Pages

Thursday, May 26, 2011

Pengawal.

Kita tak boleh mematikan rasa,
Tapi kita boleh mengawal rasa.

Kita tak akan mampu membunuh nafsu. 
Tapi, kita mampu memandu nafsu.

Sunnatullah, menjadikan hidup ini medan UJIAN, bukan? 

"yang menjadi mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya.." (Al-Mulk:2)

Sudah tentu, Allah yang Maha Tahu, tahu bahawa kita mampu.
Cuma, atas kita sahaja, sama ada mahu atau tidak mahu.


Maka, yakin dan percayalah bahawa ini adalah satu ujian yang akan menjadikan kita seorang pengawal yang hebat.

Pengawal yang akan memandu nafsu,
Sampailah satu masa, nafsu terpandu,
Dan kita bakal bebas dari belenggu.

Allahhu Allah.

Menangkanlah aku dalam MUJAHADAH ini.
Tutuplah segala jalan yang membuka peluang syaitan. 
Walau apa saja bentuk!

Peliharalah aku. Jagalah aku.

Amin. 



Wednesday, May 25, 2011

Double Hati.



Pahit bila dosa yang sama berulang-ulang. 

Balutlah hati. Bungkuslah jiwa. Benihkanlah rasa
..nikmatnya cemburuMu.

Aku tak sanggup lagi
menduakan CINTA.

Dan, sungguh 
..payahnya mencintaiMu!
;'(  


"..adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah." 
(Al-Baqarah:165)
"..dan didekatkanlah Syurga itu kepada orang-orang yang bertaqwa pada tempat yang tiada jauh dari mereka. Inilah yang dijanjikan kepadamu, iaitu kepada setiap hamba yang selalu kembali kepada Allah, lagi memelihara semua peraturanNya. Iaitu orang yang takut kepada Tuhan yang Maha Pemurah, sedang Dia tidak kelihatan olehnya dan dia datang dengan hati yang bertaubat. Masukilah syurga itu dengan aman, itulah hari kekekalan."

(Qaf: 31-34)
Jadikanlah kami awwab-hamba yang selalu, selalu, dan selalu kembali
..kepadaMu!
Amin.








Saturday, May 21, 2011

Inspirasi.

 


Ustazah Yoyoh Yusroh. 
Satu nama dan satu sosok peribadi yang saya baru kenal hari ini. 

Nyatanya, meski telah terbang roh dari jasad, walau sempadan memisahkan dua negara, pemergian seorang pejuang agama Allah itu, sungguh-sungguh menggugah rasa.

Berjaya jasad dan rohnya, nama dan akhlaknya, pengorbanan dan jiddiyahnya, menumbuhkan malu, malu, dan malu dalam diri yang selalu beralasan untuk berbuat. 

Bagaimana seorang ibu-tiga-belas-orang-anak, masih berdampingan dengan halaqah meski sibuk dalam urusan politik negara? Masih setia mengulang-ulang hafalan Al-Quran? Masih setia menjaga ukhwah?

Betapa indahnya andai hidup berlandas Al-Quran dan As-Sunnah, seiring nikmat Iman, Islam,  Ihsan, serta dakwah dan tarbiyah.


Allahhu Allah.

Al-Fatihah.

++++++


Secebis kisah inspirasi yang saya petik dari Ketikan Ate: Hilangnya Satu Mutiara Kebaikan.

Pada tahun 2009 Ustazah Yoyoh Yusroh, pernah bercerita. Ketika ke Palestine dia bertemu dengan dua wanita Ummu Mus'ab dan Ummu Hamzah. Dia ditanya oleh salah satu wanita Palestina itu. 

"Berapa orang anak kamu?" 

"Anak saya 13 orang." jawab Ustazah.

 "Ohh..disini bilangan itu biasa-biasa sahaja. Karena anak kami rata-rata 14."

Pertanyaan kedua muncul. "Kamu hafal al-Qur’an?" tanya Ummu Mus'ab.

"Belum sampai 20 juz." jawabnya. Kemudian ditanya lagi berapa usia ustazah. Ustazah menjawab 41 tahun. Lalu soalan seterusnya menyentap hati Ustazah, "Apa yang kamu buat selama ini sehingga di usia 41 tahun, masih belum menghafal Al Quran?" tanya Ummu Mus'ab.

Tiada jawaban atau alasan yang bisa di ungkapkan. Lalu kepada kami , ustazah berkata,

"Yuk..Kita hafal Al Quran." Itulah ajakan ustazah yang tak akan kami lupa. 

*malangnya sehingga hari ini Juz Amma pun tak abiz Ate hafal.

+++++


Pagi ini, sedang Ate sibuk nak buat entry. Tritrit, Tritrit. Ada sms masuk. Oh dari anakanda Mamad di Jakarta. Ate buka.

