Pages

Tuesday, May 29, 2012

Firman, sebuah lagu.

bila rongkong dipetik
dan huruf pun bergetar,
ada dua keindahan;
pertama- pahitnya dosa!
kedua- manisnya taubat!



Monday, May 28, 2012

kutip aku kembali.

bila seorang adik komen post ini, saya terasa seperti mahu re-post.
saya rasa saya pun dah terlupa membandingkan tulisan semalam, dan tulisan hari ini.

saya pun sudah jauh, jauh sekali mungkin.
iman, kutip aku kembali-

hmm
--
ANTARA DUA


Adyan meraba-raba Al-Quran mini kesayangan. Bermenung, dalam kaku. Sementara otak masih lagi ligat memutar kata-kata Ibu Halimah. Kata-kata biasa namun terasa sungguh menikam. Emosi terasa meragam, tidak menentu. 

"Sedaplah Ain masak. Lain dari yang lain." 

Lembut sopan, Ibu Halimah memuji. Adyan terdiam. Kata-kata itu tidak berbentuk sinis atau sindiran, tapi entah kenapa dia terasa yang dia bukan menantu yang baik. Bukan menantu pilihan dalam keluarga ini. Bukan terbaik dalam segala-galanya. 

"Adyan belajarlah dari Ain. Mana tahu, esok-esok boleh buka restoran." 

Sambungnya lagi, sambil sibuk memandang tumbuhan hijaunya dari kekisi jendela dapur.  Adyan sekadar melempar senyum. 

"Mana boleh lawan Kak Ain, Bu.. Adyan jadi tukang basuh pinggan, boleh la!"  

Lantas bersuara, masih lagi berwajah manis. Seulas bawang dihiris nipis-nipis. Kak Ain dari jauh mengangguk-angguk sambil cekatan mengacau kuah kari. 

"Adyan.." Sergahan tiba-tiba membuatkan Adyan tersentak. 

"Eh, ya?" Akurnya, sementara tangan lekas mencabut kain telekung. Melipat kemas, dan menyangkutnya semula ke penyidai kayu yang setentang dengan katil.

"Awak O...K?" Nazhif memandang, pelik. Adyan pura-pura tenang, seraya mengangguk laju. Nazhif mengeluh perlahan. Kopiah putihnya diletakkan di atas almari berkayu jati yang agak kukuh dan tinggi. Dengan sedikit menjinjat, dia lalu menyimpan Al-Quran di rak paling atas.

"Maaf..saya tak pandai masak." Adyan menunduk lemah, merebahkan punggung di atas katil. 

"Adalah yang tak kena ni kan? Tiba-tiba saja?" Giliran Nazhif duduk. Bersebelah, cuba-cuba mendengar luahan. 

"Memang betullah kan? Kita pasti terdorong untuk membanding-bandingkan, kalau ada dua pilihan. Awak tak rasa macam tu?" Adyan berbasa-basi. Nazhif mengangguk, setuju.

"Tapi, awak kan ada pilihan lain, Adyan.."

"Saya malu, sebab tak mampu jadi macam Kak Ain. Saya minta maaf, perasaan ni memang tak patut ada. Tapi tadi, saya rasa macam saya dibanding-bandingkan dengan Kak Ain. Saya tak..tak boleh ja..ja di macam dia!" Sebak mula menguasai suasana. Patah-patah kata makin lambat, akhirnya Adyan hanyut dalam air matanya sendiri. 

"Kalau Ibu ada dua pilihan, awak pun ada dua pilihan, Adyan.." Nazhif melutut di bawah. Rasanya lebih baik dia bersemuka, dan bersetentang dengan Adyan. Adyan langsung berpaling, masih lagi serabut.

"Itu kan sifat manusia? Kadang-kadang, kita pun cenderung untuk memilih. Secara tak langsung, kita akan cuba membandingkan dua pilihan yang kita ada." Adyan masih diam membatu. Hanya esakan kedengaran, perlahan. Leleh air mata nyata masih merambu. Sesekali, dikesatnya menggunakan belakang tangan. 

