Pages

Tuesday, August 28, 2012

23:43.

syawal sepuluh.

gembira
jangan gembirakanku pada hal yang tak Kau gembira.
jangan.

teduh
jiwa cuma sedang menari dalam nuansa teduh,
mendekat pada Tuhan.

ampun
ampunkan tak kepedulian, keterlupaan
aku, pada tanahmu. bukan, tanah kita.

bocor 
bagaimana untuk kata-kata yang tak dipulangkan mengenal -Mu?
sedang mulut atau jari yang berbicara, asal-Nya dari -Mu?

"kecuali orang-orang (penyair-penyair) yang beriman dan berbuat kebajikan dan banyak mengingati Allah". (asy-syu'ara': 227)

maafkan aku untuk lantang-bocor, lalai-lepa yang satu ini.

momen-momen hidup (ii).



sekadar meminjam

gerak tangan Kau yang sempurna bila membubuh secubit ilham hingga manusia terpesona memuja, patutnya yang dibanggakan bukan aku sebagai peminjam, layaknya Kau, duhai Pemberi

biasa

aku lebih suka yang biasa, 
biasa-biasa

buat dan yakin

buat apa yang kita mampu buat
dan, yakin dengan apa yang kita telah buat

bulan

untuk bulan yang ada dua sisi; gelap-terang, 
aku tak tau mau percaya yang mana satu

tabrak

tabrakkan mimpiku ke dinding taqwa

mentah

kadang-kadang, bila baca tulisan sendiri pasal 'cinta'
rasa macam baca komik. atau mungkin, tengok kartun?

ahai, -mentah!

muhasabah

kadang-kadang, aku suka bila hak aku ditarik. supaya terduduk dan terdiam aku adalah; muhasabah panjang, bahawa hak yang aku sangka hak aku itu, bukan hak aku pun secara hakikinya

bila hati kosong

entri pun kosong

elarti

hai baju krim
seluar coklat
untuk ke berapa kali
aku pandang kau,
aku yakin kerana buku
bukan kerana -kau

eh, sukalah

kau suka dia sebab kau memang suka dia atau
sebab dia suka apa yang kau suka, jadi kau suka dia atau
sebab dia suka, kau jadi suka apa yang dia suka sebab kau suka dia

tenang tivi satu

dengar orang mengaji al-quran
rasa macam ombak dalam hati tenang,
tak kacau

insan

beramal dengan apa yang kita tau, kita faham
kalau tak tau, cari, gali, sampai tau, baru amal

kalau tau yang besar-besar
tapi kudrat tak tertanggung
buat dulu yang kecil-kecil,
tapi usaha-kan, yang besar-besar

jangan ikut kawan, ikut Tuhan
jangan jadi malaikat, jangan jadi syaitan
kita cuma insan.

--

bila baca balik, yang akan terfikirkan cuma dua;

"betapa mentahnya kita dulu, atau betapa dewasanya kita kini".

hmm. 

Monday, August 27, 2012

tips bahagia, ecewah.



kita dari dunia beda;
untuk menyatu; kau tak mau jadi aku
dan aku pun tak betah jadi kau

cuma; beri aku masa ngerti kau
dan nah, ruang untuk kita saling
mengubah dan terubah

cari persamaan, kurangkan perbezaan.
(tips bahagia, ecewah)

ps: online pepagi ni, nak cek jadual sem depan sebenarnya. huh

Sunday, August 26, 2012

selamat tinggal, sayang.

syawal tujuh

ahad; hari pulang ke lubuk masing - masing. lubuk gombak, lubuk kubang pasu, lubuk shah alam. lubuk-lubuk kota, tempat-tempat cari gali makan sendiri. 

untung yang di sini, sunyi-sunyi pun masih berdua. 
belum puas bermanja. belum puas disuapkan ayahanda bonda. 

oh, selamat jalan adinda-adinda.



ikhlas, 
kakanda sunyi.