"Innalillahi wa innaa ilaihi raaji'uun. menyampaikan ucapan duka cita yg mendalam atas wafatnya ustadzah kita tercinta YOYOH YUSROH jam 3.30 am di RS Mitra Keluarga Plumbon, Cirebon. Semoga Allah memberikan balasan kebaikan & kedudukan terbaik di sisi Nya serta mempermudahkan urusan dan memberikan kesabaran & keikhlasan atas keluarga yg ditinggalkannya. Allahummagfirlaha, warhamha, wa'afihi wa'fu'anha." 

Bergetar dada Ate membaca sms tersebut. Seperti tidak percaya. Terbayang wajah tenang Ustazah yang akrab juga dengan panggilan Ummu Umar itu. 

Ustadzah Yoyoh yang Ate panggil 'Ummi' adalah sosok wanita yang sangat Ate kagumi. Dulu sebelum dia menjadi ahli politik, Ate mengagumi wanita sederhana yang penuh dengan ketenangan dan kelembutan ini khususnya dalam kehebatan dia mentarbiah anak-anaknya (kisah ibu 9 anak waktu itu yang solat tahajjud 2 rakaat bagi setiap anak). 

Tutur katanya perlahan, sering disertai senyuman yang hangat dengan kasih sayang dan selalu ada 'kesejukan hati dalam taujihnya'. Siapa pun kita pasti tidak akan merasa terasing sebaliknya akan sentiasa merasa diraikan apabila menjadi tetamunya. Ate sering menjadikan dia 'pusat rujukan' dalam segala hal kerana dia adalah pendidik dan pendakwah yang sentiasa menerapkan qudwah hasanah dalam kehidupan.

Setelah dia menjadi ahli politik, dia masih lagi 'Ummi' yang sederhana dan ramah dengan senyuman. Walau tugas dan tanggungjawabnya bertambah super duper banyaknya, dia tak pernah berubah. Setiap kali di sms tak pernah sekali pun dia mengabaikan tanpa jawaban. 

Dia bukan wanita sembarangan. Dia antara pejuang terhebat dalam soal anti porno sehingga akhirnya Indonesia berjaya mewujudkan Undang-ungang Pornografi (Ariel dan Luna menjadi 'mangsa' undang-undang tersebut). Dalam kelembutan dia ada ketegasan yang luar biasa. Dalam redup matanya ada semangat yang menggelora. Dia tidak gentar walau pernah diancam bunuh ketika lawatannya ke Bali suatu ketika dulu dalam rangka perjuangan anti porno. 

Dia sangat dihormati dan dipercayai baik teman mahupun lawan hatta oleh Parti yang berbeza di Parlimen mahupun dari golongan agama lain. Hanya orang yang pernah 'disentuhnya' akan mengetahui betapa istimewanya dia. Dalam kesibukan duniawi (urusan politik dan negara) dia tidak pernah mengabaikan ukhrawi. Dia tetap merendah diri, tidak sombong, tidak 'sok tahu' (aku lah pandai) dan tidak merasa hebat dengan prestasi diri, kerjaya mahupun keluarga. Dia masih lagi 'terbata-bata' menghafal ayat-ayat Quran, Hadis dan menekuni ilmu akhirat dengan mengikuti secara routine dan consistent kelas pengajian (usrah) walau sesibuk mana pun dia baik di Parlimen, 'mengelilingi Indonesia yang luas' mahupun ketika ke luar negeri dalam rangka urusan negara. Dia seorang wanita yang sangat istimewa dan luar biasa.

Sungguh Ate merasakan duka yg mendalam dengan kepergiannya yang mengejut. Semoga ALLAH menempatkan dia sebaik-baik tempat disisiNya. Semoga pemergiannya juga ini menjadi tazkirah buat kita yg masih tersisa usia. 

Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa untuk memanggil kita pulang kepada Nya pada bila-bila masa sahaja. 
Selamat Jalan Ummi, murabbi yang kami cintai karena Allah. Tangis kami hanyalah tangis sedih seorang 'anak' yang kehilangan, tapi sesungguhnya hati kami ikhlas mengiringi pertemuan Ummi dengan Sang Maha Pemilik Kehidupan.


Sedih dan pilu, kami pasti merinduimu.
 
Ya Allah, temukan kami dengan orang-orang sepertinya.
Moga jadi qudwah, lalu pancarannya tersibghah pada akhlak-akhlak kami jua.

Amin, amin, amin.






qudwah: contoh
sibghah: terbentuk/acuan
jiddiyah: kesungguhan



Friday, May 20, 2011

Superwoman.



