Pages

Friday, November 30, 2012

21:51.

bismillah

semalam, dalam kelas history of southeast asia, belajar tentang chin peng dan pol pot. kedua-duanya berideologikan komunisme. dan kebetulan, semalam juga terbaca tentang ini dalam milenia muslim edisi november. tentang kekejaman pol pot, di kemboja. 


dan, gugel hari ini, menemukan ini;







perasaannya, bila kongsi dengan ummi tadi, ummi cakap;

"kita tak pernah rasa susah, kan? sangat beza dengan orang dulu"

tak terimaginasi kalau diri sendiri yang tergantung kaki ke atas, dengan kepala separuh terendam dalam tempayan berisi air. tak terbayang kalau diri sendiri yang dipaksa makan daging khinzir semata-mata untuk diuji kesetiaan dan keikhlasan pada perjuangan komunis. tak terfikir kalau diri sendiri yang didudukkan atas kerusi elektrik, dan diseksa sambil tangan memangku bayi. 

menyambung kata-kata ummi,

"zaman ini juga, wujud lagi penyeksaan semacam ini. cumanya, bukan kita, ummi. bukan kita."
--
"the simple fact is: we are not chosen to be Palestinians! we are definitely not strong, tough and determined enough to be Palestinians. hence here we are - existing for mere ordinary reasons of living in this world of 'me, myself and I". -dr. har

hmm?


____
tajuk osem lain;

quo vadis mahasiswa melayu
cerita karut innocence of muslim
umat islam kini ibarat gajah sarkas
abdullah munsyi pejuang atau pengkhianat?
awasi kemunculan snouck hurgronje

dan lain-lain
kongsi itu cinta!

Monolog 01:00.

bismillah

santuni hati

kadang-kadang bila terbuat salah, ada banyak hal yang menerjang tiba-tiba, dan kita (aku), entah apa sebabnya, pun jadi 'down, down, down', tiba-tiba juga.

ceritakan pada aku, apa sebabnya?

sedih?
kenapa, pun?

kalah?
cuba lagi.

malu
malu dengan siapa?

takut
takut dengan apa?

benci? marah? geram?
kalau bukan aku yang mencintai diri sendiri, siapa lagi?

tak ada yang percaya lagi?
lumrah; "yang cinta tak memerlukan (bukti), yang benci takkan percaya" -salim a. fillah

bila terbuat salah, bukankah harusnya ada perasaan tenang yang menyusup kalbu, dan menyemati satu kata-kata, mendidik dan mengajar; "dengan salah dan dosa ini, betapa harus selalunya engkau merendahkan hatimu, setiap masa, di mana-mana". 

rendahkan hati.

--

antara hal-hal pelik

lelaki mahu perempuan yang baik
perempuan pun mahu lelaki yang baik
jadi, kenapa tak sama-sama jadi baik?
entah, pelik 
manusia sangat pelik

aku-aku banyak sangat kelemahan
mereka-mereka pun banyak sangat kelemahan
jadi, kenapa tak saling redha?
entah, pelik
manusia sangat pelik

aku-aku ada kelebihan
mereka-mereka pun ada kelebihan
jadi, kenapa tak saling hargai?
entah, pelik
manusia sangat pelik

aku pun antara manusia-manusia
adakah aku juga pelik-pelik?

--

pilihan

adakah pilihan kita atas kesedaran? 
dan.. adakah pilihan kita, selari
serentak, sejajar, selurus 
kehendak-Nya?

hmm.

Wednesday, November 28, 2012

malunya hari itu.

bismillah

Allah malukan kita di depan manusia:

pertama: untuk kita (aku) 'check' kembali apa sebab hari ini aib tertonjol di depan khalayak. mungkin kurang bacaan al-quran, jadi al-furqan kurang. jadi, taqwa kering. jadi, iman pun nipis. jadi, tidak terasa malu untuk berbuat apa saja. bukankah Rasulullah pernah berkata; "iman dan malu itu sejoli? kalau hilang salah satu, maka hilanglah yang lagi satu". dan bukankah kata Rasulullah,"idza lam tastahiyy, fasna' ma syikta; jika engkau tidak malu, maka perbuatlah apa saja". (hr bukhari) maka, menelusuri jalan iman, sebenarnya adalah menelusuri rasa malu! hmm

kedua: untuk kita (aku) rasa, kalau macam inilah rasanya malu depan manusia, apatah lagi nanti, saatnya berjumpa Allah, ketika dosa-dosa dipertayangkan satu demi satu, betapa malunya berhadapan dengan Allah. 

