Pages

Tuesday, February 28, 2012

Monday, February 27, 2012

Doraemon Nobita II.


Nobita tergelak besar. Melihatkan lukisan Doraemon yang gajah-tak-gajah-unta-tak-unta itu, Nobita merampas batang kayu dari genggaman tangan Doraemon. Dan dia melukiskan yang baru. Kantuknya serta merta hilang.

Setelah beberapa garisan dikenakan pada pasir-pasir halus, ternampaklah wajah binatang yang baru. Walaupun hakikatnya, lukisan Nobita lebih dahsyat ‘kegajahan’nya, Doraemon senyum-senyum saja. Malas mengatakan apa-apa.

“Ini apa?” tanya Nobita.

“Er.. un.. un.. unta.” Jawab Doraemon, teragak-agak.

“Bagus! Ini barulah namanya unta!” kata Nobita, bangga. Kepala Doraemon, diusap-usap. Doraemon senyum lagi.

“Oh, apa yang awak mahu simpulkan, dari unta tadi?” sambungnya lagi.

“Begini. Saya cuma mahu jelaskan tentang kualiti versus kuantiti tadi. Kenapa Ustaz Sinyu beria-ria mengajak awak dan saya ke halaqah. Kenapa Ustaz Sinyu tak pernah-pernah berputus asa, malah bersemangat sepanjang masa. Sebab inilah.”

“Sebab dia ada unta ajaib, kah?” Nobita membuntangkan matanya. Doraemon mendengus.

“Sebab, ada satu hadis yang menerangkan tentang manusia. Sabda Rasulullah SAW, “Manusia itu seumpama sekelompok unta; ada seratus ekor tetapi tidak ada yang boleh dijadikan tunggangan.” Doraemon kembali serius. Nobita terangguk-angguk.

“Ini menunjukkan pada kita, manusia yang bermutu dan berkualiti sedikit bilangannya. Seperti sedkitnya bilangan unta tadi, hinggakan walaupun ada seratus ekor, hampir tak ada satu pun, yang boleh dijadikan tunggangan.” Doraemon menggoyang-goyangkan telunjuk kanannya. Sejak bersama Ustaz Sinyu, gerak-geri mereka hampir sama.

“Jadi, adakah halaqah itu sebagai salah satu daya usaha untuk mengkualitikan?” Kali ini, mata Doraemon membuntang pula. Pertanyaan Nobita yang sebegitu, sungguh tak terduga. Doraemon gembira sekali, hingga dia tanpa sedar terlompat-lompat sendiri. Mahu saja sujud syukur, tapi terteringat wuduknya sudah terbatal.

“Ya, benar Nobita. Tapi, atas kita juga mahu dikualitikan ataupun tidak. Mahu belajar ataupun tidak. Malahan, dari hadis itu, dapat juga kita simpulkan; kualiti lebih baik dari kuantiti. Banyak contoh-contoh yang boleh didapatkan dari Al-Quran.” Nobita mula menunjukkan reaksi minat. Dia diam, dan menunggu butir kata seterusnya. Doraemon pun menyambung.

“Kisah perang Badar, yang jumlah Muslimin, sangat sedikit.” Doraemon mengeluarkan terjemahan Al-Quran dari poketnya. Lalu, dihulurkan pada Nobita yang sedikit tercengang-cengang.

“Al-Imran: 123”. Nobita lalu, membuka dan membacanya. Doraemon seterusnya menyambung lagi.

“Seterusnya, perang Hunain. Dalam peperangan ini, Muslimin hampir kalah. Mereka terlalu merasakan bilangan yang banyak dalam kalangan mereka, mampu mengalahkan tentera Kuffar, tetapi hakikatnya tidak. Mereka kalah teruk pada pusingan pertama, dan mengalami kerugian yang besar. Lalu, mereka bertaubat atas sikap sombong dan bangga diri, dan mohon pertolongan dari Allah. Akhirnya, sampailah bala tentera Allah, yang tidak dapat dilihat oleh pihak musuh.” Nobita memperbetul duduknya. Kaca matanya digesek-gesek, dan disangkutkan semula ke pangkal hidung.