Beliau buat saya rasa bangga menjadi seorang perempuan.
Beliau buat saya mahu belajar jadi perempuan yang baik.
Isteri yang baik. Ibu yang baik. 

Dan, belajar untuk bersyukur apa yang Allah bagi. 
Sebenarnya, sudah lebih dari cukup.

"We are designed to coping with pain.."
"We are born to be strong.."

Lembut dan bertenaga, kata-katanya meresap masuk. Sentuhan yang magis! Saya sangka talk kali ini sekadar bercerita tentang tanggungjawab seorang anak terhadap ibu, rupa-rupanya lebih. Ternyata, sangkaan saya memang meleset. Judgemental betul! Heh. =.='

Hmm. 

Dr. Mira Kartiwi mengajak untuk menghargai diri sendiri. Allah jadikan seorang perempuan itu hakikatnya kuat. Mampu multitasking. Tangan kanan boleh pegang senduk mengacau kuah kari, tangan kiri mampu menghayun buaian, lidah boleh sambil berzikir dan mengalunkan ayat-ayat Al-Quran. 

Sedang si suami di meja komputer, sungguh asyik menaip.. dan errr.. tergaru-garu kepala, kerana belum sampai pun satu muka surat penuh! xD

Maka bertambahlah lagi satu kerja: "Abang, awak patut masukkan point ini dan ini.. first point, second point, third point..and.. bla..bla..bla.."

Subhanallah, amazing kan? Heh. :')

Tambah beliau, ada banyak idola yang boleh dicontohi. Pemurah dan setianya Saidatina Khadijah. Tingginya ilmu Saidatina Aisyah r.a hingga menjadi rujukan para sahabat. Sabarnya seorang puteri Rasulullah, Fatimah Az-Zahrah r.a. Dan, banyak lagi. 

Tapi, ada masanya kita tak boleh memilih untuk mencontohi kesemuanya. Bimbang yang dikendong tak dapat, yang dikejar berciciran. 

"Be the one that closest to you.."

Kenal potensi diri. Tahu sifat diri, dan pilihlah yang paling dekat dengan diri. Jadikan idola, dan cubalah untuk mencontohi. Ada orang mampu jadi seorang diplomat yang baik. Ada orang mampu jadi pensyarah. Ada orang tempatnya pada bidang kedoktoran. Ada yang lain sesuai untuk jadi suri rumah sepenuh masa dan ibu yang profesional! 

Cintailah apa yang kita ada, dan belajarlah untuk bersyukur!
Itu lebih bermakna. 

Jadilah diri sendiri, dan usahakan yang lebih baik. 

+++++


Kata beliau, seseorang harus sistematik dan tersusun. Multitasker perlukan kemahiran, dan dia perlu belajar dari pengalaman. Seorang pelajar, pada masa yang sama seorang aktivis, hakikatnya dia belajar. Seorang pelajar, pada masa yang sama bergiat aktif dalam program dakwah, sebenarnya dia sedang belajar.

Belajar menjadi pengurus yang baik. Cekap dan pantas. Available dan flexible. Masanya terpenuh dengan hal-hal bermanfaat. Sepenuh-penuhnya dalam rangka ketaatan pada Allah.

Saat itulah nanti, akan membentuk dia jadi anak yang baik. Pada masa yang sama, isteri yang baik. Ibu yang baik. Dan, tidak ketinggalan, anak-isteri-ibu yang baik ini juga akan terjun bersama masyarakat. Membentuk masyarakat untuk sama-sama menjadi baik!

Subhanallah.

Jelas beliau lagi, gagal berperanan dalam satu tugas, maka tugas-tugas yang lain akan turut terjejas. 

"Once you sleep from one role, you maybe sleep at all roles."

Dan ketahuilah bahawa,
Saat inilah masanya untuk persediaan diri..!

Itu antara kata-kata terakhir, sebelum masing-masing tenggelam dalam tangisan. Mengenang ibu masing-masing, sebab persembahan puisidra telah sukses mengoyak hati.

Women Issue kali ini menggetar naluri, dan menggugah rasa.

Chup, ada ke yang pernah tak best?
Hehe.


*oh ya!

dan ada satu nasihat lagi. hakikatnya ditujukan pada kaum hawa, tapi sungguh kena dengan adam juga. jadilah suami yang boleh bimbing isteri untuk menjalankan kesemua tanggungjawabnya.

"awak dah telefon mak awak hari nie?"
"awak dah hafal al-quran hari nie?"
"awak dah siapkan paper awak? awak boleh!"

dia yang akan selalu BERUSAHA untuk "remind" kita jalankan kesemua tugas dengan sebaiknya. allahhumma amin.

pilihlah ad-deen,
dan.. itulah pasti yang terbaik!


u/p puan hasnah binti abdullah: anda memang hebat! :) 
dan ibu-ibu seluruh dunia, saya percaya..anda juga hebat! :D


Pencarian.



