Pages

Monday, January 31, 2011

Sayonara.

SAYONARA..




JAHILIYYAH.
:)

CCTV.




Fikir fikir dan renung-renung sekali imbas.

Allah sangat-sangat sayangkan kita.
Waktu-waktu adalah kesempatan untuk beramal, walau sedetik.
Cuma, diri sendiri yang selalu lupa.
Sedetik yang bagaimana?


Gelap pekat malam semalam, dalam hujan renyai-renyai, boleh saja Allah gelincirkan kaki. Kemudian jatuh tangga sewaktu dalam perjalanan ke bus stop. Kemudian, kiokkk.
MATI.


Ataupun, boleh saja dalam keadaan gelap pekat itu, dalam aroma hujan yang masih bersisa, dan rentak udara malam yang sepoi-sepoi, dua orang berkulit gelap semalam berniat tidak baik. Culik, dan mungkin..? Kiokkk juga.


Ataupun, boleh saja Allah biarkan diri bersendirian di bus stop, tanpa ada sesiapa. Hanya pekat malam dan rintis-rintis yang menamani. Lalu, datang sebuah teksi, dan kemudian entah ke mana dibawa lari. Dan..kiokk juga akhirnya.


Ataupun, boleh saja perjalanan Bas RAPID 231 ke LRT Putra, tergendala. Kemalangan berlaku. Jalan licin. Pemandu wanita semalam gagal kawal brek, dan akhirnya.. kiokk juga.


Ataupun, boleh saja perjalanan train ke KL Sentral terhenti. Rosak. Dan berlaku perlanggaran secara tidak sengaja. Kiokk juga!


Boleh saja kesemuanya, kerana Allah Maha Kuasa.
Tapi, ternyata semua itu tak berlaku.
Perlindungan Allah masih ada.


Sempat juga bertemu keluarga.
Sempat lagi menatap senyum mesra Ummi.
Sempat lagi merasa kasih Walid.
Sempat lagi bergurau senda dengan adik-adik.


Subhanallah.
Hari-hari berlalu, selalu saja ada perlindungan Allah.
Walau adakala kita ingkar perintahNya, Dia masih ada untuk kita.
Beri kesempatan lagi dan lagi.


Allahhu Allah.


Ya Allah, jadikan kami hamba yang taat.
Dan jadikan kami hamba yang selalu bersyukur.


Amin.



Pemburu Cinta.

"Binalah IKHLAS dengan MEMBURU PAHALA."
[Ustaz Emran, 2011]
Ya. Nak bina IKHLAS memang sangat-sangat susah.
Kadang, nak buat baik pun boleh jadi riak.
Dan bila takut orang rasa kita baik pun, boleh jadi riak.
Tapi, kalau tak IKHLAS, macam mana nak dapat nilai TAQWA?
Kalau tak IKHLAS, macam mana nak tau IMAN kita benar-benar BENAR atau TIDAK?
Macam mana nak betul-betul rasa yang kita buat sesuatu kerana Allah?
Pertanyaan inilah, yang Ustaz jawab dengan jawapan kat atas.
Bina ikhlas dengan memburu pahala.
Buat, buat, buat, dan buat juga amalan, sampai kita tegar.
Betul-betul tegar.
InsyaAllah, kalau kita mahu, dan mengharapkan redhaNya, pasti Dia bagi.
Kan?
Cuma, kenalah ada usaha ke arah itu.
Al-Ankabut ayat 69, dan Al-Baqarah 186 selalu buat hati rasa nyaman.
Selamat memburu cinta Allah!
Walau kat rumah, ibadah tak pernah cuti okeh.
InsyaAllah.
Moga-moga.
Amin.
:)

jalan mujahadah hanya satu rupanya.

pertama, cuba dan jangan mengalah.

kedua, setiap kali rasa kalah, tak larat, atau payah,

bisikkan: "aku mahu CINTA Allah.

kalau kali nie, aku kalah, maka aku tak dapat.

dan kena ulangi step awal balik.

so, nak taknak kenalah lawan."

hari ke-4!

:)

Sunday, January 30, 2011

Hanya Kerana Satu Jiwa?