ketiga: untuk ditinggikan darjat kita, supaya tersedar, dan terasa malu dengan dosa, sensitif dengan mungkar, serta kembali semula kepada Dia. 

malunya hari itu; 
25112012

tapi, tak mengapa, 
Allah sedang mengajar sesuatu;

"ittaqullah haisuma kunta;
ber-taqwa-lah di mana-mana saja kamu berada"

cerita-cerita tahun iii.

ramadhan; talk mdm halima 

ramadhan ii; child care centre

midterm 'aqidah; dr. abd nasir

passion

kelas general linguistic; dr. solehah

kelas ilmu badi'; dr badri

breakfast

yay!

supper

gempak besday dalila

sahur 1 rejab

 sambung headphone pakai selotep

perangat satay pakai toaster

putera ali sumaiyyah

“i want pictures like these. the kind that can capture a moment, make it real, make it last. i need pictures that do more than reflect. i need pictures that are truth.” 
― lisa magnum 
ps: rindu beb! / uiam- 

Tuesday, November 27, 2012

Monolog 20:00.

bismillah

(halaqah sem iii 2011)

ada banyak hal sebenarnya, kita perlu tunggu untuk tahu jawapan yang paling tepat dan ampuh. ianya proses. proses untuk tahu dan lalui sendiri. proses menuju dewasa. 

logiknya, apakah perlu seorang budak lima tahun untuk hamil dulu, demi menjawab persoalan yang dia tertanya-tanya sendiri; “kenapa perut ummi besar?” tidak, bukan? 

dan banyak contoh-contoh lain, yang kita dulu pun jahil, tapi sekarang sudah maklum dan tahu. malah, lebih faham sesuai dengan ilmu, kefahaman, pengalaman, dan kematangan. 

-- 

macam permusafiran Nabi Musa dan Nabi Khidir yang Allah gambarkan dalam Al-Kahfi. ada hal-hal luar biasa, yang tak terjawab dek akal. Allah mengajarkan, bahawa ada sesetengah hal yang magis, luar biasa, dan ajaib, yang kita akan kenal, tahu, faham, dan rasa hikmahnya bila sampai masa, detik, dan ketikanya. dan satu saja yang Allah ajarkan melalui permusafiran penuh bermakna ini; sabar

sabar sebelum persoalan terjawab. sabar sebelum keraguan terungkai. sabar sebelum hikmah tertemukan. sabar sebelum Allah mentakdirkan masa dan ketikanya sampai. 

ada masanya, kita hanya perlu ditelunjuk seorang murabbi selagi hal-hal itu benar, dan tiada keraguan atau bertentangan dengan syariat. ada masanya, kita hanya perlu “sami’na wa atho’na” tanpa mempersoalkan apa-apa. 

-- 

dan untuk keraguan, ketidaktahuan, ketidakfahaman bertalu-talu yang selalu menebak akal fikir, hati jasadku oh Tuhan, dasarkan nuraniku, dan gerakkan langkahku untuk hanya terus dipandu wahyu-Mu, kehendak-Mu, dan keinginan-Mu. 

hanya itu. 

"ya Allah, aku hanya mahu menjadi Muslim yang baik,
..lebih baik".

hmm.

--

(catatan april 2011)
"..kita akan menempa diri, sehingga setiap kita menjadi seorang muslim sejati. kita akan membina rumah tangga-rumah tangga kaum muslimin menuju terbangunnya rumah tangga islami. setelah itu, kita akan menempa bangsa kita menjadi bangsa yang muslim, tertegak di dalamnya kehidupan masyarakat yang islami. kita akan meniti langkah-langkah yang sudah pasti dari awal hingga akhir perjalanan. kita akan mencapai sasaran yang telah Allah gariskan bagi kita, bukan yang kita paksakan untuk diri kita. Allah tidak menghendaki kecuali menyempurnakan cahayaNya, meski orang-orang kafir tidak menyukainya.."
rpim (i), hasan al-banna; hlmn 135

jiayou, umairah!

