anggota tanpa paksa. kalau belum, maka ada yang tidak jelas, ragu-ragu, tidak beres, dan sebagainya. 

dan, persekitaran atau lingkungan saat itu adalah saksinya. dan, hati sendirilah yang akan menghakiminya; "apakah hakikatnya, kau sudah tertarbiyah?"

hmm.



Tuesday, January 22, 2013

22:53.

bismillah

pagi, selalunya nikmat. lebih-lebih, kalau ada secawan kopi, sebungkus roti jagung gardenia atau sebungkus twiggies, atau dua keping roti bakar. atau maksimumnya, nasi lemak. 

tapi, kalau di rumah, di pagi Ahad biasanya, Ummi akan goreng bihun, atau mee. lebih nikmat lagi, layan sarapan depan tivi (ini tidak bagus), sambil tonton 'malaysia hari ini', atau 'assalamualaikum', atau 'nasi lemak kopi o'. lebih-lebih nikmat lagi, kalau sarapan sama-sama satu famili. 

dan, di satu pagi Ahad yang malas-malas (sedikit), selepas Subuh, Ummi masuk bilik, dan berbaring di sebelah. maka, aku pun lambat-lambat bangun.

"nak pi mana?"
"nak tolong Ummi masaklah" 
"Walid dah beli nasik lemak"
"oh? ok. tapi pinggan banyaklah, Ummi"
"ala, nantilah buat. jomlah, kita sembang-sembang dulu"

dan dengan riangriangrianya (sebab tak payah basuh pinggan) kembalilah semula di sebelah Ummi. itu pagi ternikmat, selain kopi dan nasi lemak. selain kopi dan roti jagung gardenia. selain kopi dan twiggies. selain kopi dan bihun atau mee. sembang yang lebih nikmat dari sembang tv al-hijrah, sembang tivi tiga, atau sembang tivi sembilan. 

fikir-fikir balik, bila sudah besar panjang macam ini, kalau dulu Ummi dengar tangis rayu manja, hari ini yang Ummi ingin, mungkin bukan duit gaji dulu, tapi cuma ruang senggang untuk bercakap-cakap, sepasang telinga untuk mendengar, dan mulut, untuk "hmm, hmm. oh? aha! eh, atau ya, ya" untuk setiap aduh keluhnya. giliran dia bermanja, giliran Ummi. hmm?

atau memang, semulajadinya seluruh Ummi di dunia macam ini? ya Allah, jadikan kami anak yang soleh solehah, penyejuk mata jiwa raga!

(ameen)

--

"dan kami wasiatkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. ibunya telah mengandungnya dalam keadaan susah yang bertambah-tambah, dan melahirkannya dengan susah payah juga" (al-ahqaf : 15)

abdullah ibn mas'ud berkata : "aku pernah bertanya kepada Rasul SAW: "perbuatan apa yang paling disenangi oleh Allah SWT? (dalam riwayat lain, dikatakan: perbuatan apa yang paling utama?") maka Nabi SAW bersabda: "berbakti kepada kedua ibu bapa". lalu aku kembali bertanya: "kemudian apa lagi ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "jihad fi sabilillah" (hr bukhari, muslim, at-turmidzi, an-nasai dan lain-lain). 

--

disklaimer: 

tolong masak di situ bukan tolong menggoreng. tolong sediakan bahan-bahan tu bolehlah. seriusli, berbakti dalam bab masak-memasak tu, masih suam-suam kukulah! ngehehehew. 