Kau hanya "dibuang" oleh satu jiwa, Sebelum apa-apa, sedar sikit. Kau bakal "dimanjakan" oleh Pencipta Jiwa-Jiwa! Jadi, kenapa perlu bersedih? 
Haihh. Senyum. Senyum.









Candu Buat Aku.

Hanya Aku. Shuuuh.

"..untuk menguatkan dan membersihkan motivasi kita perlu selalu memahami makna ikhlas dan berupaya mencapainya dengan jalan: senantiasa memperbaharui niat, berusaha keras menunaikan kewajiban, berusaha keras mewujudkan kecintaan kepada Allah, merasakan pengawasan Allah, dan hati-hati dalam beramal.."

HATI: ya! sebab bila ikhlas, kau akan sentiasa termotivasi. sebabnya, hanya redha Allah yang kau cari. dan syurga Dia saja yang kau nak. hmm. nak tak nak, binalah ikhlas dengan memburu pahala.

"..untuk mencapai derajat iman kita perlu : memiliki orientasi rabbani, yakni menjadikan seluruh aktivitas selalu berorientasi kepada Allah, dan sebaliknya, berhati-hati terhadap orientasi duniawi. Jika kita mampu mencapai derajat iman ini, maka Allah menjanjikan kemenangan atas musuh, jaminan bahwa orang-orang kafir takkan menguasai, mendapatkan izzah, mendapatkan kehidupan dan rezeki yang baik, menjadi khalifah di muka bumi, serta mendapatkan syurga di akhirat nanti.."

HATI: ya! hanya bila iman teguh, baru kemenangan akan sampai. lihat saja sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. kenang saja perang Uhud; saat iman mengendur, dan habuan harta jadi matlamat. hahh.. tapi, iman teguh hanya bila dibina. jadi, nak tak nak kena bina iman. macam mana? mutabaah ibadah, mujahadah and so on.

"..untuk bisa menggandakan kesabaran kita perlu memberikan dorongan jiwa untuk mengejar dengan sungguh-sungguh faedah-faedah yang ditimbulkan oleh kesabaran, dan betapa besar buahnya bagi agama dan keduniaan kita serta melawan pengaruh hawa nafsu. Jika kesabaran telah kita miliki maka kita akan mendapatkan hikmahnya yang luar biasa: dijadikan pemimpin, pahala yang besar, kebersamaan Allah, dan mendapatkan berbagai macam kebaikan karena sabar.."

HATI: sabar dalam melawan hawa nafsu. inilah yang paling sukar, tapi inilah yang paling manis. jauhkan apa saja yang boleh menggelorakan hawa nafsu. sabar, sabar, sabar. nak tak nak, mujahadahlah. baru Allah tolong. kalau tak cuba dan usaha, sampai bila pun, GAGAL.

"..untuk membangun ukhuwah kita perlu memotivasi diri dengan keteladanan ukhuwah di zaman kenabian lalu memperbaiki hubungan sesama aktivis dakwah berlandaskan cinta dan kasih sayang. Kita juga harus meminimalisir penghambat-penghambat ukhuwah.."

HATI: ukhwah akan membangunkan spirit. benarlah, ikatan yang dibina atas dasar akidah itu benar, nikmat, dan manis. subhanallah. kalau rasa jemu, dan tak larat, saudara-saudara ini akan menguatkan dan meneguhkan. nak tak nak, selalu-selalulah bersama mereka-mereka nih.

ps: sekadar nota buat diri. hanya diri. agar sentiasa lebih beringat. boleh review in case, lalai and ngokngek balik. sekian~

sumber: dakwatuna

candu yang aku perlu, saat ini, biar mampu, melenakan aku dalam mujahadah, yang lebih panjang. sampai nanti, biar.. aku tegar sendiri. ya Allah, kuatkan hati. cekalkanlah. sabarkanlah. amin. hari ke-3!

Saturday, January 29, 2011

jiwa murabbi.