"Tapi Adyan..saya lebih suka soalan yang awak tanya saya dulu. Kenapa hari ni bacaan Al-Quran lebih sikit berbanding semalam? Kenapa solat semalam khusyuk, hari ini tak rasa nikmat? Kenapa semalam kita boleh bertahajud? Hari ini kita terlepas? Kenapa semalam sempat Al-Mathurat, tapi hari ni tak? Kenapa hari ni tak sempat Dhuha, tapi sebelum ni kita mampu? Itu perbandingan yang lebih bermakna, Adyan.." Nazhif kemudian diam, cuba memberikan Adyan seminit dua untuk berfikir.

"Dan..kita boleh refleks dosa-dosa kita dalam seharian. Sebab apa amal hari ni kurang. Sebab apa hati tak terasa nyaman dengan solat. Sebab apa terlewat tahajud. Sebab apa rasa tak tenang, dan jauh dengan Allah. Belenggu dosakah yang buat kita jadi macam tu, atau sebab lain?" Sambungnya kemudian. Tegas namun lembut.

Wajah Adyan tampak lesu. Matanya memerah. Namun Nazhif mampu melepaskan nafas lega. Adyan kelihatan sedikit tenang berbanding tadi.

"Dan..kenapa hari ini saya terlalu sensitif dan bersangka buruk, sedangkan dah bertahun-tahun saya kenal Ibu?" Giliran Adyan menghembus nafas. Ditarik semula kali kedua, dan dilepaskan lagi.

"Hati saya yang tengah tak OK. Makna Al-Quran pun saya tak mampu hayati. Saya minta maaf.." Suara itu masih juga tidak ceria seperti selalu. Nazhif menggeleng laju.


"Bukan pada saya, Adyan.. tapi, Dia." Jari telunjuk dituding ke atas.


"Allah itu Maha Penyayang. Malam, Dia tunggu kita. Siang pun dia depakan tangan seluasnya untuk kita. Dia ada, sentiasa ada!" 

Air mata Adyan berlinang lagi. Taubat langsung mengiringi perjalanan hari ini. Kembali dia mengucup sejadah, menyembah kurnia agung dalam solat sunat taubat yang entah kali ke berapa.





Ameen.





____
"dan (juga) pada dirimu sendiri. maka apakah kamu tiada memperhatikan?" (ad-dzariyat: 21-22)

abang, juli, dan gadis yang suci.

abang, mahukah abang dengar sesuatu?

dalam tren tadi, juli ternampak dua perempuan duduk-duduk. perempuan yang pertama berseluar panjang, berbaju labuh paras lutut, bertudung terlabuhkan menutup dada. perempuan yang keduanya, berbaju kurung berlatarkan bunga ungu yang pucat. yang seorang mahu ke wangsa walk. yang keduanya, mahu ke kampung baru. 

abang, tadi dalam tren juli terdengar dua perempuan yang tadi borak-borak. yang satunya, juli tak tersempat menangkap namanya. yang satu lagi, juli terperasankan hanya bila dia ditanya namanya. juli dengar betul-betul. katanya, namanya anis. dia senyum bila ditanya nama panjangnya. dan juli dengar lagi, jawabnya "anis sofwanah". dia senyum meleret lagi bila yang di sebelahnya memuji, "nama yang baik". dan juli terlihatkan, senyumnya lebih panjang, bila dikatakan padanya; "gadis yang suci". 

abang, juli pun senyum. cuma, apakan daya juli ini hanya juli. kenapalah ibu juli tak meletakkan nama juli seindah "anis sofwanah"?

tapi, alangkah!

alangkah kalau abang sudi memanggil juli dengan "anis sofwanah", juga. boleh kan, abang?  juli tak berapa senanglah, bila abang asyik gelarkan juli dengan nama-nama indah, tapi tak kena dengan selera juli. jenny, katty, edrine, oh!

eh, abang janganlah sedih. juli hargai nama-nama indah itu. cuma, kalaulah anis sofwanah, untung-untunglah juli juga sesuci gadis itu; ayu, lembut, dan sejuk mata memandang! 