_____
(catatan / how i met myself -iv)

Wednesday, November 21, 2012

14:27.

amzar, dan anak-anak murid ummi 


palestin


2 Muharram 1434 H  

“Anak-anak, hari ini Cikgu mahu ajar beberapa perkataan baru, untuk ‘Kamus Palestin’ kita. Sebelum kita mula, ada sesiapa yang mahu kongsi dengan kawan-kawan?”

Hampir kesemua mengangkat tangan, semangat. Cikgu pun tersenyum.

“Baik, mula dari kanan. Cuba sebutkan satu-persatu”.

1) Syahid

2) Komander

3) Briged Al-Qassam

4) Ahmed Jabbari

5) Membedil

6) Peluru

7) Ismail Haniyyeh

8) Israel

9) Pillar Of Cloud

10) Column Of Defence

11) Gaza

12) Rejim 
13) Barack Obama

14) Aqsa Syarif

15) Yahudi

16) Sempadan Rafah

17) HAMAS

18) Bom kimia fosforus putih

19) PBB

20) OIC

21) Demonstrasi

22) Hospital Gaza Al-Shifa
23) Boikot

24) Sabra Syatilla

25) Ariel Sharon

26) Operasi Cast Lead
27) Zionisme
--

“Tahniah, bagus! Ada lagi?"

“Cikgu..”

“Ya?”

“Err.. Mc Donald?”

Kata Ahmad sambil garu-garu kepala.

--

ps: sayang, sekolah cuti. kalau tak, boleh minta ummi buat 'kelas palestin'. serangan kali ini sungguh banyak memuhasabahkan diri. buat diri, diri, diri, diri terutamanya. hmm.

Friday, November 16, 2012

(I), (II), (III).

bismillah

GAUL I; UKHWAH

patutlah bonda terkasih, almarhumah yoyoh yusroh pernah berpesan, "justeru kerana sibuk dan banyak hadapi aneka persoalan serta begitu beragam manusia, maka harus memperbanyak Al Quran".

bukan makin sibuk, makin Al-Quran jadi 'alasan' untuk ditinggalkan. lebih-lebih kalau yang beralasan, energi habis kerana tuntutan kerja-kerja dakwah. 

Allahhu!

--

sebab, pergaulan yang 'rancak', di samping banyak 'manfaatnya', juga banyak membuka ruang-ruang fitnah. pada hati, terutamanya. 

saat bergaul, selalu menuntut kita untuk banyak berfikir, dan banyak membuat keputusan. juga banyak bercakap, dan banyak gurau senda. serta banyak menganalisa, dan banyak juga 'menghukum'. 

jadi, Al-Quran yang didampingi, yang diulang-tatap, yang diulang-baca tadi, semacam jadi penggerak dalam nadi. pelancar dalam darah yang berfungsi menghantarkan al-furqan; pembeza hak dan batil (al-anfal : 29). jadi, apa saja yang kita cakap, kita fikir, kita analisa, kita putuskan, semuanya datang dari benih taqwa; penuh waspada dan hati-hati.

meski kitalah yang merencana semuanya, tapi bila dekat dengan Allah, pasti ada kebersamaan jiwa dengan Allah. maka tanganNya, mataNya, kakiNya, juga akan bersama dalam gerak perbuatan, penglihatan, dan langkahan kita. akhirnya, ikhtiyar (pilihan) kita pastinya adalah yang terbaik, sebab datangnya dari yang Maha Baik. 

Allahhu.

pernahkah, ada masanya, kalau kurang bacaan al-Quran, maka banyak salah silap yang tak tertata? kalau bertambah bacaan al-Quran, hati rasa lapang, mulut pun semacam ringan untuk menutur kebaikan? hmm.

