Pages

Saturday, August 27, 2011

sampaikanlah, walau sepotong ayat.



Bismillah.

Saya rasa sungguh teruja untuk kongsikan ayat ini. (moga perasaan ini dari Allah, amin.)

Sebab baru terjumpa, setelah belek-belek terjemahan Al-Quran.

Selepas sedikit kecemburuan melihat Adik yang bersungguh menyemak ayat-ayat, sesudah helai demi helai dibaca, saya pun ingin sekali meniru. Xièxiè, adik manis.

Dan ya! Mungkin saja, kita boleh ambil 'ibrahnya bersama? Walau sepotong ayat? :)

"Dan apabila mereka mendengar perkataan tidak bermanfaat, mereka berpaling darinya dan mereka berkata, "Bagi kami amal-amal kami, dan bagimu amal-amalmu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang jahil." 

[Al-Qasas: 55]

Rasa macam pap!, terpukul. 

Kalau semak balik ayat ini, perkataan sebenar yang digunakan untuk terjemahan "perkataan-tidak-bermanfaat" ialah "lagho" dalam Al-Quran. Dan, Allah tujukan sifat meninggalkan perbuatan yang sia-sia ini, khas kepada orang-orang yang beriman. 

Untuk segala perkataan yang lagho, perbuatan yang lagho, hati yang lagho, dan segala-galanya yang lagho, benarkah diri ini telah berlepas darinya? Lalu, berimankah kita?

Allahhu Allah.

Mohon Allah palingkan cinta dari sesuatu yang lagho. Kuatkan azam untuk transformasi dan reformasi kepada manifestasi amal. Dan tanamkan cinta hanya, hanya untuk Dia. Walau mujahadah kita menuntut kesukaran, kepayahan, dan kegagalan apa pun.

Sekalipun kita berkasih, bercinta, dengan orang atau barang, biarlah  datang dariNya keranaNya untukNya. Bukan dari nafsu yang kita cinta, lebih dari Dia.

Amin.





___
kredit pic: brotherhoodarts.
dengan caption yang tertulis:

"..a husband and wife pore over the pages of the holy Quran after tarawih prayers at the Steel Mosque in Putrajaya, a sweetly comforting sight :) .."   

*subhanallah! jzkk untuk adik jugak, untuk pic tu.


Friday, August 26, 2011

entri kompleks buat makhluk kompleks yang komplikasi.

 
butterworth, penang. april. 
 

Penang.
Hujan. 
Lebat.

Tergelak baca post yang lama-lama. Sekalipun, yang semalam. Kalau menulis mengikut rasa hati, tentulah berubah. Hari ini, rasa yang lain. Esok, lain pula. Tapi, kadang-kadang ada tercuit malu dengan diri sendiri, khas untuk post yang ntah-hape-hape. Apapun, jadi inzar buat diri. Saya cuba. Cuba untuk, ermmm; POSITIF.

Lebih-lebih lagi entri yang terkebelakang. Bulan lepas, tahun lepas. Ampun, kalau ada yang tidak selari dengan diri yang sekarang. Maaf, kalau ada keyakinan yang berubah. 

Manusia berubah. Prinsip dia berubah, dari apa yang dia lihat. Dia rasa. Dia belajar. Dia cerna. Dia alami, dan segala-galanya. Terbentuk menjadi tabiat, akhirnya sebati menjadi akhlak. Malah, insan dan objek sekeliling juga mutu penyumbang dalam perubahan itu. 

Cumanya, proses berubah itu perlu waktu. 

Penyesuaian "dia" dengan "prinsip" yang baru, adakalanya menuntut pelbagai perubahan dan jalan untuk ditempuhi. Dia harus mencuba yang kanan dulu, dan kalau tidak selari, dia akan mengubah haluan ke kiri. Kalau tidak cocok, dia cuba yang lain lagi. Depan, belakang dan seterusnya. Lagi, dan lagi. Sampailah ke tahap akhir, hingga dia benar-benar yakin, itulah ketenangan yang dia rasakan. 

Dan, dengan jawapan itulah, dia terima sebagai prinsip hidup, langsung berpegang teguh dengannya. Dan, tentulah ianya wajib selari dengan syariat Allah.  
 
Namun, masanya panjang. Kerana "keyakinan" itu tidak datang dengan sendiri. Hakikatnya, datang dengan pertambahan ilmu dan iman. Untuk membina keyakinan yang benar, dia perlu belajar lagi. Kalau dihitung-hitung, sangat lama bukan? Untuk dia mengecap gagal sebelum berjaya, merasai pahit sebelum manis, mencari sebelum menemukan, dan lain-lain. 

Dan, dalam proses pencarian itu, wajar ada salah silap. Kekeliruan, pemberontakan perasaan, kecelaruan dan sebagainya, hinggalah dia mampu yakin, bahawa jalan ini betul. Jalan ini salah. Cara ini silap. Langkah ini tidak tepat dan sebagainya. Hanya setelah dia melalui kiri kanan, depan belakang yang ditempuh sebagai langkah percubaan demi menemukan yang benar tadi. 

Dan ketika hujan masih melebat, angin menderu-deru, tertanya-tanya.  
Saya, komplekskah, sekompleks entri ini? =,='

Ternyata, masih juga proses mengenal diri sendiri.

Hanya sekadar renungan, dan muhasabah.. buat;

DIRI.

Ya Allah, lorongkan jalan. Selalu.
Ameen.

26 Ramadhan. 




____
selamat 
menghidupkan 
malam
dua puluh tujuh
ramadhan. 


(:



Thursday, August 25, 2011

kalaulah cinta itu macam supermarket.