08:47.

aku rasa mau menuliskan sesuatu
ini yang pertama;

--

ada orang-orang yang aku kagumkan dan idolakan. 

antaranya, manusia-manusia yang pernah jahil, yang mungkin 'longkang' hidupnya, akhirnya Allah suapkan hidayah dengan tanganNya sendiri, bimbingnya merangkak, berjalan hingga jalannya lebih tercerah dari jalan kita. 

aku cuma tertanya-tanya; agaknya macam mana bentuk rupa ikhlas hatinya, hingga Allah pandang, ambil, dan peluk dengan kasih cinta? 

entah. tapi, mungkin hatinya lebih persih dari hati-hati kita.

dan mereka-mereka ini telah mengajarkan; pandang manusia, tak boleh sebelah mata. sebab barangkali dua mata pun, aku mungkin tak nampak. 

kerja pandang-memandang, cukuplah Allah saja yang menilaikan. 
hmm.

--

kedua, aku terbacakan ini satu hari. dan nah, aku tuliskan kembali;

"banyak di antara kita yang membebani diri, menyia-nyiakan waktu, menodai kebersihan hati, untuk kesalahan-kesalahan yang dilakukan orang lain berdasarkan pembicaraan orang. atau, sibuk menjadikan masalah pribadi orang lain, sebagai objek untuk diungkap, disingkap, dan dipikirkan. di sini, lalu syaitan memunculkan rasa buruk sangka, merusak hubungan baik dan semacamnya, dalam diri kita."

-diriku, bagaimana kabarmu? hlmn. 209

--

hah, dan ini yang ketiga;

hari ini dan detik apapun, selalu ada hati yang kita tak boleh tebak, tak boleh selak, tak boleh dan tak boleh.

dan aku makin cemburu dengan hati yang dalamnya ada rahsia yang hanya Kau dan dia saja yang tau. 

serius, aku cemburu.

--

keempat; waktu memaknakan tilawah al-quran semalam-semalam, ayat yang di bawah ini buat aku sedu-sedan. aku pun tak tau, dari mana datangnya perasaan hangat semacam itu. merambu-rambu, dan terdiam lama aku bersoal jawab dengan diri sendiri.

"barangsiapa mengagungkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya hal itu timbul dari ketaqwaan hati." al-hajj: 32

aku tertanya-tanya, telah sejauh mana kau timbul dari ketaqwaan hati aku,
..yang tempang?

--

kelima; aku pun pelik dan tak tau apa motif entri ini tertulis. huh

Saturday, August 25, 2012

draf paling sampah yang tercatat; topik hangat raya yang dicerpenkan-

sab: aku tak puas hati
khai: kau nak yang macam mana lagi?
sab: yang ni, tak real. kau tau, KO..SONG?
khai: habis?
sab: sekurang-kurang kita perlu orang yang tau seni
khai: dah, aku give up

--

tasik hening; mendorong dia menangkap butir kata gadis lawa, dengan lelaki selekeh. butir kata yang penuh, sebelum lelaki selekeh tersebut meninggalkan gadis lawa terpinga-pinga.

terfikirkan masalah, zam pecah kepala. mak asyik bising soal murni; gadis hujung kampung. mak yang kurang arif, dia bujang terlajak, sedang gaji tak cukup-cukup. bil air, bil letrik, bil bulanan lain-lain, yuran adik sekolah, sewa rumah, argh!

entah tiba-tiba dari mana, masuk nada dering fon, mengena! menambah ejek hina;

"tiada keretaku bawa kau jalan-jalan
rumahku pun tiada ada pun bapa punya
apa lagi belanja mahu bayar berian
kahwin sama kamu"

oh Tuhan!

--

tasik masih hening. skirt labuh berona putih merah, melibas kiri kanan. sabreena pecah kepala. pengarah bising. projek teater tergantung, tak jalan-jalan. pelakon; ramai lari tertekan gara-gara fe'el dia yang panas baran. dia tak puas hati. cerita ada, skrip ada, cuma tak masuk dengan jiwa. dia perlu seseorang. seseorang yang..