abang, bilakah akan kita berhijrah? juli mahu seperti anis sofwanah, terlindung bahkan terjaga. juli malu di sini. juli pernah terbaca, tak teringat di mana; sebaik-baik perempuan ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang. 

iyalah, mungkinlah pada abang juli bukanlah perempuan yang sempurna sifat keperempuanan, tapi sebolehnya juli punya azam mahu seperti anis sofwanah. tolong ya, abang adukan pada pihak yang bertanggungjawab? tolong ya, miliki ghirah (cemburu) yang tinggi demi isteri abang yang cantik dan mahu lebih beriman ini. 

abang, juli malu di sini. 

juli malu dengan tagline pada dinding tren ini;
"rain or shine, come and get your hot spicy chicken!"

demikianlah pada suaminya, diluahkan isi hatinya.

juli;
seketul ayam KFC yang hot dan spicy.

pheww.




_____
"termasuk sifat angkuh adalah seseorang yang masuk ke dalam rumah temannya, lalu disuguhkan kepadanya makanan, ia tidak mau memakannya; dan seorang laki-laki yang bersama dengan laki-laki lain daam perjalanan, tetapi ia tidak menanyakan namanya dan nama orang tuanya" (hr ad-dailami)

-hadis ini dipetik dari buku "bagaimana menyentuh hati; abbas as-siisiy", hlmn. 37

Sunday, May 27, 2012

tentera Subuh.

six-mins-video; discipline your life

"..let me tell you something about the fajr in the masjid
it has it's spiritual impact that only people who go to it will experience.."

"when you go to it,
when you go to the prayer
and you sit in the masjid quietly,
and you wait for the prayer to start
and you sit there and you recite al-quran
and you ask Allah to forgive you in those morning hours..
and you; bla, bla, bla.." 


______
teringat 'ammar, huhu =,='
nasihat adik laki sorang, hakikatnya lebih mencabar dari adik pompuan tiga orang, haih

entah, cuma -suka.





Khabarkan-

bila aku adukan pada dia dengan baur hampa, sedikit cemas, dan marah, baliknya aku rasa bersalah. tak patut, dan tak perlu aku begitu. 

aku taipkan satu mesej, maaf; walaupun dia sekadar pendengar, dan yang dimarah, dicemas, dan dihampakan itu hakikatnya orang lain. 

dia balas ringkas saja; "tak mengapa, sekali-sekala". 

-- 

"tak mengapa, sekali – sekala"

dan aku mula terperasankan jiwa adakalanya damba sisi manusiawinya; ada marah, ada kecewa, ada cemasnya. tapi, aku tutupkan rapat - rapat, tak membiasakan untuk terima kelemahan yang itu. buangkan, dan tak jujur pada diri. 

jujurlah, jujurlah sekali sekala. sekurang-kurangnya sisi lemah itu memberitahukan pada yang lain, kita juga sama seperti mereka. malah mungkin lebih menyenangkan untuk yang lainnya satu hari nanti, meluahkan rasa bila kita punya kebersamaan dan persamaan. bukankah cenderung manusia untuk berkongsi dengan manusia yang sama dengannya?

tak salah, untuk dikepung rasa – rasa yang negatif, cuma bagaimana kita mengalirkannya ke lorong yang benar!

"it's okay to not be okay"

sudah, khabarkan. 

apa yang buat kau tak senang hari ini?
sini, lepaskan-

Saturday, May 26, 2012

Seimbang.



ada dua jenis keseimbangan yang masih aku tertanya - tanyakan, jauh ke dalam jiwa. 

pertama- 
sejauh mana keseimbangan kata dalam amal? 

kedua- 
sejauh mana keseimbangan antara kenyataan dan impian? 

