Pages

Monday, February 28, 2011

Dia tahu.

Tertanya-tanya.
Subjektifkah jawapannya?

Adakah bila kita menangis kerana ujian itu..tanda lemah? 

Cengeng kata orang Indon.
Atau, tak mengapa kalau menangis?
Sebab, orang yang tak menangis itu, boleh jadi sombong?
Sebab rasa diri mampu hadapi semuanya sendiri?
Sebab tidak mahu membuka kelemahan sendiri?

Adakah bila meluahkan itu tanda kita manja?

Sebab tak mampu menutup masalah sendiri dengan senyuman di wajah?
Sebab hanya tahu mengaduh dan mengeluh?
Ataukah, bila tak membuka diri itu,
tanda sombong?
Sebab tidak mahu menyusahkan orang lain?
Sebab tidak mahu membuka kelemahan sendiri?
Sebab tidak mahu terlalu memanjakan diri?
Sebab rasa masalah yang dihadapi, tak sesukar mana,
dan tak sesusah mana, dan boleh hadapi sendiri?
Sombongkah?

Jadi..
Kita, sombong atau manja ya?

Confused.

Manusia kadang judgemental. 
Atau kita yang terlebih dahulu judge manusia itu judgemental?
Jadi, kita pun kaki judgemental sekali?

Kita tidak mahu menyusahkan.
Tapi, dengan tidak mahu menyusahkan itulah,
yang rupanya menyusahkan.


Kita tidak mahu melukakan, 
Jadi kita mengelak dari berkata TIDAK,
Tapi, ternyata bila berkata YA juga,
rupa-rupanya melukakan.


Allahhu Allah.


Jadi, wajarkah kita DIAM saja?
Senyap, tanpa kata apa-apa.
Tapi, diam pun nanti jadi tanda tanya.

Jadi, apa sebenarnya yang perlu kita buat?


Allahhu Allah.

Kita tak tahu.
Benar-benar tak tahu.

Manusia bukan semuanya A. Boleh jadi B.
Kadang C. Dan ada juga yang D.
Memang betul yang manusia itu bukan
..1+1=2. 
Boleh jadi 3, 4, 5 dan 88?

Ya Allah.


Dan, bila renung-renung, kita pasti insaf sendiri.
Allah itu ternyata Maha Mengetahui.



Bila kita fikir Dia yang Maha Mengetahui, automatik rasa sebak.
Automatik nak sujud lama-lama.
Automatik nak doa lama-lama. 


Kalau ini ujian menguji keimanan, mohon Dia kuatkan agar kita bukan tergolong dalam orang yang kalah dengan ujian.

Kalau ini menguji ketetapan hati, mohon Dia tetapkan hati, agar kita masih istiqamah. Dan tergolong dalam golongan yang menang.

Kalau ini ujian yang boleh menggugat ukhwah, mohon dijauhkan dari hasad, sakit hati, yang boleh buat syaitan berguling-guling gelakkan kita.

Kalau ini ujian, mohon Dia rasionalkan akal, dan tenangkan hati. Waktu-waktu macam nie memang akal kadang tak rasional, dan terikut-ikut sangat dengan emosi. Haihh. Na'udzubillah.

Pendek kata, Allahhu A'lam, Dia Maha Mengetahui.


Bisik pada hati, 
"Dia tahu keinginanmu.."

Jadinya..nak buat apa ya?

Tak payah cakap apa-apa.
Duduk diam-diam.
Berakhlak baik.
Mesra.
Senyum.
Positif.


Dan,
Tak kisahlah hakikat itu,
Susah ke, senang ke..
Payah ke.. mudah ke..
Masin, pahit, manis, payau ke.. 


Mohon saja Allah berikan yang TERBAIK.
Yang kita PERLU tentunya.
:)


Wallahhua'lam.




rabbi yassir wala tu'assir.
amin.




Diam.


و مهما تكن عند امرئ من خليقة
و إن خالها تخفى على الناس تعلم

و كائن ترى من صامت لك معجب
 زيادته أو نقصه في التكلم




  




Sunday, February 27, 2011

Seni yang INDAH.

Seni yang halus.
Klasik yang indah.
Menyentuh.

Subhanallah.
Fuuuhh.

+++++++


TULUS.