--

buku conteng zam penuh. di akhir muka, ada sketch kasar hari ini. ada lukisan. ada puisi. ada pensel 2B terbiar atas halaman. dia kemudiannya koyak, baling. dan sedikit hampa, balingan tersasar. sabreena terpinga-pinga. 

dia buka. dia baca. dia mendekat.

sab: nah
zam: uh.ah. terima kasih
sab: hmm..impresif. awak baca manusia

mata sabreena jatuh pada lukisan dua orang; gadis dan lelaki yang seperti sedang bertekak. juga, ada nota kecil. zam menjungkit kening, berdiri.

zam: ahah, saya baca awak 
sab: hah?
zam: mungkin..saya layak digaji?

--

nota;

budak sastera biasanya tak kurang diiktiraf
kata banyak orang, sekarang zaman sains, zaman teknologi
doktor, insinsyur barulah laku. 
hmm?

tapi bumi milik Dia. 
rezeki Tuhan di mana-mana. 
Dia Ar-Razzaq, jangan bimbang!

topik hangat raya; kerja, kahwin :P. huhu =,='

draf Syawal.

--
satu;

kadangkala, bila sudah terbang jauh merantau, kita terlupa merendahkan sayap. sayap 'luar' mudah, sayap 'dalam' tak mudah. perang hati banyak kali, huh

"wakhfidh lahuma janah (rendahkanlah 'sayap')"

--
dua;

renung-renung, fikir-fikir; bila jumpa kawan-kawan ummi, entahkan terlayan yang sama, persis ummi, satu hari nanti

--
tiga;

makin lama di rumah, makin ternampak jasa walid, budi ummi. serius, sayu! semalam, jamuan kecil-kecilan untuk kawan-kawan, ummi masak, ummi layan. walid; pagi-pagi lagi, beli bahan semua, potong buah, rebus telur, buang sampah, basuh-membasuh dari pagi ke petang. 

paling comel;

"nie mana satu yang makcik nak buat menantu ni?" -ummi

ahah, ummi stail.

tapi, paling-paling comel bila ummi sumbang fikrah;

"ummi rasa, kita buat dua bahagian lah. depan untul lelaki. yang tengah ni untuk perempuan. senang nak ambik nanti."

walaupun semalam, tercampur-campur juga. 
tak apa, kita berusaha. tahun depan, kita cuba lagi. 

--
empat;

ujian paling mendesak dalam hati (serasa aku) adalah, memuat turun ke dalam ruang sosial (terutamanya), foto-foto teranggun di pagi-pagi Syawal. bimbang terpagut riak dan bangga dalam keadaan tak sedar, risau terbugar benih-benih hasad bercampur dengki di hati putih kita, dan paling meresahkan, bila pandangan mata tak terkawal, bahkan pandangan hati tak terhijab. seksa, sungguh seksa. 

Allahhu Rabbunal Ghofur, bimbing nafsu liar kami.
sederhanakan hati jasad kami.

ameen.

Friday, August 24, 2012

foto rembat paling *( ) yang ada.

"hikmah orang tua, dalam semangat orang muda"
fuu

-Langkawi, Syawal 1433.

_____
*( ) hensem

ter-

bila berbual bisik, bermanja-manja, bersendiri dengan khusyuk, diam meraba, membelek hati sendiri ala 'Ramadhan' dengan Tuhan, terasa yang; bila ter- lalu asyik riuh yang 'luar', kadang-kadang tak ter- dengar bising yang 'dalam'.

serius, parah.
hati - hati, 'Syawal'.

Monday, August 20, 2012

Raya ke-23.

semalam, mimpi aku adalah tentang wajah-wajah syaitan yang tertawa galak, sindir sinis pada aku, sambil katanya keras; 
"sebulan aku dirantai. sebulan aku diam. dan sebulan keluar masuk lokap aku pun, kau masih sebulan yang dulu? hah hah hah" 
harap mimpi aku tak benar, dan moga dia menangis.

tambatkanlah syukur, bertakbirlah dengan fitrah.
--



eidul mubarak

taqabballahhu minna wa minkum
ikhlas, maaf zahir & batin ツ
-- 

Saturday, August 18, 2012

taqwa, al-quran, dan bro yang sempoi.

bismillah

bro (ustaz) nouman cakap, tujuan berpuasa adalah untuk mencapai taqwa. dan Ramadhanlah sebagai latihan mendidik ketaqwaan dalam diri. 