Kalaulah cinta itu macam supermarket. Supermarket yang ada motto lebih kurang Giant, "Banyak pilihan harga lebih murah" ataupun ala-ala Tesco, "Every Little Helps", atau seperti Jusco, "My Kind of Store" atau Watson; "My personal of store". Paling lekeh pun, gaya Zon Ria dengan motto mesra "Riang Ria Bersama Zon Ria".

Tak ketinggalan juga supermarket cinta dengan motto yang panjang, tapi agak stail, "Real love, is not a sickness or an addiction. It is affection and mercy. " Kalau terasa-rasa nak beli produk cinta, macam selalu, kita harus semak harga. Tapi, kali ini harga tak disebut melainkan hanya akan terpapar dua kenyataan saja. Sama ada barang-barang cinta yang kita nak beli tu, datangnya sebab "sickness/addiction" ataupun memang tepat "affection/mercy".

Alangkah! Senanglah nak beza. Mudahlah nak memilih.

Tapi manalah ada supermarket yang jenis itu. Sebab kita makhluk istimewa, "ahsanu taqwim" ciptaan yang Maha Hebat. Kita ada hati lebih hebat dari supermarket atau mesin harga buatan manusia.

Hati yang boleh semak, sama ada kita rasa sickness ataupun mercy. Addiction ataupun affection. Hanya kerana mungkin makin gelap, makin rosak, maka makin tak terasa.

Daripada Waabisoh bin Ma’bad r.a., katanya: “Aku telah datang menemui Rasulullah s.a.w. lantas baginda bersabda: “Adakah engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?” Aku menjawab: “Benar.” Maka baginda pun bersabda: “Mintalah fatwa (bertanyalah) kepada hatimu, kebajikan ialah sesuatu yang jiwa dan hati merasa tenang terhadapnya, manakala dosa ialah sesuatu yang menimbulkan perasaan serba salah dalam jiwa dan menggelisahkan dada, sekalipun berbagai fatwa yang diberikan oleh manusia (bahawa ia adalah halal atau haram).”

[Hadis riwayat Imam Ahmad].


Kadang-kadang, terlebih belanja beli barang.
Dan, kadang-kadang juga tersalah memilih.

Allahu Ghofur, ampunkan kealpaan dan kecuaian kami.
Bersihkan hati, agar mudah kami nampak dan rasa.

Amin.






_____
"Real love, as Allah intended it, is not a sickness or an addiction. It is affection and mercy."  Yasmin Mogahed. 

ramai betul orang di -the store- minggu lepas. sibuk-sibuk membeli keperluan raya, mungkin? ya Allah akankah kami bertakbir dengan penuh kemenangan? layakkah untuk merasa kemenangan? tercurahkah rahmat? terampunkah dosa? untuk hari yang berbaki, berilah kekuatan berganda demi menikmati RamadhanMu sepuas-puasnya! :'(


Wednesday, August 24, 2011

24 Ramadhan.

Hmmm, entahlah. 

Adakalanya kita tak perlukan pendamping-pendamping yang hebat untuk menegur dan menasihati. Cukup dia-dia yang boleh kita hormati dan kagumi kesederhanaannya. Buat kita rasa betapa hinanya "mulia" yang kita rasakan, dan betapa tingginya "ego" yang ada dalam hati. 

Akhirnya, melahirkan bimbang dan sesal; bahawa  kita mungkin beramal dalam "bangga" yang kita tak sedar. Sehebat-hebat, dan sesempurna yang kita cuba jadi, masih juga ada karat yang tertinggal; mungkin ego, bongkak, sombong, dan mungkin riak yang diam-diam cuba menghuni hati?

Itu nasihat yang sempurna! 

Rahsia hati milik Allah. Cukuplah, aku yakin dan tahu, Kau Maha Tahu. 

24  Ramadhan.

Tuesday, August 23, 2011

aku dan pari-pari senja.

Langit ungu magenta. Bertompok-tompok dengan jingga yang samar-samar. Celahan buat anak burung main-main dulu sebelum pulang. Pedulikan warna langit, aku lebih selesa melontar batu ke tengah tasik. Kilauan tenang yang mengujakan. Dua tiga ketul batu sebesar genggaman, jadi panah. Entah, buat siapa. 

Lama-lama pusaran makin ligat. Makin laju. Makin terganggu. Dalam sedar, rupanya kilau itu makin bercahaya, menyilau pandangan. Dan tiba-tiba, dia muncul. Kehadirannya benar-benar mengerdipkan mataku berulang kali. 

"Giselle? Giselle, Enchanted?" Tanya dia sambil sayapnya dikibar-kibarkan. Uniknya, warna sayap persis bendera Malaysia. Soalan tak bersambut, aku hanya tergelak kecil sebab dia macam pengibar tegar Jalur Gemilang. 

"Manakan? Sedang loghat dia lain benar." Aku berbasa-basi dalam hati.
 
"Oh, ini Malaysia. Tanah Melayu, dulu kala. Maafkan aku, teman. Aku lupa." Buat kali kedua, hati aku teruja. Dia yang berwajah pan-asia rupanya lulus berbahasa Melayu. Aku tenung dalam-dalam. Dia menundukkan kepala, tanda hormat. Aku sekadar melontar senyum.  


"Lalu, kalau kau bukan Giselle. Siapa namamu? Tun Fatimah? Atau Hang Li Po? atau Cik Siti Wan Kembang?" Kali ini, dia terbang dekat. Melingkar di kepalaku yang bertutup. 

"Aku.. aku."  Suaraku tersekat-sekat. Dia melirik manja. Sayap Jalur Gemilangnya dikipas-kipas lagi. 

"Oh, tidak mengapa. Teman, aku pari-pari senja. Peneman susahmu. Penghibur laramu. Katakan, apa hajatmu? Akanku tunaikan."

