Pages

Sunday, December 30, 2012

kuiz #2.

bismillah

rentetan kuiz I, dan jawapan
lai lai meh, KUIZ II;

jawapan tanpa dalil baik.
jawapan berserta dalil ter-baik.

semua jawapan ada dalam Al-Quran. 
:)
--

1. golongan apakah (dinamakan dalam Al-Quran) yang mengaku mereka sebagai penolong-penolong agama Allah? 

2. apakah yang Allah perintahkan kepada Nabi Ayyub A.S untuk menyembuhkannya dari penyakit? 

3. apakah nama tempat yang menjadi sumber kedua-dua puteri Syuaib mendapatkan air? 

4. siapakah yang membantu puteri Syuaib mengangkut air dan memberi minum ternakan mereka? 

5. kaum Nabi apakah yang telah ditimpakan gempa bumi yang dashyat kerana perbuatan mereka mengurangi takaran? 

6. di dalam Al-Quran, ada dinyatakan ayat-ayat ini. siapakah ‘aku’ yang dimaksudkan dalam ayat-ayat di bawah? 

i. “hanya kepada Allah, aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku”.  
ii. “aku berlindung kepada Allah, sungguh, tuanku telah memperlakukan aku dengan baik”  
iii. “sesungguhnya aku menyukai segala yang baik (kuda), yang membuat aku sibuk dari ingat akan (kekuasaan) Tuhanku, sampai matahari terbenam”  
iv. “ya Tuhanku, sungguh tulangku telah lemah, dan kepalaku telah dipenuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepadaMu, ya Tuhanku”  
v. “sungguh, aku berlindung kepada Tuhan yang Maha Pengasih terhadapmu, jika engkau orang yang bertaqwa” 

7. apakah yang diperintahkan oleh Malaikat kepada Maryam demi menahan kesakitannya ketika melahirkan? 

8. “dan mohonlah pertolongan kepada Allah, dengan ___________ dan ___________. dan solat itu sungguh berat, kecuali orang-orang yang _____________”.

9. "dan jangan sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu, "aku pasti melakukan itu besok pagi, kecuali dengan mengatakan, _____________"

10. "teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan, kecuali mereka yang ____________."

11.  "___________ sungguh penyantun, lembut hati, dan suka kembali kepada Allah".


wallahhua'lam.

12:18.

bismillah

waktu hati Kakak tengah bergalau semacam, Kakak pegang al-Quran coklat, dan 'selinap' perlahan-lahan ke Iman yang sedang tatap mushaf merah jambu.

Maghrib itu, Ummi mengaji Al-Quran. Iman membaca Al-Quran. Iman tutup, buka, tutup, buka mushaf mengulang hafalan, lagi dan lagi. 

Jum'ah, Nuh, Al-Mulk, semua Iman baca, 'testing' depan Kakak. Kakak diam, angguk, dan kadang-kadang perbetul sekali dua lidah Iman yang tersalah sebut.

Iman hafal laju. untung-untung, satu hari nanti, laju hafalan di dunia, akan laju juga terbang ke tingkat demi tingkat di Syurga. 

hati Kakak rasa lapang. jiwa Kakak rasa tenang. tapi, bila pula Kakak mau mula menghafal macam Iman? supaya satu hari nanti, kita berlari-lari di tingkat yang sama di Syurga?

dikatakan kepada orang yang membaca (menghafalkan) al-Quran nanti : "bacalah dan naiklah serta tartillah sebagaimana engkau di dunia mentartilnya. kerana kedudukanmu adalah pada akhir ayat yang engkau baca (hafal).” (hr. abu daud no. 1464 dan tirmidzi no. 2914, sahih kata sheikh al-albani).
--

macam Ustaz Zaharuddin cakap;  
"kita sepatutnya semakin sedar bahawa umur kita semakin pendek, dan kita semakin perlu mempunyai suatu target untuk kita capai. ia juga bermakna, kita sepatutnya lebih matang daripada tahun sebelum ini.  
untuk itu, kita perlu lebih memaknakan amalan-amalan yang kita lakukan. mungkin kita sudah terbiasa melakukan sesuatu amalan, tetapi bagaimana ingin menambahkan lagi erti kepada amalan tersebut?  
kalau kita solat, bagaimana menambahkan kekhusyukannya? kalau berdoa, bagaimana untuk kita lebih faham ertinya? kalau bekerja, bagaimana untuk tak bosan melakukan sesuatu kerja?" 
-ustaz zaharuddin, mencari erti penghijrahan 

hmm?
kemonlah Kakak!