Maha Suci Dia yang mengajarkan hati-hati untuk lebih hati-hati. hari ini aku belajar, bergaullah sebanyak-banyaknya, asalkan berpaut teguh pada sendinya; Al-Quran. 

Allahhu Rabbuna, 
ajarkanlah, fahamkanlah, dan mudahkanlah.

--

(GAUL II); NIKAH

aku cuma nampak dari jauh, wajah manis menyarungkan sepersalinan putih, indah dan manis. itu pun kelibat dari cuma sekeping foto di mukabuku teman. semalam, hari penyatuan; pada Jumaat yang berisi dan terisi barokah, insyaAllah.

sejauh-jauh mana pun kita (ehem, -masih- single ini) menghubung ukhwah, masih tak akan pernah sama dengan orang-orang yang bersatu untuk menggapai mawaddah, sakinah, dan rahmah (ar-rum : 21)kerana sejauh mana pun kita mencuba untuk menyambung, kita masih 'kan tetap separuh. sedang mereka, sempurnalah agama yang lagi separuh!

"apabila seorang hamba menikah, maka sungguh dia telah menyempurnakan separuh agamanya. maka hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada separuh yang selebihnya." riwayat imam al-baihaqi dan dinilai hasan (baik) oleh syaikh al-albani dalam sahih al-targhib wa al-tarhib, no: 1916-B.

subhanallah.
mabruk huda!
(entri ini khas untuk walimah huda)

kemudian abang taqeem (151112)
kemudian syifa' (011212)
kemudian kak yus (011212)
kemudian uzair (121212)
kemudian kitalah

..melengkapkan separuh lagi sem berbaki!

--

GAUL III; AKIDAH

 
(demo 16 nov; sumber: fb)

untuk dua mata yang tak pernah bertatap
menyatulah kita, selalu dan sering dalam doa

untuk di sana batu, peluru, dan senjata
untuk di sini nafsu, waktu dan kata

"ربنا أفرغ علينا صبرًا و ثبت أقدامنا و انصرنا على القوم الكافرين"


ameen, ameen, ameen
--

Thursday, November 15, 2012

WARISAN.


--
hari ini, kami berkata
"bapak, kami selongkar album lama
dan temukan puisi bapak di sana"

esok hari, mereka bercerita
"bonda, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan bonda di sana"
--

Tuesday, November 13, 2012

08:41.

bismillah

"bila sama-sama penat, letih, cas-cas negatif bertambah. tekanan akan mendesak kita untuk kikis dan nyahkan segala cas yang negatif tadi. tapi, kadang-kadang, apa yang kita buat ialah menambahkan cas negatif yang sedia ada dengan, -marah. 

hmm, sebenarnya awak dan saya cuma perlu diam sekejap, dan kumpul cas positif. kemudian, saling berbagi untuk meneutralkan segala rasa yang ada. tapi, caranya?

nah, tidak lain tidak bukan, sedut cas dari langit, dengan doa, istighfar, dan solat". insyaAllah, kita akan neutral kembali.

09112012; bus stop integomb

--

karang draf ini, waktu tengah #stress di bus stop. sedang menunggu teksi untuk balik ke uia semula. 

hari jumaat yang penat dan letih. tiba-tiba, sesampainya di sekolah syirah, dia pun bermasam muka. punca; beg berat, dan lain-lain. kemudian, terpaksa berjalan lagi, di tengahari rembang, dan dalam keramaian laki-laki yang berpusu-pusu untuk solat Jumaat.

tapi, masing-masing diam saja. 

cuma hati yang tak bersih berkata; "akak dah penat mai ambik syirah tau, at least, senyum lah sikit?" mujur cuma dalam hati. tertahan-tahan ke ruang paling dalam sedalamnya. sebab, seboleh-bolehnya, jangan sampai syirah fikir; "ulang-alik akak ke sekolah dan uia sebab nak ambik syirah, adalah satu beban rupanya".

ya Allah, jangan sampai macam itu. 