Gelisah ini lebih aku sukai
Berbanding tenang dalam dosa.

Keliru ini lebih bermakna
Berbanding yakin pada bathil.

Sesungguhnya gelisah dan keliru
menemukan aku makna pencarian,

yang mana jalan Tuhan,
yang mana lorong kebenaran.

Biarkan!

Ada saat gelisah dan keliru
nikmat cinta Tuhan,
bukti kasih Tuhan.

Ya Allah, jagalah aku. Peliharalah aku.
Benarkanlah pencarianku.
Terangilah kegelapanku.

Mohon dengan sangat.
Amin.



mode: takut.  ;(






Cinta luar biasa.


Hampir 22 tahun.

Usia yang hampir 22 tahun ini, aku macam baru kenal hakikat cinta.

Sibuk aku kejar untuk dicintai.
Sanggup aku perbuat apa saja, asalkan disayangi.
Sesiapa saja!

Sedangkan, untuk mencintai dan dicintai, tanpa aku sedar, hanya perlukan; 
Jujur dengan hati, dan ikhlaslah mencintai.

Bila kita 'bawa' seseorang untuk mengenal dan mencintai Allah,
pada masa yang sama, cinta Dia kita kecap,
cinta dia kita dapat.

Ini memang sungguh,
Cinta luar biasa.


Subhanallah, ISLAM itu indah!


ps: tapi, nak bina cinta ini dalam hati, serius sangat-sangat susah! apapun, lagi susah, lagi mahal kan? hmm.



Thursday, May 19, 2011

Attachment.



Dalam sehari, apa yang selalu difikir-fikirkan?
Apa yang selalu dikenang-kenang?
Apa yang selalu jadi singgahan minda?
Apa yang kerap jadi santapan hati?

Itulah hakikatnya, hal yang kau paling cintai.
Dunia atau akhirat?

Dan.. apakah Allah yang paling kau cintai?

Hmmm.
:(

Syukur.



Hmmm.

Kebahagiaan itu bukan terkecap dengan memiliki segala kehendak.
Tapi, kebahagiaan itu datang dengan mensyukuri atas apa yang kita ada.

Seadanya. 

Kerana..makin banyak kehendak yang tak termiliki,
makin kurang rasa bahagia, dan makin mahu dan tamak kita mengejarnya.

Apakah bahagia? 

Bersyukurlah dengan apa yang kau ada!

Sudah lebih dari cukup.
:')

Alhamdulillah.




happiness is the result of gratitude.
:)


Murabbi.

 


Debar tak hilang.
Tidur tak nyenyak.
Otak asyik berfikir.
Jantung macam berlari.

Dan.. aku sungguh kalut.
Terasa sukarnya.

Memang betullah. Belanjalah harta sebanyak mana pun, duit berjuta-juta sekalipun, kemewahan melimpah-limpah, kalau Allah tak izinkan, kita tak mampu sedikitpun mencuit hati manusia. Semuanya lahir dari ketaatan kita kepada Allah. Kecintaan kita kepada Allah, dan itulah jambatan yang akan menjalin cinta antara dua makhluk. 

“Dan yang mempersatukan hati-hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak akan dapat mempersatukan hati-hati mereka, akan tetapi Allah S.W.T.  telah mempersatukan hati-hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Al-Anfal: 63)

Apapun, ini learning process.  Manusia adalah makhluk yang paling kompleks. Membina manusia, tidak sama dengan membina bangunan. Membina bangunan hanya perlu kemahiran, teori, dan bahan mentah. Tapi, manusia ada emosi yang berubah-ubah. Tidak konsisten. Hari ini dan esok berbeza. 

Perlu kesabaran, ketabahan, kecekalan. Paling penting, IKHLAS. Ikhlas untuk memberi sepenuh hati. Ikhlas untuk memberi tanpa dibalas. Ikhlas untuk melihat pembaikan-pembaikan yang terbina atas kejahilan.

Bilamana, kita hanya bekerja kerana dan untuk Allah, maka apapun refleks dan respon dari manusia, kita akan terima dengan redha. Apapun tindak balas negatif dari manusia, kita tak akan sesekali terkesan, malah lebih berusaha gigih untuk bermuhasabah, dan memperbaiki hubungan dengan Allah. Kerana Dialah satu-satunya penyatu hati. Penggerak jiwa dan akal.

Lebih berusaha gigih untuk belajar dan menambahkan ilmu. Gigih untuk mengenal jiwa manusia. Gigih untuk mendalami hati manusia. Gigih untuk mengawal gopoh, dan perasaan tidak sabar. Gigih untuk merendahkan ego. Gigih untuk menjaga hati.