 

berapa ramai yang mampu jadi pendakwah.. berapa ramai yang mampu berdakwah. berapa ramai yang mampu berkata-kata. sarat pengisian, lewat suara-suara lantang. berapa ramai yang berdiri, menyuarakan hak dan kebenaran. berapa ramai yang muncul di kaca-kaca tv. berapa ramai yang mengajar di kelas. berapa ramai yang petah berbicara dari corong radio. 

berapa ramai? hmm. 

tapi, sesungguhnya. tak ramai yang mampu berdiri sebagai murabbi. berinteraksi dengan fitrah manusia ikhlas, sabar, berhikmah. menyeru ke jalan Allah. 

ya Allah, didiklah diri. mahu sekali aku menjadi kakak, isteri, ibu, daie'ah, mentor, penulis atau apa saja yang berjiwa murabbi. 

amin. 
:) 

Dua Keping Hati.

hari yang pertama, berjaya. kita tengok, hari kedua pulak. :) mujahadah = PAHIT. tapi, seriusly, MANIS. :D parenting yuk!

Friday, January 28, 2011

Tinggal.



butakanlah agar aku tak nampak lagi.
jalan-jalan kabur, yang langsung memesong.

tutup, bungkus, dan kuncilah rapat-rapat,
jendela-jendela rapuh
dari dunia angan-angan..

pekakkanlah aku pada suara-suara,
yang merosakkan bahagia,
dan merampas redha.

ya Allah..
aku bersimpuh.
dan sesungguhnya berserah.

amin.


_______
paling benci bila diri masih
pandang belakang,

sedangkan di depan,
ada jalan luas terbentang.

hmm..cuba lagi.

Thursday, January 27, 2011

Menyapa hati.

Hadis yang dibaca tadi buat hati saya menangis.

Bila Allah sayangkan seseorang, Dia akan sibukkan orang itu dengan kerja-kerja akhirat. Dan, bila Dia murka, akan disibukkan seseorang dengan dunia. Demikian bunyi maksudnya.

Hati saya tengah kesat yang amat. Pertemuan dengan adik-adik pun terasa ada yang kurang. Roh tak sampai. Jiddiyah tak maksimum, macam saat pertama kali dulu. Saya tenang menyampaikan sesuatu dari hati. Biar maksud sampai. Niat lebih jernih. Kasih sayang teralir. Rasa percaya ada. Dan, sungguh-sungguh, pertemuan itu akan bermakna sampai hari-hari, dan minggu-minggu seterusnya.

Ikhlas mahu belajar. Memberi dan menerima. Tiada maksud lain.

Tapi..

Hmmh..

Mungkin. Mungkin hati ini kotor, tak dibersihkan, tak dicuci, hinggakan kekesatan itu begitu terasa sekali. Kebergantungan pada Allah itu ada, tapi rasa tak sepenuhnya. Iman rasa jatuh.

Mungkin saja mujahadah kurang. Atau saya yang tak melawan dengan sesungguhnya.

Ya Allah.

Mohon Dia selalu jaga hati, bersihkan hati, dari segala lorong ke arah maksiat. Walaupun sekadar pandangan. Walaupun sekadar lintasan fikiran. Walaupun sekadar bisikan dalaman. Walaupun sekadar angan-angan. Dan perbuatan yang menjauh serta lebih dari itu, mohon dijauhkan.

Kekesatan di hati menyebabkan roh itu samar-samar, tidak kukuh. Dan, jasad akan goyah. Kita akan mudah rasa letih, penat, malas, dan terdedah kepada kemaksiatan.

Ustaz kata, keimanan yang dalam dan mantap akan menumbuhkan istiqamah dalam amal, semangat yang tak putus dan sekerat-sekerat. Dan, iman itu datangnya dari mutabaah ibadah yang meningkat dan terus meningkat.

Jadilah orang yang dipilih Allah. Bukan untuk dipilih kerana pangkat, tapi redha Allah yang kita cari.

Merendahlah duhai hati.

Bina imanmu, beramal dengannya, dan istiqamahlah.

Ya Allah..

Ya Allah..

Ya Allah..

Ya Allah..

:’(

Dan betullah. Kita perlu selalu pada tazkiyatunnafs. Kerap, kerap, dan kerap. Kerana satu-satu majlis belum tentu mampu mengubah rasa hati. Sampailah ada yang benar-benar cocok, dan kita jadi insaf serta bertaubat.

refresh.

PAHALA SATU RINDU.