--

kemudian, istighfar. kemudian, doa. kemudian, bercakap dengan Allah. kemudian, tangiskan hati yang kotor. sebab, kalau hati bersih, apapun sebenarnya melapangkan, bukan?

hmm. rupanya semudah itu untuk tenang, dan rasional. tak ada kata-kata yang tidak baik, tak ada marah, tak ada keluhan, dan tak ada rungutan. subhanallah.

"kalau kita kurang difahami, cukuplah mengajak diri untuk cuba memahami. Allah tahu, dan Dia Maha Memahami". 

Allah, perbaikilah akhlak kami.
ameen. 

--
ps: amboi, tiga hari bertapa di rumah, seorang kakak telah dilupakan. kacang lupa kulit betul.

Monday, November 12, 2012

22:03.

bismillah

dari taqdim (presentation) sebelum-sebelumnya, terperasan ada tiga jenis ucapan yang keluar dari mulut ustaz. sama ada "syukran lak", "ahsanta/i" atau "barokallahhufeek"

jujur, saya betul-betul mengharapkan dan menantikan yang ketiga. sebab, ucapan ketiga itu sepertinya terkhusus untuk taqdim yang bagus. 

erm, walaupun dalam hati menidakkan.
sebab macam, -mustahil.

--



taqdim hari ini serba-serbi cacatnya, lafaz arab yang tidak lancar, kosa kata yang berterabur tatabahasa, malah berkali-kali juga tersangkut-terkelu-terdiam mencari perkataan.

tapi, dalam kecacatan, mungkin situasi hari ini adalah situasi Musa A.S yang Allah lancarkan kata-katanya. atau mungkin saat ini adalah saatnya Hajar dan Ismail A.S, yang Allah campakkan kecenderungan hati, di hati-hati manusia. atau mungkin seperti kisah Ayyub A.S yang usahanya cuma sedikit; menghentak kaki ke dalam air, namun penyakitnya sembuh, hasil berkat kasih sayang Allah yang Maha Tinggi. atau mungkin, dari berkah doa soleh solehahnya manusia-manusia sekeliling.

rasa macam tulisan yang ini tercetak jadi realiti. kerja-kerja menterjemah sesungguhnya banyak mengajar diri menterjemah 'kata' sendiri kepada 'amal'.

dalam usaha yang cuma entah berapa peratusnya, dan itqan yang entah seberapa banyak hitungannya, "barokallahhufeeki" ustaz tadi, walau cuma sepatah kata, benar-benar buat hati haru, melafaz syukur!

alhamdulillah!
terima kasih Allah.

--

untuk hijrah 1434;

mahu lebih itqan. dan sesungguhnya itqan sangatlah mencabar dan sukar ditanam dalam jiwa jenis manusia 'bebas'; yang cuma bersungguh buat "kerja-kerja" yang dia suka, dan cuma bersungguh buat kerja "bila-bila" yang dia suka. Allahhu!

sebab mukmin itu, kata ustaz pahrol; cemerlangnya dari tiga aspek utama;

pertama, hubungannya dengan Allah Ta'ala (taqwa).
kedua, hubungannya dengan manusia (akhlak).
ketiga, hubungannya dengan tugas atau kerja (itqan).

ya Allah, mudahkanlah hijrah ini.
ameen.

--

Jazakillahhu Khayral Jaza',
Sayyidah Sanaa' Ali Hamzah 

--

Wednesday, November 7, 2012

08:00.

bismillah

hidup sentiasa terhadapkan dengan pilihan. walaupun yang kecil-kecil. contoh; saatnya ke bazaar, pasar malam, Giant Batu Caves, JJ Wangsa Maju, Midvalley, KLCC, The Mines, KL Fiest, Wangsa Walk, atau mungkin (Ong Tai Kim?) sewaktu poket penuh, dengan keinginan yang melimpah, namun tiba-tiba di akhirnya pulang dengan tangan kosong, atau separuh kosong.

pernah? 

mungkin keinginan pada waktu itu adalah bersumberkan hawa nafsu. namun, yang membalutnya adalah iman. yang menjaganya adalah Allah, yang memeliharanya adalah Allah. maka, pandangan, kehendak, mata, kaki, telinga, dan semuanya terhala dan terdorong oleh 'kehendak-kehendak' Allah. 