Ternyata kerja murabbi bukan calang-calang. 

Hati kena bersih. Fikiran harus jernih. Usaha harus perih. Wajar letih, dan doa memang wajib lebih.

Allahhu Allah.

Saat inilah, baru mula tergelak dan tersenyum sendiri.

Sebeginilah kerasnya hati aku.
Ego.
Bongkak.
Lari.
Mengelat.
Banyak alasan.

Ternyata, sabarmu lebih berbanding sabarku.
Sabarmu kusanjung, duhai Murabbiku.

Terima kasih.

Belajarlah untuk IKHLAS.
Belajarlah untuk SABAR.
Belajarlah untuk BELAJAR.

Dari hati, pasti akan sampai ke hati.

Belajar memberi bukan apa yang kita mahu,
tapi apa yang mereka perlu.

Improve!



mengenang murabbi-16 mei.

ya Allah, jadikan aku seorang murabbi.
amin3. 

:)

Wednesday, May 18, 2011

Saya tak sempurna!




Sem ini terlalu banyak mengajar diri. Meski hanya satu subjek, tapi masa-masa dan detik-detik adalah ruang paling berharga untuk saya makin kenal diri sendiri. Saya banyak buat salah. Saya banyak kekurangan. Saya kaya kejahilan. Saya lemas dalam alpa. Saya tak beringat. Saya attach pada orang dan perasaan yang salah.

Dan.. bukan pada Allah! 
Saya..saya..dan saya.  

Makin banyak merenung, makin terasa banyak yang perlu diperbaiki. Dan, kadang-kadang, saya lost. Tak tahu nak melangkah dengan gerak dan cara yang macam mana. Saya pernah terfikir nak delete dan deactivate facebook, sebab kadang-kadang diri merasakan tak mampu nak mengawal "kealpaan" yang timbulnya dari situ. Saya tak boleh nak selalu menjaga "taqwa" supaya sentiasa mengeluarkan perkataan yang baik-baik.

Hanya Allah yang tahu. Kalaulah dosa ini dikumpulkan menggunung, membusuklah dunia. Sayalah bangkai itu! Ya Allah.

Terfikir juga untuk delete blog, biar saya menjauh seketika. Adanya rasa malu menjengah, bila diri sekadar melontarkan luahan hati yang entah apa-apa, melekakan pembaca dan sebagainya. Main-main, tak serius, dan entah diri ini dicampakkan ke dalam golongan yang mana? Saya tak mampu mengawal hati dan perasaan supaya cenderung untuk menjaga mata, hati dan lain-lain. Lemah! Totally!

Hmm.

Bila akhlak tak terjaga, iman pun perlahan-lahan akan jatuh. Kesannya pada amal. Seruan kebaikan kita tak diendahkan, kata-kata kita tak dirasai ke hati, gerak kerja lambat, solat tak khusyuk, qiyam tak konsisten, zikir tak terasa, dan sebagainya.

Sedangkan makin dekat seseorang dengan Allah, makin dia jaga taqwanya. Berhati-hati dan sensitif agar tak mengeluarkan sesuatu yang tak bermanfaat. Dia jaga hatinya. Mujahadah ini ternyata perlukan pengorbanan luar biasa. Makin hari, makin rasa sukar. Makin rasa payah, dan payah.. 

Allahhu Allah.

Dan, saya mulai sedar proses ini ada tingkatan atau level.

Sungguh-sungguh, banyak sangat kelemahan diri. Kadang-kadang, sampai tak tahu nak betulkan yang mana satu dulu. Berlawan dengan kehendak hati, dan sungguh proses memperbaiki diri sangat menyakitkan. Pedih. Kena lawan yang sungguh-sungguh! Harus kuat. Cekal. Paling penting, berani untuk berbuat.

Saya cemburu. Cemburu pada mereka yang kuat.
Sungguh-sungguh!
Pada anda yang berbuat.
Pada anda yang jujur dengan diri sendiri.
Pada anda yang ikhlas.

Pada anda yang cekal. 

Kuatkanlah aku dengan kekuatanmu. 
Tampunglah kelemahanku, dengan segenap kelebihanmu.  

Yakinkan aku, kita sentiasa ada Allah.
Doa kita dimakbulkan, tapi dengan cara Dia yang terindah.

Saya perlu.
Perlukan awak.

Selalu!
Untuk mencintai saya, supaya mencintai Allah! 

Menelusuri ketidaksempurnaan bersama-sama itu, INDAH..!
hujan.

Gombak.

 

Monday, May 16, 2011

Jodoh.

 

 

"Kakak, kakak nak kawin awal?" Sapaan tiba-tiba menerjah.