“Surah?” tanyanya.

“Erm, cuba tengok At-Taubah, ayat ke 25 dan 26”. Doraemon cuba mengingat-ingat.

“Di sini, bukankah kita dapat lihat keteguhan iman dan kemantapan semangat hakikatnya lebih kuat berbanding bilangan?” tanya Doraemon, menguji. Nobita mengangguk, setuju.

“Kisah-kisah tentang pengkualitian, boleh didapatkan melalui kisah sahabat juga!” Kali ini, telunjuk kirinya pula digoyang-goyangkan.

Nobita memulangkan terjemahan Al-Quran. Dia bangun, berdiri. Mengusir pasir-pasir yang melekat di seluarnya.

“Mahu ke mana?” soal Doraemon, pelik.

“Sudah Asar, kan?”

“Ya. Ya.”

Doraemon menggigit bibir.


______
-bersambung

*huraian kualiti atas kuantiti; saya rujuk Bab 2: Keutamaan Kualiti ke atas Kuantiti; Fiqh Aulawiyyat; Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi. saya sangat suggest kawan-kawan baca buku ini dan bincang. membuatkan kita banyak berfikir dan mencerahkan, insyaAllah. librari uiam; ada, kalau nak pinjam. 

membaca itu, jalan hidayah. bukankah? :)

*kembali ke Doraemon Nobita I

Sunday, February 26, 2012

Wa-Sa-Tha.

bismillah

kalau perempuan, kau hangat
sesekali belajarlah, 
matahari menghadirkan senja

kalau perempuan, kau keras
sesekali belajarlah,
awan melunakkan hujan

"..dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil (wasatha) dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu.." (al-baqarah:143)

--

tapi, jangan salahkan matahari kalau biasnya terasa hangat; terlalu! 
atau tuduh-tuduh hujan, bilang dia penyebab banjir
bukankah dari tangan-tangan ‘kejam’ kita juga
matahari dan hujan hilang ke-sederhana-annya?

"..telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).." (ar-rum:41)




____
Allah, jadikanlah kami perempuan yang sederhana, dan menyederhanakan. amin! (learning)

hujan/uiam gombak

Saturday, February 25, 2012

Doraemon Nobita I.

Tangkal berbentuk D, dicabut rakus. Doraemon bangga dengan penghijrahan tauhidnya. Dia mahu mengajak Nobita, si pemalas yang masih sukar ditarbiyah, meski telah sekian lama Muslim bersama-samanya. Tapi, dia sedang cuba. Sungguh-sungguh cuba.

Lalu, dengan mesin masanya, dia mengheret Nobita menjelajah. Guru akidahnya, Ustaz Sinyu pernah menceritakan tentang perjalanan Nabi Musa dan Nabi Khidir yang dirakam dalam Al-Quran. (Al-Kahfi: 60-82) Tak sabar-sabar pula, dia mencontohi Nabi Khidir. Konon mahu menjadi Murabbi bijaksana, yang menumbuhkan iman dan menyebarkan fikrah Islamiyyah. Dia maklum sekali, Allah akan bantu dia.

Lalu, dengan mesin masa, mereka menjelajah bersama!

--
Lokasi pertama: Pantai Buih

Deru angin sepoi-sepoi menampar pipi gebu Nobita. Sayup-sayup, dia ternampak Sizuka berlari-larian ke arahnya. Dia senyum girang, meski jantungnya berdegup kencang walau cuba ditahan-tahan. Sizuka, masih comel pada mata Nobita. Tambah-tambah, bila Sizuka senyum. Oh, manis! Mereka cuma berdua, di tengah pantai luas. Sizuka meniup belon-belon kecil, dari botol kecil yang berisi air sabun. Dan belon-belon itu melantun lalu pecah satu persatu di muka Nobita. Wajahnya terasa berair, tapi nyaman! Dia sengih-sengih lagi, sungguh suka!