lalu, tanya bro (ustaz) lagi, kenapa Allah lebih stresskan penurunan Al-Quran dalam Ramadhan, berbanding Ramadhan sebagai bulan untuk berpuasa? dan, apa kaitannya taqwa tadi dengan al-Quran?

katanya, Al-Quran sebagai hudan lil muttaqin (petunjuk orang-orang yang bertaqwa).

atau dalam bahasa mudahnya; kita berpuasa untuk mencapai taqwa. bila tercapainya taqwa, maka tertunjuk dan terloronglah kita oleh Al-Quran; mudah faham Al-Quran, mudah hayati Al-Quran, mudah praktikkan Al-Quran, mudah hidupkan Al-Quran, mudah sebatikan Al-Quran dalam diri, dalam jiwa, dalam seluruh kehidupan!

Allahhu.

lagi mahsyuk bila bro (ustaz) bandingkan dua orang yang ada tanah, cahaya, benih yang sama, tapi hasilnya berbeza! terkedu, terdiam, termuhasabah sekejap, layan video lima belas minit ini. 

orang-orang yang Allah datangkan hikmah, fikir zikirnya sungguh beda, bukan? subhanallah.

Allahhu Fattah, ishroh quluubana bil eeman.
ameen.


______
"hey bro" antara word yang beliau suka sebut. sempoi, tapi hikmah. mashaAllah! :)

hadiah dari langit.

bismillah

pernah rasa dihempap? atau tertindih? atau dibaling dengan sesuatu? normal, kalau yang dihempap, ditindih, atau dibaling adalah sesuatu yang berada di sekeliling kita. 

tapi, sangat rare, kalau yang terjatuh atas kita adalah sesuatu yang 'istimewa' dari langit. untuk graviti objek istimewa yang (-rupanya) juga berjisim ini, memang buat aku tersentak sekejap. 

tambah-tambah bila tiba-tiba Adik bertanya, dengan simpul sengih bermakna;
"rasa-rasa Akak.. apa hikmah Allah?"

terdiam sekejap.
"hmm, ujian sabar di akhir Ramadhan, mungkin?"

Adik sengih. 

cuma, kalau yakin aku pada takdir Allah itu adalah; setiap satunya bersebab, cantik duduk letaknya, rapi susunanNya, sesuai dan tepat dengan perancanganNya, pilihan ujianNya, orangNya, masaNya, dan detikNya, aku tertanya-tanya, kenapa orang itu adalah aku, dan bukan orang lain? 

hmm?
istimewa.

cantik berseni sungguh, putih-hijau ala tentera.
terima kasih untuk hadiah dari langit, gagak petang!
cis. alhamdulillah!

ba'da asri. ramadhan 28. pekan kepala batas

--

"the gift at the end of fasting is NOT 'eid. but TAQWA". 

Thursday, August 16, 2012

refleks kota ke kampung.

dalam bas tadi, bersipongang suara allahyarham sudirman, "balik kampung". jujur, aku suka. cuma, entah. perasaannya tak sama macam tahun-tahun dulu, yang memang aku sengaja pasang radio sambil cuci tingkap dapur semata-mata mahu dengar lagu raya. tapi, yang dalam bas ini, rasa macam aku sedang menari atas tangisan Ramadhan, sungguh tak enak!

dan tersedar; untuk tahun-tahun dulu, rupanya memang ada beza antara "hidup dengan jasad Muslim", dan "hidup dengan nafas Islam". 

hmm.