-- 
kerana yang pertama; sejauh, sebesar dan sedalam apapun ilmu, kalau tak terwarna pada perbuatan, hilanglah seri, tak membawa makna walau setitik. hakikatnya, tujuan ilmu membentukkan diri lebih baik dari hari ke hari (makin taqwa dia pada Allah, makin indah akhlaknya, makin baik dengan manusia, makin rendah hatinya, makin kurang maksiatnya, makin tambah khusyuknya), bukanlah melompatkan manusia ke sijil, pangkat, atau populariti yang lebih atas dan ke atas- 

"sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah bertujuan untuk taqwa kepada Allah. maka untuk itulah, ilmu mempunyai kelebihan. jika tidak terhasil, maka ilmu itu adalah sama sahaja dengan perkara yang lain." 
-imam sufyan ats-tsauri

kerana yang kedua; sejauh, sebesar dan sedalam apapun impian, yang paling diperhitungkan adalah amal – amal yang telah diperbuat. aku boleh jadi manusia tunggul yang dipergunakan syaitan, buat dia gula – gulakan dengan manis dan hangatnya impian, serta angan – angan yang selalu di perpanjangkan-


"..dan aku benar - benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan - angan kosong kepada mereka.." 
- an-nisa' : 119

(hmm)
"aku perlu banyak pembaikan"








____
"O' Allah, through this knowledge, make me a better person, make me a better human being, make me a better son, a better daughter, make me a better eventually husband and wife, make me a better father and mother, make me a better human being, a better community member.." 

-men of understanding, sh. abd nasir jangda

Thursday, May 24, 2012

Idola.

bismillah

kala para ibu menjerit dicelorengkan rumah-rumah
aku malah berikan kau warna untuk
dihiaskan dinding-dinding!

andai saatnya kawanmu hairan menanyakan
katakan saja "kata ibu, ini seni" 

--

tambatkan kejap, dalam doamu
pada saat anakmu kelak ditanya
siapa yang menuntun bangganya
tegak-diri dia, yakin-lantang 
dan terus-terang, tanpa bingung
jawabnya;

"yang selalu pertama di hatiku,
ayah dan ibu"

kerana tersedar aku
berapa kerat saja
yang mampu bilang, 
ayah dan ibu;
idola pertama-nya!

sekurang-kurangnya
biarlah kekasih, 
kitalah yang asing,
kitalah yang aneh itu
kalau itulah keanehan
bagi mereka-mereka
--

sumber : kegilaan seorang bapa; klik


nota:

risau baca isu irshad manji, bimbang baca fakta dera isteri, kes bunuh suami, berita buang anak yang berlambak - lambak dalam akhbar saban hari

moga kita lebih terdidik untuk belajar menjadi perempuan dan lelaki yang lebih baik (agama dan akhlaknya), sekaligus pasangan yang soleh dan solehah, ibu dan ayah yang berjiwa murabbi-

belajar, belajar, dan belajar;

Allah, kabulkan!
amin



_____
ps: video lima minit ini sepertinya ada kaitan :)

Wednesday, May 23, 2012

cinta; pegang tangan aku, bimbing aku lagi.

2 tahun:
ummi bilang, "'o' huruf pertama akak kenal"

10 tahun:
teman bilang, "tulisan hang besaq"

16 tahun:
kawan bilang, "tulisan hang macam cacing, terangkat atas baris"

17 tahun:
ummi bilang, "cuba akak tulis "h" elok-elok sikit. ummi tak nampak beza dengan "n" pun. pemeriksa tak nampak nanti."

aku fikir, itu kali terakhir
ternyata, untuk yang ke-23
aku hidup, masih ada
-yang lainnya;


dan 
pensyarah bilang: "la yajuz wujudul ___ qobla al-ha'"


midterm, rcp - dr badri


--
rahmat;
dikelilingi orang 
yang tulus mencinta-
--
cinta,
pegang tangan aku,
bimbing aku lagi
--



_____
terima kasih untuk yang mencintai setulus hati,
esok paper tilawah, mohon doa kalian yang solehah!


:')

Ayah, dengarkan.


mr poppers penguin, 2011

-- 
"do you know how much girls talk?" 
"and if you're not listening, your kids know, especially girls" 
"but we have to become a good listener, especially the fathers" 
"the mom's naturally, Allah has given them certain gifts like parenting comes more naturally to a mother, but fathers have to work for it!" 
"I'm telling the fathers here, if we want our child to be raised in Islam, the first thing we need to be is their best friend, and that take serious work"
-ustadh nouman ali khan 
four-minutes-video; do you know how much girls talk?