Saya senyum. Dia masih berdiri di tepi tirai kotak-kotak berwarna coklat keperangan yang saya sangkut, konon dibuat sebagai "pintu" compartment.

Kerja saya terhenti. Dan dia melangkah masuk, terus melabuhkan punggung atas katil bercadar merah jambu yang mula kusam. Masih menanti jawapan, dia hanya memandang tanpa sepatah kata. 

"Kenapa tanya macam tu?" Giliran saya menyoal.

"Saja nak tahu." Dia tergelak kecil. Sungguh manis.

Saya boleh katakan itu sebagai permulaan pada kemesraan seterusnya. Pelik juga. Kami baru kenal, baru tinggal sebilik, dan dia boleh menanyakan soalan yang saya kira..err macam agak personal.

Kerja menautkan hati, memang kerja Dia. Kita tak dapat duga sama sekali. Alhamdulillah.

Ada lagi satu azam, yang saya sungguh teringin nak buat. Saya sedang cuba menguatkan hati, mohon Allah beri kekuatan.

++++++

Saya rasa kami sudah makin rapat. Sepertinya tidak kekok lagi. Sudah boleh berkongsi satu kerusi. Boleh makan sekali. Bergurau senda. Dan dia banyak berkongsi ilmu. Bercerita tentang ahli keluarga. Adik-beradik. Impian. Cita-cita. Termasuklah tentang soal jodoh. Ah-ha!

English dia hebat. Ini point yang saya nak kongsikan sebenarnya.

Sungguh tak sangka, saya dah temukan siapa sebenarnya orang yang saya sungguh admire melalui dia.

Saya jumpa "beliau" sewaktu hari Jumaat, sewaktu khutbah Jumaat sedang berdesing ke telinga. Saat ayat-ayatnya sungguh menyentuh hati, dan saya menangis. Saat kali pertama saya menunaikan solat Jumaat dalam hidup saya. 

Tanpa saya kenal, siapa gerangan beliau yang sebenar-benarnya hinggalah hari ini terbongkar segalanya.

++++++

Kami masih lagi berbincang. Dia dengan senang hati terus berkongsi cerita. Kali ini di biliknya. Mata saya melitari kertas-kertas kecil yang bergantungan. Padat berisi tazkirah kecil yang ditulis dengan kecil-kecil. Peringatan yang memberi suntikan semangat dan motivasi. Tulisannya berangkai, dan cantik! Unik.

"Kakak tahu tak, taqwa tu sebenar-benarnya bukan takut pada Allah."

Saya angguk. Dia menelan liur, dan kemudiannya menyambung lagi.

"Sebab..biasanya kita takut pada apa yang kita benci." 
 
Saya angguk lagi. Dan cuba membuat perbandingan sendiri dalam otak. Budak-budak takut hantu. Dan budak-budak memang benci hantu. Anggukan makin laju, dan saya rasa saya boleh terima hujah itu. Dia meneruskan lagi.


"Ada seorang imam nie cakap, TAQWA tue bukan takut pada Allah. Tapi takut nak melanggar perintah Allah. Takut nak buat segala larangan Allah. Dan takut tu lahir kerana cinta kita pada Allah." Dia terus memandang anak mata saya, tepat. 


"Akak rasa macam pernah dengar la. Waktu khutbah dulu. Pasal taqwa, takut dan cinta pada Allah nie."


"Oh ya? Kakak.. nielah Sheikh Yawar Baig!!!!"  

Suaranya ditekan. Senipis senyuman dihadiahkan lagi. Rupa-rupanya, inilah sheikh yang pernah disebut-sebut beberapa kali dulu. Inilah sheikh yang kata-katanya jadi kegemaran si adik ini. 

"Dia pernah bagi khutbah kat UIA dulu. Sem lepas." 


"Sem lepas? Betullah dia yang bagi khutbah! Akak pun suka dia!" 

"Kakak bleh access ceramah-ceramah di di You Tube. Just type Yawar Baig."


"Khutbah hari tu, ada tak?" Dia mengangguk, dan saya tersenyum girang.


Dan hari ini, saya dengar balik dan quote semula kata-kata Sheikh Yawar Baig, lelaki separuh usia yang saya admire kata-katanya. Penyampaiannya. Kefahamannya. 


"..for those who have read the translation of the Quran, TAQWA is usually translated as fear of Allah. my submission to you my brothers and sisters is, fear produces hatred for the object that is feared. nobody loves something with the fear. people dislike something with the fear. they want to run away from this. 
so, if I and you want to translate TAQWA as fear and to understand it commonly as we understand fear, is WRONG.

the TAQWA of Allah S.W.T. is not fear of Allah, but it is fear of offending Allah. fear of displeasing Allah. and why is that fear? because of the LOVE of Allah."

"But those of faith are overflowing in their love for Allah." (Al-Baqarah: 165)"

Subhanallah!