Aku lagak kisah dongeng Cinderella, tanpa pakaian cantik yang didatangi pari-pari. Atau pari-pari tua dalam sinetron Bawang Putih Bawang Merah, ya? Ataukah aku ada menggesek mana-mana tembikar seperti Aladdin.. eh, Aladdinah? Ah, pedulikan. 

"Kau mahu ke pesta tari, tapi tak punya pakaian indah? Atau kau mahu ke Zauk, tak punya BMW? Atau kau mahu menemukan cinta sejati dari pemuda tampan? Atau kau mahu rasa kilau emas dari Habib Jewels?" 

Aku terpempan. 

"Tidak. Itu bukan budaya kami, negara Islam. Aku Muslimah." Kata-kataku buat dia tersentak. 

"Oh, namamu Muslimah?"  Aku mengangguk, mengiyakan.

"Namaku Muslimah. Namun, hatiku juga Muslimah, dan seluruh hidupku harus Muslimah. Prinsipku bertentangan dengan segala tawaranmu." Kataku, bangga. 

Dia mengangguk-angguk. Dia senyum dengan cara tersendiri. Peliknya, tetap manis tanpa gigi. Serasa aku juga, lidahnya biru laut. Oh!

"Kalau begitu, aku tahu apa mahumu. Kau mahu jubah kilat-kilat? Atau sepersalinan kebaya moden? Atau selendang dengan bonggol meninggi, buat tampak ranggi? Atau tudung dari kain bawal yang tipis dan selesa?"

Aku geleng lagi.

"Maaf, sudah aku katakan. Aku Muslimah yang Muslimah. Muslimah yang berpegang pada syariat dan hukum Allah. Dan aku cukup berbangga dengan itu."

Wajahnya memerah. Tidak puas lagi dengan itu, dia membangga-bangga diri. Merisik diriku, tanpa jemu. 

"Kalau itu mahumu, aku beri kau tudung labuh. Aku beri kau sepersalinan kurung sopan. Aku penuhkan di dadamu, dengan ilmu. Aku corakkan pemikiranmu, biar matang. Aku tampakkan kau 'alim di depan semuanya. Lalu, kau akan dipuji-puji. Bukankah itu akan membanggakanmu, wahai Muslimah? Err, maksudku, membanggakan agamamu jua, seperti yang kau mahu?"

Aku terdiam sejenak, memikir. Camar senja menghilang. Tinggal pondok yang bercahaya terang disinar lampu dinding. Bunyi air yang ligat. Dan juga, dua tiga ekor nyamuk yang nyet nyet, tak putus asa mencari darah. 

Dia senyum manis-manis. Sepertinya, pancingannya cukup mengena. 
"Duhai pari-pari senja, bolehkah kau jadikan aku..?" 

Tanpa sempat menghabiskan kalam, dahiku terasa gatal. Pap! Aku tenyeh kuat-kuat. Darah merah kelihatan pada telapak tangan. Sambil dalam hati menyumpah-nyumpah, "Cis, nyamuk! Berjaya juga kau." 

Langsung hati cepat-cepat pula beristighfar. 

"Izinkan aku.. Izinkan aku jadi perempuan sederhana. Yang mencintai akhirat. Kabulkanlah!"  

Aku sedar dari mimpi. Mujur sekali, doaku pada Allah, bukan pada pari-pari. 

Astaghfirullah, syirik tu!



[11.50 p.m/malam 24 ramadhan]







_____
indahnya kalau dapat jadi perempuan sederhana yang belajar mencintai Allah, belajar mencintai Rasulullah, dan belajar mencintai akhirat. tambah kalau ada pendamping-pendamping yang belajar jugak, lagilah.. subhanallah, best!

amin ya Allah, amin. :) 


Monday, August 22, 2011

yang ditunggu-tunggu.


"kalau kita sudah merasai syurga rumahtangga di dunia, insyaAllah kita akan merasai Syurga yang benar-benar di akhirat kelak."


-[ikim.fm, pagi 20 ramadhan, ustaz pahrol; segmen mukmin prof..kot?]


Sunday, August 21, 2011

pagi yang macam baik sikit.

"sebenarnya meniti jalan taqwa ini ialah sebenarnya bukan kita cerita tentang perbuatan dan amalan, tetapi kita bercakap tentang raja yang ada dalam diri, sampai hati rasa sayang pada apa yang Allah sayang.."

"Allah sayang puasa, kita sayang puasa, kita buat akhirnya."

"Allah sayang solat. dengan sebab Allah sayang, maka Allah berikan hadiah itu pada orang beriman. maka kita sayang benda yang Allah sayang." 

"bila kita nampak perkara ini, kita akan dapat lihat, rupanya ada satu garisan yang halus di antara AMAL dengan TAQWA yang ada dalam hati..

..kerana ramai orang solat, tapi tanya lubuk hatinya, suka tak solat? kita solat kerana terpaksa, bukan kerana kita sayang perbuatan solat.." 

[topik jumaat ikim.fm; meniti jalan taqwa, ustaz zul ramli m.razali]

herm, betul. T.T






____
-muat turun? sini.

selepas empat rakaat terawih.

"dik, akak rasa kan, tak kisahlah sapa pun yang bagi tazkirah, best atau tak best, kita mesti kena dengar jugak. sebab, kita taktau bila Allah nak bagi hidayah. manalah tau, dari kata-kata dia yang biasa tu, hati kita boleh tersentuh?"

semalam, terdengar.

di IKIM.fm, ustazah cakap, yang lebih kurang:

"Ramadhan adalah latihan. Kalau kita seorang yang pemarah, jadikan Ramadhan sebagai latihannya. Hari pertama, kira bilangan kita marah. Dua, tiga, empat, lima? Catatkan kesemuanya, hinggalah hari terakhir.

Dan perhatikanlah,

Kalau kemarahan berkurang, ucapkanlah "hamdalah"; alhamdulillah.