"Jul, sekolah ini adalah sekolah di mana pendidikan agama, pendidikan budi pekerti, bukan sekadar pelengkap kurikulum. 
Keterdasan dilihat bukan sekadar dari nilai-nilai, dari angka-angka itu, BUUUUKAAAN..! 
Tapiiii..dari HAAATI Jul..!"




SENTIMENTAL.

"Aku melihat...sesuatu yang lebih iiiiindah dari musikmu, Har.."
"Uih, apa itu?"
"Kuku-kuku paling indaaaah di toko Sinar Harapan yang lusuh.."




NILAI.


"Yang harus kalian ingat anak-anakku, jangan pernah menyerah. 
Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, 
dan bukan menerima sebanyak-banyaknya."





MURNI.


"Mimpi aku ini, bukan jadi isteri saudagar pak, mimpi aku jadi guru.
Dan..bapak adalah orang yang langsung percaya,
bahawa aku bisa jadi guru.."








subhanallah.

berapa kali langsung nak review.
huhu. 

Lebur.


“Akak..Umy..” 

Terketar-ketar. Aku hilang kata. Tertunduk serendah-rendahnya. Pipi mulai basah. Dan, air mata mula lebat bercucuran. Deras-sederasnya. Laju-selajunya.

“Adikku, kenapa nie sayang?”
 
Dia cemas. Jemariku dicapai, dan diramas sekuatnya. Aku dipimpin ke satu sudut. Dibiarkan reda sekejap, moga-moga taluan esakan itu sunyi seketika. Biar mulut pula mengambil tempat, bersuara.

Allahhu Allah..

Saat itulah, keegoan melebur. Segala magma yang terpendam lama, dibiar mengalir. Lava-lava meletus, dan aku tenang sendiri dalam panasnya semangat seorang kakak. Berapinya nasihat-nasihat. 

“Umy, adikku sayang..

Perbaharui taubatmu. Mungkin imanmu saat ini tidak mampu untuk membentengi dugaan-dugaan ini. Istighfarlah sebanyak-banyaknya..

Perbanyakkan tilawah, Dik. Biar lagu-lagu nyanyian Tuhan menenangkanmu. Perbanyakkan ibadah-ibadah sunat, dari situlah kekuatan akan datang.

Ujian ini tanda kasih Tuhan, untuk meninggikan imanmu. Kuatlah, bertahanlah.

Ujian ini hanya setitis cuma. Dan, kau akan menempuh yang maha hebat lagi, maka bersabarlah, adikku..

Inilah namanya tarbiyah, Dik. Bagi menguji keikhlasanmu, kesabaranmu, kekuatanmu..

Tersenyumlah dengan ujian. Perbanyakkanlah sujud, dan berdoalah sepuas-puasnya. Rintihlah kelemahanmu, pintalah dipinjamkan kekuatanNya, kerana Dia itu suka sekali diminta. 

Hikmah itu adalah barang mukmin yang tercicir. Carilah hikmah di sebalik setiap ujian ini. Allah sedang merancang sesuatu yang baik buatmu, Dik..

Sahabat itu, apabila diminta untuk diberi nasihat, maka hak dia ke atas Akak untuk memenuhinya. Jangan khuatir, Dik. Umy tak bersendirian.

Jangan sesekali berfikir untuk terus berhenti. Tapi, bersendirian dan bermuhasabahlah seketika. Carilah kekuatanmu kembali, Dik.. Kerana boleh saja Allah gantikan dengan kaum-kaum lain. Ingat peringatan dari Tuhan, Dik. Istighfarlah kembali.

Tersenyumlah dengan lebar-selebarnya. Banyakkan membaca buku-buku motivasi. Belajarlah untuk membuka diri. Banyakkan berdoa. Banyakkan bermuhasabah. 

Dah, takmau nangis-nangis dah. Senyum pulak, ok?"


++++++++


Express feeling. My bad. My worst. Huu.

Tapi, rupanya agak lega jugak kan kalau cuba juga try.

Heh.

:)

Thanks, Akak! Bagimu Syurga!







musolla-engine/2011.


lately, saya perasan..
ramai yang emosi tak berapa sihat.
kan?

moga kata-kata dan nasihat akak nie, 
mampu menyembuhkan kembali emosimu.

salam sayang selalu,
 ~umairah shafei.