Tuesday, May 22, 2012

Penaakulan Kecil Besar.

“Mail, mahukah kau tahu sesuatu? Dalam buku aku yang baru, aku ada tuliskan beberapa perkara baru yang aku temukan. Mahukah kau dengar?” 

Mail sekadar mengangguk, merenung Melissa yang anggun berbaju kurung. Jauh dari kebiasaan dia yang hari-hari lain, bergaun labuh. 

“Cantik” Mail terlepas kata. 

“Apa?” Mel tersenyum, pura-pura bertanya sedang telinganya cekatan menangkap butiran kata Mail. Melissa, gadis yang suka dipuji. 

“Kau percaya Syurga, bukan?” 

Mail mengangguk kali kedua. 

“Fikiran aku hari ini memikirkan tentang hal-hal kecil dan hal-hal besar.” 

Mail menjungkit bahunya, tak mengerti. 

“Yang besar, akan jadi kecil bila kita fikir yang besar. Yang kecil akan jadi besar bila kita fikir yang kecil.” Mel menarik nafas. Kening Mail pula terangkat. 

“Hukum kecil besar yang pertama; kita tak jadi marah walau disakiti, jika kita fikir boleh jadi itu laluan kita ke Syurga” 

Mail diam. 

“Hukum kecil besar yang kedua; kita tak jadi meniru dalam exam, sebab keberkatan yang jauh lebih panjang, adalah lebih bernilai berbanding markah yang akan kita skor dalam tempoh yang sekejap” 

Mail bungkam. 

“Hukum kecil besar yang ketiga; kita takkan jatuh cinta dengan mudah, sebab cinta boleh datang atas sebab yang rapuh. Bila hilang sebab, maka hilanglah cinta di kemudian hari” 

Mail senyap. 

“Hukum kecil besar yang kelima; kita tak terkisah karya atau kerja kita diulang, malah diletakkan saja milik sesiapa, kerana yang kita mahukan adalah pahala-pahala dari tangan yang menyebarkan. Lagi jauh tersebar, lagi bagus! 

Mail tergaru-garu kepala. 

“Hukum kecil besar yang keenam; kita tak peduli berbuat banyak, kerana yang dikisahkan adalah amal mana yang akan menggolongkan kita menjadi ahli Syurga”

Mel menggula lagi, manis. 

“Selesai, Mail. Sebelum hari esok, aku tambah lagi yang lainnya menjadi dua belas”. Melissa puas. Senyapnya Mail dari tadi, membuatkan dia merasakan, kemenangan sedang berpihak padanya. 

“Boleh aku tambah yang ketujuh, untuk hari ini?” Mail menokok. Mel tercengang. 

“Hukum kecil besar yang ketujuh; boleh kita menjauh, Mel? Jin yang kecil boleh jadi besar. Dosa yang kecil boleh jadi yang besar. Dan hati aku yang kecil, boleh jadi besar.” 

Kali ini, Mel diam. 

Bungkam. 

Senyap.

sepertinya dan seolah-olah.

"you're insecure
don't know what for
you're turning heads when you walk through the door
don't need make up
to cover up
being the way that you are is enough"


one direction - what makes you beautiful

"you don't run with the crowd
you go your own way
you don't play after dark
you light up my day
got your own kind of style
that sets you apart
baby, that's why you captured my heart"


bsb - what makes you different

"oh, you know, you know, you know, i'd never ask you to change
if perfect's what you're searching for then just stay the same
so, don't even bother asking if you look ok
you know i'll say"


bruno mars - just the way you are

"brushing my hair, do i look perfect?
i forgot what to do to fit the mold, yeah
the more i try the less is working, yeah yeah
'cause everything inside me screams "no, no, no...!"


megan hilty - who you are

--


melintasi trek - trek lagu ini, sepertinya ada persamaan.

persamaan dalam menonjolkan kelemahan wanita, -kecantikan.

kecantikan yang dia cuba sering pertahankan. kecantikan yang dia sering risaukan. kecantikan yang buat dia tak duduk diam.