Kalau kemarahan masih bertambah-tambah, ucapkanlah "hawqala"; la ḥawla wa la quwwata illa billah, dan berdoalah sebanyak-banyaknya, mohonlah dengan tamak-setamaknya.

moga Allah perbaiki akhlak kita lagi.."










_____
betapa rasa nak menangis, macam ditopup-topup balik semangat. alhamdulillah! jadi, tak mengapa kalau hari demi hari masih ada cacat. kita belajar, lumrah ada salah. Allah Maha Tahu, kita sedang usaha. soal natijah, biar Allah uruskan. soal usaha, kita tambahkan lagi. 

untuk hari-hari yang masih berbaki, terus semangat! :')  

*ada apa dengan 21 ogos?

sayang, lupakan itu. untuk kali ini.



"sayang, kau tahu, kau di sini bukan sekadar melahirkan zuriatku, atau menguruskan rumahku. kau di sini untuk menghirup madu dari buku-buku."

"aku masih boleh mencuri waktu membaca di celahan kewajipanku."

"lupakan itu untuk kali ini. malam ini, tak perlu kau buka gamismu, tetapi bukalah buku-buku. zuriat kita, biar aku susukannya. rumah ini 'kan kucarikan pembantu."

"kalau sesekali kurindu memasak dan mengurus rumah?"

"waktu-waktu begitu, ketika kau sibuk memotong daging, atau menyidai baju, seperti Manguel membacakan buku untuk Borges, aku akan membacakan untukmu."

[sumber] : link 


_____
*wiki: "..as Borges was almost blind, he would ask others to read out loud for him, and Manguel became one of Borges' readers, several times a week from 1964 to 1968.." 

Saturday, August 20, 2011

booster hari-hari akhir.

Bismillah.

"Intipati TAQWA ialah "mengekalkan tahap sedar" dan "kawal diri" agar ruang antara kejadian dan tindakan cukup luas untuk membuat pilihan yang betul dalam kehidupan.." 

"Kecacatan TAQWA tidak hanya menjejaskan spiritual (yang kononnya boleh disorok), tetapi turut mencacatkan fizikal, intelektual, dan emosional.."  

"Harga menjadikan Aidilfitri sebuah pesta ialah ter-KORBAN-nya 10 malam terakhir Ramadhan. Pilihlah keutamaan berpandukan iman, bukan keinginan."

[Ustaz Hasrizal Abd. Jamil]




Buat diri yang hilang, buat diri yang terleka, buat diri yang terlupa.

Sabda Rasulullah S.A.W.:
"Jika pun berlaku hari kiamat, di tanganmu masih ada benih pohon kurma, jika kamu berkesempatan menanamnya, maka hendaklah kamu menanamnya." 

Biarlah setewas apa pun mujahadah, jangan pernah sesekali mengalah. 
Dia Maha Tahu, ada saat kita tandus semangat, ada masa kita lemah.
Hilangkanlah ragu, tanamkanlah percaya, optimislah dengan Allah.

Dia Ar-Rahman, Dia Ar-Rahim. Siapa aku untuk mengukur nilai kasih dan jumlah cintaNya? Ukurlah pada dirimu. Sebesar apa harapanmu. Setinggi mana keinginanmu.

Tebuslah dengan 10 yang masih berbaki. Sedangkan saja andai kiamat, masih disuruh menanam kurma, apatah lagi 10 hari yang masih tinggal, harus cepat-cepat merebut peluang, menanam amal. 

Moga terus semangat beramal. Moga Allah terima harapan dan kesungguhan..

Amin ya Allah.
Amin.

  

Friday, August 19, 2011

harapan yang tak pernah mati.

dalam renyai-renyai hujan
yang sekejap riuh, sekejap sepi
petanda hati sekejap hidup sekejap mati

bolehkah ditangisi lagi
dosa-dosa seperti
hujan membasahi bumi

aku budak kecil yang menangis
menjinjat gapaian lolipop manis
tak kisah, betapa banyak
perlu melompat
atau perlu menangis

aku masih mahu
mahu berharap
diberi malam yang manis.




____
ya Allah, ikhlaskah hati? 
cubalah, cubalah.

If you really want to learn something, then you have to LOVE it or BELIEVE in its importance.



#Muslim tu apa?

"Seseorang tidak boleh disebut Muslim kerana alasan-alasan yang tersebut di atas. Seseorang tidak disebut seorang Muslim kerana ia tergolong dalam satu kelompok bangsa tertentu. Tetapi seseorang dikatakan Muslim apabila ia menerima Islam sebagai agamanya." (pg. 11)

#Nak jadi Muslim, harus usaha, bukan taqlid buta (yes man!).

"Anugerah Allah yang terbesar yakni SEBUTAN sebagai orang Muslim yang anda nikmati itu, BUKANlah suatu harta kepunyaan bangsa atau kesukuan yang langsung anda warisi dan terus melekat pada diri anda selama hidup, baik anda sedari atau tidak. Tetapi, ia adalah suatu HARTA yang harus anda peroleh dengan USAHA." (pg. 12)

#Betul terima Islam?

"Erti menerima Islam: Wajib dengan penuh kesedaran dan kesengajaan menerima apa yang telah diajarkan oleh Rasulullah, Muhammad S.A.W, dan bertindak sesuai dengan ajaran tersebut." (pg. 12)

#Harus ada ilmu.

"Seseorang yang LAHIR dari orang tua yang berdarah BANGSAWAN akan menjadi bangsawan, walaupun ia tidak memiliki pengetahuan apapun kerana ia lahir sebagai bangsawan, maka ia akan tetap disebut seorang bangsawan sampai akhir hayatnya. TETAPI, seseorang tidak dapat menjadi seorang MUSLIM tanpa memiliki PENGETAHUAN, kerana Islam tidak diperoleh kerana faktor KETURUNAN, tetapi kerana PENGETAHUAN." (pg.13)

#Belum tentu Muslim. 