Saturday, February 26, 2011

"..buatmu Syurga.."


ribuan langkah kau tapaki
pelosok negri kau sambangi
ribuan langkah kau tapaki
pelosok negri kau sambangi

tanpa kenal lelah jemu
sampaikan firman Tuhanmu
tanpa kenal lelah jemu
sampaikan firman Tuhanmu

terik matahari

tak surutkan langkahmu
deru hujan badai
tak lunturkan azzammu

raga kan terluka

tak jerikan nyalimu
fatamorgana dunia
tak silaukan pandangmu

semua makhluk bertasbih

panjatkan ampun bagimu
semua makhluk berdoa
limpahkan rahmat atasmu

duhai pewaris nabi

duka fana tak berarti
surga kekal dan abadi
balasan ikhlas di hati

cerah hati kami

kau semai nilai nan suci
tegak panji Illahi
bangkit generasi robbani.


 "sang murabbi- izzatul islam"







Lama.



"..mungkinkah yang belakang akan menjadi yang hadapan..?"








bila tahu Allah Maha Mengetahui,
tak ada lagi ragu.
insyaAllah..
:)

part of 2007.

Friday, February 25, 2011

Azab.



"Jasad ini sesungguhnya azab..
Bila terbangnya roh,
Maka aku bebas."

Subhanallah.
 
Hebatnya orang yang boleh berfikir hakikat kematian dan kehidupan selepas kematian.

Hebatnya orang yang boleh menjangkau suara-suara malaikat melaungkan,

"Salam untukmu wahai orang-orang yang SABAR.."

Sabar dalam KETAATAN.
Sabar mencegah KEMAKSIATAN.
Sabar menempuh UJIAN. 









memang dunia nie, nothing.
ya Allah..SABARkan aku.  ;(

kuliah maghrib/masjid
24 feb 2011.

Thursday, February 24, 2011

AB Dua.



A: Banyak kerja kan minggu nie? Assignment, quizzes, presentation, program..

B: Erm, makin sibuklah, makin kita pandai urus masa. 

A: Kadang, aku macam tak je. Makin tak teratur rasanya. Hari-hari macam ikut je flow seharian yang ada. Huu. Aku lemah la, B..

B: Memanglah semua benda susah sebelum senang, B.. Tak ada yang terus mudah. Inna ma'al 'usri yusra. Dalam kesusahan tu, ada kesenangan. Yakinlah. Belajar!

A: Hahh.. aku taktaulah B. Aku rasa macam aku banyak susahkan orang saja. 

B: Ingat balik apa Ustazah Rawda cakap. Kalau kita stress, check balik soul kita. Sebab, soul tu yang sebenarnya tengah bermasalah. Kalau belajar kerana Allah, tak akan stress punyalah. Exam ke, quiz ke, alah.. benda kacang je. Beban yang sikit.

A: Aku ingat tuu. Memang betullah jugak kan, kata Kak Ramlah semalam..

B: Apa dia?

A: Jangan kita anggap makin kita busy, kita seolah-olah dah meningkat dari tahap ke tahap yang lain. Jangan sombong atau takabbur. Erm, memang betul pun bab kita meningkat tu. Tapi, selagi mana urusan hati tak settle, masih mengaduh letih, masih lagi riak dengan tanggungjawab, masih lagi tak upaya menjana ikhlas, tu maksudnya kita tak meningkat pun lagi. Kan?

B: Yalah. Memang pun. Dan, aku setuju jugak bila Kak Ramlah nasihat lagi, orang yang hatinya penuh kecintaan Allah, tak akan rasa terbeban sedikitpun. Makin banyak bebanan, makin dia suka, makin dia cinta, dan Allah pun mencintai dia. Subhanallah.

A: Fikir-fikir balik kan B, sebenarnya bila kita busy lah, sepatutnya hati kita kena lebih dekat dengan Allah. Bukan bacaan Al-Quran makin kurang. Bukan ibadah sunat makin kurang. Bukan zikir makin kurang. Betul tak?

B: Macam mana kau boleh kata camtu?

A: Yalah.. sebab bila bertambahnya beban, kita memang tersangat-sangat perlu pertolongan Allah. Pertama, pertolongan minta Allah mudahkan kesemuanya. Jaga hati kita, masa kita, kesihatan kita, semangat kita, kekuatan kita, muamalah kita, ikhtilat kita.. Dan, banyak lagi..

Kedua, minta Allah ikhlaskan niat kita untuk terima semuanya, dan beramal sebaik mungkin. Ketiga, supaya Allah terima segala amal kita sebagai ibadah. 