May Allah bless you, Adik!
:D





website Sheikh Yawar Baig: link
khutbah: link 

Fleksibel.



Satu planning baru sudah siap terlakar. Cuma, belum disusun dan didakwatkan atas kertas. Harusnya, sem ini ada dua subjek yang bakal saya ambil. Tapi, hari ini kecewa betul bila tengok kelas kosong. Dan, tertampal pada pintu,

"CANCELLED CLASS"

Dan, salah satunya, TRADITIONAL CRITISM; antara subjek yang saya daftarkan untuk semester pendek ini. Tak putus asa, saya cuba bergegas ke department. Saya cuba jelaskan masalah sebenar. Hakikatnya, agak ramai yang mahu add subjek ini, tapi sistem bermasalah. Setiap kali mahu add, tertulis "no available section". Namun, hakikatnya kuota masih belum penuh.

Sebetulnya, hari pertama cuma hanya ada lima orang saja dalam kelas!

"Subjek nie dah tak offer lagi, Dik." Wajahnya serius dan tegang, dan saya malas mahu memanjangkan kata.

Mungkin Allah sedang merancangkan sesuatu yang lebih baik.
Kita tak tahu. Tapi, dia sungguh Maha Tahu.

Masanya untuk kembali menyusun jadual, agar masa tak terbuang. Sem ini, sem yang penuh dengan contengan azam baru! Ya Allah, mohon dipermudahkan. Amin.

Ada ilmu, tapi tak berbuat sama sahaja dengan orang yang tak punya ilmu. Mungkin juga lebih teruk?

Beringatlah!


ps: ada kerja kosong yang bermanfaat? :)









3rd year: dare to be different.

bukan masanya lagi untuk main-main.
seriuslah dalam merancang!
rebutlah selagi berpeluang.

Seindah Kirmizinya Langit.



"Mabruk. Akhirnya melangkah juga kau. Rumahtangga Islami yang bermula dari individu Muslim. Macam yang pernah kita bicarakan dulu." 

Dia senyum galak. 
Merah merona wajahku.
Tenggelam dalam malu yang sipu-sipu.

Kirmizinya langit hari ini memeta satu rindu. Gerimis-gerimis yang mengalunkan aroma. Panah-panah kilatan di langit itu, bagai suara yang menyambar jantung anak muda.  

Satu petang. Satu senja. Satu suara. 
Dan puluh-puluh kata yang membuka minda.  


+++++++++ 


Saat aku mula meragui dunia baru yang sedang aku alami. Gundah gulana yang langsung tak seindah kirmizinya langit. Pada puncak bukit itu, kita rupa-rupanya saling meneriak. Cuba menegakkan benang yang sedia kering. Tidak basah.


"Aku tidak mengerti  sama sekali apa yang aku sedang lalui ini.."

Aku jadi terngiang-ngiang. 

Pada saat kau kata,

"Kenang kembali dakwah Rasulullah. Dari mana mulanya? Apakah di tengah-tengah Kota Madinah?" 

Dan, aku terdiam seribu kata. 

Mata aku terus ligat memancing agar kau terus melontar kata. Nada kau masih lembut, tapi sungguh tegas. Cukup buat roma aku menegak. Bukan kerana sejuk tentunya. 

Kau menyedut nafas sesaat dua. Dan, terus berkata-kata. Lagi dan lagi.
"Bukankah seruan bermula di Beit Al-Arqam? Pada asasnya, yang mana sahabat dibina dalam bentuk usrah. Dan, cuba saja kau lihat bagaimana hasilnya?"

Mata aku memanah jauh ke atas. Seekor burung masih merayap bebas. Kelihatannya sedang berusaha keras agar mampu sayapnya menyentuh langit kirmizi itu. Ia terbang lagi, tinggi-tinggi. 

"Ah, itu bukan masalahnya. Cuma, aku tak yakin. Apa benar, aku memang orang yang layak untuk berada di sini? Dalam lingkungan seperti sekarang?" 


Satu keluhan berat dilepaskan. Ada sebak dalam nadaku yang bercantum di hujung kata. 

Dia tergelak, sinis.

"Kau bijak. Namun, apa yang membuatkan kau tiba-tiba berfikir secetek ini? Betapa syaitan berjaya memujuk dan menghasutmu."  


Kali ini, giliran dia pula menghela nafas. Berat. Kata-katanya benar-benar menghiris. Aku terdiam, mencari kembali hujung pangkal buah bicara. 

Merasionalkan segala kata, daripada menurut emosi semata-mata.

Dia menyambung lagi. Masih tenang, dengan riak wajah selamba.