--
"siblings are the people we practice on, the people who teach us about fairness and cooperation and kindness and caring, quite often the hard way" - pamela dugdale 

get married. 

Saturday, December 29, 2012

22:29.


bismillah

saya sungguh lemah meresensikan halaman demi halaman, sebab pancingan dari yang membaca, bagi saya, tak akan pernah sama dengan penulis sendiri. 

nah, cebis babak teristimewa dari yang istimewa dalam buku di hamparan Shamrock, kuseru namaMu; ustaz hasrizal abdul jamil. 

moga terinspirasi untuk membacanya, dan kita bersama-sama, beroleh manfaatnya! insyaAllah :)

--

berminat dengan manusia
"saya suka menelaah kelakukan manusia, mengkaji kecenderungan yang mencorakkan kehidupan manusia malah meyakini bahawa warna-warna alam sekitar hari ini adalah terjemahan kepada kemanusiaan manusia" hlmn. 29
--

unsur emosi
"anta pernah dengar tentang novel emile, or on education oleh jean-jacques rousseau?" saya bertanya.
"tidak", katanya.
"novel itu mencetuskan fenomena dalam sejarah eropah moden. ia adalah contoh bagaimana fakta disampaikan melalui sastera. melalui bahasa romanticism. bukan sahaja faktanya diterima, malah ia menyuntik fikiran kepada orang eropah ketika itu bahawa hidup bukan beralaskan logik semata-mata. unsur emosi juga boleh memandu manusia ntuk membuat penilaian dan pertimbangan dalam kehidupan," saya sekadar berkongsi apa yang saya tahu. 
"maksud ustaz, tsummahtadaitu melakukan benda yang sama ke atas diri saya?" soal shah.
"ya, mencapai akal melalui jendela emosi," saya membuat rumusan.
-hlmn. 31
--

misteri rezeki
"Allah, selama ini aku menanti rezeki datang kepadaku. mungkin aku harus menjadi seperti burung yang tidak kalah dengan misteri rezeki setiap hari" -hlmn. 69
--

lompong dalam diri
"saya seorang imam di masjid, tetapi ada lompong dalam diri lantaran sudah lama tidak mendengar laungan azan dari luar masjid. bagaimana pula dengan mereka yang memencilkan diri dari rumah Allah ini? tenggelam dalam kesibukan memboloskan diri daripada agama, semata-mata mahu diterima oleh rakan dan taulan?" -hlmn. 161
--

wanita berjiwa tinggi
"marilah wahai wanita berjiwa tinggi, muliakanlah dirimu dengan dirimu yang sebenar. dirimu adalah akhlakmu, hikmahmu, kebijaksanaanmu, hati budimu, yang semua itu hasil daripada imanmu. didiklah manusia di sekitarmu agar menilai dirimu sama seperti Tuhan menilaimu. lantas segala penampilanmu adalah mesejmu kepada manusia, bahawa keluhuran erti hidup ini adalah pada melihat kehidupan daripada pandangan Pencipta kehidupan" -hlmn. 187
--

pseudoreligion
"kita hari ini banyak diselubungi oleh pseudoreligion. susah nak bezakan antara ajaran agama yang asal dengan interpretasi pengikutnya" -hlmn. 237
--

dua subjek berasingan
"sister bagaimana?" saya bertanya kepada Laura. 
"Islam dan Muslim adalah dua subjek yang perlu saya pelajari secara berasingan. kita doakanlah yang terbaik untuk budak itu!" jawab Laura. 
"terima kasih!" kata Ali kepada isterinya. 
"kenapa?" Laura kehairanan. 
"kalau semua berfikir seperti awak, kuranglah fitnah Muslim ke atas Islam!" tegas Ali
 -hlmn. 248
--