B: Ya Allah, memang sungguh pun. Kena tambah ibadat lagi nieh. Dari ibadahlah, semua tu akan sampai kat kita. Iman, kekuatan, semangat, ikhlas, redha.. Kan? Moga Allah lapangkan hati, kuatkan semangat, luruskan niat, bersihkan jiwa, jernihkan akal kita.. Moga tabah, A! Terus kuat, okeh. 

Amin.








ingat Allah selalu. 
jangan takut, kita ada Dia.
:)

AB Satu.



A: B, kau dengarla nie.

B: Hisyy.. kau nie kan, time aku tengah sibuk dan banyak kerja la kau nak kacau. Report aku tak siap lagi tau. Assignment berlambak lagi nih. Ha, apa dia? Cakap cepat.

A: Alah kau nie. Serius pulak. Rileks-rileks sudah..

B: Banyakla kau rileks. Takat yang ada nie pun, dah rasa macam tak tertanggung. Fuhhh..

A: Okla ok. Dengarla nie. Aku terfikir something la, pada malam yang syahdu macam nie..

B: Huhh, apadia la pulak?

A: Ermmm.. entahlah B. Minggu nie, banyak betul la benda aku belajar. Salah satunya..

B: Apadia?

A: Kalau kita nak orang lain hormat kita, kita kena hormat diri kita dulu. 

Ermm.. aku suka praktikal dulu, then baru kemukakan teori. Macam aku selalu buat. Dan, kaulah orang yang kena selalu dengar aku bebel. Sorryla, B.. Aku nak berkongsi je.

B: Tak dengar nanti, merajuk pulak. Ha, kenapa kau cakap camtu pulak?

A: Contohnya macam.. Kalaulah kau nak orang hormati kau dalam konteks pergaulan.. Contohnya macam, taknak orang kacau ke. Taknak orang mesej bukan-bukan ke. Taknak jadi bahan fitnah ke. Taknak bergelak sana sini. Taknak aib terbuka. Taknak malu hilang.. Terutamanya, taknak tambah dosa, dan nak diri terjaga.. nak taknak, kau kena hormat diri kau dulu..

B: Macam mana caranya nak hormat diri tu?

A: Dengan jaga prinsip kau sendiri. Bila kau jaga prinsip betul-betul, itulah maknanya kau hormat diri kau sendiri. Prinsip yang nak jaga malu, jaga pergaulan, jaga percakapan. Bila semua nie kau jaga betul-betul, aku rasa dengan cara tulah jugak orang akan "hormat" kau. Tapi, jangan cakap je, kena buatla..

B: Aku tak fahamla, A..

A: Hishh.. Takkan bila kita diam, orang nak cakap banyak. Takkan bila kita skema, tiba-tiba orang nak main-main dan tak serius. Takkan kau yang sikit punya serius, tiba-tiba orang nak ajak buat lawak? Takkan kau yang kaki dengar ceramah, orang nak ajak pergi tengok wayang? Kalau ada pun yang jenis macam tu, aku rasa tak banyakla. Paling tak, orang akan "melayan" kita ikut peribadi dan prinsip kita. 

Hmmm..kau tak fikir macam tu ke B?

B: Hmmm.. macam tu.

A: Tapi, kena betul-betul hormatlah dengan prinsip tu. Jangan sekerat jalan. Jangan hangat-hangat tahi ayam. Jangan dengan orang tertentu saja. Jangan berubah-ubah. Sekali dah pegang pada prinsip tu, selamanyalah cuba bertahan dengan prinsip tu..

B: Fuhhh..


 ++++++++



apabila seseorang menjaga dirinya dengan sebaik-baiknya,pasti Allah akan pelihara dirinya dari perkara yang boleh merosakkannya. apabila seseorang berusaha menjaga kesucian hatinya, pasti Allah akan melindungi hatinya dari perkara yang boleh mengganggu ketenangan hatinya.  

jadikanlah aku dalam kalangan orang yang berusaha menjaga diri  dan menyucikan hati.  

amin.












tulis suka-suka hati.
24 februari

jadikanlah ya Allah,
"itu" prinsipku.

dan tetapkanlah ia
dalam hatiku.

amin3.


Tuesday, February 22, 2011

Nak perang? Jom!

Akhowat tak jumud. Cuma, berusaha jaga kesucian hati. 