"Seseorang yang dilahirkan di tengah-tengah keluarga Muslim, berpakaian seperti seorang Muslim dan menyatakan dirinya sebagai seorang Muslim, sebenarnya dia bukanlah seorang Muslim. Kerana seorang Muslim yang sebenarnya hanyalah seorang yang TAHU apa makna Islam yang sebenarnya dan menyatakan KEIMANANnya dengan penuh KESEDARAN." (pg. 13)

#Jaga-jaga. 

"Memperoleh atau kehilangan kurniaan Allah yang terbesar itu, adalah TERGANTUNG seluruhnya pada PENGETAHUAN. Bila anda tidak punya pengetahuan untuk itu, anda sama sekali TIDAK akan dapat memperoleh kurniaan itu. Bahkan kalau anda mempunyai sebahagian kecil saja dari anugerah itu, maka kerana KEJAHILAN anda, anda akan selalu TERANCAM bahaya kehilangan milik anda itu." (pg. 14)

#Mengerti.

"Setiap orang Muslim mestilah mengerti benar-benar risalah yang dibawa oleh Rasulullah SAW ke dunia ini. Ia mestilah mengerti benar-benar aturan hidup mana yang mesti ditegakkan di dunia ini, dan aturan hidup mana yang wajib dimusnahkan dan diganti." (pg. 16)


-manhaj hidup muslim
-abu a'la al-maududi, syed qutb.




____
dulu-dulu, tak pernah nak baca buku macam ni. dan taktau bila mula terasa nak baca. ilmuwan yang menulis dengan hati, buat kita rasa nak highlight semua benda. sebab hati kita yang disentuh, bukan semata akal saja. betapa, betapa jahilnya diri. hmm. 

e-books: dida, islamic e-books, kalamullah.com, 4shared upm 
kredit pic: sumber

gelap.

nuansa hitam pekat gelap
macam mahu cakap
tapi diam senyap
tahu orang hendap
tapi tak tahu siapa dan berapa kerap.

jangan disalahkan Islam yang sedia tetap
salahkanlah Muslimku yang sekejap-sekejap.

rasakanlah sendiri.

kadang-kadang rasa indah
dapat mengamuk dalam diam
tanpa peduli

lalu bangkit lagi
sebab mula sedar diri
bahawa ada hukum, ada syariat,
ada Dia yang abadi.

cuma, kadang-kadang
kita perlu belajar
belajar merasai
pahit sendiri
terbuang sepi
hati yang mati.

ya, perlu rasa walau sekali.
rasalah, rasa sendiri
pedulikan duli.


____
kadang-kadang terfikir, kenapa dulu blog ini dipilih dengan nama sendiri?

omong-omong kosongkah?

bisakah dipandang tulis
cakar ayam itu
menguatkan diri sendiri.
dalam bentuk lain
err, mungkin?

bukan cerita-cerita kosong
pelepas emosi yang sungguh kasihan

sekurang-kurangnya, satu seni
warisan, bahawa semalam cacat
hari ini lebih baik
dan esok cemerlang?

ah.
kadang-kadang, aku tak
faham diri sendiri.




_____
sebab diri sendiri pun sukar ditelah, janganlah dicari-cari orang punya salah.
sibuklah, sibuk menghitung-hitung aib diri yang tak akan pernah sudah. 

selera-selera bahagia dan terseksa.

"hendaklah engkau memiliki rasa malu yang kuat, berperasaan sensitif, sangat mudah terpengaruh (peka) oleh kebaikan dan keburukan; yakni munculnya rasa bahagia untuk yang pertama, dan rasa terseksa untuk yang kedua. hendaklah pula engkau rendah hati tanpa menghina diri, bersikap taqlid (yes man), dan terlalu berlunak hati. dan hendaklah engkau menuntut -dari orang lain- lebih rendah dari martabatmu untuk mendapatkan martabatmu yang sesungguhnya." (pg. 178)

"hendaklah engkau menundukkan pandanganmu, menekan emosimu, dan memotong habis selera-selera rendah dari jiwamu, bawalah ia hanya untuk menggapai yang halal dan baik, dan hijabilah ia dari yang haram, dalam keadaan bagaimanapun." (pg. 182)

-hasan al-banna, rpim.



_____
e-books: didaislamic e-bookskalamullah.com, 4shared upm

semalam, ustaz cakap.


"boleh saja Allah bagi kita mengantuk,
kalau taknak kita sebagai tetamu Al-Qadr."


Thursday, August 18, 2011

tapi, aku kalah.

bisingmu dari kata-kata
riuhku pada perkataan

bolehkah kau diam berhari-hari
mampukah aku juga diam

ada puasa diam?
ku mahu, sekejap.

persembahan Ramadhan
latihan bulan-bulan depan
buang ralit
mahsyuk zikir

tapi, aku kalah.

Gerbang.



Andailah tidak mampu untuk istiqamah,
Sekurang-kurangnya istiqamahlah dalam azam, untuk istiqamah.

Gerbang Al-Qadr makin dekat, makin hampir. Salam Juang!





___
The Prophet S.A.W said: "If you are truthful with Allah, then Allah will deliver to you what you wish for." 
*[ramadhan-18, malam ke-19.]


pic: andrew wyeth.

Monday, August 15, 2011

terawih yang sejuk.



