Pages

Saturday, December 31, 2011

Dayang, PGL, dan Hang Tuah.

 babak I:

puteri gunung ledang: dayang, bacakan aku firmanNya lagi. aku jadi rindu.  
dayang: (baca) 
puteri gunung ledang: kau menangis? 
dayang: ayat ini, sungguh indah, serba haru.  
puteri gunung ledang: ajarkan aku lagi, apa kata Dia. 
dayang: sekalipun kau isteri Nabi, itu tak menjanjikan kau di Syurga. sekalipun kau isteri Firaun, itu tak menjanjikan kau di Neraka. (at-tahrim:10-12)
puteri gunung ledang: dayang, bukankah kau tahu Sultan Mahmud sudah aku tolak jauh-jauh. ah, dan bukankah kau maklum, aku belum jadi isteri?
dayang: (senyum) subhanallah, indah! Allah iringkan juga dengan kisah Maryam buatmu, di hujung ayat-ayat ini. dan dia juga antara yang taat pada Allah.
--
babak II 

puteri gunung ledang: kita jauh. kau langit, dan aku bumi. kita tak sama. 
dayang: aku tak faham. kenapa langit dan bumi dikatakan jauh. 
puteri gunung ledang: salahkah? 
dayang: sedangkan bumi sudi menyedekahkan laut, dan langit setia menumpahkan hujan. di manakah jauhnya? dan jangan kau lupa, kita mencintai Pencipta yang sama. 
puteri gunung ledang: ahah (tergelak). kedatangan hang tuahkah yang telah mengubahmu sebegini?
dayang: (senyum simpul) ya, hang tuah punya Tuhan. dan dakwah tarbiyah nenek kebayan!
--
babak III 

tanpa dayang dan puteri gunung ledang tahu, hang tuah sendiri sedang melalui *tarbiyah dzatiyah; *mujahadah solat subuh tiap-tiap hari di masjid.  

he he he
--
babak IV

untuk diari tarbiyah hari ini, dayang tuliskan sejarah baru: 
"andai aku, kau anggap 'langit'mu, dan kau adalah 'bumi'ku, ajarkan aku tentang kerendahanmu. dan tunjukkan aku, sebagaimana bumi pernah mengajar langit mencintainya. aku mahu mencintai kau seperti itu."
--
babak V
hujung 2011; hang tuah dah mula serius *berhalaqah.  xD
2012; erk hang tuah..dayang? itu cerita tahun depan!



_____
"isteri Nabi sekalipun, kalau dia tak nak berubah, TAK JADI jugak! isteri Firaun sekalipun, kalau dia nak berubah, JADI! orang BUJANG? haa, Allah sambung pulak dengan kisah Maryam kat hujung ayat ni (at-tahrim:10-12)" -ustaz muhaimin, seminar dis/2011 

kamus:

*tarbiyah dzatiyah: latihan tarbiyah diri kepada diri sendiri
*mujahadah: berjuang melawan hawa nafsu
*halaqah: usrah

Friday, December 30, 2011

12.32 p.m

bila-bila mendengarkan
ajarkan hati mengatakan;
dia mungkin betul
dan aku mungkin salah






_____
Allah, tundukkan jiwa kebongkakan dan kesombongan. T.T

Thursday, December 29, 2011

(ii)

waktu angin keras menerjah masuk, aku cepat-cepat katup jendela. kain baju yang bersangkut meluru lintang-pukang macam manusia terbang. pintu loker berdentum dua tiga kali sebelum jendela berjaya ditutup, cepat. sapaan angin tanpa aku sedar, rupanya bawa nota-nota.

aku mula terperasan, mungkin di minggu-minggu periksa, bila manusia di bilik saja, uiam jadi sunyi sepi. tenggelam mahsyuk dengan nota-nota. dan ya, mungkin sebab itu angin semacam pengantara, menghubungkan kita yang tadi senyap-senyap saja?

"wow" dulu di mulut, dan aku pun baca kertas nota berangka tadi. dan, "eh, ada huruf-huruf juga?"

satu:
tulis aku pangkal nama
yang kecil-kecil saja
agar tak aku lupa
harus aku merendah 
bila-bila masa

dua:
namun adakala 
kerana kecilnya nama
aku selalu lupa 
besarnya cita-cita

tiga:
(sat na, waktu untuk kopi)

hmm, bila dia kembali
dengan kopinya tadi
notanya sudah terbang
tersemadi, di sini



_____
how i met myself (ii)+ uiam yang sunyi sepi, fuuh~

*nota-nota terbang imaginasi saja. alangkah, kalau benar-benar belaka. :D

Wednesday, December 28, 2011

"hey, cintakan aku dengan hati bukan akal!"