Aliran tenang pancuran depan rumah terasa begitu menyamankan. Bila duduk-duduk melihat tanaman, rasa hati lapang. Sunyi semacam hilang. Bonsai depan rumah seperti berkata-kata. Keladi tak putus-putus menadah cuping lebarnya, mendengar. Merahnya bibir ati-ati bagai memujuk. Duri kaktus pun seakan terapi yang menajamkan rasa cinta.

Aduhai!

"Abang..bila duduk berdua ni, teringat pula kat anak-anak.." Ummi meluah rasa.

Rindu tak tertahan mengenang anak-anak di luar kota. Entah apa khabar agaknya. Mahu dihubungi, talian tak bersambung dari tadi. Kakak mungkin sibuk bermesyuarat. Adik mungkin dengan program "KELANA" nya. Ammar memang wajarlah tengah main ragbi sekarang. Insyirah, mesti ke hulu ke hilir dengan Kelab Pembimbing Rakan Sebaya. Iman masih lagi kalut mengurus waktu. Sibuk, mungkin.

Sifat memahami itu wajar, maka meski hati sedikit terguris, demi Allah, ini juga perjuangan. Pengorbanan.

Walid sekadar menjeling dari jauh. Kerusi rotan terus membuai-buai, menenggelamkan seorang lelaki dalam pembacaannya.

"Hisy..macam cakap dengan tunggul saja." bisik Ummi lirih.

Walid senyum lagi. Mulut cawan menyentuh bibir. Aliran air hitam pekat, berkaffein perlahan-lahan menuruni rengkung. Enak.

"Alah..tak lama dah pun. Minggu ni kan semua balik." Walid membetulkan kaca mata yang sedikit longgar. Lalu, meneruskan pembacaannya. Sepoi-sepoi udara meliukkan kepingan kertas yang dipegang, menghasilkan bunyi geseran nipis dan halus.

"Fikir-fikir kan bang.. memang betullah kan, anak tu amanah Allah.."

"Hahh..dia masuk dah..dia masuk dah.." bisik Walid dalam hati. Senyum lagi melihat gelagat isteri. Raut tangan yang kian timbul uratnya terus asyik memegang skateur. Ralit mencantas daun-daun kering yang rosak. Betullah John Gray cakap, perempuan memang multitasker. Tangan bekerja, mulut masih boleh berkata-kata.

"Macam pokok-pokok nie, kita jaga, kita belai. Bila-bila masa Allah nak ambil, mati juga." Peluh yang merenik di dahi dikesat. Sarung tangan yang longgar dibetulkan semula. Kerja-kerja mencantas diteruskan.

"Macam anak-anak kita, dari kecil kita jaga. Sampailah ke besar, hantar ke sekolah. Duduk jauh dari kita. Nanti entah sampai masa, akan berkeluarga. Duduk asing dan jauh lagi dengan kita. Sampai masanya, Allah akan ambil pula.." Sisa-sisa tanah yang hinggap pada bibir pasu, dibersihkan. Pandangan beralih pula pada orkid-orkid yang bergantungan di atas.

"Tugas kita tidak lebih dari sekadar seorang penjaga. Anak-anak milik Allah sepenuhnya. Tugas kita hanyalah menjaga baik-baik. Sempurnakan didikan sesuai dengan fitrah. Sampai masanya, Allah akan ambil balik, dan pekerjaan kita tu dinilai. Kalau kita tahu jaga pokok dengan baik, maka cantiklah pokok-pokok kita. Hidup subur.." Ummi tenggelam dalam perasaan. Birai mata berputik setitis air jernih. Pantas dikesat.

"Kalau kita jaga anak kita baik-baik, hidup suburlah dengan akhlak yang baik juga. Sampai masa, Dia akan tentukan, sama ada kita tukang kebun yang berjaya ataupun tidak.." Sensitifnya tertahan. Hidung dirasakan berair.

"Kan bang?"

Walid bingkas bangun. Surat khabar diletak di meja kecil berdekatan. Kerusi rotan menghinjut laju seketika.

"Pokok-pokok Nah semuanya cantik-cantik. Subur. Cukup air. Cukup zat, mineral, baja, semuanya. Nah tukang kebun yang baik. InsyaAllah, kita sama-sama berdoa moga Dia terima usaha kita." Walid mengusap-usap bahu Ummi. Cuba menenangkan satu jiwa, satu hati.