14:36.

bismillah

nikmat itu, bila hati rasa berat, tapi kelamaan tertatap juga naskhah, terbaca juga ayat, dan teralun juga pesan-pesan Al-Quran, helai demi helai, hingga akhirnya mahsyuk sendiri, walau mula dengan terpaksa

nikmat itu, bila lihat; pakai solek anggun cantik dan mahal, sering bertukar dan berganti, tapi cuma tetap tersenyum dengan gaya dan rentak tersendiri

nikmat itu, bila rasa hati berbunga cinta, mahu, suka, ingin, tapi cuma entah, selesa dengan pilihan; keterbukaan, tapi berkecukupanlah, bersederhanalah

nikmat itu, bila ada ego yang membebal di dalam, saat ditegur, saat dinasihati, tapi cuma mendiam, mendidik tawaduk atas tawaduk, sabar atas sabar

atau sebenarnya, nikmat itu, 
bila mampu bertakbir dalam jiwa dan hati sendiri?

hmm? 

--

"trust is learning how you feel about yourself, not how others feel about you. do you trust how you feel. if not, why?" ― ron w. rathbun 

ps: :)!

Saturday, January 19, 2013

entri Rabi'ulawal.

bismillah

OMAR SERIES; sebuah rancangan televisyen yang diterbitkan oleh produksi Arab Saudi, MBC dan QatarTV telah menimbulkan kontroversi kerana menggambarkan susuk tubuh khalifah kedua dalam sejarah peradaban Islam. walaubagaimanapun, kontroversi yang ditimbulkan adalah setimpal kerana rancangan yang ditayangkan dalam bulan ramadhan 1433H (2012) itu berjaya memukau audiens di seluruh pelusuk dunia.


--

"..ada yang setuju, ada yang tidak. ada negara mengharamkan tayangan, ada ulama yang melarang penerbitan dan mereka ada sebab-sebab tertentu.

jadi ada saranan supaya ambil pendekatan sederhana, pasang niat layan cerita-cerita ini dengan melihat natijah watak dan perwatakan serta kisah yang dilakonkan. maknanya, bukan meyakini yang lakonan itu ialah sifat para sahabat yang sebenar-benarnya.

sebab, takut-takut usaha para pelakon, penulis skrip dan team produksi untuk menggambarkan perwatakan dan kisah para sahabat dikhuatiri tidak mencapai apa yang tak diketahui di zamannya.."


--

untuk episod yang keenam dari tiga puluh episod yang baru ditonton, di samping alur indah skripnya, dan lenggok bahasa Arab yang sempurna memukau, (padanlah, sebab ditulis oleh sasterawan Palestin, -Dr. Waleed Seif), kesuksesan terbesar cerita ini pada saya adalah, kemampuannya membuat diri bertanya dan bersoal jawab, merenung paling jauh ke dalam diri; 

"apakah aku Muslim yang benar-benar telah merdeka; tubuh, akal, dan yang terpenting, hati, roh, dan jiwanya?"

hmm?
part ini, terkantoi sedu sedan depan ummi, hoho


--

selain, cerita ini juga sangat informatif dengan memaparkan susur galur kabilah Arab, dan membuat diri berteka-teki, dan membandingkan ilmu sirah di dada dengan yang dipaparkan dalam cerita. 

anda mungkin juga akan begini; "oh, abu jandal..abu jandal..abu jandal.. kat mana ye aku baca pasal dia?" atau mungkin juga begini; "eh, yang baca dalam buku tu, ada terang bla, bla, bla, tapi yang ini? ok, nanti baca balik!", atau mungkin begini; "oh, ayat Quran ni, kat sini rupanya!" atau mungkin begini, mashaAllah, sedapnya bahasa Arab!", di samping, dapat memperbaiki, mengasah, dan mempelajari bahasa Arab melalui medium yang menarik. dan terjemahan bahasa Inggerisnya pun, pada saya, sangat baik, mashaAllah.

paling penting, anda tentu akan menangis. ya, mungkin kerana hebat jalan ceritanya, atau  ya, mungkin kerana berat pedihnya seksa yang tertanggung, atau ya, mungkin juga kerana haru dengan kemerdekaan hakiki yang tertonjol, tapi anda akan lebih menangis kerana terlalu rindukan sosok itu, Baginda Muhammad S.A.W dan sahabiah sezamannya!

mungkin ada kejutan lain, di episod-episod yang seterusnya, insyaAllah. 

salam maulidur rasul, dan selamat menonton!

muat turun; sini

--

ps: dalam episod dua, saya paling suka part ini. waktu sumaiyyah mahu 'merdekakan' hati, roh, dan jiwanya, meski tubuhnya masih milik tuan!