12:33 p.m

"..aku hanya mahu didengari cerita cintaku, kesukaan aku padanya, keinginan jahatku, dan keaiban-aiban yang aku tahu banyak lencongnya dari agama. aku hanya mahu jujur bercerita, tanpa pembohongan walau sepatah. aku hanya mahu tulus menatap matamu, dan bibirku terus bercerita tanpa takut-takut, malu-malu, atau segan-silu. dan kau tetap senyum, setia mendengarkan kerana tahumu, aku sedang masih merangkak belajar mengenal Tuhan.."


namun, sela-sela masa menemukan, mendapatkan pendengar itu mudah.
namun, menemukan pendengar tanpa penghukum itu susah.

maka Allah, didiklah telingaku untuk selalu mendengar tanpa menghukum.
izinkanlah aku yang lulus, menjadi pendengarnya!




_____
teringat kisah Rasulullah, didatangi pemuda yang meluahkan hasrat ingin berzina. erm, personaliti semacam apakah yang Baginda punya, hinggakan pemuda tersebut berani menyatakan hasrat se'keji' itu? 

"bukan soal apa yang dilihat, tapi bagaimana kita melihatnya" -ustaz pahrol #learn. :')

i -Disember.

subhanallah, rasa best baca artikel ni. bukak minda.
tambah part yang beliau kata; bukan kristian musuh sebenar kita.
tapi, benda lain yang dah masuk depan, belakang, kanan, kiri.
hmm.

tapi so sorry. :'( artikel ni agak panjang.
tak dapat nak copy semua.
sharing is loving, atau patut saya kata;
berkongsi tu cinta? heh. :)



+++

"..syed muhammad naquib al-attas sudah lama mengingatkan umat islam tentang dilema yang akan dihadapi umat islam. beliau banyak mencatatkan bukti dan hujah ilmiah yang banyak di dalam karya-karya beliau mengenai sejarah pertembungan kristian-islam. 

beliau sebenarnya telah membongkarkan bahawa musuh utama islam bukanlah kristian kerana kerana agama asal yang di bawa oleh nabi isa a.s telah lama dirubah mengikut nafsu tamadun barat. beliau menulis di dalam bukunya risalah untuk kaum muslimin. beliau mengingatkan kepada kaum muslimin bahawa kita akan sentiasa berkonfrantasi atau bertentangan muka dengan kebudayaan barat.

beliau benar-benar mahu kaum muslimin kenal dengan sebenar-benarnya musuh kaum muslimin bahawa musuh kita yang sebenarnya adalah kebudayaan barat. setelah satu-satu agama yang ditanzilkan Allah swt diselewengkan. sasaran yang yang tinggal kini ialah islam. 


usaha kristianisasi adalah salah satu usaha yang dibelakangnya sebenarnya mempunyai agenda yang lebih besar. perkara ini mungkin tidak difahami dengan baik jika kita malas mengkaji (=,=') dan membelakangkan kepentingan sejarah.."

+++


ajaran kristian masa kini bukanlah lagi hasil daripada wahyu Allah. ataupun tanzil daripada Allah. oleh yang demikian, tidak wajar juga kita meletakkan kelas ajaran kristian adalah agama samawi. yahudi juga begitu. ajaran mereka semuanya telah diubahsuai mengikut hawa nafsu mereka.

oleh yang demikian musuh sebenar umat islam bukanlah kristian itu sendiri. kerana di belakang tabir kristianisasi itu adalah tangan-tangan mereka yang mahu manusia meninggalkan agama. hujah-hujah diatas adalah hujah yang akan dibenarkan oleh penganut kristian. sebagai contoh asas konsep trinity/tritunggal itu sendiri. 

syed naquib al-attas mahu kita bersungguh-sungguh faham, tahu dan insaf bahawa cabaran kita masa kini adalah budaya barat. meskipun kristian adalah agama yang dianuti barat, tetapi sebenarnya kristian itu sendiri sudah tercerna di dalamnya unsur-unsur budaya barat yang kukuh. simbiosis yang begitu murni ini telah mengkaburkan kita antara ancaman budaya barat dan kristinisasi

mengapa budaya barat adalah ancaman yang lebih besar? tidak lain tidak bukan ialah kerana kesannya adalah lebih menyeluruh. bukan sahaja kepada islam. tetapi juga kristian telah menerima nasib yang sangat malang. ajarannya telah dirubah hampir seratus peratus. malah akidah asasnya juga begitu rapuh dan tidak boleh dipegang manusia. 