--

mengimbas hari kedua Ramadhan yang lepas, (perjalanan jalan duta-gombak), pemandu teksi marah-marah hanya sebab pejalan kaki pandang-pandang bila dia bunyikan hon.

mengimbas hari ketiga Ramadhan yang lepas di Giant Batu Caves, seorang lelaki marah-marah bila seorang pekerja terlanggar dan terhempaskan barang. 


mengimbas hari dua puluh enam Ramadhan, (perjalanan gombak-jalan duta) pemandu teksi marah-marah sebab penjaga tol lambat 'angkat' tiang penghalang.


mengimbas hari dua puluh enam Ramadhan, pemandu bas (perjalanan jalan duta-butterworth) marah-marah sebab pemandu kereta depan lambat gerak. 


tapi, dalam banyak-banyak imbasan yang menyedihkan Ramadhan ini, aku terlebih imbas dalam diri yang entahkan selonggok jahiliyah, tak terbersit menghilang walau sekuman. tak mahu hilang walau ditonyoh. 


paling sedih bila 'tarbiyah rabbani' dalam karomah Ramadhan, tak mampu terbandingkan 'didik syaitan dan nafsu' dalam bulan lain, hanya sebab diri yang tak berkemahuan. Allahhu!


moga diilhamkan Allah sebuah hijrah untuk lebih menghidupkan 'Islam' dalam diri, mengupayakan istiqamah demi menjadi Muslim yang lebih baik, 


..walau tapaknya, cuma bermula dengan hijrah yang kecil-kecil, ameen!


Wednesday, August 15, 2012

Dia yang akan 'sambut'.



ramadhan 26; paras tiga: tangga tinggi nusaibah-sumaiyyah
-- 

a: kalau tawakal (kebergantungan) kita pada Allah tinggi, kita akan berani baling apa saja dari sini 

b: macam Nabi Musa baling tongkat? 

a: ya! 

b: jadi sekarang, kau nak baling apa? 

a: hmm
-- 
Dia (Allah) berfirman, "lemparkan ia, wahai Musa!"
lalu (Musa) melemparkan tongkat itu, maka tiba-tiba ia menjadi seekor ular yang merayap dengan cepat 
Dia (Allah) berfirman, "peganglah ia dan usah takut, Kami akan mengembalikannya kepada keadaannya semula" 
 (Taha : 19-21)
--

Monday, August 13, 2012

nota Ramadhan 25; buat Ummi Walid-

sumber: fb


pernah ustaz cakap, untuk setiap nafkah dalam keluarga, pada Allah dinilaikan pahala sedekah. dan untuk sedekah yang ummi walid infaq tiap-tiap detik, kita doakan adalah batu bata binaan sebuah mahligai terindah di Syurga!

sabar ummi walid berupa bumbungnya. cekal ummi walid adalah lantainya. peluh ummi walid sedang diganti dengan titis-titis cat; indah! hela nafas, lelah keluh pun sedang bergantian keluar masuk, menyejuk dan mewangikan! 

dan ummi walid akan bersenang-senang, berehat-rehat, menikmati detik demi detik dengan puasnya.

"apa yang ada disisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. dan Kami pasti akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan." (16: 96)

Allah, sabarkan ummi walid. dan, soleh solehahkanlah kami untuk terkabul segala doa, hajat, impian dan harapan! ameen.

cc: ukasyah shafei, 'ammar shafei, insyirah shafei, iman shafei.

Sunday, August 12, 2012

"..harus lebih luas dari itu"

bismillah

rasa sungguh tak layak untuk menuliskan ini, sebab masih juga belum mampu tersampai penuh pada amal. tapi, kata-kata dalam buku ini sungguh menyentuh hati, sesuai dengan tagline muka depan;

"ajak jiwamu berbicara, alirkan keinsyafanmu"

--

"sekali lagi, taubat tidak hanya dengan mengucapkan 'saya taubat' atau ucapan istighfar tanpa menyadari kesalahan dan memohon ampun kepada Allah s.w.t dengan tekad kuat meninggalkan kesalahan. 

taubat juga tidak hanya pada lingkup kesalahan kita melihat sesuatu yang tidak diridhai Allah, membicarakan sesuatu yang dilarang Allah dan semacamnya. 

tapi taubat yang dimaksud menjelang Ramadhan, harus lebih luas dari itu. taubat dari kehidupan yang kita jalani seluruhnya. 

taubat dari cara berpikir kita yang tidak sesuai perintah Allah. taubat dari keinginan dan mimpi-mimpi yang bukan mendekatkan pada Allah s.w.t. taubat dari menyia-nyiakan waktu sepanjang hidup. taubat dari interaksi ekonomi atau hubungan sosial kita yang tidak diridhai Allah s.w.t.

taubat hati dari beragam keinginan, lintasan, yang bernilai maksiat kepada Allah s.w.t. taubat karena sering menunda amal kebaikan. taubat dari sikap ujub, sombong, dengki, riya, dan sebagainya. taubat dari rasa malas menjalani ibadah.

taubat dari seluruh kehidupan kita, ya semuanya!
hmm?