"الآن فقد علمت أنني كنت أمة لله، فلا ينبغي لأحد من خلقه أن يشركه في حكمه
أو يكون له علي سلطة! عمار، خذ الآن إلى نبي الله، وأعاهده على الإسلام كما فعلت!"


"kini, tahulah aku bahawa sesungguhnya aku adalah hamba Allah, maka tiada sesuatu pun dari ciptaanNya yang layak mensyirikkanNya dalam 'pemerintahan'-Nya, atau meletakkan kuasanya ke atasku. 'Ammar, bawalah aku sekarang pada Nabi Allah, dan aku berjanji atas nama Islam, sebagaimana yang telah engkau lakukan."


wallahhu'alam.

Thursday, January 17, 2013

Semua Tahu.

mengejarmu,
aku menjumpai diriku yang hancur, 
tubuh aku yang retak, sampai-sampai
aku menjadi manusia paling gila;
menghamba

oh Dia,
merdekakan raga
menangkan jiwa
sambutlah cinta
dan rangkul aku
dalam peluk semesta

biar semua tahu
bahawa Engkau Tuhanku,
dan aku hamba-Mu.

--

ps: nah, untuk adik yang 'menggila'. eh, (jiwa) adik yang 'menggila' (baca : emos). dengan ucapan, "selamat malam dinda, mimpi indah!" ;D

21:54.

bismillah

ada satu jawapan ustaz salim a.fillah dalam slot serumpun (ii) lepas, yang saya rasa sangat menarik. cuma, tak teringat jawapan yang betul-betul persis. 

jawab beliau, sewaktu ditanya tentang bila buku "nikmatnya pacaran setelah menikah" ditulis, sebelum menikah, atau selepas menikah?, jawab beliau; "sebelum menikah", namun diperpanjangkan jawapannya dengan satu analogi. 

"tapi, keadaan saya (menulis) buku itu, sewaktu itu, persis bilal yang senandungkan azan (seruan untuk solat), tapi ternyata belum solat, dan sedang bersiap-siap untuk solat". 

analogi yang sederhana, tapi cukup sempurna, saya rasa.
(mashaAllah!)

--

catatan yang bawah ini, ditulis beberapa bulan lepas. diarkibkan dengan cuma sebagai draf, sebab terlalu tergugat dengan ancaman Allah, "kaburo maqtan 'indallah an taquulu ma laa taf'aluun" (as-saff : 3) namun bila fikir-fikir, tiadalah salahnya kan; kalau catatan ini juga merefleks kata-kata ustaz salim, memanifestasikan diri sebagai 'bilal'; menyeru orang lain, pada saat diri juga sedang bersiap-siap, dan berusaha melakukannya? insyaAllah (ameen!)

--

ada manusia-manusia yang bertanyakan amal apa yang melayakkanya ke Syurga. ini selalu, ini biasa. ini kreatif, namanya.

ada manusia-manusia yang bertanyakan amal apa yang menjauhkannya dari Neraka. ini jarang, ini luar biasa. ini kritis, namanya. 

sebab, siapa tahu, amal baik tertolak kerana hal-hal yang aku rasa ringan macam dusta, contohnya? macam suudzhon (sangka buruk), macam membuang masa, macam berwajah masam, macam, macam, macam, macam, macam, hmm?

"daripada ibnu 'abbas r.a dia berkata: Nabi S.A.W melalui salah satu tembok dari tembok-tembok Madinah atau Makkah, lalu Baginda mendengar suara dua orang manusia yang sedang diseksa di dalam kuburnya. 