"kaum muslimin harus insaf bahawa islam itu senantiasa dalam keadaaan berkonfrantasi atau bertentangan muka dengan kebudayaan barat" 
– syed naquib al-attas.

+++



artikel ini, buat saya realize saya masih "buta" tentang ISLAM.
malas ambil tahu, kurang peduli, alpa tak kisah.
terlalu. hmm. T.T






_____
sumber: majalah i/disember; kiristiankah ancaman kita? (hlmn. 20-23)
ditulis: bro. mohd firdaus khairi

Tuesday, December 27, 2011

00:11 a.m


"untuk yang betul-betul mencari tenang, dosa akan selalu menyeksakan hati." -eduiium/hg

(i)


saat tak aku tahu aku ini siapa
kau kata aku ini hitam putih warna
kau kata aku adalah antara tidak-ya
dan aku, kata kau; akan memilih dua-dua





______
(how I met myself; i)
bus stop/iium


Friday, December 23, 2011

Ba'da Subhi.

"kadang-kadang, aku seperti merasakan 'rajuk'-Mu, dan sekejap aku di'tinggal'kan. untuk aku sedar dunia telah mengepung hatiku, dan aku harus segera berteriak atau menangis atau merayu memanggilMu. Allah, kau sentiasa ada, bukan?" (0723)

Draf Khamis (-yang terlupakan).






___
i'll always admire you. huhu xD
221211; last class/modern europe

Thursday, December 22, 2011

11.29 a.m.


sumber: link


semalam dalam kelas nusus syi'riyyah, ustaz 'alaa tanya dalam kelas,
"kenapa dalam perang bosnia, isteri-isteri, anak-anak perempuan diperkosa ramai-ramai? di depan khalayak? di depan suami sendiri? di depan kaum kerabat sendiri? di depan anak-anak sendiri?"
satu kelas diam.

dan ustaz mula jawab:
"sebab dalam Islam, maruah dan harga diri wanita terlalu tinggi. maka, dengan memperkosa wanita-wanita di depan mata kepala mereka sendiri,  itu aib yang sungguh-sungguh, maha dahsyat! mereka mahu Muslim marah, benci, meluat, geram, terseksa fizikal mental.."
bila ustaz cakap macam ni, hmm.
"akankah ada kecemburuan itu lagi, sedang saat ini bapa pun sanggup merogol anak sendiri?" 
"akankah ada kemarahan dan kebencian itu lagi, sedang saat ini kaum hawa sendiri kurang sensitif dengan maruah dan harga dirinya sendiri?" 
"akankah ada kemarahan dan kebencian itu lagi, sedang saat ini ada yang sudah membenarkan 'pemerkosaan' berlaku tanpa sedar?" 

dan ustaz tak jemu-jemu bagi nasihat. untuk ar-rijal, kata ustaz : "jadilah pemuda agama yang bangkit dan kuat. yang bukan hidup semata-mata, mahukan isteri cantik." 

untuk al-mar'ah : "jangan disangka perananmu remeh temeh. bermimpilah untuk melahirkan anak yang luar biasa soleh, sekental Salahuddin Al-Ayyubi merampas kembali tanah milik Muslimin.

kata ustaz lagi: "bercita-citalah yang besar-besar! seorang Muslim harus punya himmah (semangat) luar biasa. harus minta banyak-banyak pada Allah, agar Dia beri kekuatan untuk antara kita yang bangkit menegakkan Islam. dan beranilah untuk bercita-cita!"

dan aku tahu 
ada mimpi yang tak perlu 
terkhabar luar-luar
jauh-jauh, atau riuh-riuh
dalam hati pun Dia dengar
dalam lafaz yang tak tersebut
atau kata yang tak terucap
atau pandangan sayup-sayup
atau mungkin tangis senyap


Dia maklum kau sedang berkata
aku mahu jadi soleh
dan aku, mahu jadi solehah
Allah, tunjukkan jalan
mapankan hati
kabulkanlah