Dan..kata-kata itu begitu menusup, masuk lembut ke hati. Lebih tajam dari kasihnya duri kaktus. Lebih menyala dari merahnya cinta ati-ati. Lebih menenangkan dari kata-kata bonsai. Lebih dari sekadar pujukan, tetapi sebuah nasihat penuh makna.

"Anak amanah Allah. Milik Allah. Bila ada rasa semuanya milik kita, kita takkan sampai hati untuk melepaskannya. Ya Allah, bebaskan rasa pemilikan ini dari hati isteriku.." Walid berbisik sederhana kuat.

"Anak-anak kita berjuang, dan kita juga perlu berjuang." Lagi sekali bisikan itu menyapa hati. 

Ummi beristighfar dan mengalir juga akhirnya. Titis air yang bersalut rindu.

Sinar cemerlang matahari mulai tenggelam. Bertukar warna ke jingga kemerahan. Berlabuhlah malam, dengan tirai satu rindu. Mencintai seseorang kerana Allah, rindunya ada pahala.

Moga-moga.

Amin.


+++++++++

Ya Allah, jadikan

umairah shafei
ukasyah shafei
'ammar shafei
insyirah shafei
iman shafei

anak yang soleh dan solehah.

bekal buat ummi dan walid,
di syurga nanti.

itulah sebaik-baik imbalan
buat jasa yang tiada terbalas.

Allahhu Allah.

+++++++



ps: cerita nie bukan betul pun. cuma rasa nak guna watak ummi dengan walid. ummi walid, permata hati selamanya. T_T







sebenarnya kan..
akak yang rindu rumah.
huhu.



Dah matang ke?

"..kematangan iman dan takwa hanya dapat diperoleh dengan menempuh proses-prosesnya. Sai’d Hawwa menjelaskan dalam kitabnya Al-Mustakhlash (Mensucikan Jiwa) yang merupakan syarh dari kitab Ihya Ulumuddin karya Imam Al-Gazali, menyebutkan ada 13 poin untuk menuju kematangan ruhiyah (iman dan takwa). Ke-13 poin itu harus dilaksanakan oleh para dai secara konsisten, yaitu:

sholat, zakat dan infak
puasa
haji
tilawah Al-Qur’an
dzikir
tafakkur
mengingat kematian dan pendek angan-angan
muraqabah
muhasabah
mujahadah dan mu’aqabah
amar ma’ruf nahi mungkar dan jihad
khidmah dan tawadhu
mengetahui pintu-pintu masuk syetan ke dalam jiwa dan menutup jalan-jalannya dan mengenal penyakit-penyakit hati dan cara melepaskannya.."

sumber artikel asal: dakwatuna

Kemudian, tanya diri sendiri:

Cik Kak,
Dah berapa banyak yang berjaya lepas?
Betapa awak tak matang-matang lagi kan?

Allahu Allah.

Muhasabah Pagi.




copy paste letak kat dahsboard ye! boleh ingat slalu.
insyaAllah. :)


last paper-ethics.

Rabbi Yassir Wala Tu'assir.




Aroma.

"..nikmati hujan dulu, sebelum pelangi.."


bau hujan tersebar,

nyaman, dan
segar.

[10.21 a.m/26 Jan 11]









rabu yang agak meletihkan.
nak bernafas sekejap.
ahhh..

:)

Tuesday, January 25, 2011

Magik.


Saya rasa, semua ibu ada anugerah yang sama.


Ilham dari Allah, bila si ibu meminta. Ilham dari Allah, bila si ibu berdoa. Ilham dari Allah, bila si ibu patuh perintahNya.


Entahlah..


Dan, Ummi mungkin akan cakap dalam hati.


"Anak Ummie dah besar."
"Akak dah dewasa.."


Lama sungguh berborak semalam. Tambahlah sekarang yang ada di rumah berdua saja. Ummi Walid. Makin sunyi katanya. Maka, perlulah selalu-selalu telefon. Hilangkan sunyi 

Ummi.


Terkisah cerita-cerita hati, perasaan. Terlakar kisah-kisah impian dan harapan. Terpeta mimpi-mimpi, melalui bisik lirih dalam nada sebak. Saya tak tahulah. Meski Ummi bukan pelajar sekolah agama, atau sebetulnya yang mendalami agama sedalam-dalamnya, kata-katanya selalu ada magik. Sihir yang boleh buat jiwa rasa lapang. Macam ada sentuhan tarbiyah, meski tak melalui proses-prosesnya.