ahli sihir firaun dan kita
"jika ahli sihir firaun kufur pada pagi, beriman pada tengahari dan syahid menjelang petang, bagaimana pula dengan umat Islam? paginya beriman, tengaharinya tersasar, dan ketika dunia ini merangkak ke senja umur, ramai pula yang berbondong membuang agama" -hlmn. 273
--

bahasa dan jati diri
"apabila anak-anak ini hilang bahasa ibunda mereka, maka mereka menjadi generasi yang terputus. terputus dari sejarah silam, daripada asal-usul mereka, dan semua ini akumulatif menyumbang kepada krisis jati diri" -hlmn. 277
--

tersendiri dan beridentiti
"Islam mementingkan proses memelihara jati diri penganutnya. tersendiri dan beridentiti" -hlmn. 300
--

jimat
"berapakah penjimatan yang boleh dilakukan apabila kita tidak menjadi manusia yang sentiasa mengikut trend, buat apa yang orang lain buat, beli apa yang orang lain beli, pakai apa yang orang lain pakai? -hlmn. 303
--

pendakwah dan kebersihan
"saya sebenarnya kesal melihat rumah rakan-rakan yang aktif dengan dakwah tetapi gagal terhadap kebersihan. saya tidak pasti bagaimana kita boleh bercakap tentang Islam dalam keadaan diri yang pengotor, atau menghalalkan kekotoran di dalam kehidupan. bukankah Allah sendiri telah menggabungkan kerja dakwah dengan imej yang bersih? (al-mudassir: 1-5) hlmn. 326
--

cahaya lampu jalan
"malah ada di bandar Ireland yang tidak membenarkan lampu jalan dipasang dalam keadaan cahayanya terlepas ke atas. Fingal Country Council menerima kenyataan bahawa cahaya yang terlalu silau daripada lampu jalan di bandar-bandar menyebabkan langit sukar dilihat. akibatnya, keindahan bulan dan bintang tidak dapat dinikmati oleh generasi hari ini dan ia dianggap sebagai merampas hak manusia untuk memanfaatkan langit yang membumbungi kehidupannya" -hlmn. 327
--

tharah dan nazhafah
"Islam adalah thaharah dan nazhafah. jika nazhafah yang fizikal tidak diendahkan, bagaimana pula dengan thaharah yang maknawi." -hlmn. 330

wallahhua'lam-

so-nota musim exam.

bismillah

pernah tak, rasa macam 'baca-tulis-jawab' kadang-kadang macam kosong? macam kita cuma menuliskan kepintaran, tapi tak termaknakan atas nilai kesedaran? atau macam kita tuangkan 'kebijakan', tapi lohongnya bukan dari akal yang bersih dan membersihkan?

cuma-cuma retorika falsafah, logik, atau sekadar kumpul markah.
untunglah (alhamdulillah) kalau bijak, kalau pintar. kalau bukan?

--

studi, revisi, baca, tulis, jawab pun satu struggle. tapi struggle-untuk-memaknakan-exam pun, kadang-kadang boleh jadi satu bentuk struggle yang lebih struggle! hmm?

apapun struggle kita; beda atau sama, masih juga matlamat kita sama.
husnul khatimah (al-imran:102)
redha Allah (al-fajr: 27-30)

ps: moga exam adalah medium taqarrub billah, senggang muhasabah, dan ruang untuk kita lebih mujahadah, insyaAllah. happy exam, kawan-kawan! (nyahkan stress) :D


Monday, December 24, 2012

"KAK MAH CUTI".



dialog tabir: "alaa, tak siap la tudung sekolah iman!"
lokasi: pekan kb, penang
folder: ragam-bukak-sekolah- 
--  
ps:"sebab tu, benda yang kita boleh ingat, kita kena simpan!" -ghazi, pasport ekspress

Sunday, December 23, 2012

SEMALAM.

bismillah

semalam, legar-legar kedai buku satu malaysia. tujuannya, satu; cari buku pasal cinta, kahwin, kekeluargaan, baitul muslim, dan seumpamanya untuk hadiah kahwin sepupu. kedua, aku mencari sesuatu.  