____
"..tegakkanlah Islam dalam dirimu, nescaya tertegaklah Islam ditempatmu.." 

*oh ya, nusus syi'riyyah nie subjek wajib untuk student bahasa arab. belajar syair-syair arab; termasuklah penyairnya, bahasa, isi, kefahaman. kalau dengan ustaz 'alaa ni, khusus untuk syair zaman abbasi dan andalusi. :') #info

Wednesday, December 21, 2011

Tuesday, December 20, 2011

Air dan Tanah.

tubuhnya bagi kau tanah
untuk disepak terajang
siat-siat, atau tikam
atau hancurkan
dengan peluru dan 
senjatamu


koyaklah sesukamu
buraikanlah isi sepuasmu
atau semburkanlah darah 
selayaknya jentera
memperkosa tanah


perbuatlah sesukamu
hingga kau temukan
sedalam-dalam tanah
air mencurah-curah
tak tertahan, tak terlawan
kuat dan menguatkan


jangan kau lupa
yang kau sepakterajang 
hanya tanah


jangan kau lupa
air tak terhancurkan
dengan senjata
atau tanganmu 
yang gagah


jangan kau lupa
dalam tanah ada air
jangan kau lupa
dalam jasad ada iman


jangan kau lupa



______
kelas modern arab; revolusi Mesir 
20122011/hs iium

Draf Selasa.




____
*updated:

dia cakap, dia dah ingat kisah sahabat tu. rupanya, memang tak ada state nama. 
tapi, kisah tu ada dalam new quantum tarbiyah, solikhin abu izzuddin, hlmn. 68

:')

Monday, December 19, 2011

Sesederhana Hujan.



cinta aku sesederhana hujan
turun lewat gerimis halus
di mulanya diam-diam
senyap-senyap
tak terkhabar


cinta aku sesederhana hujan
jatuhnya berani, ramai-ramai
muafakat hasil irama
denting kocaknya
mengindah pandang


cinta aku sesederhana hujan
tak tertuang semua dari langit
dihulurnya satu-satu, perlahan-lahan
tiada tamak, tiada kalut, tiada riuh


cinta aku sesederhana hujan
ke bumi datang dari Tuhan
jauh ingin merosakkan
niatnya hanya menyuburkan


aku mahu sederhana
dalam mencinta
Allah, Kau sebaik-baik
pemberi kurnia


_____
[18:47/sumaiyyah/disember]

Draf Isnin.


Sunday, December 18, 2011

rintih Disember V: "kau sedang pandang aku, kan?"

istac/iium

tak pernah aku faham, mudah saja aku menangis hanya kerana langit. 

guru seperti selalu, bacakan aku sabda Nabi lagi. kali ini, tentang bahagian rahmat dan kasih Allah. kata guru, Allah ada 100 bahagian rahmat. satu dicampak ke bumi, dan 99 lagi, ada pada Dia. kata guru lagi, dengan satu itulah, haiwan sayangkan anak-anaknya, dan kita saling mencintai. 

dan dengan satu rahmat itu, pandangan ummi selalu buat hati aku sejuk. maka, aku mencongak-congak; dengan 99 rahmat, wajarlah bila aku mendongak langit, hati aku tambah sejuk, hingga air mata tak tertahan-tahan.

sejak itu, bila lihat langit, ujar aku tanpa banyak kata:

"Allah, kau sedang pandang aku kan? dengan kasih sayang, kan?"

.. dan aku, akan menangis lagi.

Saturday, December 17, 2011

rintih Disember IV: cinta.


 shasmosque/iium

"..i always imagine that Prophet Muhammad SAW is here, and how He would give us advice. it is sad when i don't understand Arabic and hence i would always need a translator whenever Prophet Muhammad SAW would speak. it is also the same with the Quran, i always need the translator to understand what Allah SWT is saying to me. even the words is translated, the real feeling is not the same.." -samiyya, maldive

"Allah, tumbuhkan kecintaan dalam hatiku, sebagaimana dia mencintaiMu dan RasulMu."

"thank Allah, I found u."

satu tengahari

anis : kakak, dialah yang anis cakap banyak berubah tu.
akak: hmm, macam mana laa agaknya kan dia boleh berubah macam tu? 
anis : you must learn to forgive yourself..
akak: tapi, kadang ada banyak sangat benda yang akak nak fix, sampai akak tak tahu nak mula yang mana satu.
anis : kakak, itu trick syaitan. dia yang menampakkan kelemahan kita banyak. padahal, kalau kita put efforts, insyaAllah kita boleh berubah.

dan aku mula menyedari bahawa ada hal yang tak perlu dikhabarkan pada dunia
cukuplah bercakap-cakap dengan Tuhan bahawa kita sedang berusaha

"thank Allah, I found u."

rintih Disember III: azam.