--

"kemudian sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) orang yang mengerjakan kesalahan kerana kejahilannya, kemudian mereka bertaubat setelah itu, dan memperbaiki (dirinya), sungguh Tuhanmu setelah itu, benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang." (16:119)

allahhumma innaka 'afuwwun kareem tuhibbul 'afwa fa'fu'anna

Saturday, August 11, 2012

malam balaghoh.

berlantaikan marmar, berbumbungkan langit
sebelah menyebelah mengadap laptop;

asifah tengah buat kerja apa?

'ilmu ma'ani. umy?
'ilmu badi'
(tergelak) eheh, elok sangat. 
kita kurang lagi sorang; 'ilmu bayan!

masjid, ramadhan 23.1433h


tri bute di de tik a khir.

tangan kak wa sakit lagi sem ini. dan kebiasaan kak wa yang menunggang motor, jadi payah dan sulit. kata kak wa, "tak mengapa, umy. kak wa redha sebab sakit ini Allah yang bagi, dan Dia akan menyembuhkan. kita bersyukurlah." dengan nada senyum, ikhlas.

habis imtihan syafawi (oral test), aku masuk kelas dengan perasaan sedih menggunung. adik dulu, pernah cakap; "hati kita mudah cakap redha. tapi, kalau hati masih mengungkap 'sedih', hakikat sebenarnya, telah cukup redhakah, kita?" bila kak wa tanya, "macam mana exam tadi?", aku diam saja. dan memang tak tersimpan lagi, aku terduduk bawah meja dan merambu-rambu air mata, banjir dalam pelukan kerusi. 

entah, mungkin sebab badi' antara subjek kegemaran, maka ketidakmampuan menjawab dengan baik, buat aku sebak sangat. tapi, kata kak wa, "tadi kan, kita dah ulang dan bincang sikit tajuk yang umy dapat tu? Allah dah mudahkan umy, kan?" bila difikir-fikir balik kata kak wa, kenapa aku tak terfikir rahmat Allah yang sebesar itu (hingga sempat berbincang jawapan), berbanding hasilnya (banyak diam waktu soal jawab dengan ustaz) yang entah, aku pun tak tahu kalau-kalau Allah ada letakkan cebis rahmah dan simpatiNya pada hati seorang ustaz? Allahhu!

dan bila kak wa pernah bercerita tentang seorang kakak yang hatinya sungguh baik, sudi dimadukan demi sahabat baiknya yang sudah meningkat usia, tapi belum berkahwin, kata kak wa, "bila hati kita diserahkan penuh pada Allah, kita tak rasa dimiliki atau memiliki cinta sesiapa. kita hakikatnya, cuma meminjam." hmm, dalam sekali maksudnya.

dan anak-anak saudara kak wa sendiri; bila nakal, kak wa sendiri yang mendidik mereka menyebut; "as-sobru minal iman". kalau mereka saling bergaduh, diajar lagi, "kalimatun toyyibah sodaqoh". untuk setiap kali mereka nakal, kak wa akan pesan dalam nada tanya, "as-sobru?" dan bersahutan mereka menjawab, "minal iman." semacam "kalimatun toyyibah?", mereka akan membalas "sodaqoh". sebelum bergelar ibu, kak wa sudah menjadi ibu, agak-agak anak kak wa nanti, sehebat apa agaknya? hmm.

waktu hari terakhir kelas badi' sem ini, giliran aku pula berkata; "umy bersyukur Allah bagi kawan-kawan yang baik. terima kasih, kak wa.."