dan lagu-lagu jenis yang ini, "who you are, just the way you are, got your kind of style, being the way that you is enough" seolah - olah menggambarkan 'kerunsingan' wanita yang perlu dipujuk dengan status-status lagu berlirik seperti ini, supaya tidak memplastikkan diri, tetapi bebaslah menjadi diri sendiri. dan kebanyakan yang menyanyikannya adalah penyanyi berjantina lelaki.

mungkin antara sebabnya; lambakan kosmetik, fesyen, gaya rambut, beg tangan, dan lainnya yang menuntut wanita untuk bersaing sesama sendiri membuatkan hidup mereka tertekan tanpa sedar? lebih -lebih lagi, yang hidup susah tetapi harus memperuntukkan banyak duit demi mengejar kepesatan dunia kecantikan? kalau tak ikut perkembangan semasa, maka dia akan dikira kalah dan terkebelakang? inilah hakikatnya, penghambaan bentuk baru, yang kadang - kadang kita tak sedar. err, wanita tak sedar.

subhanallah, kecantikan islam terletak di situ. dinilainya wanita bukan pada rupanya, atau semahal apa kaus, atau beg tangannya, tetapi sejauh mana ketulusan hati dan jiwanya. sedang hamba abdi yang hitam, andai dia beriman, darjatnya lebih mulia untuk dinikahi. bahkan, antara faktor lain yang disebutkan Rasulullah adalah tinggi dan besarnya kasih sayang yang menghuni jiwa seseorang perempuan itu!



"nikahilah oleh kalian wanita yang penyayang lagi subur, kerana aku akan berbangga dengan jumlah kalian yang banyak di hadapan umat-umat lain pada hari kiamat". -hadis

oh, indah, bukan?

maka, kita sebagai muslimah hakikatnya bebas. bebas dari penghambaan, melainkan kepada Allah semata-mata. kita ada definisi cantik tersendiri yang Allah selindungkan, dan selalu menjadi rahsia, bukan tayangan umum. istimewa!

banggalah, sebagai muslimah.
hey, awak cantik!

lagu untuk muslimah mungkin bukan "menjadi diri", tapi "menjaga diri".
moga kita dipelihara, dan terpelihara!


hmm (dan saya tahu, s-u-s-a-h)
tak mengapa, kita mujahadahlah; bersama!



_____
tak ketahuan kenapa, entri waktu exam biasanya lebih banyak.
mungkin ada 'tekanan' dalam jiwa yang menghentam ruang fikir,

-kot? :S

rejab: senti VS meka.


a: apa yang kau sibukkan sangat dengan roti, maggie, jem, kopi, heater, pisau? tak ada nilai. esok - esoklah, tangkap
b: tak ada nilai untuk yang sekadar mahu menyimpan foto, tapi ada nilai bagi yang mahu menyimpan kenangan
a: hah, dasar sentimental 
b: heh, dasar mekanikal

--

sebab apa, foto ini indah? 
sebab kalau kita nampak indahnya bulan mematuh perintah Tuhan, penyebabnya adalah matahari punya biasan. dan aku tak nampak apa-apa, melainkan kebaikan kita mungkin kerana soleh - solehahnya, kau - kau; kawan – kawan!
syukur aku, kerana itu.













______
"allahumma barak lana fi rajab wa sha'ban, wa ballighna ramadhan"
seindah apapun, family first. seindah part yusuf-yaakub a.s dalam itu. subhanallah :)

01.rejab

Conteng.

setujukah anda?

kali pertama kita melihat contengan adalah ketika kita menghabiskan sisa-sisa contengan.

kali kedua adalah ketika mengulangkaji pelajaran sambil sengih terbayangkan momen indah, sebab musabab kita menconteng! 

makin banyak dia mengulangkaji, maka makin banyak kalilah dia melihat hasil contengannya, dan tersenyum sengih mengkhayalkan momen - momen indah itu. 

kalau aku, momennya; sama ada segar dengan kata-kata ustaz - ustazah, atau layu sebab tak tertahan melayan kantuk. 

barangkali, ada juga sebab yang ketiga. muncul dua tiga makhluk yang menciptakan karya baru, secara tak tersengaja - contoh; botol revive, daun kering, sungai, chewing gum (yang orang tempek pada kerusi - ces!), tapak kasut, kaca mata ustaz, dan lain - lain.

bak kata pak samad, "bagi setiap penyair gundah, daun gugur pun dirasakan indah". eceh, konon.