"Allah, hijablah pandangan dari segala yang tak perlu.." (20 muharram)

# tips: 

1. Allah maha melihat
2. meminta petolongan Allah dengan banyakkan berdoa
3. sedar nikmat datangnya dari Allah, maka bersyukurlah dengan menjaga nikmat itu 
4. berusaha melatih diri untuk menjaga pandangan; sabar!
5. hindari ke tempat-tempat awam tanpa objektif
6. kuasai hati untuk tundukkan pandangan (an-nur: 31)
7. banyak melakukan ibadah sunnah
8. ingat; bumi akan jadi saksi atas apa yang dilakukan
9. tanamkan fikiran pada kewajipan menundukkan pandangan (an-nur: 31)
10. hindari melihat sesuatu yang tak perlu
11. menikah
12. ganjaran menundukkan pandangan; huurun 'ein yang sebaya (an-naba': 33)
13. listkan tentang kekurangan pada benda@orang yang menarik perhatian
14. periksa diri dari waktu ke waktu
15. fikirkan efek negatif kalau sekali memandang
16. faham kewajipan, manfaat, kelebihan dan kemanisan menundukkan pandangan
17. beritahu kerabat supaya menutup aurat demi menjaga pandangan dan hati
18. hindari pujukan @ rayuan syaitan
19. ingatkan diri tentang kematian
20. awasi pergaulan @ percampuran lelaki dan perempuan 

"..nenek-nenek si bongkok tiga, siang mengantuk malam berjaga.."

"..we may not be able to prepare the future for our children but we can at least prepare our children for the future.." 
-franklin d. roosevelt





_____
:')

00:16

"..ada ketikanya, bila jari-jari menyentuh sejadah, betapa aku mahu Kau ada, memelukku, dan mengatakan padaku apa harus aku lakukan. Allah, aku tahu Kau dekat.." (al-baqarah:186)

Wednesday, December 14, 2011

Tak Cukup.



demi keluasan langit
kegelapan malam
kecerahan siang
laut yang tak pernah kering
bukit yang tak pernah runtuh
daun yang gugur
iklim bermusim
bintang-bintang

mengapa tak puas-puas juga
bergantung harap pada tangan
yang tak mampu pun 
menyentuh kelopak
dan menghasil
walau sekuntum bunga?

malah tak mampu pun
menyentuh batin dan membentuk
walau hati dan rasanya
sendiri

kerisauan ada, kerana kebergantungan masih pada yang lemah
dan ya, tawakal belum cukup dan kukuh

Allah, cabut hatiku dari makhluk
dan sandarkan ia padaMu
menyakitkan, tapi aku bebas








_____
"kadang-kadang kita perlu sendiri, untuk tahu letak duduk hati kita di mana. kan?"
--selamat menemukan hati, moga letaknya di 'tangan'Nya. 

sum/iium
pic kredit: fragile

Tuesday, December 13, 2011

Muhammad.

menulis (menconteng) ni, dah agak lama. dan dah agak basi dalam draft. tapi tak taulah kenapa, hari ni terasa pulak nak publish. 
+++


muhammad menyelak catatan lama. terbiar dalam pustaka. kusam sudah, tak terusik. ada catatan, beberapa tahun dulu.

november, 1995
"hari ini, ibu mengajar muhammad mencintai hujan."

--
november, 2011
hari ini, muhammad terpandang lagi dengan mata terkebil-kebil. dan dia senyum teringatkan ibu. muhammad padam tulisan herot-berot dia yang dulunya, dengan satu garis lurus memanjang.

dan, dengan tangan dia yang hari ini, tulisan dia masih herot-berot juga. huh, tak mengapa, dan dia pun tak pedulikan hal yang itu. seni tak pernah memerlukan hukum atau aturan kecuali aturan Allah. tulisan buruk, Allah marahkah? 

maka, muhammad mengutamakan yang lain; makna dan penghayatan!

di halaman yang sama, muhammad tulis semula;
"dulu, ibu pernah mengajar muhammad mensyukuri Tuhan."

dan dia berbisik ke telinga ibu yang sudah separuh tuli:

manusia berubah, bila kefahaman bertambah
makin mendekat fitrah, bukankah lebih indah?
terima kasih, bu

tapi..tapi..
siapa muhammad?


ingin sekali, aku katakan padanya:


bolehkah kau pula 
ajarkan aku
tentang cinta-exam
walau sekejap?


hah, Allahhu Musta'an!