Siapa kata mereka tak suka berhias? Siapa kata mereka tak suka bergaul? Siapa kata mereka selalu terkebelakang? Lepas mengenali, lepas mendalami, rupanya mereka ada prinsip sendiri. Prinsip yang lain dari yang lain. Prinsip yang asing. 


Hal-hal yang kecil yang kemungkinan orang lain nampak remeh, kelihatannya seperti..

Mereka berusaha menjaga agar betul-betul terjaga
Sensitif.

Hmmm.

Sebab mereka percaya bahawa amal-amal yang nak dibuat amat berkait dengan Tuhan. Berhubung dengan Pencipta. Ada keterikatan dengan Allah S.W.T.

Makanya..

Kalau kesucian hati tak jaga, susah nak dapat ikhlas. Kalau tak ikhlas, amal-amal tu tak bersih. Kalau tak bersih, susah nak rasa khusyuk. Susah nak bersemangat. Susah juga nak rasa nikmat iman. Apatah lagi nak kecap taqwa. 

Dan, aku dah rasa betapa tak bestnya rasa "susah" itu. Tak sedap. Serius!

Allahu Allah.

Hmmm..
Aku tak nak apa-apa.

Perit sebenarnya lalui jalan pembaikan diri. Jalan tarbiyah diri. Kadang rasa macam nak lari. Sebab memang adakalanya berlawanan sungguh-sungguh dengan tabiat kita. Cara kita yang dulu-dulu tu. Campur dengan yang sekarang, ahhhh..

Kadang, ada rasa tak layak nak bersama-sama mengubah diri. Rasa diri kotor dan hina sangat. Rasa macam banyak maksiat. Rasa macam tak layak langsung nak berganding dengan mereka yang baik, hati bersih, semangat waja, ikhlas dengan amal, komited dengan ibadah..

Hmmm.. 

Tengah sangat sedih sebenarnya nih.

Tapi, fikir-fikir balik, memang tulah pun wasilah atau jalan yang membawa  ke arah tujuan hidup yang sebenar. Nak taknak, kenalah baiki diri, kalau tak macam mana nak jadi hamba Allah yang paling baik amalannya? Macam mana nak jadi khalifah yang baik? Dan, memang tulah tujuannya pun Rasulullah S.A.W. diutuskan; menyempurnakan akhlak yang mulia.

Jadi, Cik Umairah..

Jangan nak mengada-ada. Teruskan melangkah. Biarlah cacat cela, kotor, buruk, hodoh, jahil setakat mana pun, Allah pandang usaha. Bukan natijah.

Arghhhh.

Shuuuuhh.. lawan syaitan.
Lawan Umairah, lawan!

Wallahhua’lam.

Mendung.


"Mendung.
Aku tunggu hujan.."





petang.
02/22.
election.

Monday, February 21, 2011

Jiwa Murabbi.



Dalam tanpa sedar, dia buat aku rasa tenang.
Dia buat aku rasa seperti aku dan dia, saudara.
Rasa mahu rangkul bahunya, pimpin tangannya, peluk tubuhnya, dan menangis sepuasnya. 

Sepertinya, kita dekat sekali.
Sepertinya, mahu aku ungkap dalam bait-bait,

"Wahai Murabbiku, 

Aku sesungguhnya lemah. Lemah sekali. Andai hati mampu bersuara, tentulah kau mampu mendengarnya. Rintihan tanpa henti, yang tak terlagu pada kata-kata. 

Allahhu Allah..

Iringan doa selalu saja jadi bukti. Tangisan selalu saja jadi dalil. Tafsiran pada kelemahan yang tak terungkap.

Allahu Allah..

Aku mahu kuat sepertimu. Maju sepertimu. Ikhlas sepertimu.

Berilah lagi, sumbatlah lagi dengan nasihatmu. Agar aku beringat selalu. Agar aku terkenang selalu. Agar mataku basah selalu. Agar hatiku, agar jiwaku bersih. Selalu. 

Amal-amal ini sesungguhnya selalu cacat dengan riak. Hasad. Dengki. Hati ini selalu hitam dengan dosa-dosa kecil yang membukit. Akhlak dan peribadi ini selalu tercabut tanpa sedar. Semangat ini cepat diam dalam pertelingkahan kata antara dua makhluk ghaib.

Aaahh.."