Nabi bersabda: "dua orang sedang diseksa dan keduanya tidak diseksa kerana dosa besar. kemudian Baginda bersabda: ya, yang seorang tidak beristibra' dengan sebersih-bersihnya daripada kencingnya dan yang seorang lagi berjalan dengan mengadu domba. kemudian Baginda minta diambilkan pelepah kurma yang basah, lalu dibelah menjadi dua dan Baginda letakkan pada masing-masing kuburan itu satu belahan. 

lalu dikatakan: wahai Rasulullah, kenapakah engkau perbuat ini? Baginda bersabda: mudah-mudahan keduanya diringankan selama dua belah kurma itu belum kering atau sehinggalah ia kering". 

(hadis riwayat bukhari)

--

Allahhu Musta'an!
T.T

Tuesday, January 15, 2013

Jom?


"it's not about CHANGING, -it's about GROWING,
..TOGETHER

- ellen shreiber

Tuesday, January 8, 2013

18:23.

bismillah

saya amat yakin, ada yang lebih baik dari yang ini. cuma, sekadar ingin berkongsi (untuk yang mungkin, belum mencuba), insyaAllah.

rasa macam sungguh nikmat bila sambil baca sirah yang diselitkan ayat al-Quran, sambil buka terjemahan dan tadabbur ayat. sisipkan nota sikit, supaya setiap kali melintas ayat yang sama, kita akan terbaca nota tersebut, sambil terbayang-bayang berlakunya peristiwa demi peristiwa dalam sejarah Islam.

contohnya, ayat awal surah Maryam, surah yang telah membuat janggut Raja Najashi basah selepas terdengar bacaan Ja'afar Abi Thalib. surah Thaha yang dibaca Khabbab bin Arats, telah mencetus getaran di hati tegar Saidina 'Umar Al-Khattab, lalu gegas pinta ditemukan dengan Rasulullah. dan ini; ayat-ayat dari surah Al-Fussilat, yang dibacakan Rasulullah S.A.W di hadapan Uthbah bin Rabi'ah sebagai jawapan, ketika dia menawarkan pangkat, wanita, dan harta kepada Baginda.


bila "tadabbur-sirah", lebih terasa penghayatan, dan pemaknaannya di sepanjang interaksi kita dengan al-Quran! moga satu hari nanti, dapat menghafalnya pula, dan menghayatinya dalam solat, insyaAllah. (ameen!)

sebab, apa lagi yang lebih bermakna, melainkan terwujudnya rasa-rasa untuk lebih memaknakan penghambaan kepada Allah SWT? sebab ketaatan yang telah diajarkan Rasulullah SAW, dan yang dipraktikkan sahabiah, tiada kenampakan ritual mahupun kosong, bahkan Islam yang ditonjolkan adalah yang hidup lagi menghidupkan!

ya Allah, mudahkanlah untuk terwujudnya penghambaan yang 'hidup' itu dalam diri kami. ameen.

ps: sharing is loving! :)


_______
*updated:
contoh buku sirah yang baik dan padat:
kisah nabi muhammad untuk remaja;
abul hasan ali al-hasani an-nadawi

(hampir pukul satu sudah)

bismillah

dalam salah satu artikel ustaz hasrizal, kata beliau; "hati ialah alat komunikasi paling tinggi". dari situ sebenarnya, tersampainya maklumat dan kesefahaman.

bercakap soal hati kita dengan hati manusia lain, itu soal kedua. tapi, bagaimana agaknya bercakap dengan hati sendiri? cakap-cakap atau bual panjang dengan hati sendiri, sampai ilmu yang ada 'mampu' mencetus faham dan sedar, lalu menjentik rasa 'ubudiyyah paling dalam; 

bagaimana rasa manisnya solat?
bagaimana rasa dalamnya doa?
bagaimana rasa tulusnya cinta?
bagaimana rasa ikhlasnya amal?
bagaimana rasa nikmatnya syurga?
bagaimana rasa resahnya berdosa?
bagaimana rasa takutnya neraka?

paling penting;

bagaimana rasanya mencari tujuan hidup
dan bagaimana rasanya memaknakan tujuan hidup?

soal-soal rasa (anugerah, sebenarnya!) hanya kita dan Allah saja yang tahu.

atau sebenarnya, masalah kita (aku) yang sebenarnya ialah, sudah lama tidak merasakan nikmatnya berbual dengan hati sendiri?

hmm.