persis saatnya keinginan Yusuf A.S terdorong, mahukan isteri Al-Aziz. sebagaimana dia (isteri Al-Aziz) pun, begitu mendambakannya. namun, kata Allah;

"demikianlah, Kami palingkan darinya keburukan dan kekejian. sungguh, dia (Yusuf) termasuk hamba Kami yang terpilih" - (Yusuf: 24)

lalu, hati pun rasa tawar, dan duit tadi terbelanja ke hal-hal yang lebih bermakna. maka pulanglah diri dengan tangan kosong, tanpa rasa sesal walau sedikit.

--

sama juga macam pilihan bacaan, pilihan kata-kata, pilihan makanan, pilihan tempat lepak, pilihan cinta hati, pilihan pekerjaan, pilihan cita-cita, pilihan itu dan ini. 

bila difikir-fikir, terasa macam itu semua bukan masalah. cuma yang buat tertanya-tanya, apakah hati telah makin rasa tawar dengan segala yang bukan kehendak Allah?

lalu, aku hanya memilih untuk berjalan dengan tangan kosong, meninggalkan yang tak sepatutnya? dan tertukar haluan pada yang lebih selayaknya?

hmm.

"dan aku tidak (menyatakan) diriku bebas (dari kesalahan) kerana sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan, kecuali (nafsu) yang diberi rahmat oleh Tuhanku. sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, Maha Penyayang". (Yusuf: 53)
 
______
"i believe my religion is the truth, but i'm not the truth and the truth doesn’t belong to me, i'm trying to belong to the truth" - tariq ramadan
 

Tuesday, November 6, 2012

hitam putih 1433h;

#kitaitu
indah 
kerja aku; kumpulkan tinta bumi, jadi satu dan nikmatkan sebelum mata pejam, saban malam. rasanya larut, 'indah'; kata aku. 
kerja kau; kumpulkan tinta bumi, jadi satu dan nikmatkan sebelum mata pejam, saban malam. rasanya larut, 'indah', kata kau.  
cuma, aku lihat kau lekapkan ke dada; yang hijau itu sebelum mata pejam. bila aku tanya, "kenapa?"
"yang ini, adalah tinta Pencipta -pada ilham yang kita kumpul-kumpulkan menyatu indah, tadi. aku cuma mahu usaha merasakan keindahannya seperti apa, dengan rentak dan cara aku tersendiri, kawan." 
kau 
bila kau tanya;
"siapa kau dalam
puisi kau, yang aku
bacakan tadi" 
aku cuma jawab;
"kau dalam puisi kau
yang kau bacakan
tadi, adalah -kau" 
dan kau
pun, senyum
bacakan kau
lagi sekali 
masih membaca?
kaulah, kau!
kita (i) 
di permusafiran dahaga,
tekak kering aku,
dan kau yang basah
kita (ii)
aku cari sempurna;
tak aku temukan
melainkan dalam kurangnya aku
dan lebihnya kau, lebihnya aku
dan kurangnya kau, sebab sempurna
itu, adalah -kita
-- 
#perempuanitu
ukhti 
jadilah engkau ukhti yang lembut, terbuka, tapi berprinsip
kitab 
di satu ketika, aku tampak dia
memegang membelek
satu kitab tebal, beratus laman
judulnya -"Perempuan". 
aku senyum
sebab penulisnya -aku. 
keh keh (mimpi!)
separuh 
untuk jiwa yang separuh, gagal
dan separuh lulus, mata-mata sering
tembus; keji, hina pada yang pertama 
tapi, untuk Kau; yang pertama
aku telah mencuba, dan kedua
aku masih akan mencuba 
Allah, kau sedang pandang aku kan?
-- 
#manusiamanusiaitu 
dosa 
kadang-kadang, dosa yang membawa hinanya diri
lebih mengasuh kita tentang rendahnya hati.
berdosa, manusia biasa = biasa
tapi jangan lama-lama, bimbang terbiasa.
rohingya

rohingya; takut, debar, mati, darah, kejam, keji, marah, dendam, kecut. itu semua ada alam jiwa manusia. dan rohingya, bagaimana kau melaluinya macam dalam drama, mimpi bahkan lebih? jihad juang kita tak pernah sama, tak akan pernah sama.