"Kalaulah seruan dakwah itu hanya untuk orang-orang yang "terpilih", atas standard apa yang kau rasa perlu kita ukur? Tudung labuhnya? Kopiah putih? Cara dia bercakap? Pengetahuannya? Fikirannya?" 

Aku bungkam. Berfikir. 

"Hah..Standard?" Taluan suara hati.

Mengulang perkataan itu, sejenak terbayang-bayang wajah Dr. Ismail Mamat. 

Ya. Beliau pernah menyebutnya. Petang Selasa yang lalu. 

Lelaki itu berwajah lembut, punya dua tanda di dahi. Pensyarah aku yang baik hati. Beliau mengajar subjek Islamic Ethics.  

Tiba-tiba saja suaranya bergema, bagai kilatan langit yang pejam celik. Kejap datang, kejap pergi. Beliau mula bersyarah lantang, tentang bezanya Islamic Ethics dan Western Ethics.

"Teori Barat mendefinisikan akhlak sebagai teori "Utilitarianism." Manfaat bersama. Andai hasil kajian atau eksperimen menunjukkan sekelompok majoriti menyokong ini dan ini, maka itulah yang akan dipegang sebagai akhlak. Muktamad.

Dan Islam sama sekali menolak teori ini walaupun secara saintifiknya, sesuatu perlakukan mungkin diterima oleh sekelompok manusia yang majoriti. Sebab hakikatnya, Islam hanya berpegang pada hukum Allah. Bukan pertimbangan manusia.

Kalau Dia kata solat itu wajib, meski eskperimen menunjukkan ramai manusia memilih untuk tidak solat, solat itu tetap juga menjadi wajib. Tsabat. Kukuh. Tiada perubahan dalam hukum Allah."    


Aroma gerimis mula bertebaran. Rintis-rintis yang syahdu. Tidak masuk dengan suasana yang benar-benar tegang. Kami masih tidak berganjak. Dan, dia masih tidak mahu lepas berbicara. 

"Memanglah Utilitarianism tidak ada kaitan sama sekali dalam bab ini. Cumanya, sipi-sipi mungkin ada. Maksud aku, dari segi pertimbangan yang semata-mata menggunakan logik akal, dan emosi manusia. 


Dari segi menghukum sesuatu, tanpa sedar kita mungkin terkena tempias teori Barat. Sedangkan kita sama sekali tak ada standard itu, sebab hanya Allah yang punya. Dan kau perlu tahu lagi sekali, menghukum itu bukan sebahagian dari akhlak kita. 


Sebagai seorang Muslim."

Magis. 


"Kau ahli nujum atau apa? Sampai fikiran aku pun kau boleh baca?"  


Berkeriut kening aku.
Dia masih melempar senyum. 


Gerimis halus menampar pipi. Lembut-lembut saja. Penenang pada ketegangan yang berarus deras. Lebat dengan kata-kata penuh hujah.  


" Sekalipun ada standard untuk diukur, apakah semua Muslim itu kelihatan seperti Muslim? Atau yang kelihatan seperti Muslim itu benar-benar Muslim?"   


Dia berpaling ke kanan. 
Mencari anak mata aku, dan merenung dalam-dalam. Mencari kata putus, atau mungkin juga satu jawapan. Setulusnya. 

Aku hilang kata.

"Layak atau tidak, itu belakang kira. Sebab kaedahnya, kita memang bermula dengan "pembinaan" individu itu sendiri. Biar benar-benar menjadi Muslim. Hatta dari zero sekalipun dia bermula. 


Tarbiyah dari sekecil-kecil perkara. Jangan hanya kau pandang bab aurat dan pergaulan. Pandang juga bab berthaharah dengan siwak, bahaya lidah, menjaga kehalalan harta, memenuhi janji, dan lain-lain. 


Jangan tak tahu, bab menyebarkan salam pun termasuk dalam skop pembinaan individu Muslim yang sempurna. Proses ini bermula dari jahil, tak tahu apa-apa. Kepada tahu dan faham. Kemudiannya, mampu beramal. Bila terbiasa menjadi amalan dan tabiat, sebatilah ciri-ciri ini sebagai akhlak dalam diri."

Dia menepuk belakangku berulang kali. 

Dan berkata:

"Kau pun tahu bukan, tsaqofah menggunung sekalipun, fikrah sehebat mana sekalipun, tanpa amal, tetap tak membawa erti apa-apa. Jangan rasa lemah. Jangan rasa tiada apa-apa yang berubah. Percayalah, kau sedang dibina."


Dia menghitung nafas lagi.



"Terus gigih. Bukan untuk mencari diri yang sebenarnya. Tapi membina dan membentuk diri yang sebenar-benarnya!"


+++++++++







hermmm..

tensen la study history.
sah, bab NIAT  tak terbina dengan betul-betul lagi.