sesuatu yang bukan cinta, tapi cinta.
sesuatu yang bukan sastera, tapi sastera.
sesuatu yang bukan emosi, tapi emosi. 
sesuatu gagasan idea, tapi bukan.
sesuatu cakna fikir, tapi bukan.
sesuatu yang filsuf, tapi bukan.
sesuatu yang sejarah, tapi bukan.
sesuatu yang bukan aku, tapi aku. 

pendek kata, sesuatu yang lain dari yang biasa. macam perasaan menjiwai watak perempuan tegar salsabila, dalam "tunggu teduh dulu-faisal tehrani". atau watak tekad alif dalam "negeri lima menara-a.fuadi". atau watak teguh nazneen dalam "setulus setia, seindah nama-hazneza abdul hamid". atau watak belajar addin shah dalam "aA+bB-hlovate". atau macam melayan "saksikan bahwa aku seorang muslim-salim a.fillah", "murabbi cinta-ustaz hasrizal", dan lain-lain.

dan semalam, dalam proses 'mencari', aku cuba belek "memeluk gerhana-isa kamari", "bahlut-faisal tehrani", "jangan berhenti berlari-ustaz zaharuddin", tapi, entahlah. perasaannya, macam perempuan buka almari baju. ada kebaya, ada kurung, ada blaus, ada skirt, ada jubah, ada tee, ada semua. tapi dia mengomel; "ish, tak ada bajulah nak pakai!". 

dan akhirnya, aku tinggalkan kedai buku satu malaysia dengan cuma "cinta dari Allah-ustaz pahrol", "cenderajiwa" buat sepupu dan zaujah-nya nanti.
 
oh, selamat bercinta sampai ke Syurga!

--

dan dalam bas, berulang kali sebut mashaAllah, untuk buku; "di hamparan Shamrock, kuseru nama-Mu" oleh ustaz hasrizal. buku yang dibeli sebulan lalu, tapi cuma peragaan rak di gombak. buku yang cuma sempat diselak beberapa halaman awal. buku yang dirembat, untuk syarat "asal-dalam-beg-ada-sebuah-buku-selain-al-quran" buat peneman di hentian bas, di platform, atau dalam bas, atau mungkin buat waktu-waktu ketika mana memandang buku adalah lebih baik dari memandang orang. hmm?

dan untuk tujuh jam perjalanan; sejam setengah untuk lelap-jaga-lelap-jaga, sejam lain untuk berangan, tengok hujan, langit, awan, bukit, jalan, dan orang, dan baki waktu yang sungguh, maha asyik! tenggelam dalam senyum-tangis-kagum-cemburu-provokatif-impresif hingga tinggal cuma suku helaian lagi untuk dihabiskan. (subhanallah!)

oh, apakah yang aku sedang cari, cuma inspirasi, motivasi, sarana, idea, atau ruang fikir? atau sebenarnya, aku sedang mencari diri aku sendiri dalam kisah hidup orang lain? entahlah.

hmm.
ya Allah, tolonglah hamba-Mu ini.

aku cuma mahu menjadi Muslim yang lebih baik.
sekurang-kurangnya lebih baik baik dari hari ini.

Allah!

"finishing a good book is like leaving a good friend" -william feather

terima kasih, ustaz!

ps: maaflah, entri emo(s). dan..oh!


happy exam kawan-kawan!

Tuesday, December 18, 2012

18:18


“..because brothers sisters don’t let each other wander in the dark alone..”  
:jolene perry, my heart for yours:

Monday, December 17, 2012

RAWAK.

bismillah

--
PIJAKLAH AKU


Allah sedang ajar rendahkan hati,
senyumkan saja, senyumkan saja.

yang sebenarnya, sudah terlalu tinggi 
kau pijak kepalamu sendiri

--
BASIRAH


salah? selak al-Quran. rindu? jumpa al-Quran. letih? baca al-Quran. debar? tatap al-Quran. marah? kucup al-Quran. sakit? junjung al-Quran 

al-Quran, al-Quran, al-Quran. 

sampai hanyut jatuh cinta, lalu hurufnya mendarah. perkataannya mendenyut nadi. maknanya menggerak basirah. yang menuntun salah, menyederhanakan rindu, menghilangkan letih, mengendurkan debar, merawatkan marah. 

dan, dan, dan 
amin, insyaAllah! 

mira dulu pernah cakap; "fake it, to make it!"