Saturday, January 5, 2013

22:14.


bismillah

(i)
banyaknya bicara, 
kadangkala cuma-cuma defensif, 
yang langsung tak 
menumbuhkan percaya

sebab itu mungkin, 
diam adalah cara, 
sesetengah pilihan, 
orang yang lebih 
bijaksana

-- 
(ii)

sibuk adalah terjemahan 
pada percaya dan yakin, 
ilustrasi pada mimpi, 
pada tujuan, pada hasrat, 
pada keinginan, pada apa 
yang paling engkau mahukan

oh, apa yang engkau 
sedang sibukkan? 

-- 
(iii)

cinta boleh buat dua benda; 
sama ada menghilangkan 
diri kita, atau kembali 
menemukan; siapa kita? 

--
(iv)

ada hal-hal yang perlu 
bersih, halus, senyap, 
dan sembunyi 

hinggakan darah daging 
yang bersuara, 

malah orang-orang 
yang akan berkata; 
“dia ada”. 

catatan himm; (v) / januari 

--

adik mesti tertanya-tanya; "apa akak merepek dalam blog tu? tak pahamlah" 
dan akak pun jawab“the best listeners listen between the lines.” - nina malkin

hoho :P

ps: malas nak tukar font. yeay! (alhamdulillah) lagi satu paper iaitu pada 12hb januari. seminggu untuk khatam buku southeast asia dari kulit ke kulit, ewah- (insyaAllah) :S

Thursday, January 3, 2013

Refleks Quo Vadis.

bismillah

--

QUO VADIS MAHASISWA

“persoalannya, apakah hebatnya menjadi seorang mahasiswa pada pandangan pelajar ini? adakah untuk membolehkan mereka menjawat jawatan tinggi dan berpendapatan lumayan apabila memasuki alam pekerjaan kelak? atau adakah kerana status mereka menjadi lebih tinggi apabila bergelar mahasiswa? atau kerana menjadi mahasiswa adalah suatu kemestian untuk membuktikan tahap kecerdikan mereka dan tidak dipandang rendah?”

--

“tidak dinafikan juga bahawa terdapat sesetengah pelajar yang berebut-rebut untuk mengisi tempat di universiti sebenarnya didorong oleh keinginan mendapatkan ijazah, seterusnya memasuki alam pekerjaan yang mungkin menjanjikan pendapatan lumayan. oleh itu, perkara yang sering terbayang di fikiran mereka adalah untuk menamatkan pengajian secepat mungkin dan terus masuk ke alam pekerjaan serta hidup dalam kesenangan dan kemewahan”

--

“memiliki tasawur beginilah, menyebabkan lahirnya satu generasi mahasiswa yang cetek intelektualnya. satu ketika dulu, mahasiswa dilihat mempunyai pemikiran yang kritis dan analitikal terhadap sebarang pembaharuan yang berlaku dalam masyarakat. namun, kini senario sebegitu jarang dapat dilihat. malah ada yang hanya bersikap diam diri dan terpinga-pinga apabila pensyarah memintanya memberikan pandangan tentang sesuatu isu yang berlaku”

--

“tahap pemikiran sesetengah mereka semakin tandus dan jauh daripada budaya ilmu. tidak ramai mahasiswa yang peka terhadap perkara yang berlaku dalam dunia hari ini. sensitiviti mereka seolah-olah hilang dalam dunia materialistik. mereka seakan-akan lupa matlamat akhir hidup, iaitu untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. tidak mendapat pangkat dan kedudukan terbaik di dunia tidak bermakna akan gagal di akhirat kelak.