Allah sajalah yang akan mengalirkan kesemuanya. 
Apapun jua, taujihat hari ini, merobek benar jiwa dan hati.

Entahlah.

++++++++

Andailah aku hanya rumput di bumi,
Redha aku padaMu, ya Allah..

Cukuplah..

Cukuplah dengan IKHLAS itu
sesungguhnya 
benar-benar
HADIR

Aku tak perlu apa-apa. 
Tak perlu mewah,
Tak perlu hebat..

Tak ada yang lain,
melainkan aku hanya
perlu jiwa tulus,
hati murni,

IKHLAS menerima,
IKHLAS memberi.

Hanya itu,
Hanya itu keMAHUanku.

Amin.


kelas ulum quran.
tengahari.

hmmm..

Belum sampaikah masanya?

Hakikatnya, kita bukan saja "didedahkan" dengan akhbar buang anak. Kes pelacuran tanpa henti. Rogol sana sini. Isteri derhaka. Ibu bapa mendera. Isu zina, isu rasuah, isu ini, itu..

Dan, macam-macam lagi..
Tapi, jangan tidak sedar, ada "kebangkitan" di sebalik "kehancuran".. 


Subhanallah.

Fikir-fikir, ISLAM memang PASTI akan tertegak di muka bumi Allah. Itu janji Allah.

Cumanya, kita mahu jadi penggerak dan pendokong? Atau penghancur? Atau pemerhati yang duduk diam saja? Atau penangguh yang lengah?

Allahhu Allah..

Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik. 
(Al-Hadid: 16)




Ya Allah, 

tsabatkan hati.
kuatkan langkah.


takut terpinggir.
takut sekali.
:'(

Harga.

Mereka..
Dah mula positif..

Hampir dua bulan.
Entah pembinaan itu berlaku atau tidak.

Cuma,

Yang pasti, dia sudah pandai, "akak yang tersayang.."
Yang pasti, dia sudah reti, "sayang akak.."
Yang pasti, dia mula belajar "maaf jugak,tak tanya khabar akak.."

Ya Allah, tautkanlah CINTA.
Kekalkanlah kasih, sayang dalam IMAN kepadaMu.

"Sesungguhnya cinta kerana Allah, dan benci kerana Allah itu merupakan pengencang simpul-simpul iman." (hadis)

+++++++

Aku..
Kenapa kian negatif?

Namun..
Adakalanya, rasa diri ini lemah sekali.
Kadang tersungkur, payah sekali untuk bangun.

Jangan biar aku menZALIMi.
Jangan ya Allah, jangan..
:'(


+++++++


Kenapa? 
Dan kenapa..?

Hmmh..memang betullah. 

IMAN kita kepada Allah itu, berkadar langsung dengan hubungan sesama manusia. Kalau baik, baiklah. Kalau buruk, buruklah. Kalau difikir-fikir ikut logik akal pun, ada benarnya. Yalah, hati manusia Allah yang pegang. Bolehkah hidayah Allah sampai menerusi hati yang kotor? Hati yang ingkar? Mustahil hati yang penuh kesat dengan dosa jadi medium untuk memancarkan hati yang lain.

Allahhu Allah. 

+++++++

Kenapa 
Kenapa..
Dan kenapa..?
 

Fikir-fikir, memanglah. Kita tak ada apa-apa. Kosong. Tiada kuasa. 

Sebab itu la kot, adakalanya mudah sungguh rasa putus asa. Sebab kita selalu asyik rasa kita yang "beri", bukan Allah yang "bagi". Bila tak tercapai apa yang nak, automatik kita jadi kecewa.


Tapi, kalau bergantung pada Allah, kita ada iringan doa tanpa putus. Usaha dan semangat tanpa henti. Sebab yakinnya kita pada pertolongan Allah, dan pemakbulan doa. Kalau pun bukan sekarang, nanti. Masa depan.


Dah tu, kadang kenapa ada jugak rasa sombong tu? Tak sedar yang kita sebenarnya ego. Ego dengan diri sendiri. 

+++++++


Aaaah..berpatahlah kembali.

Bila berharap pada Allah, insyaAllah, tak ada putus asa. Yakin selamanya.


Amin ya Rabb.














betullah..
adik-adik tu memang ajar
banyak benda.

dan betullah jugak,
yang mendengar tu lebih baik
dari yang berkata-kata.

subhanallah.
 appreciating you!
:)