“Hoi, bangunlah!” jerit Dorameon, kuat. Di renjis-renjisnya lagi air laut ke muka Nobita. Nobita tergaru-garu kepala. Lidahnya terasa masin-masin air laut. Digenyehnya liur yang masih lekat di tebing bibir. Dia langsung tersedar. Oh, dia memang di pantai. Tapi, mana Sizuka? Matanya ditenyeh-tenyeh pula. Dorameon di sebelah menyinga, dengan wajah kelat. Terlalu marah barangkali.

“Hisyy, pengotor.” kata Doraemon, menjeling.

“Kita di mana?” tanya Nobita pula, kehairanan.

“Tengok sendiri.” jawab Dorameon, malas-malas. Dia bingkas bangun, menenggelamkan dirinya dalam tanah yang dikorek sedalam hasta tangan manusia. Dan melompat atas-bawah-atas-bawah, konon-konon sedang bersenam di gimnasium.

“Dorameon, saya lapar.” Nobita mengusap-usap perutnya. Tenggelam timbul wajah Doraemon yang sedang bersenam, masuk-keluar-masuk-keluar dari tanah, sungguh memeningkan kepala.

“Doraaaaeemmmoon!” Tak tertahan lagi, Nobita menjerit. Kali ini, Doraemon senyum. Puas mengenakan. Dari jauh, dengan teropong ajaibnya; laksa Penang, rojak, pasembor, buah-buahan kelihatan sungguh menggiurkan. Doraemon terangguk-angguk riang, dan mereka berjalan beriringan menuju ke deretan kedai.

Sesekali, bunyi ombak kedengaran. Angin tak putus-putus mengibas-ngibas daun-daun kelapa. Nobita menjilat-jilat aiskrim yang mencair di jemarinya.

“Nobita, pernah awak baca tentang buih-buih di laut?”

Nobita geleng. Sejak akhir-akhir ini, Doraemon suka berfalsafah. Tapi, dia dengarkan saja, kerana Doraemonlah satu-satunya sahabatnya di dunia. Bila dikatakannya ‘dunia’, Doraemon akan mencelah, ‘akhirat’ juga!

“Ustaz Sinyu pernah bilang, umat Islam pada zaman ini pernah diumpamakan oleh Rasulullah, seperti buih-buih di lautan.”

Nobita menggigit nenas muda di tangan kiri. Doraemon menepis tangan Nobita, sebagai satu bentuk perintah supaya dia makan menggunakan tangan kanan. Nobita tersengih, lalu bertanya:

“Mengapa kita diumpamakan seperti itu?”

“Sebab bilangan kita yang banyak. Tapi, dalam hadis tersebut juga dikatakan; walaupun bilangan kita banyak, tapi kita telah dikerumun seperti orang-orang lapar yang mengerumun dulang berisi makanan.” Doraemon menjelaskan lagi.

“Oh, gerunnya! Tapi sebab apa bilangan kita yang banyak, tak dapat berbuat apa-apa?” Kening Nobita yang jarang-jarang, hujungnya bertaut; rapat.

“Sebab Allah dah menghilangkan rasa gerun musuh-musuh, dan melemparkan rasa wahn dalam hati-hati. Dan wahn itu, adalah cinta dunia, dan takut mati.”

Nobita tersenyap.

“Apakah saya yang awak maksudkan?” tanya Nobita lambat-lambat.

“Pengajaran untuk kita, supaya tidak termasuk dalam golongan yang banyak itu.” kata Doraemon. Kali ini, Doraemon betul-betul serius.

“Nampaknya, halaqah Ustaz Sinyu berjaya buat awak begini. Saya tak suka ke halaqah. Tapi, saya pelik kenapa Ustaz Sinyu tak putus-putus harap mengajak. Walaupun.. err, bukannya ramai pun yang berminat nak ke situ.” Nobita memuncungkan bibirnya. Kemudian, digigit-gigit kuku jarinya pula. Tabiat buruk yang masih tak mampu ditinggalkan.