Allah, selamatkan mereka, dan bantu aku, menjadi hamba, membina manusia-
makna 
ada beza orang yang hidup dengan jasad Muslim, dan orang yang hidup dengan nafas Islam. ada beza orang yang hidup dengan tahu Islam, dan orang yang hidup dengan faham Islam.
satu; pemaknaan.
-- 
#entahlahitu
hutang 
"kan best kalau ada widget 'akaun hutang'. boleh tampal kat sidebar blog. hahah."
kena tau
"kita kena pilih mana value yang kita mau ada.
bukan, wajib ada.
kita kena tentukan.
kita kena. kena tau"
tau tak tau
"aku tau, kau tau
dan kau tau, aku tau
cuma entah, tak tau"
blog orang 
"bila baca blog orang, satu entri ke entri, perkara pertama yang termunculkan adalah; "apa cerita sebenar di sebalik entri?" sebab, tak semua entri satu lapis. ada jenis yang berlapis-lapis. blogger mungkin lebih faham"
he he he
mengantuk

"oh, terawih sedikit kemengantukan"
cakap-cakap
"ya Allah, rasa jauh sangat bila hati kurang bercakap-cakap dengan-Mu"
oh Allah
"lepaskan segalanya yang milikMu
yang kumau cuma pandanganMu"
kalau dah suka tu,
"..titik, koma, tanda seru pun bagi makna. hmm?"
cinta pagi uiam
"cahaya pagi menyimbah masuk
dan menyapu seluruh wajah;
-nikmat!"
pilih 
"sampai masanya, kita harus memilih"
genggam 
"genggam aku dalam cengkamanMu"
lawak

"sebenarnya, hati kita sedang buat lawak waktu kita bersedih (tanpa sebab), jadi ketawalah dan bergembiralah untuk lawak hati; "sedih-tanpa-sebab" itu. 
moga kita begembira dengan lawaknya, dan tak sedih tanpa sebab lagi. betapa lucunya kita untuk emo tak bersebab, bukan?"
hah hah ha
diamkan saja 
"diamkan saja untuk hal yang kita masih tak tahu
sama ada kita akan prasangka,
fitnah, atau bercakap hal yang tak benar"
takut dan tak percaya 
"kita sebenarnya takut dengan takdir
atau hakikatnya kita tak percaya Dia?
jujur, beritahu aku"
 -- 
#murabbitu
kuat 
halaqah yang baik, ialah halaqah yang mampu membangunkan jiwa dari dalam, menggugah keazaman individu, dan menggerakkan momentum perubahan sedikit demi sedikit! 
di kala orang 'meminta' kekuatan dari cinta, aku mungkin mengemis 'kekuatan' untuk mencintai 
tolong, tolong kejap-kejapkan cinta ini
takut 
adakah baik menjadi murabbi yang 'disegani' mutarabbi, hingga alasan-alasan menyinggah bibir mutarabbi?

atau baiknya menjadi murabbi yang 'disegani' mutarabbi, hingga penjelasan-penjelasan menyinggah bibir mutarabbi?

aku mahu jadi sesuatu yang tak kau takutkan, tak kau resahkan, tak kau selindungkan, biar apapun alasan atau penjelasan yang bakal kau hamparkan, cukuplah satu; jujur denganku, dan ayuh kita hitungkan bersama-
mesin basuh 
makcik cakap, jalan dakwah penuh dengan duri. jadi, nak taknak daie kena hati-hati. sama ada dia persiapkan kasut tebal untuk dipakai, atau cari penyapu, sapu siap-siap duri sebelum dia jalan.
dengar makcik cakap rasa macam ada mesin basuh dalam hati. tengah rinsewash dan spin. keluar, hati 'bersih'
hmm 
idola 
"ada banyak lagi orang yang boleh kita buat idola.
idola yang tak banyak cakap, tapi berbuat.
idola yang tak banyak tulis, tapi beramal"
-- 
eh, terpanjang pulak #random

Friday, November 2, 2012

ini sampah-sampah oktober;

tapi, sampah ini sampah yang boleh dikitar semula.
aku kutip, dan mahu kitar di sini

untung, kalau telah tiada
paling kurang, sisanya masih ada! 