"..maka pada satu hari ia ingin sekali menangis sambil berjalan tunduk sepanjang lorong itu. ia ingin pagi itu hujan turun rintik-rintik dan lorong sepi agar ia bisa berjalan sendiri saja sambil menangis dan tak ada orang bertanya kenapa.

ia tidak ingin menjerit-jerit berteriak mengamuk memecahkan cermin membakar tempat tidur. ia hanya ingin menangis lirih sambil berjalan sendiri dalam hujan rintik-rintik di lorong sepi pada suatu pagi.."




kebelakangan ini,
hujan malam-malam.

mungkin buat menangis lirih,
sambil mengadu sendiri,
dalam hujan renyai-renyai
di rakaat-rakaat
pada suatu malam.

hah, terawih yang sejuk.

Sunday, August 14, 2011

Art-is.



"Artists today think of everything they do as a work of art. It is important to forget about what you are doing, then a work of art may happen."
-Andrew Wyeth.






____
ps: qul bi qalbik. jujur, alangkah!

Saturday, August 13, 2011

Abstrak.

..yang satu


..yang dua


..yang tiga

 

yang empat, lima, enam
prinsip kadang-kadang
berselerak, berterabur, 
tak-terurus, kelam-kabut, 
koyak-rabak, terpecah-pecah
kelam, terang, kelabu
malap-malap

seabstrak apapun,
tolonglah, tolong 
tolong beri RASA
sekurang-kurangnya
pada hati, mata
si empunya.






______
"apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah, adalah kekal." (an-nahl:96)

apakah prinsipku? bab solat? puasa? aurat? pergaulan? belajar? politik? nikah? anak-anak? cita-cita? impian? ..dan seluruh hidupku? benarkah dari sisi Allah, atau semata taqlid buta firasat manusia (yes man)? 


Wednesday, August 10, 2011

garam atau gula?



Dulu, dia jahil.
Dan aku,
'alim sedikit.

Kini, aku masih Muslim.
Dan dia,
Muslim yang Islam.

Ah, mahkamah kita terlalu sempit.
Untuk mengadili saja tiada cukup,
Apatah menghukum.

"Maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci,
Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang berTAQWA."

[An-Najm: 32]

"Tundukkanlah ego. Buangkanlah bongkak. Hilangkanlah benci. Hapuskanlah takabbur. Lenyapkanlah riak. Rendahkanlah hati, dan perbaikilah akhlakku."

Amin. T.T








____
hermm, belum tentu kita baik seperti yang Allah mahu kita baik. ini sungguh yang sungguh-sungguh peringatan buat diri. T.T


"..you say iman is in your heart, what if you were a hypocrite and didn’t even know about it?"


"..all your truths, your secrets worst dream
surely the creator of all, sees, and knows all things, 
so who are you lying to except yourself..?” 


~where's the fear? boona mohammed

Monday, August 8, 2011

ps: selamat kembali bercinta!

abaikan yang nombor dua.


Belek-belek quotes di GR, aku terjumpa ayat itu. Entah kenapa, rasa macam tertarik. Lalu aku salin dalam buku nota (mahu saja aku gelar kekasih), buat pedoman kemudian hari. 

Bukan soal "man...to find her", itu yang menarik perhatian, tapi "women's heart.. so hidden in God" itu yang buat hati tersentuh. 

Bila ditanya pada hati, dalam banyak-banyak hal, pernah tak buat sesuatu untuk Allah? Tinggalkan sesuatu yang paling kita sayang kerana Allah?

Jujur, pernah. Pernah mencuba dalam payah. Namun, tak lama. Kembali lagi mencintai yang lain. Bukankah perempuan sungguh mudah jatuh cinta? Sungguh telus lagi jujur.

Jujur lagi, aku benci sikap aku yang itu. Jujur jujur lagi, aku benci diri aku yang benci sikap aku yang itu. Mahu sungguh-sungguh tinggalkan benci itu, hanya satu jalannya: HIJRAH. Aku sedang cuba, sedang berusaha. Doakanlah, doakanlah aku jadi pencinta setia yang mencintai yang selayaknya.

Walaubagaimanapun, ayat-ayat Ali-'Imran yang aku dengar tadi, sungguh memujuk. Ulas Brother Nouman Ali Khan (kalau boleh aku panggil "brother", kerana beliau sepertinya sungguh mesra), antara ciri orang  bertaqwa itu bukan saja yang keseluruhannya baik-baik saja. Tapi, ada satu yang Allah sebut ada ciri-ciri jahat.

Iaitu orang yang mengaibkan dirinya, melakukan apa-apa saja yang memalukan diri, serta menzalimi diri sendiri. Namun dia KEMBALI mengingati Allah. Sesungguhnya dia juga tergolong dalam al-muttaqin! Ayat ini sungguh memberikan harapan. Motivasi, semangat, keyakinan. Buat pencinta yang sekejap setia, sekejap  tidak setia.

Allah, Kau sungguh Al-Wadud. Kata Anna Althafunnisa dalam puisinya, "cukuplah cinta yang menerangkan cinta dan bercinta". Namun, soal cinta Allah, cinta sendiri pasti bungkam, kelu. Hilang kata, malah mungkin dia sendiri jadi gila untuk mengatakan cinta Allah itu sebesar apa. Kerana dia sendiri makhluk, yang dicipta.




Boleh saja disemak ayat yang ke 135, dari surah ke-3 ini kalau diri masih ragu-ragu. Boleh diteliti lagi terjemahan Al-Quran, andai kurang tsiqahmu pada manusia kerdil yang sungguh tidak setia ini. Mudah-mudahan kita kembali. Kembali mencintai Dia. Aku mengaminkan kita. Aku mengaminkanmu, teman. Selalu! (senyum)

Harapnya, Allah juga bagi peluang untuk bertemu dengan "man..has to seek Him" (yang tadi), yang sukar juga mencintai Allah, tapi tidak putus-putus asa mahu mencintai Allah. Dengan kekuatannya, aku bangkit mencintaiNya. Dengan kekuatanku, dia bangkit mencintaiNya. (sungguh, idea ini datang tiba-tiba, lalu aku tulis juga.) Kalau terasa semacam, fikirkan saja ia sekadar penyedap kisah, persis peribahasa yang jadi perencah karangan Bahasa Melayu. 