Doraemon tersengih panjang. Nampaknya, ‘taktik Nabi Khidir’ ini, berjaya juga buat Nobita bersoal jawab.

“Sebab dia merasakan kualiti lebih penting dari kuantiti. Ramai yang ke program agama, tapi program ‘mass’ umumnya, bersifat on-off. Hanya sekitar menyebarkan pengetahuan umum tentang agama, tapi tak ada pembentukan yang kukuh, dan berterusan. Dalam halaqah, kita dibentuk untuk beramal secara berterusan. Diajar untuk selalu bermuhasabah, mengurangkan jahiliyah, dan meningkatkan keimanan dalam diri.”

Doraemon berdehem, kemudian menyambung semula.

“Ustaz Sinyu merasakan, biarlah sedikit, asalkan dibentuknya betul-betul. Tak guna banyak, tapi kefahaman tentang Islam tak betul-betul mendasar. Tak guna banyak, tapi bab akidah dan iman masih tak betul-betul kukuh. Tak guna banyak, tapi tak mampu melawan, hatta nafsu diri sendiri.”

Doraemon puas hati, tapi ternyata Nobita masih berkerut dahinya. Sesekali, matanya mahu terpejam lagi.

“Ehemmm, begini.” Doraemon mengambil sebatang kayu panjang. Dengan kayu sepanjang 15 cm, dia melukiskan badan, kaki, hinggalah ke wajah yang menampakkan seekor binatang.

“Ini, apa?” tanya Doraemon, bingkas.

“Gajah!” balas Nobita yang masih mengantuk. Diketuk-ketuknya Doraemon kepala Nobita dua tiga kali. Ternyata masih tak ada reaksi. 

"Unta, lah!" kata Doraemon mencekak pinggang. Nobita tergelak besar. 



_____
ps: bersambung
*updated: ke Doraemon Nobita II

P.



kawan, adakah kau merasakan hal yang sama sebagaimana aku rasakan?

bilamana aku takut untuk presentation minggu depan, bilamana aku resah setiap kali memulakan halaqah, bilamana aku gemuruh berdepan keramaian, bilamana aku risau dengan persepsi orang-orang, bilamana aku gementar dengan sesuatu dalam hati, bilamana aku sedih dengan pengharapan dan perancangan yang tak menjadi?

bila-bila aku kenang kesemuanya, terasa seperti P; 'Perasaan' macam objek paling menakutkan, menghentam-hentam dari belakang, dan mencabut tenang? adakah 'Perasaan' itu, penjajah era baru? atau telah sekian lama dulu, cuma aku saja tak terperasan?

bila-bila tersedar, aku rasa Islam itu unik. penghambaan hanya pada Dia; seluruh ketakutan dipulangkan pada Dia. dan kemerdekaan dirasakan bila kita memulangkan pemilikan pada yang berhak, yakni Dia. kalau diperhambakan diri pada 'Perasaan', apakah boleh jadi, akibatnya kita tak berganjak? 

atas sebab inikah, di Gua Thur, Rasulullah SAW pernah menyatakan pada sahabatnya, "la takhof, wa la tahzan, innallaha ma'ana?" sebagai ajakan, nasihat berupa teguran langsung, supaya Saidina Abu Bakar R.A menyerahkan pemilikan rasa takut dan sedihnya, hanya pada yang paling berhak memilikinya yakni, -Allah? (at-taubah: 40)

ataukah dari kerana pembebasan dari penjajahan 'Perasaan' ini, sahabat tidak pernah gentar di medan jihad, hingga Anas bin Nadhar tercium-cium bau Syurga di balik Jabal Uhud? dan Shafiyah Abd Muthalib, tanpa gentar telah membunuh seorang Yahudi?

kawan, adakah Perasaan itu penjajah?
kalau tak mengawal, kita yang akan dikawal?

hahh

kawan, ajarkan aku menundukkan takutku (an-naazi'at: 40-41), gementarku (al-anfaal:2), resahku, sedihku hanya untuk Allah. hanya Dia!

bab "ikhlas", dalam subjek "cinta", bikin aku gagal.

bagaimana mungkin malaikat sudi hinggap pada hatinya; menebarluaskan haruman cinta, kalau hatimu sendiri masih belum sejujur dan seikhlas tentera halus langit, hingga lalang pun sering terpanggil untuk disuburkan? 
hmm, usaha lagi.