Saya fikir, ini anugerah Allah buat yang bernama ibu. Kurnia dari Tuhan, hasil dari tadahan doa hari-hari tanpa pernah putus. Maka, bicaranya ada makna. Ada maksud. Ada isi. Ada nasihat.


"Perasaan yang ada keimanan, insyaAllah akan lurus haluannya."


Saya ubah dalam rentak yang lebih indah. Dan, inilah yang Ummi lontarkan semalam. Satu-persatu, agar saya tak sebak lagi. Kalaulah tak dibendung, mudah saja menitis. Banjir. Saya mungkin lemas dalam perasaan. Hanyut dalam emosi.

Huu.

Jarang sekali berbicara soal ini. Entahlah. Tapi, semalam, rasa perlu untuk bercerita. Sangat-sangat perlu untuk berkongsi. Memang betul kata Ummi,

"Biar lepas, agar lega."

Bukan tak mahu cerita, cuma malu. Tersekat-sekat semalam. Ternyata, memang lega. Lebih yakin dan bertenaga. Lebih tenang.

Ya Allah.

"Sayangi Ummi selalu."

Amin.

++++++++

"Ummi, doakan Akak bleh faham bahasa Arab, bleh cakap Arab, bleh faham Al-Quran..bleh faham syair-syair Arab..bleh menjiwai..bleh rasa.."

Part sebelum last yang Ummi cakap semalam, doakan banyak-banyak jugak.

"nanti suami isteri boleh sama-sama pi sana.."

Amin, Amin, Amin.
:)

+++++++

"..Puas rasanya menyedari jika kita mahu berusaha mengetuk pintu, kemungkinan besar akan ada yang menjawab.." (Negeri 5 Menara, A. Fuadi)

Dan.. impian-impian akan terus mengisi halaman diari.

Kerana.. aku yakin benar Al-Wahhabnya Dia,
dan janji Dia..

"Ud'uni Astajib Lakum."




terima kasih ummi.
:)


Mahu.



"..AKU MAHU MENEMUKAN MISI HIDUPKU YANG SUDAH DISEDIAKAN TUHAN.."





amin.
:)

Anugerah.


Pemilik senyum dambaan kalbu,
Ah, betapa!
Betapa wajah polos lembut
Selalu memikat hati.
Memukat pedih, sedih
Kembali ke lubuk asal.


Betapa!
Betapa langkah dan derap tapak,
Selalu menghayun semangat,
Tempiasnya..aku!
Teman lemah, kembali tergugah.


Dan..anugerah itu,
Sesungguhnya bukan saja
Langkah setapak atau
Senyum segaris.


Tapi, seorang Siti Noor Fadzilah,
Jasad dan hatinya,
Teman permainan,
Teman impian!


++++++



Selamat Hari Lahir yang ke-22.
Inilah teman yang bukan saja teman dari sekolah rendah, sekolah menengah, satu matrik, satu univerisiti.
Jangan tak tahu, dia juga teman yang sama-sama lahir di hospital yang sama, dan disambut oleh doktor yang sama!

Oh, kita memang berjodohan, kan?
Hehe.

Saja nak beritahu SATU DUNIA.

25 Januari 2011, itu hari yang ISTIMEWA.
Maka, entri khas itu WAJIB.
Sanah Helwah. Allah Yubarik 'Eleik.

Uhibbuki Fillah Awi Awi. :)

Sihir.



dia adalah rasa,
aku adalah jiwa.
dia adalah deria,
aku pancaindera.
dia nafas yang berdetik.
aku jantung yang berdetak.
dia air yang melata,
aku tubuh yang dahaga.
dia udara yang terbebas.
aku penghirup tanpa lepas.
dia bahasa.
dan aku sesungguhnya manusia.

Ya Allah, bantu aku untuk terus menikmati kelazatannya.
Nikmat, untuk aku terus mengenaliMu.

Amin.

Rabbi Zidni 'Ilman, Warzuqni Fahman.