--

oh, lupakan soal yang itu.

waktu tengah-tengah minggu peperiksaan sebegini, sibuklah aku membelek buku rcp (reading classical prose text). 

maka, terbacalah aku, satu nota kecil ala-ala nota kaki di laman 26 (angka yang aku tulis sendiri sebenarnya, sebab buku itu dari mula, kosong tanpa muka), di bahagian paling bawah sekali. 

"bukan dari tangan kita, tapi dari tangan kita".

satu pagi,
hs lr2. 

-- 


kegemilangan Islam nantinya, mungkin datang bukan dari tangan kita. barangkali dari tangan anak-anak, cucu-cicit kita. tapi anak-anak dan cucu-cicit kita, bukankah datangnya dari hasil acuan didikan tangan-tangan kita? 

"BUKAN DARI TANGAN KITA, TAPI DARI TANGAN KITA".

waktu ini, ustaz tengah basah liur terangkan tentang tanggungjawab kita - kita. 

kata ustaz: 

"kalau awak dapat A+, sekurang-kurangnya yang disumbangkan pada masyarakat, paling kurang pun mungkinlah A-. tapi, kalau awak skor C+, awak nak bagi apa pada masyarakat? C-?" 

oh!

--

aku mungkin bukan yang terbaik, tapi aku sedang berusaha 'belajar' menjadi yang terbaik. hmm

"try not to become a man of success, but rather to become a man of value" - albert enstein.

--
kau suka conteng?
sini, aku tengok.

XD




____
Allah, jadikan kami generasi ulul albab, yang belajar mencari isi di balik buku - buku, bukan sekadar kulitnya. amin-


*aim: zero -kan C.

Monday, May 21, 2012

sedang hati masih juga menangis.

kadang, kita paksakan hati
macam bayi disumbatkan susu
sedang yang dia tangiskan,
bukan kerana lapar, dahaga, atau apa,
dia cuma rindu bau ibu,
nyaman kasih ibu, peluk manja ibu
macam hati; rindu di'dodoi'kan,
lagu cinta, dari Tuhan.

itu! 
titik.
 
sayang, kita tak pernah mengerti
sedang hati masih juga menangis.

Random #1

CAPPUCINO

a: bila lama-lama, akak dah muak minum cappucino ni
b: tu la akak, beli sampai dua bungkus
a: hmm, tu lah.. makanan dunia pun, kan?
b: rasa kopi yang berubah, atau hati yang berubah?
a: err

ps: benda apa di dunia ini, yang tak akan memuakkan? 
--

SALON PAS

b: kalau sakit, baru sedap guna salon pas ni. kalau tak sakit, rasa biasa je la
a: oh eh? hmm, macam hidup kita kan? sakit sebenarnya nikmat!

ps: Allah bagi sakit, untuk membebaskan kita dari makhluk. macam seterika panas, kalau terkena tangan, kita akan cepat-cepat angkat tangan. macam itu juga hati, bila disakiti, lama-lama kita akan menjauh. maka, Allah bagi sakit hakikatnya untuk membebaskan 'hati' dari penghambaan pada yang tak selayaknya. 

*(contoh dari yasmin mogahed)
--

ADIL

hidup ini hanya semudah meletakkan sesuatu pada haknya; tak terkurang dan tak terlebih

tiba waktu solat, kita solat
tiba waktu main, kita main
tiba waktu tidur, kita tidur
tiba waktu program, kita program
tiba waktu rehat, kita rehat

sungguh mudah bukan?
tapi itu yang susah

ps: ok, tiba waktu belajar, mari kita belajar

:)





_____
ragamexam/4.3/sum

Sunday, May 20, 2012

O' La La La.