Thursday, February 23, 2012

11:18 a.m

masa yang berbaki tinggal lebih kurang setengah jam, dari kebiasaan; satu jam berada di dalam kelas tilawah II. tapi, kali ini ustaz terlewat. uniknya, kefahaman sampai sebagaimana satu jam kebiasaannya. alhamdulillah!

dan saya tak terfikir apa-apa melainkan tentang hal yang satu ini; "barokah".

bila ada niat yang baik keranaNya, kesungguhan, komitmen, dan tawakal padaNya, walaupun masa yang ada tidak mencukupi, percayalah, akan ada kebersamaanNya!

yang sulit jadi senang. yang payah jadi mudah. yang gelap, jadi terang. yang bersimpul, terurai-urai; hanya bila ada barokah.

jadi, boleh tak ya kalau kita katakan kualiti=barokah?
subhanallah. oh, indahnya ISLAM!

selamat mencari barokah!



____
ps: tq anis untuk teorinya. akak tengah belajar praktikalnya!
*barokah= keberkatan

Tuesday, February 21, 2012

Cikgu Tamadun.


cikgu, adakah cikgu sedang mengajar kita-kita tentang tamadun dan peradaban?

bila sedar-sedar dalam kelas AAP, berjam-jam cikgu I terpecah-pecah liur menerangkan, hanya untuk satu makalah? tentang kolonial-kolonial bahasa yang cuba menggantikan arab fushah, dengan arab ‘ammi demi menghilangkan al-quran dari dada-dada kita?

bila sedar-sedar dalam kelas Muslim Nations, cikgu II duduk dan bercakap-cakap spontan, dan kita-kita sibuk betul menyalin fakta tentang kebangkitan reformis Malaya demi mengembalikan kesucian agama Islam?

bila sedar-sedar dalam kelas ‘Aqidah, cikgu III tak puas-puas bersyarah, dan nota-nota kita diimbas-imbas semuanya berkisar tentang ‘aqidah Islamiyyah yang bebas dari pemahaman triniti?

bila sedar-sedar dalam kelas GL, kita-kita sedang mendengar teori-teori rapuh yang menjadi kebanggaan Yunani? dan cikgu IV dengan bangga mengatakan huruf alif, ba' dan ta' yang kita-kita belajar hakikatnya adalah huruf pertama di muka bumi?

bila sedar-sedar, dalam kelas US, kita bergelap dalam auditorium dan cikgu V hidangkan kita dengan filem tentang ketamadunan satu kaum yang diceroboh, lalu rakyat-rakyatnya dijadikan 'mangsa korban' buat menyembah Tuhan? 

atau, sebetulnya; 

cikgu I, II, III, IV, V sedang mengajar kita-kita menjadi diri sendiri (Muslim)? atau sedang mendidik kita-kita untuk  lebih menghargai diri? atau sedang membentuk kita-kita untuk mengembalikan "ketamadunan Muslim" dalam diri? atau menyediakan kita-kita dengan Muslim, sebagai jati diri? atau sedang melatih kita-kita untuk bebaskan akal, hati, dan jasad dari kolonial senyap, menuju pemerintahan hakiki?

oh, ajarkan saya lagi cikgu
saya tak mahu jadi mangsa korban penjajahan senyap!

#monolog




_____
"kita dahulu adalah sehina-hina manusia, lalu Allah memuliakan kita dengan Islam; andainya kita cuba mencari yang lain selain Islam nescaya Allah akan menghina kita kembali." -saidina umar al-khattab

fushah: bahasa arab (baku)
'ammi: bahasa arab (pasar)

AAP, muslim nations, 'aqidah, GL, US; antara subjek  sem ini. 