 --
#awak yang baik
terima kasih kerana menjadi awak,
dan tak menjadi orang lain.

kuatnya awak, saya belajar.
lemahnya awak, saya lebih belajar.

saya belajar;
indahnya pandang jauh ke luar,
dan indahnya melihat ke dalam diri.
--
#buku yang baik
"dia adalah ayah yang mengajarkan. dialah adalah ibu yang menenangkan. dia adalah abang yang menasihatkan. dia adalah kakak yang mendengarkan. dialah adalah adik yang menghiburkan. dia adalah suami yang menyejukkan. dia adalah guru, pekerja, sahabat, tetangga, dan semua!"
dan aku akan re-read, lagi dan lagi
--
#dia (i) yang baik
keychain palestin yang tergantung pada al-quran tu, dia buat sendiri, dan hadiahkan
satu hari, dia cakap;
"bila saya pandang ni, kan akak, saya rasa bersalah. jadi saya set, biar tiap-tiap hari, saya tengok palestin"
(lepas tu, dia terus ajar tukar start up page dari google pada palestinkini
--
 #makcik yang baik

dalam bilik, salah seorang roomate dari vietnam. dia dulu pernah cerita, muslim di sana, cuma satu peratus 
seminggu ini, mak dia ke sini untuk convo si abang. dan seminggu juga, mengenal peribadi si ibu walaupun tak bercakap banyak. cuma lirik senyum saja sebab komunikasi terbatas. tapi, mashaAllah, ada rasa keterikatan hati. 
tapi, dalam seminggu itu, boleh dikatakan, tiap-tiap hari terdengar ada alunan zikir waktu maghrib, ada bacaan al-quran di petangnya, dan ada solat sunat dhuha di pagi harinya. 
entah, rasa tenang! 
untuk mak dia yang tetap di vietnam; dalam keadaan satu peratus muslim, sedemikian ini peribadinya, teguh prinsip dan amalnya, sungguh; aku jadi malu. 
hmm.
--
#walid yang baik
15-Oct-2012 09:51
assalamu'alaikum. wld, bleh x kalau akak nk mtk wld msuk duit lg? akak nk beli tiket utk akak dgn syirah blk mgu nie. mtk mf, sbb duit wld bg hr tue akak nk guna bli tiket konferens, n prog bsama pnulis di uia  
15-Oct-2012 09:53
Ptg ni wld bnk in 
untuk respon yang dua minit, buat aku rasa macam-macam. terdiam, terfikir, termuhasabah. Allahhu.
moga Allah cepat merespon segala permintaan dan keinginan walid, secepat-cepatnya! amin.
 --
#dia (ii) yang baik
“bisnes penting. tapi macam mana? akak tak minat bisnes la” 
“bisneskanlah minat” 
“oh, maksudnya? akak minat menulis. jadi, penulisan tu, akak bisneskan?” 
“yap!” 
“masyaAllah, tabarakAllah!”  
--
 #adik yang baik
akak: adik nak tau dak, bla bla bla bla bla bla
adik: hisy, akak dah cerita la

oh, ok. itu bermakna kita kerap dan selalu bercerita.
dan terbukti, adik pendengar yang sangat baik

mashaAllah!
 --
#aku mau jadi baik
oh Allah, boleh kan jadikan aku baik? 
macam mereka-mereka juga

--
entri ini macam emo pulak, kan?
hmm?

tapi sekali sekala;
"..we write to taste life twice, in the moment and in retrospect.." - anaïs nin
  

Thursday, November 1, 2012

terbanglah jiwa ke langit.

"takut (al-khauf) dan harap (ar-raja')
selalu menuntut 
sujud dalam sujud, 
istighfar dalam istighfar, 
yakin dalam yakin, 
sabar dalam sabar"

"Allah, terima kasih
i love you, Allah".

dhuha/shasm