lihatkan tenang cahaya nipis menyerak halus ke jendelamu
sentuh, dan pegangkan dengan jari-mu, rasakan hangatnya

dengarkan kawan, bisik perlahan melodi alam
nyanyi burung girang, bersahut-sahutan penuh, 
dalam syukur nada senang, gembira
(ah mungkin, mungkin juga) 
sedang galak ketawa, melayangkan sayap nipis 
mencumbu birunya langit di udara

basahkan lidah, gigit bibirmu, dan sedarlah!
pejamkan mata, mulakanlah petik gitar hatimu
kembangkanlah kemuncup kelopak jiwa 
turutkan rentaknya dan bernyanyi -lah
o' la-la-la, sesukamu

(oh, rasakan kawan!) 
alir tenang udara nyaman
puput lembutnya, menggesek manja pipimu
hiruplah sedalamnya, lepaskan seluasnya

sebebas gemalai tari daunan hijau
seriuh titis embun mengocak satu - satu, 
dan seseri kemboja mengembang
keungguan di datar lapang 
bertanah coklat kebasahan
(oh, senyum -lah)

lihat, dengar, dan rasakan
anugerah tak ternilaikan ini
ayuh, padamkan pucat muram
sembunyikan kusut keliru
Tuan kita bukan Perasaan
bahkan mereka - mereka 
juga bukan Tuhan

resapkan jiwa dalam nafas alam
tak perlukan keluh, tak pernah mengaduh
kerana kita nyata makhluk satu-
menghamba untuk hanya Yang Menciptakan
kesempatan kita, rebutkan kemuliaan!

Friday, May 18, 2012

Evaluasi.

waktu mula memeta dan menconteng azam tadi, membanding kejayaan dulu dan sekarang, memuhasabah diri sejenak, yang aku kesalkan bukan pencapaian zero, markah - markah sikit, atau potensi yang terkecundang, atau tata amal tak sempurna, atau jiwa kacau dengan hal - hal mudah, atau jahil diri yang masih bersisa banyak. tidak!

cuma yang aku kesalkan kerana aku tak mewujudkan Kau dalam mimpi - mimpi aku, amal - amal aku, harapan - harapan aku, matlamat - matlamat aku, dan suara - suara kecil aku secara aku benar - benar tahu, sedar dan faham.

sebab bukankah bila Engkau yang terwujud secara tulus dari mula, kesan - kesan ikhlas, ihsan dan itqan itu pasti berbekas, terasa di sini.

hmm.

tapi, sedang benih kurma disuruh tanam, walau hari akhir mampir mendekat,
aku yakin jiwa dan hati bisa merubah kalau diri mahu berubah

tolong aku
aku hanya mahu kembali belajar
mewujudkan Kau dalam setiap harapanku

cukuplah, cukuplah
aku sedar yang
evaluasinya
hanya dari Engkau.

berundur mengenang salah,
ke depan melangkah,
positif, dan belajarlah.

be!

Refleksi.

kawan, pernahkah
kau seperti baru terjaga, 
dan hari sepertinya menjerit mengatakan;

"kenal diri sendiri, 
kau 'kan tahu dengan Apa 
dan Siapa kau mahu kemudi"

tapi, mungkin sebab aku belum jelas 
kemahuan dan keinginan diri
belum tetap visi misi hidup
belum terpeta rencana episod hidup
belum faham potensi dan bakat diri sendiri
belum kenal diri sedalam-dalamnya
belum mafhum dan maklum sebetul-betulnya 
prinsip dan pegangan hidup

maka hasilnya selera hidup aku;
tercetak pada kebebasan
tercipta ikut selera hawa nafsu
terikut pada jalur tanpa fikir panjang
terlorong tanpa tekad dan yakin penuh
terbina dari dasar-dasar rapuh, sedangkan
aku tak sedar, aku tak faham, tapi aku tak kisah

pernah?

oh Tuhan,
sekurang-kurangnya, 
aku mahu mati sebagai seseorang

cuma, kadang-kadang 
kita tak sedar
sebenarnya kita masih 
dan sedang keliru,
tak yakin, tak percaya
dan tak bersungguh

jelaskan, tunjukkan, 
arahkan, yakinkan,
gerakkan, kukuhkan 
dan sabarkan

hmm