Monday, February 20, 2012

panorama indah; kelas 'aqidah sem II.



ketika kau bisikkan "diam-diam"
dengan bahasa paling lembut,
aku lihat dia, dengan bahasa yang
sama; menyuakan bibirnya 
ke telinga si adik

lalu, kak wa di sebelah mengatakan padaku:
"macam mana ayah dia cakap dengan dia, 
macam tu jugaklah dia cakap dengan adik dia"

tertegun aku.

subhanallah,
ayah, kau sungguh hebat!



_____
"orang yang bijaksana, akan lebih terkesan dengan bisikan, berbanding jeritan" -ustaz pahrol mohd juoi, beduk diketuk

ps: stail jugak ye, lecturer bawak anak-anak masuk kuliah!

Friday, February 17, 2012

07:12


sedang belek-belek origami angsa, sambil-sambil menunggu:


dia: awak tau, kenapa burung ni tak boleh terbang? 
aku: sebabnya? 
dia: sebab.. kita masih 'pegang dia'. dan dia, 'terkongkong'. 
aku: jadi? 
dia: lepaskan dia 
aku: -diam- 
aku ii: ermm.. ataukah, kita terlebih dulu 'ajar' dia terbang?



_____
ps: me'manja'kan diri dengan satu takah, dan me'redha'kan diri dengan kelemahan, hakikatnya mengongkong diri yang mahu bebas. kebebasan adalah pilihan, tapi perlu bimbingan supaya arah tak kesasaran. oh, tarbiyah! #osem

briefing course & sharing moment
shas mosque, iium

Thursday, February 16, 2012

19:24


dari atas pun, megah aku jatuh
menangkap senja yang sederhana!

maghrib/iium

Err.. mentaliti condong?

awal-awal kelas muslim nations in contemporary history, madam terlebih dahulu perkenalkan beberapa terms yang canggih-canggih kedengaran. contohnya macam, imperialism, colonism, globalization, nationalism dan lain-lain. 

sampai kepada definisi modernism, madam tiba-tiba keluarkan soalan bestpunya. 

"apa sebenarnya "modernism"? dan apakah standard  yang biasa kita guna, demi mengukur "modernism"? dan adakah "westernization" dikaitkan dengan "modernism", tapi kenapa?"

ada yang diam. ada setengahnya yang berbisik-bisik.

tapi, teringat-ingat juga kata murabbi dulu-dulu. kata dia, dulu waktu Islam gemilang, waktu Islam menakluk 2/3 dunia, semua orang mahu ikut dengan gaya dan rentak Islam. orang mula berbangga-bangga dengan jubah dan pakaian Arab yang lainnya, dan mencuba-cuba untuk berbahasa Arab, walaupun hakikatnya bukan dari golongan Arab. termasuklah dalam budaya, sosial, dan lain-lainnya.

bila dikaitkan dengan kata-kata murabbi, dan realiti dunia sekarang, dengan term tadi, mungkinkah definisi modernism itu, ada kaitan dengan siapa yang lebih berkuasa? atau siapa yang pegang dunia? dan segala yang mereka keluarkan atau hasilkan, semuanya tampak moden dan stail

hmm. 
mungkinkah, begitu?

apapun, definisi yang manusia bagi, akan selalu membuatkan kita letih dan penat, sebab ianya selalu berubah-ubah. contohnya, dalam fesyen. kalau terlalu diikut-ikutkan, dan terlalu terkejar-kejar untuk seiring dengan 'standard' definisi fesyen (sebagai contoh) masa kini yang berubah-ubah, hahhh pastinya, takkan sudah-sudah. bukankah sangat meletihkan? malah, kita mungkin secara tak sedar telah 'memperhamba' diri pada yang tak selayaknya? 

bila ikut Allah, kita takkan letih, sebab untuk definisi apapun, ianya tetap dan tak berubah-ubah. contoh yang paling jelas, mungkin dalam bab penutupan aurat. malah, kalau dikaji secara dalam-dalam, kita ada sebab yang sangat kukuh kenapa harus begini dan begitu. matlamat kita juga jelas, untuk meraih pandangan Allah semata-mata, selain ada ganjaran pahala di sisiNya.