(haa, part ni baru ditambah sekitar dua minit yang lalu)




+++
tercetus ketika menyusur koridor sumaiyyah saat hujan november mencurah-curah di gombak

11.11 a.m

Tuhan
maaf, untuk terkadang kalinya aku tak mampu
menyembunyikan aib-aib yang terzahir
kerana masih juga dalam selok-belok
hidup, jahiliyah itu masih benar menghantui
jasad dan hati

Tuhan,
ini benar-benar manusiawi, bukan?
dan aku tak pedulikan penghakiman
kerana Maha Adilmu lebih berhak menentukan

namun, jadikanlah aib-aib itu ibrah
moga yang merasainya, tahu bahawa dia tak bersendiri
dan ada yang menemaninya, di jalan mujahadah pahit
peneman itu, mahu sekali; aku, Tuhan!

iringi perjalanan aku dan dia, kuatkanlah aku dan dia
setempang apapun langkah dan sekotor apapun hati
di dalam hati, sesungguhnya aku dan dia tahu
masih terwujud fitrah, masih ada Engkau

selalu, selalu, dan selalu

keterlaluankah?

kadang-kadang mahu aku 
diam saja sendiri-sendiri
dalam 'gua', tak mahu peduli

--
mahu aku bebas tanpa sakit
menghunjam benak hati
mahu aku indah-indah
tanpa fikir payah-payah
mahu aku layan hati, jiwa
selera, kehendak, aku suka

--
tak mahu aku layan remuk jiwa
sakit ditolak, derita merana
tak mahu aku ke sana ke sini
bina diri, yang aku tak reti
tak mahu aku panjat ukhwah
kerana nantinya luka berdarah
tak mahu aku lelah berpenat
kerana inginku sedia terpahat

TAPI

--
selang masa hidup di dunia
pernahkah aku bertanya
walau satu, dua, atau tiga
mulianya hamba di mana
dan akhirnya dia ke mana

--
10 tahun di Mekah, sahabat menyerah
ikhlas ditarbiyah oleh Rasulullah
lalu dengan dua, tiga, tahun 
sekejap merangkak-rangkak
apakah mahu aku kecap
sedangkan pahit tak mahu telan
lalu manis apa ingin ku rasa?

--
kalau bina diri itu mudah
manakan kekentalan Umar
menangis mahukan hati
yang lembut, tulus, halus

kalau bina diri itu mudah
manakan Ka'ab harus tunggu
40 hari tangiskan dosa
40 hari taubat diterima

kalau bina diri itu mudah
manakan perempuan Ghamidiyah
ikhlas menunggu anak dilahirkan
sedia menunggu anak disusukan 
mahu direjam bertemu kematian
mahu kesucian bertemu Tuhan

--
kalau dakwah itu mudah
mengapa Rasul perlu bersusah
tiga tahun menempuh boikot
sedang saja, dia kekasih
bila diminta tiada hijabnya?

kalau dakwah itu mudah
mengapa Rasul harus berdarah
mengapa sahabat harus bersusah
di Badar, di Uhud, di Khandak
di Thaif, di Tabuk, di Khaibar

--
Allah..

dan aku pun belum menitinya
namun telah terasa beban-bebannya
apakah jenis manusia yang tagih rehat
mahu aman, ingin selesa, tamak dunia
sedang ia lebih jijik dari cacatnya kambing
yang telah mem'bangkai' dan mem'busuk'?

Allah..

dan keterlaluankah ku mahu kau ada
memutuskan hati dari dunia
melepaskan jiwa dari fana
menghamburkan semangat, kata-kata
memenuhkan harapan dan cita-cita

--
sekalipun aku sekadar guru, pensyarah 
atau suri rumah atau penulis
dan kau arkitek, insinyur, doktor
wartawan, atau apa-apa saja
medan beda, hijrah kita sama
mendekat Dia, membawa manusia

tapi, tiap akhir ada mula
kalau mula, harusnya bagaimana?
keterlaluankah, ku mahu kau ada?
mahukah, di jalan ini kita bersama?

:')



______
"..apakah kamu puas dengan kehidupan dunia sebagai ganti kehidupan akhirat? padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit.." -at-taubah: 38

"..pembentukan diri memerlukan proses, landasan, prinsip, kesukaran dan lain-lain.." -murobbi, halaqah