--
SABAR


sabarkan mendengar; 
cerita-cerita akan tertemukan, 
ditayangkan paling jujur 

dan bukankah sebenarnya
kita sedang diajar 'tuk lebih mengenal?

--
WALID
(yang ini.. hmm?)

@queenummie
07:57 waled tanya duit ada lg ka, kwn dh byr?

07:58 ada2. dah 

@queenummie
08:00 ok, walid tu fkir psl ank tp bukn nk tnya sndiri 

hah ha! 
:D

--



"..hmm, dalam banyak-banyak rasa bila down semacam; yang paling kuat mendorong adalah, 'bisik' -Allah. dan kedua, adalah suara hati sendiri yang tiba-tiba perlahan berkata; "kalaulah satu dunia menolakmu, akan ada seseorang yang akan selalu percaya. cepat, mahupun lambat, tapi cukup untuk kembali gagah; 

-UMMI"

hoyeahh!

Saturday, December 15, 2012

Monolog 14:00

bismillah

(i)

gagal aku untuk istiqamah, mungkin sebab aku sentiasa memulakan sesuatu, mengubah sesuatu, dan menjadi sesuatu kerana orang lain.

agak-agak, bila buat sesuatu kerana Allah, merasakan betapa Dia memerhatikan detik-detik perubahan, hijrah, usaha, jatuh bangun, yang pastinya akan selalu dan sentiasa menyeru ulang tata, pasti aku akan sentiasa bangkit tanpa terputus-putus

..oh Allah!

bagaimana mahu mewujudkan Engkau dalam setiap mimpi, merasakan, menyedarkan bahawa Engkau sentiasa ada; melihat, memerhati dan sedang menyayangi?

hmm?

--
(ii)

kata ustaz, kalau iman kita mantap, akan terlahir dua perasaan;

pertama: perasaan muraqabatullah iaitu merasakan pengawasan Allah setiap masa 
kedua: perasaan masuliyyah (tanggungjawab) melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik-baik mungkin kerana adanya harap kepada rahmat Allah, dan takutkan azab Allah s.w.t. 
--
(iii)

maka masalah aku sebenarnya ialah;
beriman,
kemudian membina iman,
kemudian beramal soleh.

"illa alladzina aamanu, wa 'amilus soolihaat" (al-'asr : 3)
..kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh

ya Allah, mahunya menjadi orang yang Engkau katakan;
"..qod aflahal mukminun.." (al-mukminun : 1)


--
(iv)



ergh!

disiplin, umairah!
disiplin-

untuk |i, ii, iii, iv| Muharram,
duhai, cemerlanglah Safar!
Allahhu Musta'an.

--marhaban, i.ii/iiiiv.

10:09.


kadang-kadang, aku berlegar-legar, mencari-cari, duduk, bangun semula, berjalan lagi, berlari pula, mengejar, berehat, menunggu, berjalan, berlari, duduk, bangun, dan ulang, dan ulang, dan ulang, dan ulang lagi, dan lagi, dan lagi, dan lagi, hari demi hari

hmm, tapi sebenarnya ke mana mahu aku pergi? apa yang aku cari? siapa yang aku tunggu? apa yang aku kejar? 

--

ampunkan 
ampunkan

penghambaan yang kosong dan lompong ini
oh Allah

Thursday, December 13, 2012

06:52.



kali ke-berapapun sama
atau beda kita,

cukup, kita lebih ber -iman,
cuma itu, ukuran Tuhan.

-gombak.