..sebab tolong ingatkan umy, umy tak beli tiket lagi, dan siap tolong belikan tiket balik penang. pesan, nasihat, bimbingan, tunjuk ajar, senyuman yang tak lekang, dan segala-galanya! moga Ramadhan ini, Ramadhan terbaik buat kak wa. 

ma'aki at-taufiq wa an-najah fil imtihan an-nihaie. 
ameen. 

Thursday, August 9, 2012

andai bukan kerna cinta-Nya.

"ada kisah suami istri di zaman salafushalih. suatu malam, sang suami bangun tengah malam dan melihat istrinya sedang shalat di salah satu sudut rumahnya. dalam shalat itu, ia mendengar ungkapan yang diucapkan si perempuan saat sujud. "ya Allah, sungguh aku memohon cinta-Mu kepadaku untuk bisa membahagiakanku, menjadikan aku sehat dan menjadikan aku mulia di hadapanMu.." dan seterusnya.

sang suami heran mendengar doa ini. ia menunggu sampai istrinya selesai shalat dan memanggilnya, "mengapa engkau meminta seperti itu kepada Allah? katakanlah, "ya Allah dengan cintaku kepadaMu, aku memohon kepadamu, agar membahagiakan aku, memuliakan aku, dan seterusnya."

istrinya menjawab, "suamiku, andai bukan karena cintaNya kepadaku, maka aku takkan sanggup bangun di waktu seperti sekarang ini. andai bukan karena cintaNya kepadaku, aku takkan bisa berdiri di hadapanNya sekarang ini. andai bukan kerena cintaNya kepadaku, akupun takkan bisa berucapkan doa seperti tadi.."

-diriku, bagaimana kabarmu? muhammad lili nur aulia, hlmn. 62-63

--

daripada Mu`az ibn Jabal R.A., bahawa Rasulullah S.A.W. memegang tangannya lalu bersabda: "wahai Mu`az, demi Allah, aku mencintai engkau". kemudian baginda melanjutkan: "aku berpesan kepadamu, wahai Mu`az, jangan sekali-kali tinggalkan berdoa selepas solat dengan doa ini: "allahumma a`inni `ala dzikrika wa syukrika wa husni `ibadatik". (hr: abu daud & nasa`ie)

maksud doa: "ya Allah, bantulah aku untuk dapat mengingatiMu, mensyukuriMu, dan beribadat dengan baik kepadaMu."

--

moga kita antara orang yang Allah anugerahkan cinta!
ameen.

EKSTRA.


"..the difference between ordinary and extraordinary 
is doing a little more than necessary.." 

-sh. abd bary yahya

Monday, August 6, 2012

Momen.


bismillah

apa rasanya bila berdua-duaan dengan kekasih hati, bila dia mendengarkan kita, dan kita mendengarkan dia? entah. serasa aku, masa yang panjang, 'kan terasa amat pendek. 

kalaulah pepatah Arab pernah mengatakan "thuulus siwaad" atau panjangnya interaksi terdorong membenihkan cinta di jiwa, lalu aku tak tahu sebijak apakah Nabi Musa yang tangkas berfikir, hingga dengan helah hikmahnya, dapat berbicara dan berbual panjang dengan Allah S.W.T.

dan aku yakin, cintanya kan juga tumbuh dan terbenih pada qari' yang mengalunkan taha ayat 17-18.

"apakah yang di tangan kanan engkau itu, wahai Musa?" 
"berkata (Musa): "ini adalah tongkatku, aku bergantung padanya, dan aku memukul (daun) dengannya untuk kambingku, dan bagiku ada lagi kegunaan yang lain padanya"
--

waktu belajar tajuk uslubul hikmah (ilmu badi') tadi, kata ustaz; boleh saja kalau Nabi Musa sekadar menjawab, "tongkat" semata-mata, tapi sengaja diperpanjangkan jawapannya, demi menikmatkan masa-masa berbual dengan Kekasih segala kekasih! 

mata rasa panas, bergenang tak tertahan. 
sungguh indah kan, kawan-kawan?

Hari Luntur Tujuhbelas.




semalam, hujan renyai-renyai. aku tak tau kalau-kalau hujan ini, sebenarnya ada niat melunturkan dakwat yang pernah, 1400 tahun dulu membekasi langit dunia. 
dan aku tak tau, kalau-kalau lunturnya sebab nak mengilatkan kembali mana yang telah pudar di hati. 
salam nuzul quran, 1433 H.