kata Dia,

“sibghah (celupan) Allah. dan siapakah yang lebih baik sibghahnya daripada Allah? dan hanya kepada-Nya-lah kami menyembah.”
(al-baqarah: 138)

hmm.

tapi, bila sampai part, madam tanya apa beza imperialism, dan colonism, saya.. err.. err..err.. dulu, waktu form 4, kita ada belajar bab 'imperialisme', kan? tapi.. tapi..

apa bezanya eh?
hish =,='

apapun, ('izzahlah) berbanggalah dengan identiti Muslim.
moga Allah redha dengan kita, dan kita pun redha padaNya.


Wednesday, February 15, 2012

ngantuk der. =,='

baru-baru ni, masa daurah, atau APG selalu cakap "konferens-riang", ada slot sirah Rasul. dan malam tu jugalah, mata tak tertahan, nak terpejam juga, walau dah buat macam-macam gaya. kepala pula asyik separa terjatuh dua tiga kali. haih. 

lalu, orang sebelah yang pada mulanya beria-ria cakap, "nak duk sebelah akak!" pun siku sikit, dan pass nota cinta. mata pun terkebil-kebillah sekejap, membacanya. 

begini kata dia:

"bru ni masa ada pt, huda dok sebelah k.rokiah tau. masa tu huda ngantuk sgt. then k.rokiah bisikkan, lawan rs ngantuk!! benda ni bkn utk kita sorg, tp utk umat. sama2 lwn kak!!"

dia akhirkan dengan smiley comel, ikhlas setulus hati. 
aku hanya mampu tenung dia dalam-dalam, dan katakan, "thanks, huda!"

dengan setulus-tulus hati juga;
terlalu terkedu dan terharu!

sejak hari tu, setiap kali mengantuk
walau dalam kelas sekalipun
masih dan pasti terngiang-ngiang:

"benda ni bukan untuk kita sorang, tapi untuk umat! sama-sama lawan kak!"

jangan soleh, tapi tak berdaya guna.
jangan soleh seorang, bahkan seantero dunia!

hmm.
TT_TT

(learning)


_____
ps: eh, sedar-sedar termention pulak nama dia. kalau orang buat yang tak baik, kena simpan-simpan, kan? tapi, kalau orang buat baik kat kita, kena sebut-sebut selalu, kan? :))

Tuesday, February 14, 2012

Hikmah.

"bila kita jaga hubungan kita dengan Allah, maka Dia akan datangkan hikmah untuk kita baiki akhlak kita." -k.an, daurah

Monday, February 13, 2012

14 Februari.



mungkin ini
yang kita namakan,

"susah, tak terhapuskan?
gampang, kita revolusikan!"

subhanallah, pheww
:)





____
ps: gampang? - mudah

Friday, February 10, 2012

sederhana, tapi indah.

mustahil apa, yang kau sibuk-sibuk katakan
kalau ombak dan hafalan solat pun bersatu
bikin satu jalan cerita serba sederhana
tapi, tapi, tapi..indah!

subhanallah, dengan izinNya
--

pak acan: kenapa anakmu?
 
abi: dia tak mau makan masakanku. tak enak katanya. iya, uminya memang pandai sekali memasak. mana mungkin bisa dibandingkan dengan masakanku. 
delisa: bukan tidak enak, abi. tapi, keasinan. 
abi: sama aja. 
delisa: beda, abi. kalau keasinan itu, terlalu banyak garam. hah, dan kalau tidak enak itu, tidak bisa masak, abi.
lalu, abi pun tersenyum, syukur! 
-hafalan shalat delisa, tere liye


--
entah la, rasa suka pulak part ni
heh, ingat kata delisa tu!



_____
ps: teruja macam mana boleh pengarang terfikir nak gabung ombak dengan solat? subhanallah :))
mabrouk; yang sederhana tapi indah itu, manis!