Monday, January 24, 2011

Detak.

harap aku dapat bernafas, tenang..
bila sejuk menyapa, betapa rongga rasa sempit-sesempitnya.
gembira bimbangku dalam, bagai debu-debu halus menyebu kalut.
debar demi debar, aku hilang kawal.
dan malam aku sungguh resah gelisah.
ya Allah, beri aku kesihatan yang baik.
hati, hati, hati dan fizikal.
amin.

Saturday, January 22, 2011

Oksigen.

Dan saat itu..

"Encik, saya melihat pondok ini penuh segala kegiatan, mulai dari seni, ko-kurikulum, sampai olahraga. Lalu belajar agamanya bila?" Tanyanya penasaran. Kami mengangguk-angguk mengiyakan pertanyaan ini. Burhan tersenyum senang. Sepertinya dia sering mendapatkan pertanyaan yang sama.

"Terima kasih atas pertanyaannya, encik. Menurut kiai kami, pendidikan PM tidak membezakan agama dan bukan agama. Semuanya satu dan semuanya berhubungan. Agama langsung dipraktikkan dalam kehidupan sehari-hari. Di Madani, agama adalah oksigen, ia ada di mana-mana." jelas Burhan, lancar. ~dipetik dari novel Negeri Lima Menara, A. Fuadi, hlmn. 42

"agama adalah oksigen. ia ada di mana-mana".

saya baca. saya suka. saya highlight, buat peringatan bila-bila masa pun.

dan..moga saya hadam juga.

amin.



seriusly,
rasa macam nak masuk pondok nie je.
huh.

Friday, January 21, 2011

dua yang indah.

Ya Allah,

Jadikanlah TANGGUNGJAWAB itu CINTA di hatiku,
Dan menCINTAi itu TANGGUNGJAWAB di hatiku.

Benarkan niat kedua-duanya.

Ikhlas.

Amin.



Tuesday, January 18, 2011

gunung jadi debu.



"..Akan ada kumunitas-komunitas dalam umatku di hari kiamat, mereka berbekal dengan banyak kebajikan semisal Gunung Tihamah. Allah kemudian menjadikan semua kebajikan mereka debu-debu yang berterbangan."

Dan Tsauban berkata, "Sangat mungkin kami adalah mereka, sementara kami tidak mengetahuinya."

Dan Rasulullah S.A.W. berkata, "Mereka adalah saudara-saudara kalian. Dan melakukan shalat malam seperti kalian. Namun, bila mereka bersendirian dengan larangan-larangan Allah, mereka menginjak-injaknya."

[hadis]

"..maka, janganlah anda terpedaya dengan kesabaran Allah. dan janganlah sesekali meremehkanNya. karena Allah S.W.T. sentiasa memonitor anda.."










Allahhu Allah..

dipetik dari buku ghayyir nafsaka-amru khalid.

bab: hindari kemaksiatan di kesunyian.
m/s 29.

Makan.

"kalau kat dunia, dah terliur camtuh. kat Syurga mesti lagi best kan. whuaarr."


Kalau lima minit makan nasi, kira lajulah kan?
Ya Allah, memang boleh sakit jantung.
Gila tak gila.

Sebab waktu tu, nak cepat.
Petangnya, entah ada apa program.
Konon sibuklah sangat.

Dan..saya terfikir satu benda.
Rasulullah S.A.W. lagi sibuk dari kita.
Tapi, masih sempat kunyah berpuluh kali sebelum telan.
Bukankah pelik bin ajaib namanya tu?

Tertanya-tanya.
Fikir punya fikir.

Ting!

Mesti sebab Rasulullah makan sikit.
Makan bila lapar.
Berhenti sebelum kenyang.
Ada harinya, kalau tak silap dalam perang Ahzab, ikat perut dengan batu tahan lapar.

Dan kita..
Kita ke? Saya la kot.
Makan banyak.
Sebab tu, tak sempat nak kunyah lama-lama.
Dah tu, mula terhegeh-hegeh nak habiskan nasi yang banyak.

Huhu.
Kan?

Herm.

Lau Ka Na Bainana.
Teringin nak mu'ayasyah bersama baginda walau sekali.

Ya Allah..









eh. lapar la pulak.

:P
huhuh.

esok exam.
doakan saya ye teman-teman!