______
patutnya cuti. tapi ada kelas, hu hu 

MABIT, Ramadhan.

bismillah

untuk surah kedua, solat isyak (MABIT semalam semalam), bacaan tersekat-sekat. terlupa ayat-ayat belakang surah al-buruj. lima minit stuck. ulang baca lagi, tersekat juga. yang kanan cuba tolong, tapi tersekat juga. yang belakang, cuba tolong, tapi tersekat juga.  rasa macam menggeletar seluruh badan, cuba bertenang. sepuluh minit berdiri, cuba mengingat. akhirnya perlahan-lahan, ayat-ayat Allah menari di mulut. magis! alhamdulillah.

--

tahukah perasaannya seperti apa? 
malu? rendah diri? kecewa? putus asa? 

perasaannya macam anak yang diajar ibu berdiri, setelah merangkak. perasaannya seperti murid yang terbata-bata diajar mengeja oleh guru yang ikhlas. dan semalam semalam yang manis itu, isyak dan terawih jadi pesta memperbetul bacaan, tajwid dan hafalan bila semua saling memperbaiki. solat rasa nikmat, bila ayat-ayatNya ditekuni lafaz dan makna.

kecil, tapi bermakna.

-- 

keindahan itu ada,
bila aku bersedia untuk belajar,
dan kau bersedia untuk mengajar.

lebih indah lagi; 
bila kau sabar pegang tangan aku, 
dan bimbing aku lagi.




(happy) :D


--
*MABIT; 'Malam Bina Iman Taqwa'/Gombak, 1433.

Sunday, August 5, 2012

hari lima belas.

untuk setiap pemberontakan jiwa, 
mohon aku cuma satu, Tuhan; 

"kecenderungan hati untuk cinta pada ketaatan"

andai keterpaksaan di dunia itu, 
adalah untuk kebaikanku di akhirat. 

ba'da 'asri, ramadhan lima belas.

Friday, August 3, 2012

10:05.

kita cuma perlu langkah pertama. langkah pertama, sebelum langkah-langkah yang lain, -Allah pegang dari atas, tanpa sedikitpun menggoyangkan langkah yang kita pilih dan lalui tadi. 

macam ibu Musa yang memilih langkah 'menghanyutkan' anaknya ke deras Nil (28:7). macam Maryam a.s, dengan goncangan lelahnya, 'menggoncang' pohon kurma (19:23). macam Yusuf a.s yang memintas tangkas ke pintu-pintu gah istana; berantai dan berkunci rapat (12:25). macam ketika kuda yang termiliki Muslim cuma dua, dan pihak lawan sejumlah tujuh puluh banyaknya (2:124-126).

--

kita cuma perlu langkah pertama, sebelum langkah-langkah lain Allah 'sambut', 'genggam,' dari atas dan melorongkan haluan kita.

walau langkah pertama kita, mungkin hanya dengan berpatah ke belakang, menangis sekejap, merayu, memohon ampun! sebelum langkah-langkah lain, Allah bungkuskan dalam hati kita yang tenang, untuk dirungkai bila-bila masa!

--

langkah pertama,
Allahhu Musta'an.



______
"worrying is like a rocking chair. it gives you something to do, but doesn't get you anywhere" - anon.

Thursday, August 2, 2012

07:30.

bila semalam imam tersedu-sedan lantun surah yusuf, dan bila yang disebakkan itu juga datangnya dari sedu-sedan, tangis-harap nabi yaakub a.s (12:86), seolah memberitahukan padaku;

"lelaki yang kuat hakikatnya adalah lelaki yang jiwanya, -sensitif". 

--

sensitif menuntun ghirah (cemburu).
sensitif menuntun cinta dan sayang.
sensitif menuntun pengertian dalam.

dan banyak hal, asal sensitif dalam rangka iman dan taqwa.
sensitiflah! 

(sebab tak ramai pemuda yang sensitif. 'emotional denial'; err, rasanya -lah? hmm)