Monday, December 10, 2012

hikayat (i), (ii), (iii).

bismillah

hikayat (i); jihad

selama 23 tahun hidup, cuma pernah dengar tentang cubaan membunuh diri kerana cinta. tapi kebelakangan, bila kes ini terjadi depan mata sendiri, banyak sangat hikmah dan pelajaran buat diri. hmm, subhanallah.

rasa macam, patutlah Rasulullah pernah berpesan dalam *mafhum satu sabdanya, cintailah dan bencilah sekadarnya. patutlah, Nabi Daud juga pernah berdoa, dikurniakan cinta yang benar; cinta orang-orang yang mencintaiNya, dan cinta segala yang mendekatkan kepada cintaNya. malah, al-Quran sendiri pernah menghurai berulang-ulang tentang cinta, terutamanya nilaian cinta orang-orang yang beriman (al-baqarah : 165), dan fitrah rongga, yakni tempat terhuninya cinta. (al-ahzab : 4) 

kalau dikaji dalam bahasa arab sendiri, punya banyak perkataan untuk menerangkan maksud cinta. “al-hawa”, “al-hubb”, “as-syauq”, dan banyak lagi. setiap satunya, mencirikan peringkat-peringkat cinta. kata ustaz abdul naseer dulu, perkataan “cinta” untuk peringkat tertinggi adalah “al-‘ibadah”; -penyembahan. kita menyembah, kerana cinta. dan cinta jenis ini, hanya milik Al-Khaliq. selamanya, milik -Allah! 

namun, bila makhluklah yang disembah manusia, “hidup” dan “mati” akan dipertaruhkan untuk makhluk tadi. sebab inilah mungkin, manusia terjebak dalam bunuh diri, gara-gara cinta tadi yang telah mati. 

betapa saya banyak belajar dari dia. terkhusus yang ini: bila hubungan kita dengan Allah lemah, cinta lain akan terdahulu menguasai hati, hingga membuatkannya tanpa sedar menjadi sembahan kita. dan cinta sebegini ini, tidak memilih sesiapa, kawan. boleh jadi, diri kita sendiri, tanpa kita sedar. naudzubillah. 

ps: hati-hati, kawan. hati-hati, menjaga hati. 

-- 

hikayat (ii); medium jihad

dalam satu kelas parenting yang aku rasa “bebas, nikmat, dan lapang”, satu hari madam memegang marker, dan dengan gaya spontannya seperti selalu, melukiskan satu mindmap. kali ini, peta mindanya berbentuk rumah. di tengah-tengah lukisan rumahnya tertulis; “baitul muslim”. cabang-cabang yang lain, langsung diisi pantas, dengan memenuhkan soalan-soalan ini; 

i. sebab perkahwinan? 
ii. ciri-ciri pasangan? 
iii. azam atau matlamat perkahwinan? 
iv. harapan kepada diri, pasangan dan perkahwinan? 

dan madam suruh kami jawab, bersoal jawab dengan diri sendiri. 

kami? 
lama. 

sungguh lama, 
kami terhenti di sini; 

-berfikir. 

akhir kelas, kata madam

“tidak ramai yang mahu berfikir dengan serius untuk soalan-soalan serius. apapun, jawapan kita adalah cara kita mengenal diri. jawapan kita adalah kematangan kita. jawapan kita adalah cara hidup kita. jawapan kita adalah masa sekarang, masa kini, dan masa depan kita”. 

hmm? 

ps: kalaulah, kalaulah madam ini betul-betul wujud waktu aku ambil subjek parenting dulu. errk

--

hikayat (iii); ummul mujahid

terima kasih untuk cinta yang ini. 

semacam, cinta ini pun sedang mengulang kata Imam Hasan Al-Hudaibi; "tegaklah Islam dalam dirimu, nescaya tertegak Islam di tempatmu". 


(fb)


untuk kesemua hikayat, sedar-sedar dan fikir-fikir, betapa susahnya men-sibghah-kan sepenuhnya peribadi Muslim dalam diri. apapun, inilah jihad kita, Allahhu Musta'an!

ameen.



_______
* berkata imam at-turmudzi rahimahullah: "bab maa ja-a fi ilqthishad filhubbi walbughdhu (sederhana dalam cinta dan benci)" hlmn. 2065; 

"dari abu hurairah, dia berkata, "cintailah kekasihmu dengan sederhana saja, boleh jadi kelak dia akan menjadi musuhmu, dan bencilah musuhmu dengan sederhana saja, boleh jadi suatu saat dia akan menjadi kekasihmu." 

hadis ini disahihkan oleh imam al muhaddis al al-bani (sahih at-turmudzi lil albani, hlmn. 1997)

Friday, December 7, 2012

09:03.

bismillah

aku suka rasa ini.