Untuk harapan yang ini, boleh aku tagih "amin" darimu yang solehah? (senyum lagi)

Sungguh, engkau juga adalah sebahagian dari doaku yang termakbul; "ya Allah, kurniakan aku teman yang solehah. Jauh dari kemungkaran, dekat dengan kebaikan." 

Dakap aku erat, jaga aku rapat. Moga tak jauh dari rahmat. 
Cinta kita pada Dia. Cinta Dia milik kita.

Amin.

Wallahhua'lam. 


____
rasa macam ini entri paling yulks pernah aku tulis.

'uzlah sekejap menemukan sesuatu yang baru. alhamdulillah, dah tahu cara nak elak buang masa. selain tilawah, paksa diri buat kerja-kerja rumah sambil layan ikim.fm, tengok MHI-mudahan ada informasi, khususkan pada rancangan TV Al-Hijrah/Oasis/Astro Ramadhan, petangnya tengok video dan ceramah di YouTube, dan membaca buku ilmiah jangan dilupa. pastikan ada buku nota supaya lebih konsentrasi. jangan terlalu lama depan pc layan fb, twitter, blog dsb. 

Ramadhan sebagai latihan, latihan, latihan, latihan.

video hari ini. klik sini. amazing! :D


Sunday, August 7, 2011

terasing yang mula..asing.

Ramadhan membuka ruang-ruang pengislahan.

Lompong-lompong keterasingan yang dulunya, rasanya kian mula ditampal-tampal dengan dosa-dosa yang sudah terasa biasa. Alahai, manusia cepat benar bolak-balik hatinya.

Sedangkan dulu, bibir pernah jenuh mengutarakan, "Di daerah ini, aku mahu menjadi asing-seasingnya. Asing dengan prinsip Al-Quran dan As-Sunnah yang aku cuba bawa. Biar dikatakan aku ketinggalan zaman, asalkan ini cukup jadi pembuktian amal, bahawa aku sedang berusaha. Berusaha menjadi Muslim sebenar-benarnya."

Lantas, keterasingan itu jadi luar biasa yang menyucuk. Rasa rindu pada jahiliyah yang dulu. Rasa senang dengan kemanisan yang hakikatnya pahit-sepahitnya. Rasa enak dengan aib-aib yang ditelanjangkan di hadapan Tuhan, namun malu cuba disorok-sorok di hadapan manusia.

Sedangkan, bukankah malu itu bahagian dari iman? Bersyukurlah andai masih punya setitis rasa malu, walau hanya dengan manusia. Sekurang-kurangnya, mampu jadi aras tanda, bahawa ada yang tidak jelas. Tidak kena. Tidak beres pada hatimu. Pada amalmu.

Andai jauh, jauhlah.
Andai dekat, dekatlah.

Kebersamaan dengan yang benar, membawa pada kebenaran yang hakikat.
Kedekatan dengan yang batil, menenggelamkan, malah mungkin hanyut terbuai fantasi.

Jangan, jangan benarkan lompong "gelaran-ghuraba" , ditampal-tampal hingga hilang azammu itu ditenggelam dosa.

Dekatlah, dekatlah dengan Pencipta kebenaran.
Kembali, kembalilah.

Salam juang.
Aku datang, aku datang.

Aku datang, Ramadhan-8!









____
"..bukankah Ramadhan itu latihan?.."
mode:  'uzlah.. sekejap. mencari-cari taqwa seorang 'umar al-farouq. (:



Saturday, August 6, 2011

Friday, August 5, 2011

Acuan.



kadang-kadang kita pulun jadi diri sendiri.
tidak mahu hipokrit.
bebas, tidak dipaksa-paksa.
atau diturut-turutkan.


tidak terikut-ikut dengan persekitaran.
tidak diwarnai orang lain punya pemikiran.


bebas, macam kita!
diri kita, hak kita, milik kita.
tapi, adakala kecelaruan bertandang.


sebab betulkah diri kita yang kita-nak-jadi tu,
yang kita kata tak mau ikut orang,
yang kita bilang tidak hipokrit, 
yang kita rasa memang diri kita, rentak kita, cara kita


selari dengan apa yang Allah mahu?
atau hawa nafsu?
atau tipuan syaitan?
atau Barat punya acuan?


kerap kali, dalam sehari.
tertanya-tanya, beribu-ribu kali.
dibuat ini salah, ditulis itu tidak kena. 
difikir ini bukan, dipilih itu tidak benar.


"..sibghah (celupan) Allah. siapa yang lebih baik sibghahnya (celupannya) daripada Allah? dan kepadaNya kami menyembah.." [Al-Baqarah: 138]


jauh kita, jauhlah.
dekat kita, dekatlah.


kenal siapa Allah, iman pada Allah, bersama dengan Allah,
tahu hukum Allah, faham syariat Allah, ikut aturan Allah,
hanya itu yang akan melorongkan jalan-jalan itu. 


cahaya atas cahaya.
kebenaran atas kebenaran.


hermm. T.T





diari yang pergh, herm & dan.



"Agak-agak, cinta Umi kat Walid bertambah tak? Sebab bila kita makin beriman kan, makin Allah campakkan rasa sayang?" 

Pergh. 

Setakat dalam hati. Ya, aku mampu. Pertanyaan yang tentunya bukan klise. Tergantung tanpa jawapan. Sedang bertegak-tegak dalam saff tadi, ternampak kelibat beliau. Tenang melangkah ke depan, mengangkat takbir, lalu mengimamkan terawih. Alunan suara yang entah, tiba-tiba rasa sebak. Rakaat demi rakaat yang bocor. Ternyata, sentuhan hati bukan datang dari bacaan surah yang panjang-panjang, bukan! Cukup dua tiga ayat, asalkan ada ramuan ikhlas, tentu mampu menyentuh hati. 