--

“mereka hanya menjadi ‘hero’ dan ‘heroin’ di kampus serta hanya mampu bergelumang dalam pengkhususan ilmu yang dipelajari dan tidak berdaya lagi untuk menjangkau lebih daripada itu. akibatnya, segala permasalahan yang berlaku dan fenomena masa kini yang semakin kompleks tidak dihiraukan dan dibiarkan begitu saja. mungkin juga mereka beranggapan pasti akan ada orang lain yang berusaha memikir dan menyelesaikannya”

hlmn. 49; millennia muslim november’12 

*quo vadis - ke manakah perginya?

--

artikel ini seolah-olah sedang bertanya pada diri; 

"bekerja, berkhidmat, dan beramal nanti, semata-mata untuk 'menghidupkan' dan 'menyara' kehidupan diri sendiri, atau berusaha 'berbuat sesuatu' (walau kecil) untuk ummah keseluruhannya?"

..yang mana jawapannya;

"sebenarnya, banyak lagi yang harus, kita (aku) belajar."

hmm.

Wednesday, January 2, 2013

10:28.

visual: crowd


--
kita dulu adalah 
keterasingan total;
mata-mata yang (mungkin)
tertembung di jalan
-tak pernah bersapa,
-tak pernah endah

sebelum misteri
hidup mengatakan
kau harus tersusup
dalam kisah-kisah
yang aku (mula) 
-peduli, walau sezarah!

aneh, bukan?
kata mereka, kebetulan kehidupan,
percaya aku, takdir,
rencana, susun-atur Tuhan!

hmm?

Tuesday, January 1, 2013

"..jika kita belum bosan hidup".

bismillah

terbaca tentang ini, tadi;

"that is the way Emerson said it. but here is the way a poet; -the late Douglas Mallochsaid said it:

"if you can't be a pine on the top of the hill,
be a scrub in the valley -but be
the best little scrub by the side of the rill;
be a bush, if you can't be a tree

if you can't be a bush, be a bit of the grass
if you can't be a muskie, then just be a bass-
but the liveliest bass in the lake!

we can't all be captains, we've got to be crew
there's something for all of us here
there's big work to do and there's lesser to do
and the task we must do is the near

if you can't be a highway, then just be a trail,
if you can't be the sun, be a star;
it isn't by the size that you win or you fail-

be the best of whatever you are!"

- dale carnegie, how to enjoy your life & your job; pg. 20

--

tapi, maksudnya sama bukan? 

sama macam Rasulullah memposisikan hasan bin tsabit yang tak kuasa melawan dengan pedang, tapi berperang dengan ketajaman lidah syairnya. 

atau persis abdullah ibn makthum yang buta, tapi meminta diletakkan di prajurit paling depan; kerana ketidakmampuannya melihat, telah langsung membunuh rasa gerunnya. 

atau seperti bilal bin rabah yang dimomokkan hamba habsyi, namun kemuliaannya diangkat, dan diamanahkan melaungkan takbir sepelosok Madinah; kerana suara merdunya, hingga arasy pun bergegar. 

atau seperti perempuan tua, yang cuma 'pembersih masjid', tapi kehilangannya sangat dirasakan Rasulullah. hingga kuburnya diziarahi, dan kesejahteraannya didoakan.

kerana tarbiyah mengajar mereka begitu; 'izzah dengan diri sendiri. dan bukankah Al-Quran telah mengajarkan, firman Allah yang telah mengatakan; "la qad kholaqnal insaana fi ahsani taqwim?" (at-tiin: 4)

oh, kalau engkau benar yakin dan percaya,
engkaulah sebaik-baik penciptaan itu!

"be the best of whatever you are!"

--

momen hujung tahun; uiam


"bangun pagi di hari pertama 2013: ada yang baru di hari ini, tapi tiap hari kan ada yang baru - jika kita belum bosan hidup?" - goenawan mohamad

selamat mencari, dan moga dipermudahkan!
kullu 'am wa antum bi khayr-