rasa bila jalan rak demi rak, tak terjumpa satu buku pun yang aku mau. rasa bila tulis huruf demi huruf, satu pun tak terhubung. rasa bila baca huruf demi huruf, satu pun tak terlekat. rasa bila masa penuh rasa kosong, rasa bila rasa ringan rasa beban, rasa bila senyum rasa pahit, jujur rasa dusta, amanah rasa khianat, cinta rasa benci, pahala rasa dosa. rasa bila rakaat rasa singkat, doa rasa pendek, sujud rasa tawar, solat rasa bosan. rasa sakit yang menghempap jiwa, rasa kecewa yang menundukkan bongkak, rasa malu yang men'sampah'kan diri, rasa sempit yang memencilkan, mengecilkan, memvakumkan seluruh tubuh.

hingga sampai kepada rasa-rasa yang membawa hati pulang ke muara asalnya, kepada -Dia.

aku suka rasa ini.

--
dan kata ustaz:

satu;
kumpulan yang menerima iman Islam secara doktrin tanpa kefahaman, kualiti imannya sangat rendah. 

kedua;
kumpulan yang menerima iman Islam kerana sesuai dengan logik dan pemikiran, keyakinannya bertambah mantap, namun amalannya akan masih kurang. 

ketiga;
kumpulan yang menerima Islam berdasarkan pemikiran, kefahaman, dan ketaatan, keyakinannya akan bertambah jelas, ketaatannya semakin bertambah , yang mendorongkannya untuk lebih banyak beramal dan memperbaiki amalannya. 

dan kumpulan yang ketiga, Allah terangi hatinya dengan cahaya. 

20121206
ta'alim; uiam.
--

"..ya Allah, 
terangilah hatiku dengan cahaya,
terangilah, terangilah.."

Monday, December 3, 2012

ilham dari langit yang menyenangkan hati.

bismillah


ibu selalu punya kata paling tepat untuk anaknya. dia tak perlu risau, selagi tangan terus menadah doa, ilham akan terus sampai, beriringan dengan hasrat dan keinginannya. inilah yang kita kata, warisan ilmu terhubung terus dari langit, bukan dari buku. berkat doa ayah-ibu yang power, mashaAllah!

ecewah! berfalsafah sungguh petang ini. 

sebagai contohnya; kebiasaannya, ummi akan tanya 'kata-kata' yang paling tepat untuk beliau bingkiskan ucapan buat teman-temannya. sama ada ucapan hari raya, ucapan tahniah, ucapan hari lahir, atau apa-apa saja ucapan.  dan ummi akan tanya, "ok tak ayat ummi macam ni?" atau, "akak, tolong buat ayat yang sedap kat ummi sat".

ha, begitu!

--

tapi, hari ini lain sikit, luar biasanya! pastinya ucapan ini bukan biasa-biasa, tapi terbitnya berupa ilham dari langit. pilihan kata yang paling tepat dan istimewa (aku rasa), dari jiwa tulus, dan hati mulus seorang ibu di hari kelahiran anaknya yang ke-23. hmm?

ummie
03-Dec-2012 09:30

slmt hr lahir, umie doakan moga pnjg umur, murah rzki, akn brtemu jodoh yg "mnyenangkan hati" dr segala segi dn sntiasa dirahmati Allah, amin..

kalau panjang umur, murah rezeki, itu biasa-biasa kita dengar. tapi, yang "menyenangkan hati" itu, rasanya sangat sungguh menyenangkan hati. sebab, ilmuwan boleh jadi tak menyenangkan hati. hartawan, boleh jadi tak menyenangkan hati. agamawan, boleh jadi tak menyenangkan hati. ke-hensem-anke-stylo-anke-macho-an pun boleh jadi tak menyenangkan hati.

sebab, hanya yang menyenangkan hati, yang akan betul-betul menyenangkan hati. 

terima kasih ummi.
terima kasih, semua!

anda memang sangat menyenangkan hati. moga entri ini menyenangkan hati. dan, moga hati kita juga sentiasa 'disenangkan' Allah Ta'ala.

ameen ya rabbal 'alameen.
:)

--
20121203 / gombak
hujan renyai-renyai
--