Herm.

Nuansa Islami yang sedia terbina dari pucuk, itu biasa. Tapi, sungguh luar biasa bagi yang mula jinak-jinak belajar mengislah diri, dan berusaha menjadi imam yang terbaik kepada ahli keluarganya. Belajar itu bagi aku, sakit sekali. 

Teringat kata-kata, yang maaf aku tidak hafal pemiliknya.

"You must be very polite with yourself when you are learning something new."

Kerana pemberontakan jiwa itu sering berlaku bila-bila masa. Hentaman perasaan mengetuk dinding hati, ditambah diuji dan teruji dengan sunnatullah yang manusia itu ada masa lemah masa jatuh. Inilah dugaan HIJRAH

Dia mengajarkan kesabaran dan kesungguhan. Dan, bahawa:

kemahuan itu melebihi kemampuan. 
kesediaan menerima dan memberi itu penting.
kesefahaman, dan prinsip: "mahu belajar sama-sama" itu penting.
keimanan pada Allah, ini akarnya!

Ahhh, entahlah. Itu teori cincai-cincai dari pemerhatian; budak BARB yang cuba-cuba menceroboh bidang orang lain. 

Dan.

Dan surau yang tertegak berpuluh tahun itu, makin lengang. Imam yang hafiz makin berkurang. Tak macam dulu-dulu, sekitar aku 8-9 tahun. Bau sama persis, telah lulus mengembalikan citra lama. Warna sama yang lebih segar. Tidak ketinggalan, kedudukan tandas juga masih sama. Cuma, tikar getah kusam diganti marmar berkilat yang dilapisi permaidani biru. Namun, belum mampu mencapai tahap "surau moden" sepenuhnya. Atasnya masih tersergam megah bangunan kayu, yang dulu "lengan" tangganya dijadikan papan gelongsor budak-budak kampung. 


Sekarang, tinggal jadi bahan kenang-kenangan, rindu-rinduan budak-budak kampung itu. Kerana budak-budak sekarang tidak pandai menggelongsor "lengan" tangga, tetapi lebih gemar menonton tivi. 

Dan aku, perempuan-22-tahun. Bukan lagi budak-9-tahun; pengelat witir, penunggu moreh. Oh, dan juga penyembang kencang sewaktu tazkirah! Senyum-senyum sendiri terkenang-kenang proses mencari dewasa. 

Dan tentu, esok-esok 30 tahun, aku akan senyum lagi menatap coretan perempuan-22-tahun itu:

"Toklang-separuh-abad beriringan mesra bersama isteri usai Terawih. Tiap-tiap hari!"
"Senyum ramah Toklang yang tak pernah lekang."
"Pakcik tua yang masih tak jemu-jemu bertakbir langsung bersalam dengan imam sejak aku budak-9-tahun."
"Doa Walid yang selalu benar mengharukan hati."
"Dan..tiada yang lebih indah dan nikmat dari kemampuan menghayati ayat-ayat Al-Quran, walau SANGAT-SANGAT SEDIKIT. Ini sungguh yang sungguh-sungguh."

Mohon dipermudahkan untuk belajar lagi. Allahhu Allah. Moga sempat dia sampai ke perempuan-30-tahun, demi merasai dan mengecap kenikmatan Ramadhan berikutnya.

Ameen. 

Wallahhua'lam. 




_____
*coretan peribadi ini mungkin "sampah". namun, akan ada masanya jiwa dia jadi luluh. lemah. haru biru. sakit. sempit dan lain-lain bila dia tak mampu buat apa yang dicerna, ditulis, dan dikatakan. demi memperoleh kekuatan itu, moga jadi booster untuk dia tetap bergerak mengotakan huruf-hurufnya itu kepada amal. dan, dengan itu dia mampu jadi hamba yang lebih beriman. ah, moga-moga. doakan! ameen. 


kredit pic: sumber

Tuesday, August 2, 2011

tudung labuh, baju cekak dan kain biru.

rindu irshad.

*updated: 03082011

2015
Hijau padang menyejukkan. Tenang angin macam semilir ombak. Daun-daun persis pasir halus berterbangan. Dua gadis dalam kurung, dan tudung labuh. Biru muda yang memikat dan krim yang lembut. Bibir tanpa lipstik, pipi sekadar alas bedak tipis. Wajah yang biasa-biasa, tapi entah kenapa bila dipandang, rasa manis. Manis yang tak dibuat-buat. 

Pohon rendang makin tua. Macam kita. 



2005-2006
Kita gadis kurung tadi yang gatal tangan mencabut rumput padang. Kita gadis tudung labuh tadi yang bertemu mesra di astaka, merai majlis PERTIMA. Kita gadis biasa-biasa tadi yang menjual aiskrim, di bawah pohon rendang. Kita gadis tanpa lipstik tadi yang berusrah kala angin petang menderu-deru. Kita gadis manis tadi yang menikmati lebatnya kuning daun persis sungguh musim luruh.



2011
Pohon rendang muda dulu, sesungguhnya tuanya bakal meneduhkan. 
Dan moga dewasa kita pula, kekal gadis tudung labuh, dalam kurung yang akan menyejukkan. 

Menanti solehah dalam diri, membajai istiqamah ternyata sungguh payah. 
Moga kita hamba rabbani, bukan hamba irshadi.

Muhasabah.
:'(









____
"kita kalah, kerana sering menyerah di jalan mujahadah." -Ustaz Pahrol, SOLUSI Isu Ramadhan.

kredit pic: adek afina.